NIKAH MUT'AH

NIKAH MUT'AH (نكاح المتعة‎ ): Iaitu satu bentuk perkahwinan untuk mencari keseronokan), atau perkahwinan bagi tempoh masa tertentu yang dihalalkan oleh penganut Mazhab Syiah dan diharamkan oleh seluruh penganut Mazhab Ahlis Sunnah Wal Jamaah.

Menurut Mazhab Syiah, nikah mut’ah adalah perkahwinan dalam masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai dengan sendiri.

Walau bagaimanapun, ia dinyatakan sebagai haram oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah. Bab inilah yang paling diperdebatkan dalam bidang fiqh; antara ahli Sunnah dan Syiah masing-masing memegang pendapat yang berbeza tentang keizinan untuk perkahwinan ini.

Mut’ah dalam Syiah lebih banyak berpunca dari ajaran Majusi yang mengajarkan fahaman "seks bebas" di kalangan penganut-penganutnya. Walau bagaimanapun, Syiah meriwayatkan bahawa Imam Ar Ridha (Imam yang ke-8 Syiah) menyatakan bahawa Mut’ah itu haram kepada orang yang jahil tentangnya.


PROSES NIKAH MUT’AH

Mut’ah boleh terjadi dengan cara;

1. Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.

2. Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.

3. Dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun.

4. Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak.

5. Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun.

6. Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari satu dirham.[8]

7. Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja.

8. Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari.

9. Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepada lelaki yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.

10. Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan akad mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan yang dia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja.


AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGHARAMKAN NIKAH MUT'AH

Dalam Mazhab Ahli Sunnah pernikahan secara Mut'ah adalah diharamkan oleh keseluruhan Mazhab Fiqh. Pengharaman ini adalah disebabakan:


KENAPA MUT'AH HARAM

Kerana Islam telah jelas mengharamkannya, disebabkan kerosakannya lebih banyak daripada kebaikan. Kebaikannya hanya untuk melampias nafsu, sedangkan perbuatannya lebih jahat daripada zina.

Pernikahan yang tidak mempunyai saksi dan pengisytiharan tidak ada bezanya dengan berzina dengan pelacur.

Menzalimi wanita, kerana pernikahan yang sementara, sedangkan jika mengandung dan melahirkan anak, maka perempuan yang akan menaggungnya.

Tidak ada batasan samada perempuan itu anak gadis orang, isteri orang lain, dan sebagainya. Perbuatan itu tidak ubah seperti lembu dan kambing.

Merosakan keturunan, kerana anak yang bakal lahir tidak mengenali siapa ayahnya, hal ini samalah seperti zina.

Nikah Mut'ah hanya semata-mata kerana nafsu, sedangkan hikmat perkahwinan yang paling besar ialah meramaikan zuriat bagi mengukuhkan perjuangan Islam.

Nikah mut’ah adalah haram dan bathil jika terjadi berdasarkan hadits yang diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim Rahimahumallah dari Ali bin Abi Thalib Radhiallahu ‘anhu. Al-Bukhari dalam Kitab Al-Hiyal (6560) dan Muslim dalam kitab An-Nikah (1407), juga terdapat dalam Sunan Tirmidzi dalam kitab An-Nikah (1121), Sunan An-Nasa’i dalam kitab Ash-Shaid wa Adz-Dzaba’ih (4334), Sunan Ibnu Majah dalam kitab An-Nikah (1961), Musnad Ahmad bin Hanbal (1/79), Muwaththa’ Malik dalam kitab An-Nikah (1151), Sunan Ad-Darimi dalam kitab ¬An-Nikah (2197), “Bahwasanya Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wa Sallam melarang jenis pernikahan mut’ah dan (melarang) memakan daging keldai Ahliyah pada hari Khaibar.”

Imam Al-Baihaqi menukilkan dari Ja’far bin Muhammad (Al-Baqir) bahawa beliau pernah ditanya tentang nikah mut’ah maka beliau menjawab, “itu adalah perbuatan zina.”

Demikian pula imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits dalam kitab Sahihnya dari Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani dari Nabi sollallaahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda. Lafaz hadits (yang akan disebutkan ini) juga diriwayatkan Ahmad, Muslim, Ibnu Majah, Ad-Darimi , Abdurrazaq, Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi.

“Sungguh! Aku dahulu mengizinkan kalian untuk melakukan mut’ah dengan wanita. (Ketauhilah!) sesungguhnya Allah telah mengharamkannya sampai hari kiamat. Barangsiapa yang masih melakukannya hendaklah meninggalkannya dan jangan mengambil sesuatu yang telah ia berikan kepadanya (wanita yang dia mut’ah).”


Rujukan:
1. http://www.sensagent.com/dictionnaires/ar-en/نكاح/ALEXMN/
2. ibid.
3. Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3. hal.459
4. At Thusi- Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 248 , 249 , 254 , An Nihayah hal. 489
5. Khomeini-Tahriru Al Wasilah jil. 2 hal. 292
6. Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 253, An Nihayah hal. 489
7. Al Istibshar j. 3 hal. 461, Al Furu’ Min Al Kafi jil . 5 hal. 463
8. Al Furu’ Min Al Kafi jil. 5 hal 457 , Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 260
9. Jaafar As Shadiq bahawa beliau ada berkata, "Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sampai 1000 orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan sewaan" . (Al Istibshar j. 3 hal. 461, Tahzibu Al Ahkam j. 7 hal. 259, Wasaailu As Syiah jil, 14 hal, 446, Al Furu ‘ Min Al .Kafi jil. 5 hal. 452)
10. Sekurang-kurang tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam riwayat ( Syiah ) dari Ali bin Muhammad Al Jawad (Imam yang ke-10 Syiah ) bahawa beliau pernah ditanya, "Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan? Adakah harus seseorang melakukan mut’ah dengan syarat sekali persetubuhan?, "Ya, tidak mengapa. Tetapi bila selesai (daripada persetubuhan itu) hendaklah ia memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi kepada perempuan itu. (Al Furu’ Min Al Kafi j. 5 hal 460. Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 267)
11. Ini tersebut di dalam riwayat Syiah dari Aban bahawa ada orang bertanya Jaafar As Shadiq tentang bolehkah seseorang melakukan mut’ah dengan sesorang perempuan beberapa kali? Jaafar Al Shadiq menjawab, "Tidak mengapa, ia boleh melakukan mut’ah dengannya seberapa kerap yang dikehendakinya". Al Furu ‘ Min Al Kafi jil . 5 hal. 460, Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480.
12. Ini berdasarkan riwayat mereka (Syiah) daripada Umar bin Hanzalah katanya, "Aku bertanya Jaafar As Shadiq; Bolehkah aku mengadakan aqad mut’ah dengan seorang perempuan selama sebulan dengan tidak memberikan kepada perempuan itu sebahagian daripada maskahwinya? Jaafar As Shafiq menjawab, "Ya, boleh. Ambillah daripadanya sekadar masa keengganannya (untuk bergaul denganmu). Jika setengah bulan ambillah separuh, jika sepertiga bulan ambillah satu pertiga."(Al Furu’ Min Al Kafi j. 5 hal. 461, Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 481, Biharu Al Anwar jil. 100 hal. 310)

No comments:

Post a Comment