TAHLIL

TAHLIL: Adalah bacaan kalimah tauhid: Lā illaha ilallah (Tiada tuhan selain Allah). Merupakan zikir yang dilakukan oleh umat Islam. Zikir ini dianggap memiliki nilai yang terbesar dan mempunyai banyak keutamaan. Adab Tahlil pada umumnya sering dilakukan pada saat suatu keluarga mengalami kedukaan terutamanya jika ada yang meninggal dunia. 

Orang melakukan adab tahlil memiliki maksud untuk menghibur sang keluarga dari duka, dengan makna bahwa semua itu adalah sudah ketentuan dan taqdir Allah s.w.t. agar keluarga yang ditinggalkan tidak larut dalam kesedihan  

Upacara berzikir dan berdoa ini dilakukan di rumah-rumah si mati selepas berlakunya kematian seseorang Islam. Ianya diisi dengan pengisian bacaan ayat-ayat al-Qur'an, Selawat ke atas Nabi sollallaahu alaihi wasallam, zikir-zikir dan tasbih.

Tahlil Arwah banyak dilakukan oleh orang-orang Islam Mazhab Syafie di Benua Asia Tenggara. Kebiasaannya dilakukan selepas Solat Isyak bermula malam pertama hingga ke 7. Kemudian diulangi pula pada malam ke 40 dan ke 100.

Hukumnya:
Setengah ulama membuat hukum harus kerana tidak ada dalil yang menggalakkannya dan tidak ada pula dalil yang melarangnya. Upacara tahlil arwah tidak terdapat dalam hukum-hukum fiqh Islam oleh mana-mana mazhab sekalipun.





Ringkasnya, untuk memahami hal ini dengan cara yang benar dan mudah adalah kembali kepada dasar perselisihan itu dengan berpandukan Al-Quran dan hadits yang sahih mengikut kefahaman ‘Generasi Terbaik’ (iaitu para sahabat, tabi’in dan tabi’ al tabi’in). Mengapa perlu mengikut kefahaman generasi tersebut?

"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari golongan ‘Muhajirin’ dan ‘Ansar’ dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia..... .(QS : 9:100)

Hadits : Dari 'Imran bin Husain r.a : Rasulullah saw bersabda, "Sebaik-baik umatku adalah yang orang-orang hidup pada zamanku (para sahabat) kemudian orang-orang yang datang setelah mereka (tabi’in) kemudian orang-orang yang datang setelah mereka (tabi’ut tabi’in)... [3377] Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad dan lainnya.

Maka jelas dalil di atas dari Al-Quran dan hadits bahawa, ‘Apa sahaja yang tidak mencontohi zaman generasi terbaik tersebut TIDAK AKAN jadi yang terbaik sampai kiamat pun’ kerana Allah telah menjanjikan keredhaan kepada kaum Muhajirin dan Ansar (iaitu para sahabat) serta orang-orang yang menurut jejak langkah mereka.



Dari Abu Dzar r.a : Nabi saw bersabda, (diringkaskan)..... "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara kepada kalian untuk bersedekah? Setiap kalimat tasbih adalah sedekah, setiap kalimat takbir adalah sedekah, setiap kalimat tahmid adalah sedekah, setiap kalimat tahlil adalah sedekah.... (HR Muslim : 1674)
 


Pengakhiran majlis itu diadakan dengan jamuan makan. Setiap tempat berbeza caranya, baik di Indonesia mahupun Malaysia. Malah berbeza juga negeri-negeri dan tempat-tempat sekitarnya. Pernah di Kuala Lumpur ini majlisnya diperlukan seseorang yang ingin bertahlil perlu bersedekah minima RM50.00. Sebenarnya apabila meletakkan bayaran, ini bukan sedekah sebaliknya caj perkhidmatan (urusniaga).
Ada pula yang mengkhususkan kenduri tahlil 3 hari 3 malam, kenduri 40 hari, kenduri 100 hari dan sebagainya. Ada pula yang melakukannya sebelum kenduri kahwin dan kemudian diikuti pula dengan sesi karaoke selepas itu. Maka kesemua ini secara jelas tiada asasnya dalam Islam.

Apa yang menurut sunnah adalah, apabila mendatangi atau menziarahi kematian, maka hendaklah kita menggembirakan keluarga si mati dengan membawa makanan atau sedekah wang ringgit dan bukannya makan dan minum di rumah si mati. Malah pernah juga terdapat kes dimana ahli keluarga menggunakan wang si mati sebelum melunaskan hutang-hutang si mati untuk membuat kenduri tahlil. Ini juga jelas haram.
Disebalik perbezaan-perbezaan itu maka terpancar satu soalan, iaitu bagaimana Rasulullah saw dan para sahabatnya (Allah meredhai mereka) membuat kenduri tahlil untuk kita mengikutinya?
Jawapannya sangat mudah : Perbezaan berlaku kerana tiada satu dalil pun dari Rasulullah saw dan para sahabat pernah melakukannya. Oleh kerana itulah perbezaan begitu ketara kerana tiada dasar rujukannya. Oleh itu IA HANYA SEBAGAI ADAT dan boleh jadi haram atau harus.

