ILA'

ILA’ ( إلاء ) : Asal dari perkataan aliyyah ( ألية ) , ertinya ‘sumpah’. Dari segi istilah ialah suami yang yang bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya lebih daripada empat bulan atau secara mutlak (tanpa disebut masa), tanpa sebab-sebab tertentu.


Hukum ila’

Jika suami bersumpah tidak akan menggauli isterinya lebih dari 4 bulan atau selama-lamanya, maka beliau telah melakukan ila’ terhadap isterinya. Ila’ itu telah menjadi talaq, sebagaimana zihar dan li’an.

لِّلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِن نِّسَآئِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ فَإِنْ فَآؤُوا فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ, وَإِنْ عَزَمُواْ الطَّلاَقَ فَإِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

226. Kepada orang-orang yang meng-ilaa' isterinya diberi tangguh empat bulan (lamanya). Kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 227. Dan jika mereka ber'azam (bertetap hati untuk) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS al-Baqarah : 226-227)

Saidina Ali r.a berkata: ‘Apabila seorang lelaki melakukan ila’ terhadap isterinya, talaqnya tidak jatuh walaupun telah berlalunya empat bulan selagi si suami belum memutuskan, samada menceraikan isterinya atau dia menarik balik sumpahnya (iaitu dengan rujuk kepada isterinya dan menyelesaikan kaffarahnya”. (HR Imam Malik dan Ibnu Umar- dihukum hadits Marfu’)

Suami boleh menarik balik ila’ (sumpahnya) jika dinasihati hakim atau qadhi dan membayar kaffarah sumpah, atau menceraikan isterinya (jika tidak mahu rujuk) dan tidak mahu membayar kaffarah sumpah. Kaffarah sumpah ialah :

1. Membebaskan seorang hamba yang sihat tubuh badannya. Jika tidak mampu kerana zaman ini tidak mempunyai hamba, hendaklah dia;

2. Berpuasa 2 bulan Islam berturut-turut. Jika tidak mampu kerana sakit, tua dan seumpamanya hendaklah dia;

3. Memberi makan 60 orang fakir miskin. Setiap seorang mendapat secupak makanan asasi (beras) negeri tertentu.

Jika dalam tempoh empat bulan telah tamat dan suami masih lagi tetap dengan sempahnya (ila’), jika isteri menuntup di hadapan hakim, maka hakim berhak mengambil tindakan;

1. Memaksa suaminya menarik balik sumpahnya dan kembali kepada isterinya serta membayar kaffarah sumpah.

2. Memaksa suami menceraikan isterinya jika enggang menarik balik dan tetap dengan sumpahnya.

3. Jika suami enggang melakukan salah satu dari dua perkara di atas, maka hakim berhak menjatuhkan talak satu bagi pihak suaminya. Ketika itu hakim menggantikan tempat suami menjatuhkan talaq bagi pihaknya.

No comments:

Post a Comment