Showing posts with label KATEGORI AQIDAH. Show all posts
Showing posts with label KATEGORI AQIDAH. Show all posts

Illiyyin


Illiyyin : merupakan kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang berbakti, yang disaksikan malaikat-malaikat yang didekatkan kepada Allah, firman Allah s.w.t. :


Maksudnya:
18. Ingatlah Wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan Amal" orang-orang Yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".
19. Dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Illiyiin" itu?
20. Ialah (tempat simpanan) Kitab catitan Yang jelas nyata,
21. Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, Yang didampingkan Tuhan di sisinya.
22. Sesungguhnya orang-orang Yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di Dalam syurga Yang penuh nikmat:
23. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan Yang disediakan untuk mereka di situ).
24. Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat Yang mereka perolehi.
25. Mereka diberi minum dari satu minuman Yang termeterai bekasnya,
26. Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka Yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
(Mutaffifiin :18-26).

Ibnu Katsir berpendapat Illiyin adalah "tempat kembali orang-orang baik". Illiyyin adalah langit ketujuh di atasnya terdapat roh orang-orang mukmin’.[1]

Lawan bagi Illiyyin ialah Sijjin.

Agama Buddha

Agama Buddha : Buddha : satu ungkapan dalam bahasa Sansekerta yang bererti "Da yang ‎sedar" (dari kata budh + ta). Agama Buddha diasaskan oleh seorang yang berketurunan ‎darah raja iaitu Siddharta Gautama. Oleh itu Agama Buddha bukanlah agama dari langit ‎‎(Samawi) sebagaimana Islam, Kristian (Asal), Yahudi (Asal) dan Agama Hanif yang ‎dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.‎


Kesemua ajaran-ajaran agama Buddha mengenai soal hidup mati dan juga kebenaran-‎kebenaran mulia yang diajar oleh Buddha telah pun dicatatkan. Dan pada masa kini, ‎agama Buddha telah menjadi salah satu daripada 3 agama utama di dunia ini. Selain ‎agama Islam dan agama Kristian. Usaha gigih dan kepayahan Gautama Buddha untuk ‎mencari jawapan kepada semua soalan-soalan itu telah membawa kejayaan besar ‎kepadanya. Dan kejayaannya telah membawa manfaat kepada pengikutnya. ‎Penganut agama Budha menyembah Patung atau Berhala sebagai Tuhan-Tuhan mereka.

Sebenarnya Agama Buddha tidak mempunyai tuhan sebagai Sang Pencipta, atau Yang Maha Kuasa. Mereka hanya menggunakan berhala-berhala yang diukir berinspirasikan watak Gautama Buddha dalam berbagai bentuk dan wajah, tetapi kesemuanya berperatakan miskin dan khusyuk.

Dalam ajaran agama Buddha, Sang Buddha bukanlah Tuhan dalam agama Buddha yang bersifat non-teis (yakni, pada umumnya tidak mengajarkan keberadaan Tuhan sang pencipta, atau bergantung kepada Tuhan sang pencipta dalam usaha mencapai pencerahan; Sang Buddha adalah pembimbing atau guru yang menunjukkan jalan menuju nirwana).

Tuhan menjelaskan suatu keberadaan yang tidak hanya memimpin tetapi juga menciptakan alam semesta. Pemikiran dan konsep tentang inilah yang sering diperdebatkan oleh ramai Buddhist dalam perpecahan agama Buddha. Dalam agama Buddha, asal usul dan penciptaan alam semesta bukan berasal dari Tuhan, melainkan kerana hukum sebab dan akibat yang telah disamarkan oleh waktu. Bagaimanapun, beberapa Sutra Mahayana tertentu (seperti Sutra Nirwana dan Sutra Teratai) dan mereka yang tertentu seperti Kunjed Gyalpo menyatakan bahawa sikap memandang Buddha yang maha hadir, mempunyai intisari yang membebaskan dan abadi kenyataan dari segala benda, sampai sejauh ini, boleh dikatakan sudah mendekati pandangan Tuhan sebagai segalanya.


Ciri-ciri Agama Buddha

‎1. Buddha merupakan manusia, bukannya dewa . Siddhartha Gautama boleh menjadi ‎Buddha, segalanya bergantung kepada keupayaan dan kecekalannya sendiri, bukannya ‎dilahir semula jadi. ‎

‎2. Buddha adalah benar sama rata kepada semua. Setiap lapisan masyarakat tidak kira ‎kaya atau miskin, semuanya dianggap sama rata dalam mata Buddha. ‎

‎3. Buddha tidak mengakui kemunculan dewa yang membentuk dunia ‎
Buddha menganggap “dewa” sebagai sesuatu yang diimaginasikan oleh manusia untuk ‎menjadikan satu kepercayaan bahawa dunia ini memangnya dicipta oleh dewa. ‎

‎4. Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai ‎agama jahat . Agama Buddha mengakui semua jenis agama di dunia ini dan membezakan ‎semua agama dengan kefahamannya yang susah atau senang, bukannya dibezakan ‎dengan mengatakan cirinya baik atau buruk ‎

‎5. Buddhisme adalah demokrasi dan kebebasan. Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan ‎dan ilmu yang diajar bukannya perintah yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak faham ‎boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan dijelaskan sehingga mencapai ‎kefahamannya. Buddha pernah berkata: Keraguan yang besar akan mendapat lebih ‎banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang sedikit, ‎manakala jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai. ‎


Bendera Buddha

‎6 jenis warna telah digunakan untuk membentuk bendera Buddha 6 jenis warna ini ‎merupakan warna kecahayaan yang terpancar daripada tubuh badan Buddha semasa ‎beliau “cheng dao”




‎1. Biru Tua - Bhakti / Pengabdian ‎
‎2. Kuning Emas - Kebijaksanaan ‎
‎3. Merah Tua - Kasih Sayang ‎
‎4. Putih - Suci ‎
‎5. Jingga - Giat ‎
‎6. Campuran 5 warna - Kombinasi 5 sifat ‎


Lambang Agama Buddha‎


Roda Dhamma (Kelopak Teratai)


Bungai teratai adalah lambang agama Budha. Mengikut cerita dari kalangan Budha, semasa Buddha atau Siddhartha Gautama dilahirkan, beliau telah berjalan sebanyak 7 langkah ‎ke hadapan dan tiap-tiap langkah itu telah mengembangkan sekuntum bunga teratai. Oleh ‎itu, bunga teratai diperkenalkan sebagai lambang kelahiran Buddha. ‎

Selain itu, penganut-penganut agama Buddha percaya bahawa keikhlasan dan kecekalan ‎seseorang penganut Buddha semasa menimba ilmu ajaran agama Buddha, dapat ‎dilihatkan melalui perkembangan bunga teratai. Yang rajin, maka bunga mengembang ‎dengan cantik. Yang malas, maka bunga menjadi layu. ‎


Perayaan Hari Wesak

Perayaan Hari Wesak merupakan satu perayaan yang paling penting dalam agama ‎Buddha Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan Hari ini merupakan hari ‎peringatan kepada 3 peristiwa yang penting mengenai Buddha, iaitu kelahiran Buddha, ‎Proses Menjadi Buddha dan kematian Buddha. ‎

Pada Hari ini, penganut-penganut agama Buddha akan mengunjungi kuil Buddha untuk ‎pemberian penghormatan kepada Buddha dan juga pembacaan kitab-kitab. ‎

Pada hari ini juga, penganut-penganut agama Buddha akan melepaskan burung merpati, ‎memberi makanan kepada orang miskin dan juga kepada sami-sami. ‎

