FIR'AUN

FIR’AUN :'Firaun' merupakan satu nama dan perkataan yang diambil dari bahasa Arab (al-Qur’an) tentang panggilan kepada raja Mesir. Ia juga berasal dari Bahasa Mesir Pr-Aa bermaksud 'Rumah Besar', digunakan ketika Kerajaan Lama sebagai sebahagian dari frasa 'Penghuni Rumah Besar', dengan rujukan khas kepada mahkamah atau istana itu sendiri.

Dari Dinasti Kedua Belas dan seterusnya, perkataan itu muncul dengan ucapan 'Rumah Besar, semoga hidup makmur dan dalam kesihatan', tetapi masih dengan rujukan bangunan berbanding dengan rajanya.

Contoh awal 'Pr Aa' digunakan untuk merujuk raja adalah dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) peda pertengahan Dinasti Kelapan Belas Mesir (1539-1292 SM) yang merujuk kepada 'Firaun, dikurniakan kehidupan, kemakmuran dan kesihatan, Tuan'.2 Dari Dinasti Kesembilan Belas dan seterusnya, digunakan juga hm.f 'Baginda Tuanku'.

Maka, istilah itu berubah dari sesuatu yang dirujuk bersama bangunan sehinggalah gelaran kehormat bagi seorang raja, dan juga pejabatnya.

1 (Inggeris)Ancient Egyptian Grammar (3rd ed.), A. Gardiner (1957) 71-76

2 (Inggeris)Hieratic Papyrus from Kahun and Gurob, F. LL. Griffith, 38, 17.

Kebesaran dan Gelaran

Raja Mesir memakai dua mahkota, yang dicipta dari Mahkota Merah dari Mesir Hilir dan Mahkota Putih dari Mesir Hulu. Ia dihiasi dengan ular yang digandakan ketika Dinasti Kedua Puluh Lima.

Ahli kaji Mesir purba, Bob Brier mendapati walaupun terdapat banyak pernyataan dan lukisan tentang mahkota diraja, tiada mahkota yang sebenar ditemui. Makam Tutankhamun digali besar-besaran tetapi tetap tidak dijumpai. Mahkota tersebut dikatakan mempunyai kandungan sihir, dan pendapat Brier mengatakan bahawa mahkota tersebut tidak boleh dibawa bersama apabila telah mangkat tetapi harus diserahkan kepada penggantinya.

Gelaran rasmi bagi raja ketika Kerajaan Baru mengandungi lima nama; bagi sesetengah pemerintah, kita hanya mengetahui satu atau dua sahaja

Permasalahan

Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya:

Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu.

Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari Orang Laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan. Tidak pasti sama ada Ramesses III atau Amenemhat I dibunuh.

Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.

Apa yang berlaku kepada Hatshepsut tidak diketahui dan hubungan antara Hatshepsut dengan Senenmut masih diperdebatkan.

Walaupun jelas Cleopatra adalah keturunan Yunani dan bukan Mesir, bapanya Ptolemy XII Auletes, tetapi ibunya masih tidak pasti. Barangkali adik tiri Ptolemy Cleopatra Selene.

Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.

Tidak jelas sama ada Khababash dari Dinasti Ketiga Puluh betul-betul seorang firaun, malah asal-usulnya juga adalah misteri.

Tidak diketahui sama ada Necho II menghantar ekspedisi yang berlayar dari Laut Merah mengelilingi Afrika dan kembali ke delta Nil.

Senarai Pemerintahan Firaun

Rencana ini mengandungi senarai Firaun Mesir Purba, dari Tempoh Dinasti Awal ‎sebelum 3000 SM hingga ke penghujung Dinasti Ptolemaik, apabila Mesir menjadi ‎jajahan Empayar Rom di bawah pemerintahan Augustus Caesar pada 30 SM.‎
Harus diketahui terdapat tiga pemerintah perempuan dalam senarai firaun yang memilih ‎untuk tidak memakai gelarai firaun iaitu yang bukan pasangan firaun Ptolemy ‎‎(Sobeknefru, Hatshepsut, dan Twosret), kerana firaun adalah gelaran bagi lelaki. Dalam, ‎senarai ini mereka digelarkan "Ratu ________."


