ZAMAN FATRAH

ZAMAN FATRAH ( فترة ): Iaitu suatu tempoh masa di antara kewafatan seorang Nabi dengan saat kemunculan Nabi yang baru. Mereka hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan mana-mana rasul. Allah berfirman dalam surah al-Maa'idah ayat 19:



Maksudnya: "Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan (syari'at Kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman) rasul-rasul agar kamu tidak mengatakan: "Tidak ada datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan". Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu". (QS al-Maa'idah:19)

Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah SWT:

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً ....

"....Dan Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam". (al Isra': 15)

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Pada hari Kiamat nanti, ada 4 orang yang di beri kesempatan untuk beralasan di hadapan Allah, iaitu seorang yang tuli, tidak mendengar sesuatupun, seorang pandir, seorang gila, seorang yang meninggal dunia di zaman fatrah (zaman terlambat datangnya pengganti nabi, setelah nabi sebelumnya wafat):

1. Adapun orang yang tuli akan mengatakan, “Wahai Rabb, agama islam telah datang namun aku tidak mendengar sesuatupun”

2. Orang yang pandir (tak cukup akal) akan mengatakan “Wahai Rabb, agama islam telah datang, sedangkan anak-anak kecil melempariku dengan kotoran binatang”

3. Orang yang gila mengatakan “Wahai Rabb, agama islam telah datang sementara aku dalam keadaan tidak berakal sedikitpun”

4. Dan orang yang mati di zaman fatrah akan mengatakan : “Wahai Rabb, tidak ada seorang Rasulpun yang datang padaku”

Maka Allah membuat perjanjian dengan mereka iaitu agar mereka benar-benar akan mentaati-Nya. Kemudian Allah memerintahkan mereka:, “masuklah kalian ke dalam neraka!!” Rasulullah bersabda: Demi Allah Yang jiwa Muhammad berada di tanganNya. Seandainya mereka memasukinya (neraka), sesungguhnya neraka itu menjadi sejuk dan keselamatan bagi mereka” (didalam riwayat lain dari Abu Hurairah, disebutkan; “barang siapa memasukinya, neraka itu menjadi sejuk dan selamat baginya. Dan barang siapa tidak memasukinya, dia diseret ke dalamnya”

Dari cerita diatas, bagi kita sebagai insan yang sihat wal ‘afiat, kita yang memiliki “uswatun hasanah” iaitu Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam, kita yang dengan ‘kewarasan’ mempunyai kesempatan mendapatkan ajaran-ajaran agama, kita yang tidak pandir, tidak gila, sama sekali tidak mempunyai alasan-alasan yang diajukan pada Allah, seperti cerita diatas, saat kita menghadap pengadilanNya nanti. Maha Benar Allah dengan segala firman-firmanNya.

Mereka yang hidup di masa Fatrah yang terlepas dari azab neraka adalah mereka yang benar-benar tidak menemui sebarang ajaran Rasul, kerana berada ditempat yang jauh terpencil dari keberadaan manusia ramai. Jika mereka mengetahui akan ajaran mana-mana Rasul, maka kesaksiannya sebagai manusia zaman Fatrah adalah terbatal sama sekali. Sebagaimana keberadaan umat Nabi Musa dengan kitab Taurat sebagai rujukan, umat Nabi Isa ke bawah yang dibekalkan kita injil serta penganut agama Majusi yang mengetahui terdapat di zamannya umat-umat Nabi Musa dan Nabi Isa.

Ini bermakna manusia yang digelar Fatrah adalah mereka yang tidak mengetahui akan kewujudan agama itu kerana beberapa sebab sebelum ini, sedangkan jika mereka menemuinya mereka mempunyai pilihan untuk mengikuti mana-mana ajaran Nabi dan Rasul.

Berapa Lamakah Zaman Fatrah

Imam ibnu Kathiir mengatakan bahawa pendapat yang masyhur ialah sebagaimana pendatap Imam 'Uthman an-Nahdii yang merupakan satu riwayat dari Imam Qataadah. Pendapat ini mengatakan bahawa masa Fatrah tersebut adalah 600 tahun (syamsiyyah), pendapat yang lain mengatakan 620 tahun (Qamariyyah). Hal ini berlaku pada masa antara wafatnya Nabi Isa hingga datangnya Nabi Muhammad sollallaahu 'alaihi wasallam.

No comments:

Post a Comment