Pada malam pula, perarakan kereta berhias akan diadakan. ‎
Pemandian Buddha ‎
Pembacaan Kitab ‎
Kereta Berhias ‎


‎5 Larangan Dalam Agama Budha

‎1. Tidak membunuh, iaitu tidak mengancam nyawa orang lain ‎
‎2. Tidak mencuri, iaitu tidak mengancam harta benda orang lain ‎
‎2. Tidak berzina, iaitu tidak mengancam kesucian orang lain ‎
‎3. Tidak berbohong, iaitu tidak mengancam reputasi orang lain ‎
‎4. Tidak meminum arak, iaitu tidak mengancam rasional sendiri dan keselamatan orang ‎lain ‎

Dalam agama Taoism juga mempunyai 5 larangan ini yang diperkenalkan oleh Tai Shang ‎Lao Jun.. ‎


Mutiara Kata Agama Buddha

‎1. Baik seseorang itu berilmu daripada mempunyai kekayaan. ‎
‎2. Setiap satu kelahiran mesti diikuti dengan kematian. Oleh itu, s eseorang itu sepatutnya ‎takut akan kelahiran daripada kematian kerana tiada kelahiran, maka tiadanya kematian . ‎
‎3. Kebencian terhadap orang lain adalah suatu kesengsaraan pada diri sendiri. ‎
‎4. Air yang tenang tidak dapat melahirkan seorang pengemudi yang baik. ‎
‎5. Kesihatan merupakan kakayaan sebenar kepada manusia. Tiada kesihatan, maka ‎tiadanya kekayaan. Oleh itu, menjaga kesihatan lebih penting daripada menjaga ‎kekayaan. ‎
‎6. Seseo rang yang berilmu akan mendapat kegembiraannya daripada keadaan ‎sekelilingnya sendiri , manakala seseorang yang tidak berpengetahuan akan ‎mengharapkan kegembiraannya daripada orang lain. ‎
‎7. Seseorang yang mengimpikan dan mengejar sesuatu yang salah akan berasa seksa dan ‎menderita. ‎
(Artikel dipetik dari tulisan: Lee Seng Ying, Lim Mei Shan, Ong Chui Shan, Teoh Mei ‎Kuan)


Penyebaran Agama Budha.‎

Sejarah agama Buddha mulai dari abad ke-6 SM sampai sekarang dari lahirnya sang ‎Buddha Siddharta Gautama. Dengan ini, ianya adalah salah satu agama tertua yang masih ‎dianuti di dunia. Selama masa ini, agama ini berkembang, bersama unsur kebudayaan ‎India, ditambah dengan unsur-unsur kebudayaan Helenistik (Yunani), Asia Tengah, Asia ‎Timur dan Asia Tenggara. Dalam proses perkembangannya ini, agama ini telah disebar ‎hampir seluruh benua Asia. ‎


Perbezaan Mazhab.‎

Sejarah agama Buddha juga ditandai dengan perkembangan banyak aliran dan mazhab, ‎serta perpecahan-perpecahan. Yang utama di antaranya adalah aliran tradisi ‎
‎1. Nikaya,‎
‎2. Theravada,‎
‎3.Mahayana, sebuah gerakan pan-Buddha yang didasarkan pada penerimaan kitab-kitab ‎baru dan
‎4. Vajrayana (Bajrayana).‎


Kehidupan Buddha

Menurut tradisi Buddha, tokoh pelopor agama Buddha iaitu Siddharta Gautama ‎dilahirkan dari suku Sakya pada awal masa Magadha (546–324 SM), di sebuah kota, ‎selatan pegunungan Himalaya yang bernama Lumbini. Sekarang kota ini terletak di ‎Nepal sebelah selatan. Ia juga dikenal dengan nama Sakyamuni (orang bijak dari kaum ‎Sakya).‎

Setelah kehidupan awalnya yang penuh kemewahan di bawah perlindungan ayahnya, raja ‎Kapilavastu (kemudian hari digabungkan pada kerajaan Magadha), Siddharta melihat ‎kenyataan kehidupan sehari-hari dan menarik kesimpulan bahawa kehidupan nyata, pada ‎hakikatnya adalah kesengsaraan yang tak dapat dihindari. Siddharta kemudian ‎meninggalkan kehidupan mewahnya yang tak mempunyai erti lalu menjadi seorang ‎pertapa. Kemudian ia berpendapat bahawa bertapa juga tak ada gunanya, dan lalu ‎mencari jalan tengah (majhima patipada ). Jalan tengah ini merupakan kompromi antara ‎kehidupan berfoya-foya yang terlalu memuaskan hawa nafsu dan kehidupan bertapa yang ‎terlalu menyiksa diri.‎

Di bawah sebatang pohon Bodhi, ia berkata tidak akan meninggalkan posisinya sampai ia ‎menemukan Kebenaran. Pada usia 35 tahun, ia mencapai Pencerahan. Pada saat itu ia ‎dikenal sebagai Gautama Buddha, atau hanya "Buddha" saja.‎

Untuk 45 tahun selanjutnya, ia menelusuri dataran Gangga di tengah India (daerah ‎mengalirnya sungai Gangga dan anak-anak sungainya), sambil menyebarkan ajarannya ‎kepada sejumlah orang yang berbeza-beza.‎

Keengganan Buddha untuk mengangkat seorang penerus atau merasmikan ajarannya ‎mengakibatkan munculnya banyak aliran mazhab dalam jangka waktu 400 tahun. ‎


Tahap awal agama Buddha‎

Sebelum disebarkan di bawah perlindungan maharaja Asoka pada abad ke-3 SM, agama ‎Buddha kelihatannya hanya sebuah fenomena kecil saja, dan sejarah peristiwa-peristiwa ‎yang membentuk agama ini tidaklah banyak tercatat. Dua konsili (sidang umum) ‎pembentukan dikatakan pernah terjadi, meski pengetahuan kita akan ini berdasarkan ‎catatan-catatan dari kemudian hari. Konsili-konsili (juga disebut pasamuhan agung) ini ‎berusaha membahas formalisasi doktrin-doktrin Buddhis, dan beberapa perpecahan ‎dalam gerakan Buddha.‎


Persidangan Buddha Pertama (abad ke-5 SM)‎

Pemuafakatan pertama Buddha diadakan tidak lama setelah Buddha mati di bawah ‎perlindungan raja Ajatasattu dari Kekaisaran Magadha, dan dikepalai oleh seorang rahib ‎bernama Mahakassapa, di Rajagaha (sekarang disebut Rajgir). Tujuan pertemuan ini ‎adalah untuk menetapkan kutipan-kutipan Buddha (sutta (Buddha) dan ‎mengkodifikasikan hukum-hukum monastik (vinaya): Ananda, salah seorang murid ‎utama Buddha dan saudara sepupunya, diundang untuk mencatatkan ajaran-ajaran ‎Buddha, dan Upali, seorang murid lainnya, mencatat hukum-hukum Vinaya. Ini ‎kemudian menjadi dasar undang-undang Pali, yang telah menjadi teks rujukan dasar pada ‎seluruh masa sejarah agama Buddha.‎


Persidangan Kedua Buddha (383 SM)‎

Pemuafakatan kedua Buddha diadakan oleh raja Kalasoka di Vaisali, dengan mengikuti ‎konflik-konflik antara mazhab tradisionalis dan gerakan-gerakan yang lebih liberal dan ‎menyebut diri mereka sendiri kaum Mahasanghika.‎

