Solat Taubat

SOLAT SUNAT TAUBAT : Solat ini boleh dilakukan bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan solat, dan mesti dilakukan bila sahaja ingin memohon keampunan dan taubat dari Allah. Ianya lazim dilakukan dengan 2 rakaat dan satu salam, bilangan rakaat sebenarnya tidak terbatas.

Cara melakukannya.

Niat :

Niatnya: “Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah ta’ala”.

Selepas fatihah rakaat pertama di baca ayat Kursiy.

Selepas fatihah rakaat kedua dibaca Surah al-Ikhlas.

Di dalam sujud terakhir sebelum tahiyyat hendaklah dibaca doa :


“ La Ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz dzalimin” sebanyak 40 kali .


Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Kemudian bacalah zikir ini seberapa banyak yang mampu.




Maksudnya : "Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.





Selepas salam bacalah doa-doa sebagaimana berikut:










Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

No comments:

Post a Comment