SOLAT ASAR


SOLAT ASAR : Iaitu solat wajib yang dilakukan sebanyak 4 rakaat dan 1 salam. Waktunya bermula apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya dan berakhir apabila terbenamnya seluruh bulatan matahari dari pandangan. Niatnya adalah :

“Sahaja aku solat Asar 4 rakaat makmum/imam tunai kerana Allah taala”

Disunatkan melakukan solat sunat qabliyyah (sebelumnya) sahaja dan haram melakukan solat sunat selepasnya. Kerana waktu selepas dilaksanakan solat Fardhu Asar adalah waktu yang diharamkan solat, kecuali solat Tahiyyatul Masjid, Solat Janazah dan Solat Gerhana Matahari sahaja.

No comments:

Post a Comment