Mazhab-mazhab tradisional menganggap Buddha adalah seorang manusia biasa yang ‎mencapai pencerahan, yang juga boleh dicapai oleh para Bhiksu yang mentaati peraturan ‎monastik dan mempraktikkan ajaran Buddha demi mengatasi Samsara dan mencapai ‎Arhat. Namun kaum Mahasanghika yang ingin memisahkan diri, menganggap ini terlalu ‎individualistik dan ego. Mereka menganggap bahawa tujuan untuk menjadi Arhat tidak ‎cukup, dan menyatakan bahawa tujuan yang sejati adalah mencapai status Buddha penuh, ‎dalam erti membuka jalan kefahaman.‎

Mazhab Mahayana yang muncul setelah itu menjadi pendukung peraturan monastik yang ‎lebih longgar dan lebih menarik bagi sebahagian besar kaum kerohanian dan kaum awam ‎

Menurut catatan Kharoshti yang ditemukan dekat Oxus dan bertarikh abad ‎pertama.persidangan ini berakhir dengan penolakan ajaran kaum Mahasanghika. Mereka ‎meninggalkan sidang dan bertahan selama beberapa abad di barat laut India dan Asia ‎Tengah ‎

Dakwah Asoka (+/- 260 SM)‎
‎ ‎
Kapital (menara) sebuah tugu yang didirikan oleh maharaja Asoka di Sarnath +/- 250 ‎SM.Maharaja Asoka dari Kekaisaran Maurya (273–232 SM) masuk agama Buddha ‎setelah menaklukkan wilayah Kalingga (sekarang Orissa) di India timur secara berdarah. ‎Kerana menyesali perbuatannya yang keji, sang maharaja ini lalu memutuskan untuk ‎meninggalkan kekerasan dan menyebarkan ajaran Buddha dengan membangun tugu-tugu ‎di mana ia menghimbau untuk menghormati segala makhluk yang hidup dan mengajak ‎orang-orang untuk mentaati Dharma. Asoka juga membangun jalan-jalan dan rumah sakit ‎di seluruh negeri.‎

Tempoh ini menandai penyebaran agama Buddha di luar India. Menurut prasasti dan ‎pilar yang ditinggalkan Asoka (piagam-piagam Asoka), utusan dikirimkan ke pelbagai ‎negara untuk menyebarkan agama Buddha, sampai sejauh kerajaan-kerajaan Yunani di ‎barat dan terutama di kerajaan Baktria-Yunani yang merupakan wilayah terdekat. ‎Kemungkinan besar mereka juga sampai di daerah Laut Tengah menurut prasasti-prasasti ‎Asoka.‎


Persidangani Buddha Ketiga (+/- 250 SM)‎

Maharaja Asoka mengatur Persidangan Buddha ketiga sekitar tahun 250 SM di ‎Pataliputra (sekarang Patna). Persidangan ini dipimpin oleh rahib Moggaliputta. Tujuan ‎Persidangan adalah mencari titik persefahanan antara mazhab-mazhab Buddha yang ‎berzeda-beza, melancarkan pergerakan seruan Buddha, terutama dari mereka yang ‎tertarik dengan perlindungan kerajaan dan organisasi pengiriman pendakwah Buddha ke ‎mereta dunia.‎

Kanon Pali (Tipitaka, atau Tripitaka dalam bahasa Sansekerta, dan secara harafiah bererti ‎‎"Tiga Keranjang"), yang memuat teks-teks rujukan tradisional Buddha dan dianggap ‎diturunkan langsung dari sang Buddha, diresmikan penggunaannya saat itu. Tipitaka ‎terdiri dari doktrin (Sutra Pitaka), peraturan monastik (Vinaya Pitaka) dan ditambah ‎dengan kumpulan filsafat (Abhidharma Pitaka).‎

Usaha-usaha Asoka untuk mejernihkan agama Buddha juga mengakibatkan gerakan-‎gerakan lain pula yang muncul. Terutama, setelah tahun 250 SM, kaum Sarvastidin (yang ‎telah ditolak dari menghadiri persidangan ketiga, menurut tradisi Theravada) dan kaum ‎Dharmaguptaka menjadi berpengaruh di India barat laut dan Asia Tengah, sampai masa ‎Kekaisaran Kushan pada abad-abad pertama Masehi. ‎

Para pengikut Dharmaguptaka memiliki ciri khas kepercayaan mereka bahawa sang ‎Buddha berada di atas dan terpisah dari anggota masyarakat Buddha lainnya. Sedangkan ‎kaum Sarvastivadin percaya bahawa masa lampau, masa kini dan masa depan terjadi ‎pada saat yang sama.‎


Dunia Helenistik (Yunani)‎

Beberapa prasati Piagam Asoka menulis tentang usaha-usaha yang telah dilaksanakan ‎oleh Asoka untuk mempromosikan agama Buddha di dunia Helenistik (Yunani), yang ‎ketika itu ada kesinambungan tanpa putus dari India sampai Yunani. Piagam-piagam ‎Asoka menunjukkan pengertian yang mendalam mengenai sistem politik di wilayah-‎wilayah Helenistik: tempat dan lokasi raja-raja Yunani penting disebutkan, dan mereka ‎disebut sebagai penerima dakwah agama Buddha: Antiokhus II Theos dari Kerajaan ‎Seleukus (261–246 SM), Ptolemeus II Filadelfos dari Mesir (285–247 SM), Antigonus ‎Gonatas dari Makedonia (276–239 SM), Magas dari Kirene (288–258 SM), dan ‎Alexander dari Epirus (272–255 SM).‎

Dakwah agama Buddha semasa pemerintahan maharaja Asoka (260–218 ‎SM)."Penaklukan Dharma telah dilaksanakan dengan jayanya, hingga keperbatasan ‎negara bahkan sehingga enam ratus yojana (6,400 kilometer) jauhnya, di mana sang raja ‎Yunani Antiochos memerintah, di sana di mana empat raja bernama Ptolemeus, ‎Antigonos, Magas dan Alexander bertakhta, dan juga di sebelah selatan di antara kaum ‎Chola, Pandya, dan sejauh Tamraparni." (Piagam Asoka, Piagam Batu ke-13, S. ‎Dhammika) ‎

Kemudian, menurut beberapa sumber dalam bahasa Pali, beberapa utusan Asoka adalah ‎bhiksu-bhiksu Yunani, yang menunjukkan eratnya pertukaran agama antara kedua ‎budaya ini:‎

‎"Ketika sang thera (sesepuh) Moggaliputta, sang pencerah agama, sang Penakluk (Asoka) ‎telah menyelesaikan Persidangan Ketiga, beliau mengirimkan wakil-wakil ke merata ‎tempat antaranya ke Aparantaka (negeri-negeri barat yang biasanya merujuk Gujarat dan ‎Sindhu), Disini beliau mengirimkan seorang Yunani bernama Dhammarakkhita". ‎‎(Mahavamsa XII). ‎

Tidaklah jelas berapa jauh hubungan ini berjalan, tetapi beberapa pakar mengatakan ‎bahawa sampai suatu masa tertentu ada pertentangan antara falsafah Yunani dan ajaran ‎Buddha di tanah-tanah Helenik ketika itu. Mereka terutama menunjukkan keberadaan ‎komunitas Buddha di Dunia Helenistik, terutama di Alexandria (disebut oleh Clemens ‎dari Alexandria), dan keberadaan sebuah ordo-monastik pra-Kristen bernama ‎Therapeutae (kemungkinan diambil dari kata Pali "Theraputta"), yang kemungkinan ‎‎"mengambil ilham dari ajaran-ajaran dan penerapan ilmu tapa-semadi Buddha" (Robert ‎Lissen).‎

