TAHUKAH ANDA

1. ALLAH KIRIM SALAM KEPADA UMMUL MUKMININ KHADIJAH
Suatu hari, Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah s.a.w. (ketika Rasulullah s.a.w. melakukan Uzlah di gua Hira, dengan tujuan menyendiri serta menjauhi upacara penyembahan berhala dan kehidupan sesat penduduk Makkah selama sebulan penuh setiap tahun) dan berkata “Wahai Muhammad, sebentar lagi Khadijah akan membawakan makanan dan minuman untukMu. Kalau Ia datang, sampaikan kepadaNya salam dari ALLAH s.w.t dan diriKu”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda :"Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu." Maka Khadijah r.a. menjawab: "Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)."

Cara Khadijah menjawab salam itu pun menunjukkan keluasan pandangan dan dalamnya perasaan cinta kepada Allah, jawaban itu mengandungi pengagungan terhadap ALLAH s.w.t. Khadijah berkata kepada Rasulullah s.a.w. dengan jawapan,”

اللهُ السلام, مِنْهُ السلام و على جبريل السلام
(Allahussalaam, minhus salaam wa alaa jibriilus salaam)



Maksudnya: "Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)." (HR. An-Nasa’i)


2. AMALAN SOLEH TIDAK DITERIMA ALLAH KETIKA MALAIKAT MENGANGKATNYA.

Iaitu amalan soleh yang dikerjakan tanpa seseorang itu meninggalkan penyakit hati, seperti hasad, dengki, takabbur, sombong, ujub, riak, sum'ah dan seumpamanya. Apabila Malaikat pembawa amalan membawa amalan seseorang itu, catatan amalan itu dilempar ke muka tuannya. Jika melepasi malaikat penjaga langit pertama, akan berdepan pula dengan malaikat penjaga langit kedua, dengan semakan yang ditumpukan kepada penyakit-penyakit hati tadi. Proses berlaku dari satu langit ke satu langit yang lain.


3. BERZINA DENGAN ISTERI JIRAN

Dosanya sama seperti orang Munafik. Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Jahannam pada lapisan paling bawah.


4. BERZINA DENGAN ORANG KAFIR TIDAK TERAMPUN DOSANYA.

Walaupun lelaki muslim yang berzina dengan perempuan kafir, seperti pelacur dan seumpamanya, kembali insaf dan bertaubat kepada Allah, tetapi dosanya tidak terampun kerana wanita kafir yang dizinai tidak bertaubat dan taubat seorang kafir tidak diterima oleh Allah. Maka air mani yang dipancut kedalam rahim wanita tadi akan menjerit dengan suara yang amat kuat dan mematikan makhluk yang mendengarnya.


5. ZAKAR DAN FARAJ PENZINA SEBESAR SEBUAH NEGERI.

Penzina lelaki dan wanita di Mahsyar nanti akan memperolehi Zakar atau Faraj yang amat besar, sehingga dapat diduduki oleh beberapa ummat manusia di dunia ini di atasnya. Hal ini sudah tentu amat memalukannya dan menyulitkan perjalanannya di Mahsyar yang penuh dengan kesusahan dan kepayahan.


6. MASJID MADINAH KAMPUNG 3 BANI.

Masjid Madinah atau lebih dikenali sebagai Masjid Nabawi yang ada sekarang di atas satu kawasan berpagar seluas 350,000 meter persegi, dahulunya adalah perkampungan yang dihuni oleh Yahudi Bani Qainuqa', Aus dan Khazraj. Yahudi Bani Qainuqa' berjumlah 600 orang dan begitu juga Khazraj bersatu menentang kumpulan Aus di bahagian selatan.

Maka kerana perbalahan yang tak berkesudahan antara Aus dan Khazraj ini akhirnya membuatkan mereka mencari seorang pendamai yang akan muncul di Makkah, sebagaimana yang diberitakan oleh pendita Yahudi dari kitab Taurat.

Akhirnya mereka menemui Nabi sollallaahu 'alaihi wasallam yang berjaya menyatukan mereka di bawah Islam dan ketika Nabi sollallaahu 'alaihi wasallam berhijrah ke Madinah, mereka dinamakan Golongan Ansar.

7. TIDAK SAH MANDI JUNUB DENGAN BERDIRI.

Tidak sah mandi junub apabila berdiri bagi seorang perempuan terutamanya. Apabila mereka mandi Junub atau Mandi Janabah atau Mandi Hadas Besar kerana apa-apa sebab yang berkaitan maka wajib dalam keadaan duduk dan diratai semua air kebahagian yang sukar dimasuki air, kecuali rambut panjang yang bersanggul.

8. BIDADARI SAIDINA UMAR R.A BERBEZA DARI ORANG LAIN.

Suatu hari ketika Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dimi’rajkan menghadap Allah subhaanahu wa taala,  malaikat Jibril a.s memperlihatkan kepada baginda taman-taman syurga. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bergurau dan bermain. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan nampak sangat pemalu. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada Jibril a.s, “Wahai Jibril a.s bidadari siapakah itu?”. Malaikat Jibril a.s menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.”.
 
Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah subhaanahu wa taa’ala menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya”. 

9. 24 JUTA BIDADARI UNTUK SEORANG PENGHUNI SYURGA.

Sesiapa mendapat 1 Mahligai di Syurga, maka dia akan mendapat 24,010,000 (24 juta bidadari.) Sebagaimana Hadits diriwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah,

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu (mutiara), dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah (delima) dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”

1 Mahligai dicipta dari Lu’lu’, di dalamnya terdapat;
70 kampung dicipta dari Yaqut merah, di dalam setiap kampung terkandung;
70 Rumah dicipta dari Zamrud hijau, di dalam setiap rumah terdapat;
70 bilik tidur, dan di dalam setiap bilik terdapat;
70 bidadari.
Jumlah bidadari seluruhnya 24,010,000
(70 X 70 X 70  = 24,010,000)

No comments:

Post a Comment