BANI QAINUQA'

BANI QAINUQA': (disebut juga sebagai Bani Kainuka, Bani Kaynuka, Bani Qaynuqa’ (bahasa Arab: بنو قينقاع) adalah satu di antara tiga suku Yahudi yang tinggal di Yatsrib, sekarang Madinah. Mereka merupakan kumpulan Yahudi yang paling ramai dan paling kuat di kota Yatsrib. Pada tahun 624, mereka diusir oleh Nabi Islam, Muhammad, kerana diketahui melanggar perjanjian yang dikenali sebagai Piagam Madinah.

Pada abad ke-7, Bani Qainuqa’ adalah sebuah suku yang tinggal di dua benteng di bahagian barat daya kota Yatsrib, yang sekarang disebut Madinah, telah menetap di sana sejak waktu yang tidak diketahui. Kedatangan mereka mengikut setengah para Sarjana Barat dari Palestin kerana di Palestine tersebar luas penganut Agama Nasrani.

Meskipun sebahagian besar dari mereka menggunakan nama Arab, tetapi mereka adalah dari etnik asli Yahudi dan beragama Yahudi. Mereka mencari nafkah melalui perdagangan dan kerajinan tangan, termasuk menjadi tukang emas dan tukang besi, serta membuat senjata. Pasar di Yatsrib terletak di tempat dimana bani Qaynuqa’ tinggal. Bani Qaynuqa’ bersekutu dengan sebuah suku arab, Bani Khazraj, dan mendukung mereka melawan Bani Aus.

No comments:

Post a Comment