Mulai dari tahun 100 SM, simbol "bintang di tengah mahkota", juga secara alternatif ‎disebut "cakra berruji delapan" dan kemungkinan dipengaruhi rekaan Dharmacakra ‎Buddha, mulai muncul di jubah-jubah raja Yahudi.‎

Raja Alexander Yaneus (103-76 SM). Alexander Yaneus dihubungkan dengan sekte ‎falsafi Yunani, kaum Saduki dan dengan ordo monastik Essenes, yang merupakan cikal-‎bakal agama Kristen. Penggambaran cakra atau roda berruji delapan ini dilanjutkan oleh ‎jandanya, Ratu Alexandra, sampai orang Romawi menginvasi Yudea pada 63 SM.‎

Batu-batu nisan Buddha dari era Ptolemeus juga ditemukan di kota Alexandria, dengan ‎hiasan Dharmacakra (Tarn, "The Greeks in Bactria and India"). Dalam mengkomentari ‎keberadaan orang-orang Buddha di Alexandria, beberapa pakar menyatakan bahawa ‎‎“Kelak pada tempat ini juga beberapa pusat agama Kristen yang paling aktif didirikan” ‎‎(Robert Linssen "Zen living").‎

Dakwah ke Asia

Di daerah-daerah sebelah timur anak benua Hindia (sekarang Myanmar), Budaya India ‎banyak mempengaruhi sukubangsa Mon. Dikatakan suku Mon mulai masuk agama ‎Buddha sekitar tahun 200 SM berkat dakwah maharaja Asoka dari India, sebelum ‎perpecahan antara aliran Mahayana dan Hinayana. Candi-candi Buddha Mon awal, ‎seperti Peikthano di Myanmar tengah, ditarikh berasal dari abad pertama sampai abad ke-‎‎5 Masehi.‎

Penggambaran suku Mon mengenai (Dharmacakra), seni dari Dvaravati, +/-abad ke-‎‎8.Seni Buddha suku Mon terutama dipengaruhi seni India kaum Gupta dan periode pasca ‎Gupta. Gaya manneris mereka menyebar di Asia Tenggara mengikuti ekspansi kerajaan ‎Mon antara abad ke-5 dan abad ke-8. Aliran Theravada meluas di bagian utara Asia ‎Tenggara di bawah pengaruh Mon, sampai diganti secara bertahap dengan aliran ‎Mahayana sejak abad ke-6.‎

Agama Buddha konon dibawa ke Sri Lanka oleh putra Asoka Mahinda dan enam ‎kawannya semasa abad ke-2 SM. Mereka berhasil menarik Raja Devanampiva Tissa dan ‎banyak anggota bangsawan masuk agama Buddha. Inilah waktunya kapan wihara ‎Mahavihara, pusat aliran Ortodoks Singhala, dibangunt. Kanon Pali dimulai ditulis di Sri ‎Lanka semasa kekuasaan Raja Vittagamani (memerintah 29–17 SM), dan tradisi ‎Theravada berkembang di sana. Beberapa komentator agama Buddha juga bermukim di ‎sana seperti Buddhaghosa (abad ke-4 sampai ke-5). Meski aliran Mahayana kemudian ‎mendapatkan pengaruh kala itu, akhirnya aliran Theravada yang berjaya dan Sri Lanka ‎akhirnya menjadi benteng terakhir aliran Theravada, dari mana aliran ini akan disebarkan ‎lagi ke Asia Tenggara mulai abad ke-11.‎

Ada pula sebuah legenda, yang tidak didukung langsung oleh bukti-bukti piagam, ‎bahawa Asoka pernah mengirim seorang misionaris ke utara, melalui pegunungan ‎Himalaya, menuju ke Khotan di dataran rendah Tarim, kala itu tanah sebuah bangsa ‎Indo-Eropa, bangsa Tokharia.‎


Penindasan oleh dinasti Sungga (abad ke-2 sampai abad ke-1 SM)‎

Dinasti Sungga (185–73 SM) didirikan pada tahun 185 SM, kurang lebih 50 tahun setelah ‎mangkatnya maharaja Asoka. Setelah membunuh Raja Brhadrata (raja terakhir dinasti ‎Maurya), hulubalang tentara Pusyamitra Sunga naik takhta. Ia adalah seorang Brahmana ‎ortodoks, dan Sunga dikenal karena kebencian dan penindasannya terhadap kaum-kaum ‎Buddha. Dicatat ia telah "merusak wihara dan membunuh para bhiksu" (Divyavadana, ‎pp. 429–434): 84.000 stupa Buddha yang telah dibangun Asoka dirusak (R. Thaper), dan ‎‎100 keping koin emas ditawarkan untuk setiap kepala bhiksu Buddha (Indian Historical ‎Quarterly Vol. XXII, halaman 81 dst. dikutip di Hars.407). Sejumlah besar wihara ‎Buddha diubah menjadi kuil Hindu, seperti di Nalanda, Bodhgaya, Sarnath, dan Mathura.‎


Hubungan Buddha-Yunani (abad ke-2 sampai abad pertama Masehi)‎
‎ ‎
Drakhma perak Menander I (berkuasa +/- 160–135 SM).‎
Obv: huruf Yunani, BASILEOS SOTHROS MENANDROY secara harafiah "Raja ‎Penyelamat Menander".Di wilayah-wilayah barat Anak benua India, kerajaan-kerajaan ‎Yunani yang bertetangga sudah ada di Baktria (sekarang di Afghanistan utara) semenjak ‎penaklukan oleh Alexander yang Agung pada sekitar 326 SM: pertama-tama kaum ‎Seleukus dari kurang lebih tahun 323 SM, lalu Kerajaan Baktria-Yunani dari kurang ‎lebih tahun 250 SM.‎

Arca Buddha-Yunani, salah satu penggambaran Buddha, abad pertama sampai abad ke-2 ‎Masehi, Gandhara.Raja Baktria-Yunani Demetrius I dari Baktria, menginvasi India pada ‎tahun 180 SM dan sampai sejauh Pataliputra. Kemudian sebuah Kerajaan Yunani-India ‎didirikan yang akan lestari di India bagian utara sampai akhir abad pertama SM.‎

Agama Buddha berkembang di bawah naungan raja-raja Yunani-India, dan pernah ‎diutarakan bahawa maksud mereka menginvasi India adalah untuk menunjukkan ‎dukungan mereka terhadap Kekaisaran Maurya dan melindungi para penganut Buddha ‎dari penindasan kaum Sungga (185–73 SM).‎

Salah seorang raja Yunani-India yang termasyhur adalah Raja Menander I (yang ‎berkuasa dari +/- 160–135 SM). Kelihatannya beliau masuk agama Buddha dan ‎digambarkan dalam tradisi Mahayana sebagai salah satu sponsor agama ini, sama dengan ‎maharaja Asoka atau seorang raja Kushan dari masa yang akan datang, raja Kaniska. ‎Koin-koin Menander memuat tulisan "Raja Penyelamat" dalam bahasa Yunani, dan ‎‎"Maharaja Dharma" dalam aksara Kharosti. Pertukaran budaya secara langsung ‎ditunjukkan dalam dialog Milinda Panha antara raja Yunani Menander I dan sang bhiksu ‎Nagasena pada sekitar tahun 160 SM. Setelah mangkatnya, maka demi menghormatinya, ‎abu pembakarannya diklaim oleh kota-kota yang dikuasainya dan ditaruh di stupa-stupa ‎tempat pemujaannya, mirip dengan sang Buddha Gautama (Plutarkhus, Praec. reip. ger. ‎‎28, 6).‎