Harus diketahui juga bahawa tarikh berkenaan adalah anggaran, Terdapat pelbagai sistem ‎untuk pentarikhan bagi kajian Mesir Purba iaitu bergantung kepada bagaimana ia ‎dilakukan dan anggaran apakah yang digunakan. Yang tertera di bawah merupakan satu ‎daripadanya dan bukan satu-satunya.‎

Zaman Purba

Zaman Purba merangkumi Tempoh Dinasti Awal, apabila Mesir Hilir dan Mesir Hulu diperintah sebagai kerajaan yang berasingan, dan Dinasti Pertama dan Kedua

Dinasti Awal: Mesir Hilir

Hilir Mesir, dikenali sebagai Tanah Hitam berada di utara Nil dan delta Nil. Senarai berikut mungkin tidak lengkap:

Dinasti Awal: Mesir Hulu

Mesir Hulu, dikenali sebagai Tanah Merah, adalah sekitar Nil selatan dan gurun. Berikut mungkin tidak lengkap (dan terdapat juga yang dipertikaikan kewujudannya):

Dinasti Pertama: Dinasti Pertama memerintah dari kira-kira 3050 SM ke 2890 SM.

Dinasti Kedua: Dinasti Kedua memerintah dari 2890 ke 2686 SM.


Kerajaan Lama

Kerajaan Lama merupakan zaman ketika alaf ketiga sebelum Masihi apabila Mesir mencapai kemuncak pencapaian ketamadunan pertama (pertama dari tiga dipanggil Zaman “Kerajaan” menandakan ketinggian tahap ketamadunan di Lembah Nil), menjadi tempoh penghubung apabila Mesir diperintah Dinasti Ketiga hingga ke Dinasti Keenam (2630–2151 SM). Banyak ahli kaji Mesir Purba memasukkan Memphite Ketujuh dan Kelapan ke dalam Kerajaan Lama sebagai sambungan kepada pentadbiran yang berpusat di Memphis. Kerajaan Lama diikuti oleh zaman perpecahan dan kebudayaan merosot menurut ahli kaji Mesir Purba pada Tempoh Perantaraan Pertama – atau masyarakat Mesir memanggilnya, “kesakitan pertama”.

Ibu kota diraja Mesir ketika Kerajaan Lama terletak di Memphis, apabila Djoser mengasaskan mahkamahnya. Kerajaan Lama mungkin dikenali kerana piramidnya yang besar yang dibina ketika ini sebagai tempat persemadian Firaun. Kerana itu, Kerajaan Lama kerap dirujuk sebagai "Zaman Piramid ".

Dinasti Ketiga: Dinasti Ketiga memrintah dari 2686 hingga 2613 SM.

Dinasti Keempat: Dinasti Keempat memerintah dari 2613 hingga 2498 SM dan merangkumi Firaun yang membina Piramid Agung, Khufu (Cheops), Khafra (Chephren) dan Menkaura (Mycerinus).

Dinasti Kelima: Dinasti Kelima memerintah dari 2498 ke 2345 SM.

Dinasti Keenam: Dinasti Keenam memerintah dari 2345 hingga 2181 SM.

Tempoh Perantaraan Pertama

Tempoh Perantaraan Pertama merupakan zaman di antara Kerajaan Lama dan kemunculan Kerajaan Pertengahan.

Kerajaan Lama dengan cepatnya runtuh selepas kemangkatan Pepi II. Baginda memerintah selama 94 tahun, lebih lama dari mana-mana monarki yang ada dalam sejarah dan mangkat pada umur 200 tahun. Tahun-tahun akhir pemerintahan baginda tidak begitu beaik akibat lanjutnya usia baginda.

Kesatuan Dua Kerajaan telah berpecah dan pemimpin tempatan terpaksa menangani masalah kebuluran.

Sekitar 2160 SM, beberapa Firaun cuba menyatukan Mesir Hilir dari pusat Bandar mereka di Herakleopolis Magna. Pada masa yang sama, barisan musuh di Thebes sedang menyatukan semula Upper Mesir dan pertembungan dua dinasti tersebut tidak dapat dielakkan.

Sekitar tahun 2055 SM, waris Firaun Intef III mengalahkan Firaun Herakleopolitan, menyatukan Dua Tanah tersebut dan mengasaskan Dinasti Kesebelas dan memerintah sebagai Mentuhotep II, Firaun Pertama Kerajaan Pertengahan.

Dinasti Ketujuh dan Kelapan: Dinasti Ketujuh dan Kelapan memerintah dari 2181 hingga 2160 SM.

Dinasti Kesembilan: Dinasti Kesembilan memerintah dari 2160 ke 2130 SM.

Dinasti Kesepuluh: Dinasti Kesepuluh merupakan kumpulan tempatan yang menguasai Mesir Hulu yang memerintah dari 2130 ke 2040 SM.

Dinasti Kesebelas: Dinasti Kesebelas merupakan kumpulan tempatan yang berasal dari Lower Mesir yang memerintah dari 2134 hingga 1991 SM.

