Showing posts with label KAMUS. Show all posts
Showing posts with label KAMUS. Show all posts

Ta'awudz

Ta'awudz : Bacaan tertentu sebagai permohonan daripada Allah s.w.t agar dilindungi dari ganguan syaitan. Lafaznya ialah;

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Ertinya : Aku berlindung dengan Allah dari syaitan (gangguan atau godaan atau hasutan) yang direjam.

Hamdalah

Hamdalah ialah kalimah :( الحمد لله )

Ain

( ع ) Huruf yang ke 18 dalam penulisan jawi dan yang ke 17 dalam penulisan bahasa Arab.

Dhod

( ض ) Huruf yang ke 15 dalam penulisan jawi dan yang ke 14 dalam penulisan bahasa Arab.

Bulan Haji

Bulan Haji : Bulan-bulan haji ialah bermula dari 1 Syawal hingga terbit fajar 1o Zulhijjah.

Hari Maulid

Hari Maulid: Iaitu 12 Rabiul Awwal setiap tahun. Pada hari inilah Rasulullah s.a.w. dilahirkan. Pada tahun kelahiran baginda dikenali juga sebagai Tahun Gajah. Orang yang mula-mula memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad (S.A.W.) ialah golongan Ubaidiyyun yang dimulakan oleh Ubaidillah al-Qaddah, yang hidup dalam kurun ke 4 Hijrah di kalangan pemerintah kerajaan Fatimiyah di Mesir.

Hukum Mengingati Hari Maulid Nabi
Hukum mengingati hari maulid nabi menurut as-Suyuti ialah Bid'ah Hasanah. Al-Hafidz Jalaludin al-Suyuthi telah menulis di dalam kitab "al-Haawii lil-Fatawaa", bahawa al-Hafidz ibnu Hajar al-Asqalani telah ditanya mengenai perayaan menyambut Maulidurrasul dan beliau telah memberi jawapannya sebagaimana berikut:

“Adapun perbuatan menyambut Maulid Nabi merupakan bid'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafusshaleh sejak 300 tahun pertama sesudah hijrah. Walaupun begitu, hal itu penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji, meskipun kadangkala dinodai oleh perbuatan-perbuatan yang tidak seharusnya. Jika peringatan kelahiran Nabi s.a.w. itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar syari'ah maka ia tergolong perbuatan Bid’ah Hasanah, tetapi jika peringatan tersebut diisi perkara-perkara yang melanggar syari'ah maka bukan tergolong bid'ah hasanah".

Al-Hafidz as-Suyuthi juga menyatakan perayaan Maulid tersebut hukumnya sunnat/manduub (Rujuk kitab: Husnul-Maqashid Li 'Amalil-Maulid, Karangan As-Suyuti, hal. 54, 62, 64, 65)

Alif

( أ ) Huruf yang pertama dalam penulisan jawi dan bahasa Arab.

Dhzo

( ظ ) Huruf yang ke 17 dalam penulisan jawi dan yang ke 16 dalam penulisan bahasa Arab.

Dal

( د ) Huruf yang yang ke 9 dalam penulisan jawi dan yang ke 8 dalam bahasa Arab

Cha

( ) Huruf yang keenam dalam penulisan jawi dan tidak terdapat dalam bahasa Arab.

Ba'

( ب ) Huruf yang kedua dalam penulisan jawi dan bahasa Arab.