SOLAT ZOHOR


SOLAT ZOHOR : Iaitu solat 4 rakaat dan 1 salam yang wajib dilakukan pada waktunya yang tertentu. Bermula waktunya apabila gelincir matahari ke arah barat iaitu apabila sesuatu benda mempunyai bayang di sebelah timur, dan berakhir apabila bayang sesuatu benda lebih panjang sedikit daripadanya.

Niat solat Zohor adalah:

“Sahaja aku solat Zohor 4 rakaat makmum/imam tunai kerana Allah taala”

Disunatkan juga melakukan solat sunat qabliyyah (sebelumnya) dan solat sunat Ba’diyyah (selepasnya) masing-masing sebanyak 2 rakaat.

No comments:

Post a Comment