Kerajaan Pertengahan

Kerajaan Pertengahan merupakan tempoh dari penghujung Tempoh Perantaraan Pertama hingga bermulanya Tempoh Perantaraan Kedua. Sebagai tambahan bagi Dinasti Kedua Belas, sesetengah sarjana memasukkan Dinasti Kesebelas, Ketiga Belas dan Dinasti Keempat Belas dalam Kerajaan Pertengahan. Kerajaan Pertengahan boleh dilihat akan perkembangan dagangan luar yang berlaku di waktu ini. Pembukaan kepada dagangan membuatkan kejatuhan Kerajaan Pertengahan kerana memudahkan penaklukan dari Hyksos.

Dinasti Kedua Belas: Dinasti Kedua Belas memerintah dari 1991 hingga 1802 SM, dan dikatakan oleh rakyat Mesir sebagai Dinasti terbaik.

Tempoh Perantaraan Kedua

Tempoh Perantaraan Kedua merupakan zaman kekucar-kaciran di antara Kerajaan Pertengahan, dan permulaan Kerajaan Baru. Ia diketahui akibat Hyksos muncul di Mesir, yang memerintah bagi Dinasti Kelima Belas dan Keenam Belas.

Dinasti Ketiga Belas lebih lemah daripada Dinasti Kedua Belas, dan tidak mampu bertahan lama di Mesir. Pemerintahan keluarga berwilayah di Xois, terletak di paya Barat Delta, terpisah dari pemerintahan pusat untuk membentuk Dinasti Keempat Belas.

Hyksos muncul buat kali pertamanyaketika pemerintahan Sobekhotep IV, dan sekitar 1720 SM mengambil alih pekan Avaris (Tell ed-Dab'a/Khata'na kini). Hyksos, yang dipimpini Salitis, pengasas Dinasti Kelima Belas, menjajah Mesir ketika pemerintahan Dudimose I.

Ketika Memphis jatuh ke tangan Hyksos, masyarakat asli Mesir memerintah Thebes dan mengisytiharkan kemerdekaan lalu membentuk Dinasti Ketujuh Belas. Dinasti ini menghalau Hyksos pulang ke Asia.

Dinasti Ketiga Belas: Dinasti Ketiga Belas (menurut Senarai Raja Turin) memerintah dari 1803 hingga sekitar 1649 SM dan bertahan selama 153 atau 154 Tahun menurut Manetho.

Dinasti Keempat Belas: Dinasti Keempat Belas merupakan kumpulan tempatan dari Timur Delta, berasas di Xois (Avaris), yang memerintah dari sekitar 1705 hingga sekitar 1690 SM.

Dinasti Kelima Belas: Dinasti Kelima Belas muncul dari kalangan orang Hyskos: Badwi gurun yang keluar dari Lingkungan Sabit Subur untuk mengasaskan pemerintahan jangka pendek ke atas kawasan Nil, memerintah dari 1674 ke 1535 SM.

Dinasti Keenam Belas: Dinasti Keenam Belas merupakan kumpulan tempatan di utara persisiran Sinai (Pelusium) dan memerintah dari 1663 hingga sekitar 1555 SM:

Dinasti Ketujuh Belas: Dinasti Ketujuh Belas diasaskan di Mesir Hulu dan memerintah dari 1650 hingga 1550 SM:

Kerajaan Baru

Kerajaan Baru merupakan tempoh yang merangkumi Lapan Belas, Sembilan Belas, dan Dinasti Kedua Puluh dari Mesir, dari abad ke-16 SM hingga abad ke-11 SM, di antara Tempoh Perantaraan Kedua, dan Tempoh Perantaraan Ketiga.

Dengan penguasaan tentera ke luar sempadan, Kerajaan Baru memperlihatkan perluasan jajahan terbesar Mesir. Ia jauh meliputi Nubia di selatan, melebar jauh ke wilayah Timur. Askar Mesir turut berlawan dengan askar Hittite untuk menguasai tanah yang kini adalah Syria.

Dua orang Firaun yang terkenal dalam Kerajaan Baru iaitu Akhenaten, yang juga dikenali sebagai Amenhotep IV, yang hanya menyembah Aten yang sering dianggap sebagai monoteisme pertama, dan Ramesses II, yang menakluk semula wilayah yang kini adalah Israel, Lebanon dan Syria yang berlaku dalam Dinasti Kelapan Belas. Penaklukan semula dalam Pertempuran Kadesh, iaitu ketika baginda memimpin tentera Mesir menentang askar Raja Hittite, Muwatalli II.