HARAM apabila;
a). Mengatakan ia sunnah. Ini sama seperti mencipta hadith palsu kerana tiada satu dalil dari hadith yang sahih.
b). Mengenakan caj bayaran kepada keluarga si mati ataupun meminta upah dan membebankan lagi tuan rumah secara tidak langsung.
c). Menggunakan wang si mati secara bathil.
d). Mengkhususkan hari-hari tertentu untuk untuk membuat kenduri tahlil seperti malam Jumaat dibaca surah Yasin, kenduri 3 hari, 7 hari, 40 hari, 100 hari dan sebagainya.
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, "Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan solat malam di antara malam-malam yang lain dan jangan pula dengan puasa, kecuali memang bertepatan dengan hari puasanya." [1930] Riwayat Muslim
e). Tidak bertaubat dan berharap apabila ia mati maka orang lain akan membuat kenduri tahlil untuknya. Beginilah kebanyakan orang sekarang, sejak dari hidup sampai mati mengharapkan belas ihsan orang lain sehingga bab ibadah, dosa dan pahala. Sangat menyedihkan.

HARUS apabila;
Dilakukan oleh anak-anak si mati untuk bersedekah atasnya. Sedekah paling utama adalah air.



Persoalan: Benarkah dalam mazhab Syafi’e pahala bacaan tidak sampai kepadanya?

a). Pahala bacaan Al-Quran
b). Pahala bacaan tahlil

Tidak mungkin sama sekali seseorang boleh menghadiahkan pahalanya kepada orang lain. Saya tidak boleh menghadiahkan pahala kepada anda dan anda juga tidak boleh menghadiahkan pahala kepada sesiapa juga. Ini jelas. Contoh yang mudah;

‘A mempunyai 100 pahala. B mempunyai 50 pahala. Lalu A menyedekahkan pahala sebanyak 25 pahala kepada B dan menjadikan pahala mereka samarata.’

Masuk akalkah perkara ini? Tentu tidak kerana A dan B masing-masing tidak tahu banyak mana pahala mereka dan PALING UTAMA, tiada satu makhluk pun yang mampu memberi pahala kepada orang lain. Hanya Allah yang mampu memberi pahala kepada makhluknya. Ini adalah bab akidah. Tidak ada satu dalil pun mengatakan bahawa pahala kita boleh disedekahkan kepada orang lain.

Walaubagaimanapun, setiap sedekah dan doa itu sampai kepada Allah dan hanya Allah yang Maha Memakbulkan Segala Doa. Berkata Imam Nawawi dalam syarah Muslim bahawa ijma’ ulama mengatakan sedemikian (iaitu sampainya pahala doa dan sedekah kepada si mati).

Penghuni di langit mendoakan penghuni di bumi. Keluarga mendoakan kepada si mati. Anak soleh berdoa kepada kedua ibu bapanya. Semua doa itu sampai, tetapi tidak ada satu makhluk pun mampu memberi pahala kepada makhluk yang lain. Ini boleh membawa kepada syirik kerana wajib kita imani bahawa hanya Allah yang memberi ganjaran pahala dengan kehendak-Nya.

Syarah di dalam Nailul Authar mengatakan ‘yang masyhur dalam mazhab Syafi’i adalah pahala membaca Al-Quran tidak sampai kepada si mati. Tetapi, Imam Ahmad dan sebahagian dari mereka yang bermazhab Hanbali dan segelintir dari Syafi’i mengatakan ia sampai berdasarkan qiyas bahawa jika sedekah air, puasa dan lainnya sampai kepada si mati, mengapa tidak bacaan Al-Quran?’ (Jilid 3 hlm 1129).

Kesimpulan
Oleh itu bagi mereka (mazhab Hanbali) yang ingin membuat kenduri tahlil (bukan pada malam si mati itu dikebumikan, iaitu pada bila-bila masa yang tidak khusus) maka itu hanya sebagai adat kebiasaan sahaja dan bukannya sunnah. Ia boleh dilakukan selagi tidak melanggar dan bertentangan dengan syariat. Bersedekah dan berdoalah kepada si mati.

Mengenai bacaan Al-Quran pula masing-masing berbeza pendapat. Bagi yang berpendapat sampai pahala bacaan Al-Quran itu kepada si mati maka lakukanlah tanpa melanggar syariat. Malah antara syarat Imam Ahmad adalah tidak boleh memberi apa-apa upah kepada mereka yang membaca Al-Quran kepada si mati. Sebaiknya adalah anak atau ahli keluarga dan bukannya mengupah orang lain (Nailul Authar).

