Zuhud

ZUHUD : Para Ulama mengatakan zuhud itu darjatnya lebih tinggi di bandingkan wara' kerana pengertian wara' adalah meninggalkan apa saja yang boleh membahayakan kehidupan seseorang, sedangkan zuhud adalah meninggalkan apa saja yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhiratnya. Jika ada sesuatu yang tidak membahayakan sekaligus tidak ada manfaatnya maka orang yang sekadar warak tidak akan menghindarinya, namun orang yang zuhud akan menjauhinya kerana dia tidak akan melakukan sesuatu kecuali yang membawa manfaat bagi kehidupan akhiratnya.

Imam Ahmad ibnu Hanbal menafsirkan tentang sifat zuhud, iaitu tidak panjang angan-angan (impian / target) dalam kehidupan dunia. Beliau melanjutkan, orang yang zuhud adalah orang yang bila dia berada di pagi hari dia berkata: Aku khuatir tidak akan sempat sampai waktu petang. Maka dia segera memanfaatkan waktunya untuk beramal dan beribadah sebaik-baiknya.

Telah diriwayatkan dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhu, dia berkata, "Rasulullah SAW memegang kedua pundakku lalu beliau bersabda," Jadilah di dunia seakan-akan engkau adalah orang asing atau seorang tetamu. "(HR Bukhari dan Ahmad) .

Bukan bererti harus menjadi miskin dan tak semestinya orang yang kaya tidak akan menjadi orang yang zuhud meskipun dia memiliki harta yang banyak. Seperti Nabi Daud dan Nabi Sulaiman merupakan nabi yang paling zuhud dan paling kaya serta paling berimam dari kalangan orang-orang yang zuhud di zaman itu. Dan para sahabat seperti Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Abu Bakar as-Siddiq malah Abdul Rahman bin Auf, para ulama seperti Abdullah bin Mubaroq yang memiliki kekayaan, tapi merupakan orang yang zuhud. Oleh itu orang yang zuhud tidak semestinya orang yang miskin. Di antara ciri-ciri orang yang zuhud adalah sebagaimana berikut:

1. Segera melakukan perintah Allah apabila diperintahkan.

2. Segera meninggalkan perkara yang haram dan dilarang oleh Agama Islam.

3. Meninggalkan perkara yang Syubhat walaupun kecil.

4. Pemurah dan dermawan.

5. Tidak mudah marah, kecuali atas dasar membetulkan agama.

6. Meninggalkan kemewahan dalam pakaian, rumah, kenderaan, makanan dan
seumpamanya, bukan karena tidak mampu tetapi karena takutkan Allah.

7. Tidak berbicara atau menyeru kecuali kepada amar makruh dan nahi mungkar.

8. Menjaga hubungan baik sesama manusia.

9. Menghormati orang yang patut dihormati.

10. Marah apabila melihat hal yang melanggar hukum agama.

11. Jauh diri dari mengambil hak orang lain, bahkan banyak memberi haknya kepada
orang lain, terutama yang memerlukan.

12. Mengelak diri dari menjadi kemarahan dan kebencian orang lain.

13. Beramal soleh dan bibirnya selalu basah dengan kalimah zikir, tahmid dan
selawat ke atas nabi s.a.w.

14. Amat gemar kepada majlis ilmu dan selalu merasa diri bodoh dalam hal Agama.

No comments:

Post a Comment