Dinasti Kelapan Belas: Dinasti Kelapan Belas memerintah dari 1550 hingga 1295 SM:

Dinasti Kesembilan Belas: Dinasti Kesembilan Belas memerintah dari 1295 ke 1186 SM dan termasukalah satu dari Firaun yang hebat: Rameses II yang Agung:

Dinasti Kedua Puluh: Dinasti Kedua Puluh memerintah dari 1185 hingga 1070 SM:

Tempoh Perantaraan Ketiga

Tempoh Perantaraan Ketiga menandakan berakhirnya Kerajaan Baru selepas kejatuhan empayar Mesir. Beberapa dinasti orang Libya memerintah yang memberi nama lain bagi tempoh ini sebagai Zaman Libya.

Paderi Besar Amun di Thebes

Walaupun tidak dianggap sebagai Dinasti per se, Paderi Besar Amun di Thebes mempunyai kuasa dan pengaruh yang membuatkan mereka memerintah dengan cekap di Hulu Mesir dari 1080 hingga 945 SM.
Dinasti Kedua Puluh Satu: Dinasti Kedua Puluh Satu diasaskan di Tanis dan merupakan kumpulan pemerintah yang lemah. Secara teorinya, mereka pemerintah seluruh Mesir tetapi pengaruh mereka terhad kepada Mesir Hilir. Mereka memerintah dari 1069 hingga 945 SM

Dinasti Kedua Puluh Dua: Firaun Dinasti Kedua Puluh Dua merupakan orang Libya, memerintah dari sekitar 945 hingga 720 SM:

Dinasti Kedua Puluh Tiga: Dinasti Kedua Puluh Tiga merupakan kumpulan tempatan yang berasal dari Libya, berasas di Leontopolis, yang memerintah dari 836 hingga 720 SM:

Libu

Tidak dikira sebagai Dinasti, Libu merupakan kumpulan nomad barat (Libya) yang mendiami Delta barat dari 805 hingga 732 SM.

Dinasti Kedua Puluh Empat: Dinasti Kedua Puluh Empat merupakan Dinasti musuh yang terletak di barat Delta (Sais), dengan hanya dua orang Firaun yang memerintah dari 732 hingga 720 SM.

Zaman Akhir

Zaman Akhir bermula dari 732 SM hingga Mesir menjadi wilayah taklukan Rom pada 30 SM, dan merangkumi tempoh pemerintahan oleh orang Nubia, Parsi, dan Macedonia.

Dinasti Kedua Puluh Lima: Nubia menakluki Mesir pada 732 SM dan menguasai takhta Mesir, lalu mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Lima yang memerintah sehingga 656 SM.

Dinasti Kedua Puluh Enam: Dinasti Kedua Puluh Enam memerintah dari sekitar 672 hingga 525 SM.

Dinasti Kedua Puluh Tujuh: Mesir telah dijarah Empayar Parsi pada 525 SM dan diambil alih oleh orang Parsia sehingga 404 SM. Shah Achaemenid telah dipanggil Firauns pada era ini, membentuk Dinasti Kedua Puluh Tujuh:

Dinasti Kedua Puluh Lapan: Dinasti Kedua Puluh Lapan bertahan hanya 6 tahun, dari 404 hingga 398 SM, dengan hanya satu Firaun:

Dinasti Kedua Puluh Sembilan: Dinasti Kedua Puluh Sembilan memerintah dari 398 hingga 380 SM:

Dinasti Ketiga Puluh: Dinasti Ketiga Puluh memerintah dari 380 sehingga sekali lagi Mesir dibawah kekuasaan Parsi yang memerintah pada 343 SM:

Dinasti Ketiga Puluh Satu: Mesir sekali lagi dibawah kuasa Achaemenid Parsi. Selepas menurut Manetho, Parsi yang memerintah dari 343 hingga 332 SM telah membentuk Dinasti Ketiga Puluh Satu:

Dinasti Argead

Orang Macedonia di bawah Alexander Agung membawa zaman Hellenistik bersama ke dalam taklukan Parsi dan Mesir. Argeads memerintah dari 332 ke 309 SM:

Dinasti Ptolemaik

Dinasti Hellenistik kedua, keluarga Ptolemy memerintah Mesir dari 305 SM sehingga Mesir menjadi jajahan takluk Rom pada 30 SM (apabila dua tarikh bertindih, itu bermakna berlaku di ambil alih sebagai pemangku buat sementara):

Rom

Mesir menjadi taklukan Empayar Rom di bawah Augustus Caesar pada 30 SM. Maharaja Rom kemudian menggunakan gelaran Firaun.






No comments:

Post a Comment