Namun perlu diingat sepakat imam mazhab yang empat berkata hidangan yang disediakan oleh keluarga si mati kepada orang ramai yang berhimpun adalah bidaah (Rujuk : al-Majmu’ Syarah, Syarah Fathul Qadir, al-Mughni dan Hasyiyah as-Dasuuqi).

Tetapi hidangan boleh juga dilakukan di luar dari rumah si mati atau di rumah saudara atau jiran tetangga. Sebab itu hari ini kita melihat ramai yang mengadakan majlis tahlil arwah ianya dilakukan di masjid-masjid. Hidangan dirumah si mati hanya harus dihidangkan kepada saudara mara si mati yang datang dari jauh dan tidak berkesempatan untuk pulang sahaja.
Imam Nawawi yang menukil dari kitab al-Umm pula mengatakan Imam Syafi’i membenci acara ma’tam (berkumpul di tempat orang mati) kerana keadaan itu akan membuatkan keluarga si mati menjadi lebih sedih.
Bagi mereka yang mengatakan tidak sampai pahalanya, maka mereka juga benar kerana tiada satu dalil dari para ‘Generasi Terbaik’ melakukannya sedangkan setiap ibadah yang tidak ada asasnya dari mereka adalah tertolak. Malah pendapat ini lebih kuat;

Dari Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tidak ada dasar dari kami maka amalan itu tertolak." [24298] Sahih Riwayat Ahmad. Juga diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban

Oleh itu cukuplah sekadar berdoa kepada Allah SWT agar mengampunkan dosa-dosa orang yang telah pergi sebelum kita dan janganlah kedekut untuk berdoa kepada umat Islam yang lain di seluruh dunia. Bukankah ia lebih mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang samada yang kaya ataupun miskin? Islam itu agama ilmu dan menjadi mudah bagi mereka yang menuntut ilmu.


  Tatacara Bertahlil.
Cara bacaannya adalah sebagaimana berikut:



إلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلْفَاتِحَةْ


ثُمَّ إلَى حَضْرَةِ إِخْوَانِهِ مِنَ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَاْلأَوْلِيَاءِ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَالصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ وَاْلعُلَمَاءِ وَاْلمُصَنِّفِيْنَ وَجَمِيْعِ اْلمَلاَئِكَةِ اْلمُقَرَّبِيْنَ اَلْفَاتِحَةْ

ثُمَّ إليَ جَمِيْعِ أَهْلِ اْلقُبُوْرِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ مِنْ مَشَارِقِ اْلاَرْضِ وَمَغَارِبِهَا بَرِّهَا وَبَحْرِهَا خُصُوْصًا اَبَاءَنَا وَأُمَّهَاتِنَا وَأَجْدَادَنَا وَجَدَّاتِنَا وَمَشَايِخَنَا مَشَايِخِنَا وَلِمَنِ اجْتَمَعْنَا هَهُنَا بِسَبَبِهِ وَخُصُوْصًا(sebut nama mayit)  اَلْفَاتِحَةْ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ¡ اللَّهُ الصَّمَدُ ¡ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ¡ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ¡ 3x
لاَ إِلهَ إِالا اللهُ اَللهُ أَكْبَرْ وَلِلّهِ اْلحَمْدُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ¡ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ¡ وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ   وَمِنْ شَرِّ النَّفََّـاثَـاتِ فِى الْعُقَدِ ¡ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ¡
لاَ إِلهَ إِلا اللهُ اَللهُ أَكْبَرْ وَلِلّهِ اْلحَمْدُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ¡ مَلِكِ النَّاسِ¡ إِلهِ النَّاسِ¡ مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ¡ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ¡ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ¡
لاَ إِلهَ إِلَّا اللهُ اَللهُ أَكْبَرْ وَلِلّهِ اْلحَمْدُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ¡ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ¡ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ¡ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ¡ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ¡ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّين¡ أمِينْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

الـم ¡ ذَلِكَ اْلكِتَابُ لاَرَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِلْمُتَّقِيْنَ ¡ اَلَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُوْنَ¡وَالَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالاْخِرَةِ هُمْ يُوْقِنُوْنَ¡ اُولئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَاُولئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ¡

وَإِلـهُكُمْ إِلهُ وَاحِدٌ لاَإِلهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمنُ الرَّحِيْمُ
اللهُ لاَ إِلَهَ اِلاَّ هُوَ اْلحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَتَأْخُذُه سِنَةٌ وَلاَنَوْمٌ. لَهُ مَافِى السَّمَاوَاتِ وَمَافِى اْلأَرْضِ مَنْ ذَالَّذِى يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَابَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَيُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَلاَ يَؤدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ¡
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا x21
أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ.

بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
إِرْحَمْنَا يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 7x
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ x17

أَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ x11
حَسْبُنَا اللهُ نِعْمَ الْوَكِيْلِ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر ِوَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

اَلَّذِيْنَ آمَنُوْا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ
نَوَيْتُ تَقَرُّباً اِلَى اللهِ. أَفْضَلُ الذِّكْرِ فَاعْلَمْ أَنَّهُ: لاَ إِلهَ إِلا اللهُ x3
لاَ إِلهَ إِلا اللهُ x100

كَلِيْمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ فِى اللِّسَانِ, ثَقِيْلَتَانِ فِى الْمِيْزَانِ, حَبِيْبَتَانِ اِلَى الرَّحْمنِ
سَبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ x11
أَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ أَللّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ
أَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ أَللّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ
أَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ يَارَبِّي صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ أَجْمَعِيْنَ
اَلْفَاتِحَة ...


Doa Tahlil

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمن الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ. حَمْدَ الشَّاكِرِيْنَ حَمْدَ النَّاعِمِيْنَ، حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.

أَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ فِى اْلأَوَّلِيْنَ. وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ فِى اْلأخِرِيْنَ. وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ فِى كُلِّ وَقْتٍ وَحِيْنٍ. وَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ فِى اْلمَلاَءِ اْلأَعْلَى إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

أَللّهُمَّ اجْعَلْ وَأَوْصِلْ ثَوَابَ مَا قَرَأْنَاهُ مِنَ اْلقُرْأنِ الْعَظِيْمِ. وَمَا هَلَّلْنَاهُ مِنْ قَوْلِ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَمَا سَبَّحْنَاهُ مِنْ قَوْلِ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ وَمَا صَلَّيْنَاهُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ فِى هذَا اْلمَجْلِسِ اْلمُبَارَكِ هَدِيَّةً وَاصِلَةً وَّرَحْمَةً نَّازِلَةً وَّبَراكَةً شَامِلَةً وَصَدَقَةً مُتَقَبَّلَةً إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَحَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُرَّةِ اَعْيُنِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَاِلَى جَمِيْعِ اِخْوَانِهِ مِنَ اْلاَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، وَاْلاَوْلِيَاءِ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَالصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ وَالْعُلَمَاِءِ الْعَامِلِيْنَ وَالْمُصَنِّفِيْنَ الْمُخْلَصِيْنَ وَجَمِيْعِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ خُصُوْصًا اِلَى سَيِّدِنَا الشَّيْخِ عَبْدِ الْقَادِرِ الْجَيْلاَنِى.

ثُمَّ إليَ جَمِيْعِ أَهْلِ اْلقُبُوْرِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ مِنْ مَشَارِقِ اْلاَرْضِ وَمَغَارِبِهَا بَرِّهَا وَبَحْرِهَا وَخُصُوْصًا اِلَى آبَائِنَا وَاُمَّهَاتِنَا وَاَجْدَاتِنَا وَجَدَّاتِنَا وَنَخُصُّ خُصُوْصًا اِلَى مَنِ اجْتَمَعْنَا هَاهُنَا بِسَبَبِهِ وَِلاََجْلِهِ. اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ. اَللهُمَّ اَنْزِلِ الرَّحْمَةَ وَالْمَغْفِرَةَ عَلَى اَهْلِ الْقُبُوْرِ مِنْ اَهْلِ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللهِ
وَنَخُصُّ خُصُوْصًا اِلَى(sebut nama mayit)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ (لَهَا/لَهُمَا/لَهُمْ) وَارْحَمْهُ (هَا/هُمَا/هُمْ) وَعَافِهِ (هَا/هِمَا/هِمْ) وَاعْفُ عَنْهُ (هَا/هُمَا/هُمْ)، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ (هَا/هُمَا/هُمْ)، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ (هَا/هُمَا/هُمْ)، وَاغْسِلْهُ (هَا/هُمَا/هُمْ) بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ (هَا/هِمَا/هِمْ) مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّي الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ (هَا/هُمَا/هُمْ) دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ (هَا/هِمَا/هِمْ)، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ (هَا/هِمَا/هِمْ)، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ (هَا/هِمَا/هِمْ)، وَأَدْخِلْهُ (هَا/هُمَا/هُمْ) الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ (هَا/هُمَا/هُمْ) مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ.

اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ (هَا/هُمَا/هُمْ), وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ (هَا/هُمَا/هُمْ), وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ (هَا/هُمَا/هُمْ).

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيْرِنَا وَكَبِيْرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا.
 اَللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى اْلإِسْلاَمِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى اْلإِيْمَانِ.

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَباَرَكَ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اَلْفَاتِحَة ...

Rujukan:
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2012/02/isu-tahlil.html
id.wikipedia.org/wiki/Tahlil‎ 

No comments:

Post a Comment