Interaksi antara budaya Yunani dan Buddha kemungkinan memiliki pengaruh dalam ‎perkembangan aliran Mahayana, sementara kepercayaan ini mengembangkan pendekatan ‎falsafinya yang canggih dan perlakuan Buddha yang mirip dengan Dewa-Dewa Yunani. ‎Kira-kira juga kala seperti ini pelukisan Buddha secara antropomorfis dilakukan, ‎seringkali dalam bentuk gaya seni Buddha-Yunani: "One might regard the classical ‎influence as including the general idea of representing a man-god in this purely human ‎form, which was of course well familiar in the West, and it is very likely that the example ‎of westerner's treatment of their gods was indeed an important factor in the innovation" ‎‎(Boardman, "The Diffusion of Classical Art in Antiquity").‎


Berkembangnya aliran Mahayana (Abad Pertama SM-Abad ke-2)‎
‎ ‎
Koin emas Kekaisaran Kushan memperlihatkan maharaja Kanishka I (~100–126 Masehi) ‎dengan sebuah lukisan Helenistik Buddha, dan kata "Boddo" dalam huruf ‎Yunani.Berkembangnya agama Buddha Mahayana dari abad ke-1 SM diiringi dengan ‎perubahan kompleks politik di India barat laut. Kerajaan-kerajaan Yunani-India ini secara ‎bertahap dikalahkan dan diasimilasi oleh kaum nomad Indo-Eropa yang berasal dari Asia ‎Tengah, yaitu kaum Schytia India, dan lalu kaum Yuezhi, yang mendirikan Kekaisaran ‎Kushan dari kira-kira tahun 12 SM.‎

Kaum Kushan menunjang agama Buddha dan konsili keempat Buddha kemudian dibuka ‎oleh maharaja Kanishka, pada kira-kira tahun 100 Masehi di Jalandhar atau di Kashmir. ‎Peristiwa ini seringkali diasosiasikan dengan munculnya aliran Mahayana secara resmi ‎dan pecahnya aliran ini dengan aliran Theravada. Mazhab Theravada tidak mengakui ‎keabsahan konsili ini dan seringkali menyebutnya "konsili rahib bidaah".‎

Konon Kanishka mengumpulkan 500 bhiksu di Kashmir, yang dikepalai oleh Vasumitra, ‎untuk menyunting Tripitaka dan memberikan komentar. Maka konon pada konsili ini ‎telah dihasilkan 300.000 bait dan lebih dari 9 juta dalil-dalil. Karya ini memerlukan ‎waktu 12 tahun untuk diselesaikan.‎

Konsili ini tidak berdasarkan kanon Pali yang asli (Tipitaka). Sebaliknya, sekelompok ‎teks-teks suci diabsahkan dan juga prinsip-prinsip dasar doktrin Mahayana disusun. Teks-‎teks suci yang baru ini, biasanya dalam bahasa Gandhari dan aksara Kharosthi kemudian ‎ditulis ulang dalam bahasa Sansekerta yang sudah menjadi bahasa klasik. Bagi banyak ‎pakar hal ini merupakan titik balik penting dalam penyebaran pemikiran Buddha.‎

Wujud baru Buddhisme ini ditandai dengan pelakuan Buddha yang mirip dilakukan ‎bagaikan Dewa atau bahkan Tuhan. Gagasan yang berada di belakangnya ialah bahawa ‎semua makhluk hidup memiliki alam dasar Buddha dan seyogyanya bercita-cita meraih ‎‎"Kebuddhaan". Ada pula sinkretisme keagamaan terjadi karena pengaruh banyak ‎kebudayaan yang berada di India bagian barat laut dan Kekaisaran Kushan.‎


Penyebaran Mahayana (Abad pertama sampai abad ke-10 Masehi)‎
‎ ‎
Penyebaran aliran Mahayana antara abad pertama - abad ke-10 Masehi.Dari saat itu dan ‎dalam kurun waktu beberapa abad, Mahayana berkembang dan menyebar ke arah timur. ‎Dari India ke Asia Tenggara, lalu juga ke utara ke Asia Tengah, Tiongkok, Korea, dan ‎akhirnya Jepang pada tahun 538.‎


Kelahiran kembali Theravada (abad ke-11 sampai sekarang)‎
‎ ‎
Penyebaran aliran Buddha Theravada dari abad ke-11.Mulai abad ke-11, hancurnya ‎agama Buddha di anak benua India oleh serbuan Islam menyebabkan kemunduran aliran ‎Mahayana di Asia Tenggara. Rute daratan lewat anak benua India menjadi bahaya, maka ‎arah perjalanan laut langsung di antara Timur Tengah lewat Sri Lanka dan ke Cina ‎terjadi, menyebabkan dipeluknya aliran Theravada Pali kanon, lalu diperkenalkan ke ‎daerah sekitarnya sekitar abad ke-11 dari Sri Lanka.‎

Raja Anawrahta (1044–1077), pendiri sejarah kekaisaran Birma, mempersatukan negara ‎dan memeluk aliran Theravada. Ini memulai membangun ribuan candi Budha Pagan, ibu ‎kota, di antara abad ke-11 dan abad ke-13. Sekitar 2.000 di antaranya masih berdiri. ‎Kekuasaan orang Birma surut dengan kenaikan orang Thai, dan dengan ditaklukannya ‎ibu kota Pagan oleh orang Mongolia pada 1287, tetapi aliran Buddha Theravada masih ‎merupakan kepercayaan utama rakyat Myanmar sampai hari ini.‎

Kepercayaan Theravada juga dipeluk oleh kerajaan etnik Thai Sukhothai sekitar 1260. ‎Theravada lebih jauh menjadi kuat selama masa Ayutthaya (abad ke-14 sampai abad ke-‎‎18), menjadi bagian integral masyarakat Thai. Di daratan Asia Tenggara, Theravada terus ‎menyebar ke Laos dan Kamboja pada abad ke-13.‎

Tetapi, mulai abad ke-14, di daerah-daerah ujung pesisir dan kepulauan Asia Tenggara, ‎pengaruh Islam ternyata lebih kuat, mengembang ke dalam Malaysia, Indonesia, dan ‎kebanyakan pulau hingga ke selatan Filipina.‎


BIOGRAFI SIDDHARTA GAUTAMA

Dalam suatu riwayat lain terdapat tujuh peringkat penceritaan kelahiran Buddha. ‎

Peringkat 1: Mimpi pelik Raja Kapilavastu. ialah ayah kepada Buddha, iaitu Siddharta ‎‎Gautama. Walaupun raja dah lama berkahwin dengan Ratu Maha Maya, tetapi masih ‎‎tidak dapat cahaya mata. Semasa Ratu Maha Maya berumur 40, pada suatu malam, ratu ‎‎bermimpi pelik. Dalam mimpi itu, ratu ternampak seorang pemuda yang segak ‎‎menunggang seekor gajah putih yang besar di atas langit dan makin mendekatinya. ‎‎Pemuda dengan gajah putih itu telah masuk ke dalam perut ratu melalui bahagian bawah ‎‎lengan kiri ratu. Ratu bangun terkejut dan sedar bahawa itu cuma mimpi sahaja. Tidak ‎‎lama kemudian selepas mimpi pelik itu, ratu pun mengandung. ‎

