Ramadhan



Bulan Ramadhan: Ramadhan (b. Arab: , transliterasi: Ramadhān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa juga disebut "Ramadhan Al-Mubarak" iaitu bulan yang diberkati) adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

“ Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir (hidup) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..”(QS Al-Baqarah, ayat 185)

Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa

Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ramadha’, yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata dasar tersebut kata Ramadhan digunakan untuk menunjukkan adanya suasana panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahawa kata Ramadhan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan dibulan Ramadhan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.

Penentuan awal Ramadhan

Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab").

Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja. Di Malaysia khasnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini rukyah seperti tidak member sebarang hasil apabila ianya digunakan dalam menentukan awal Ramadhan dan Akhir Ramadhan. Seringkali Kaedah Hisab digunakan bagi menentukan tarik-tarik berkenaan.

Peristiwa dan Acara semasa Ramadhan

1. Turunnya al-Qur'an
Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadhan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlus Sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadhan dan oleh itu 17 Ramadhan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan. Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

2. Lailatul Qadar
Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada malam 10 terakhir bulan Ramadhan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadhan. Walaubagaimanapun, hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadhan sambil beribadah sepanjang malam.

3. Solat Sunat Tarawih.
Solat ini hanya sunat dilakukan pada malam-malam bulan Ramadhan sahaja dan haram dilakukan pada bulan-bulan yang lain. Solat sunat tarawih dikerjakan 2 rakaat sehingga beberapa salam, antaranya yang masyhur 4 salam atau 8 rakaat dan paling banyak 10 salam atau 20 rakaat.

4. Solat Sunat Idul Adha.

5. Zakat Fitrah.

No comments:

Post a Comment