Peringkat 2: Kelahiran Masa 10 bulan lalu dengan cepat. Pada suatu hari, ratu meminta ‎‎untuk berjalan-jalan di Taman Lumbini. Selepas itu ratu akan balik ke rumah ibunya ‎‎untuk melahirkan anaknya. Semasa di tengah-tengah perjalanan dalam Taman Lumbini… ‎‎

Ratu Maha Maya telah melahirkan anak puteranya, Siddharta Gautama (623 M pada saat ‎‎ratu berdiri memegang dahan pohon sal. Semasa melahirkan anak putera, ratu tidak ‎‎mengalami sebarang kesakitan atau kesulitan. ‎

Pada masa kelahiran anak putera, perkara pelik telah pun berlaku. Sebaik saja anak putera ‎‎dilahirkan, anak putera telah berjalan sebanyak 7 langkah, dan setiap langkah itu telah ‎‎mengembangkan sekuntum bunga teratai. ‎

Mata anak putera pula melihat ke 4 arah dari sekelilingnya dan berkata: “ Ini merupakan ‎‎kelahiran saya yang terakhir di dunia ini. Saya dilahirkan supaya menjadi Buddha. ‎‎Sayalah orang yang paling mulia dan akan membawa ilmu dan ajaran untuk ‎‎menyelamatkan semua insan di dunia ini.” Selepas kata-kata itu, 2 jenis air turun dari ‎‎langit telah memandikan anak putera. Selain itu, banyak dewa-dewi telah tiba untuk ‎‎mengalu-alukan kelahiran bakal Buddha ini. Anak putera tidur di sebelah ibundanya. ‎‎Tiba-tiba sehelai baju telah jatuh dari langit ke atas badan anak putera. Pada masa itu, ‎‎segala yang buruk di atas dunia ini berubah menjadi baik secara tiba-tibanya. Raja berasa ‎‎amat gembira tetapi kerisauan turut menimbul kerana kemunculan semua perkara pelik ‎‎ini. ‎

Selepas Siddharta Gautama dilahirkan, satu zahid telah meramalkan bahawa Siddharta ‎‎Gautama bukanlah orang biasa. Sama ada bakal seorang raja yang berkaliber ataupun ‎‎seorang penyelamat dunia yang mulia. ‎

Pada hari ketujuh selepas kelahiran anak putera, ibundanya Ratu Maha Maya telah ‎‎meninggal dunia. Selepas itu, Siddharta dijaga oleh adik kembar Ratu Maha Maya. ‎‎Putera Siddharta hidup dalam istana dan telah diberikan pendidikan yang paling bagus. ‎‎Semasa Siddharta berumur 7 hingga 12 tahun, Siddharta telah mempelajari segala ilmu ‎‎yang diajar. Selain itu, Siddharta juga telah mahir dalam ilmu pertahanan. Raja amat ‎‎takut anak puteranya akan menjadi Buddha kelak. Oleh itu, Raja telah melakukan apa ‎‎yang sedaya upaya untuk melarang anak putera daripada memikirkan ketidakseimbangan ‎‎dunia ini. Raja telah mengaturkan perkahwinan Siddharta dengan Puteri Yasodhara. Raja ‎‎menganggap bahawa perkahwinan ini akan dapat mengikat anaknya daripada menjadi ‎‎Buddha, tetapi semua usaha Raja tersia-sia. ‎

Putera Siddharta minta kebenaran untuk berjalan-jalan di luar istana. Siddharta ‎‎ternampak segala keadaan yang amat memilukan hatinya. Orang sakit, mayat, orang ‎‎miskin yang sedang bersusah payah untuk hidup, dan juga pengemis yang bertahan lapar. ‎‎Banyak soalan telah bertimbunan dalam otak fikiran Siddharta, tetapi tiada sesiapa yang ‎‎boleh menjawabnya. Akhirnya, Putera Siddharta membuat keputusannya… ‎

Peringkat 3: Menjadi Zahid/sami ‎
Pada usia 20 tahun, Siddharta telah meninggalkan kehidupan di istana dan juga anak ‎‎isterinya, bertekad untuk menjadi seorang zahid/sami. Sudah bertahun-tahun Siddharta ‎‎berusaha untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan dalam hatinya. Siddharta ‎‎menyesuaikan dirinya makan sebiji bijiran sehari tetapi semua usaha ini tidak berguna. ‎‎Siddharta kian menjadi kurus dan tidak bermaya. ‎

Pada suatu hari, Siddharta terdengar sesuatu yang dikatakan oleh pemain muzik lalu ‎‎sedar tentang kepentingannya keseimbangan. Siddharta tersedar. Bermula dari saat ‎‎kesedaran Siddharta itu, Siddharta telah menerima susu yang diberikan oleh seorang ‎‎gadis yang baik hati. Selepas itu, Siddharta telah berjalan sampai ke bawah sepohon ‎‎pokok yang bernama Bodhi dan memberi sumpahnya bahawa jika tidak dapat menemui ‎‎kebenaran dan jawapan untuk semua soalan itu, dia tidak akan meninggalkan tempat itu. ‎

Peringkat 4: Mengusirkan kekuatan jahat ‎
Raja syaitan hendak menghalang Siddharta daripada mencapai kefahaman itu. Raja ‎‎syaitan cuba mencederakan Siddharta, binatang atau syaitan yang ganas juga diperintah ‎‎keluar untuk menyerang Siddharta. ‎

Selain itu, 3 anak perempuan raja syaitan juga cuba untuk mengoda Siddharta bagi ‎‎menggagalkan usahanya untuk menemukan kebenaran mulia itu. Walau bagaimanapun, ‎‎Siddharta masih bertenang seperti air. Siddharta langsung tidak mempedulikan ‎‎perbuatan-perbuatan Raja Syaitan ini. ‎

Peringkat 5: Menjadi Buddha ‎
Selepas berjaya mengusirkan Raja Syaitan, pada usia 35 tahun, Siddharta telah berjaya ‎‎mencapai Makrifat. Pada saat itu, Siddharta Gautama telah menukar gelarannya sebagai ‎‎Gautama Buddha. ‎

Peringkat 6: Penyebaran ajarannya ‎
Buddha memulakan perjalanannya ke merata-rata tempat untuk menyebarkan ilmu dan ‎‎kebenaran mulia. Tanpa mengira kaum atau lapisan masyarakat, Buddha mengajar ‎‎dengan penuh kesabaran dan menjawab segala persoalan orang ramai dengan ‎‎bersungguh-sungguh. ‎

Pengikut-pengikut Buddha kian bertambah. ‎
Pada suatu hari, semasa Buddha sedang bertapa, tiba-tiba keadaan ayahandanya terpancar ‎‎dalam otak fikiran Buddha. Buddha tahu bahawa ayahnya mengalami sakit yang teruk ‎‎sekali. Pengikut Raja telah datang kepda Buddha dan memberitahu Buddha bahawa ‎‎ayahnya ingin melihat anaknya buat kali terakhir. Buddha tidak lagi menolak. Buddha ‎‎pun balik ke istana untuk menjenguk ayahnya. Tiba di istana, maharaja yang sudah ‎‎berumur 93 tahun sedang berbaring. Buddha mendekatinya, maharaja menghulurkan ‎‎tangannya. ‎

Buddha dengan segera memegang tangan ayahnya. Ayahnya berkata bahawa dia tidak ‎‎menyesal tentang peninggalan Siddharta, kerana sekarang Siddharta telah pun menjadi ‎‎Buddha yang dihormati oleh setiap insan di dunia ini. Selepas kata-kata itu, Raja telah ‎‎mangkat. Setiap orang di istana menangis teresak-esak kecuali Buddha yang melihat ‎‎ayahnya dengan tenang. ‎

Selepas Buddha muncul di istana, banyak saudara-mara dan kaum kerabat diraja ‎‎mengambil keputusan untuk mengikut Buddha. Buddha tidak menolak tetapi menerima ‎‎mereka dengan hati yang ikhlas. ‎

Gautama Buddha telah menyebarkan ajarannya selama 49 tahun tanpa berhenti di merata-‎‎rata tempat. ‎

Peringkat 7: Kematian Buddha ‎
Pada masa Buddha menjangkau usia 80 tahunnya, Buddha telah meramalkan ‎‎kematiannya. Pada jangka masa menunggu masa kematiannya, Buddha masih lagi ‎‎mengajar pengikut-pengikutnya. Pada bulan 2 hari ke-15, di tengah malam yang pancaran ‎‎cahaya bulan yang terang dan bulat itu, Buddha telah melelapkan matanya buat selama-‎‎lamanya. ‎

DOSA

DOSA : Adalah apa-apa perbuatan yang menimbulkan perasaan debaran yang hebat di dalam hati apabila dilakukan buat pertama kali. Dan perbuatan itu menimbulkan rasa malu jika diketahui oleh orang lain.

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya: ”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang erti kebajikan dan dosa. Baginda menjawab: ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.” (HR Muslim, Hadist 40 : 27)

Dari riwayat Imam Ahmad, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Perbuatan baik adalah sesuatu yang menenangkan jiwa dan mententeramkan hati, sedangkan dosa adalah sesuatu yang tidak menenangkan jiwa dan tidak mententeramkan hati meskipun engkau mendapat fatwa dari
orang-orang tertentu". (HR Ahmad, Hadits 40: 27).

Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah s.w.t, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda yang maksudnya: “Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Dosa adalah perbuatan yang di benci Allah dan perbuatan tersebut akan mengarah pada dosa serta boleh membuat kita terjerumus kepada neraka.


Dosa ada 3 iaitu dosa dengan perkataan, dosa dengan perbuatan, dan dosa dengan hati. Cara pencegahan adalah dengan diam kerana diam dapat menyelamat dari segala dosa.

Tahap-Tahap Peningkatan Dosa

Dosa Peringkat Pertama
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur Murtad. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa saja, setakat sebotol tak mabuk lagi". Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula memandang hina atas kebajikan dan kebaikan. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri. Pada peringkat ini mereka akan marah dan benci kepada orang-orang yang menolak daripada menerima rasuah, riba, zina, arak dan seumpamanya. Mereka juga akan menghalalkan apa yang diharamkan al-Qur'an dan as-Sunnah.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa di sisi Allah.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru ke arah kejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang Islam yang lengkap." Sahabat bertanya lagi: "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah s.a.w. menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."


Jenis-Jenis Dosa.

Dosa terbahagi kepada 2 jenis, iaitu, dosa kecil dan dosa besar.

Imam Ibnul Qayyim berkata, Dosa itu dibahagi menjadi dosa kecil dan dosa besar berdasarkan nas Al Quran, As Sunnah, Ijmak Salafus Solih dan Qiyas. (Madarij As Salikin 1/342)

Syeikh Muhammad bin Solih Al Utsaimin menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan dosa besar adalah setiap dosa yang diancam dengan siksa khusus seperti berzina, mencuri, durhaka kepada kedua orang tua, menipu, bersikap jahat kepada kaum muslimin dan lainnya.

Berikut beberapa dalil yang digunakan dalam permasalahan tersebut :

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu" (dosa-dosamu yang kecil). (An Nisa : 31)

Imam Al Qurthubi berkata, Ketika Allah Taala melarang dosa-dosa besar dalam surah ini, Dia menjanjikan bagi orang yang menjauhinya keringanan terhadap dosa-dosa kecil . (Tafsir Al Qurthuby 5/158)

Allah Taala juga berfirman, maksudnya: "(Iaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil". (An Najm : 32)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat lima waktu, dari (solat) Jumaat ke (solat) Jumaat yang lain dan dari (puasa) Ramadhan ke (puasa) Ramadhan yang lain adalah penghapus dosa-dosa kecil di antara waktu-waktu tersebut selama tidak melakukan dosa besar (HR. Muslim )

Dosa-dosa samada kecil atau besar mungkin akan diampuni oleh Allah jika benar-benar bertaubat dan cukup syarat taubatnya, tetapi hukum pelakunya dari segi nama adalah mukmin yang kurang keimanannya. Disebut juga ia beriman dengan keimanannya yang fasiq akibat dari dosa besar yang ia lakukan, namun ia tidak keluar dari garis keimanan.


Allah Taala berfirman, Bermaksud: “Dan jika ada 2 golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu” (Al Hujurat : 10)

Allah Taala menyebut dua kelompok yang saling berperang sebagai saudara meskipun kedua kelompok tersebut melakukan dosa besar dan juga kepada kelompok yang ketiga yaitu kelompok yang mengislahkan (mendamaikan) keduanya.

Namun ada satu dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah Taala dan dapat menyebabkan pelakunya keluar dari Islam iaitu dosa syirik atau menyekutukan Allah Taala dengan yang lain, sebagaimana firmanNya;

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni dosa selain (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguhnya da telah berbuat dosa yang besar" (An Nisaa' : 48)

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril berkata kepadaku, 'Barangsiapa di antara umatmu yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, maka pasti dia masuk surga'" (HR. Bukhari).


Dalil Tentang Penentuan Jenis Dosa

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Qur’an,

An-Nisa’ 31: Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar Yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat Yang mulia (syurga).

Dari ayat di atas, jelas terdapat dua jenis dosa, yakni dosa besar dan dosa kecil. Jelas pula bahawa Allah s.w.t. berjanji jika seorang hamba menjauhkan diri dari dosa-dosa besar, maka Dia akan memaafkan kesalahan atau dosa kecil yang pernah dilakukannya.

Haruslah kita ingat bahawa terdapat prasyarat untuk terpenuhnya janji Allah s.w.t. itu. Yakni, semua yang fardhu (wajib) seperti halnya solat, zakat, dan puasa, harus tetap dikerjakan dengan tertib dan teratur, sambil terus berusaha menjauhi dosa-dosa besar, sebab meninggalkan yang fardhu itupun tergolong melakukan dosa besar. Jadi, jika seorang hamba melaksanakan semua yang diwajibkan (fardhu) dan meninggalkan perbuatan dosa besar maka Allah s.w.t. akan memaafkan dosa-dosa kecilnya.

Abdullah bin Abbas berkata,“ Setiap perbuatan menentang ajaran Islam adalah dosa besar.” Oleh kerana itu, jika dosa-dosa kecil dilakukan berulang-ulang, secara sengaja, dan dikerjakan dengan terang-terangan, maka akan terangkum menjadi suatu dosa besar.

Seorang ulama menerangkan pengaruh-pengaruh dosa kecil dan dosa besar dengan contoh berikut ini. Ia mengibaratkan dengan perbandingan sengatan kala jengking kecil dengan kala jengking besar. Juga ibarat rasa panas terbakar api kecil dibanding dengan terbakar api yang besar. Semuanya terasa sangat sakit, namun akibat yang ditimbulkan oleh yang besar meninggalkan kesan luka yang lebih parah. Kedua-duanya akan luka, cuma yang berbeza besar dan kecilnya. Jika beterusan dengan luka-luka yang kecil pasti seseorang itu akan menderita sama seperti sekali luka yang besar.

Begitu juga, kedua jenis dosa itu sama berbahayanya, akan tetapi kerusakan yang dideritai akibat dosa besar lebih parah daripada dosa kecil.

Muhammad bin Ka’ab Kuradzi berkata, “Ibadah yang terbaik kepada Allah s.w.t. adalah menjauhi segala dosa. Allah s.w.t. tidak akan menerima solat ataupun ibadah yang lain dari seseorang yang tidak menjauhi perbuatan dosa”.

Demikian juga, Fudhail bin 'Iyyad berkata, “Semakin dianggap kecil suatu dosa oleh seseorang, semakin menjadi besar dosa itu di hadapan Allah s.w.t..”

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Ketika seorang mukmin berbuat suatu dosa, dosa itu menjadi sebuah titik hitam pada hatinya. Jika ia menyesalinya (memohon keampunan) hilanglah titik itu. Jika ia tidak menyesali perbuatan itu maka titk itu akan membesar dan membesar sehingga menutupi seluruh hatinya.” Allah s.w.t. menjelaskan dalam firmanNya:

" Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu telah menutupi hati mereka" (al-Muthaffifin: 14)

Bilamana hati telah sepenuhnya tertutup oleh noda, tak satupun petunjuk dapat menembusi ke dalam hati dan orang sedemikian itu tidak akan mendapat manfaat dari peringatan-peringatan yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Hal ini ditekankan berulang-ulang di dalam Al-Qur’an, bahawa Al-Qur’an adalah peringatan bagi mereka yang sadar atas adanya Tuhan dan terbuka hatinya untuk menerima petunjuk.

Marilah kita mengertikan dosa besar sesuai dengan cahaya petunjuk dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Menurut ulama', setiap dosa yang telah ditetapkan siksanya di dalam Al-Qur’an; tentu saja Allah s.w.t. yang menetapkan hal itu; atau di mana terdapat ancaman api neraka, tergolong pada dosa-dosa besar. Maka, sebagaimana telah dihuraikan, dosa sekecil apapun jika selalu dilakukan secara membabi buta dan terang-terangan akan berubah menjadi dosa besar.

Seseorang menyebutkan kepada Ibnu Abbas r.a bahawa hanya ada tujuh dosa besar. Ibnu Abbaspun mengatakan tidak hanya tujuh. Sebaiknya katakan saja tujuh ratus. Adapun Imam Ibnu Hajar Makki r.a telah menghuraikan daftar dosa besar sekaligus dengan penjelasannya yang terperinci di dalam buku beliau, Kitabuz Zawajir. Terdapat 468 (empat ratus enam puluh lapan) dosa besar, ini hanya ditinjau dari segi ketidak-patuhan terhadap Allah s.w.t..

Bagaimanakah termaafkannya sebuah dosa kecil? Sebagai contoh terhapusnya dosa-dosa kecil dijelaskan di dalam sebuah Hadits yang menggambarkan sebagai berikut: Ketika seseorang berwuddu’, membasuh bahagian-bahagian kepala dan anggota badan, maka dosa-dosa yang berhubungan dengan bahagian-bahagian yang dibasuhnya itu pun hanyut oleh air wudhu' bagaikan gugurnya dedaun kering diterpa angin.

Ibaratnya, ketika kita berkumur-kumur maka terhapuslah dosa yang berasal dari lidah kita, ketika kita membasuh kaki maka terhapus dosa yang terjadi dengan melibatkan kaki-kaki kita. Pada waktu kita melangkahkan kaki menuju Masjid setelah berwudhu', setiap langkah kaki menjadi penebus bagi dosa-dosa kecil yang telah kita perbuat. Adapun dosa besar tidak boleh kita hapuskan hanya dengan berwudhuk ataupun mengerjakan solat.


Penyesalan atau taubat

Penghapusan dosa besar dilakukan dengan penyesalan yang tulus dan bersungguh-sunguh. Penyesalan atau taubat terdiri atas tiga unsur, iaitu:

Pertama: Orang yang berdosa besar harus mengenali dosanya dan mengakui bahwa ia telah berdosa.

Kedua: Dia harus berjanji pada diri sendiri untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Ketiga: Haruslah ia merasa malu dengan perbuatannya itu dan secara tulus-ikhlas memohon keampunan daripada Allah. Kerana itulah jika orang yang mengerjakan solat dan menjalankan puasa namun masih melibatkan diri dalam perbuatan dosa besar, nescaya Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa-dosanya, baik yang besar ataupun yang kecil.

Nabi Muhammad s.a.w. menyebutkan jumlah dosa besar itu berlainan jumlahnya tergantung pada waktu dan situasinya. Oleh kerana itu para ulama sepakat mengatakan bahawa tidak ada angka pasti perihal jenis dan bilangan dosa-dosa besar.

Rasulullah s.a.w. menyebut di dalam beberapa hadits yang menentukan perlakuan manusia yang terlibat dengan dosa besar, antaranya sebagaimana berikut:

Menyekutukan Allah
Tidak Mematuhi Perintah Orang Tua (Ibubapa ke atas)
Saksi Palsu


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Aku beritahu kepadamu tiga jenis dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan sekutu bagi Allah s.w.t., tidak patuh kepada kedua orang tuamu, dan memberikan kesaksian palsu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Menyekutukan Allah
Membunuh anak-anak kerana khuatir akan kemiskinannya
Berzina dengan Isteri Jiran atau orang lain


Masih dari Hadits Bukhari dan Muslim, seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal dosa besar. Jawab beliau adalah menyekutukan Allah s.w.t. Kemudian dosa besar apakah yang berikutnya. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, “Membunuh anak-anak kerana khuatir atas tanggung-jawab memberi makan.” Kemudian orang itu masih bertanya dosa apalagi yang berikutnya. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, “Berzina dengan isteri tetangga.” Perlu diingat bahawa berzina saja sudah merupakan dosa besar. Disamping itu, seorang mukmin wajib melindungi keluarga tetangganya. Maka, berbuat zina dengan tetangga bererti melakukan kejahatan berganda.

Mencaci orang tua

Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda, “Mencaci orang tua sendiri adalah dosa besar.” Dengan rendah hati sahabat bertanya: “Mungkinkah seseorang mencaci orang tuanya sendiri?” Beliau menjawab, “Kamu mencaci orang tua seseorang, kemudian dia membalas dengan mencaci orang tuamu.” Jadi, mencaci orang-tua dari orang lain sama saja dengan mencaci orang tuamu sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)

Menyekutukan Allah
Membunuh tanpa alasan
Memakan harta anak yatim
Makan Riba
Lari dari medan jihad di jalan Allah
Menuduh perempuan baik berzina
Derhaka kepada Kedua Ibubapa
Tidak menghormati Baitullah


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Menyekutukan Allah s.w.t., membunuh orang lain tanpa alasan kuat, menyalah-gunakan harta anak yatim, melakukan riba’, melarikan diri dari pertempuran, melemparkan tuduhan (memfitnah) kepada perempuan-perempuan solehah, tidak taat kepada ibubapa, dan tidak menghormati Baitullah, semua itu termasuk dalam kelompok dosa besar.” (HR Bukhari)

Memfitnah
Berputus Asa dengan Rahmat Allah
Melanggar Hukum Faraid


Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “Bilamana seseorang melemparkan tuduhan tanpa bukti hanya kerana ingin melecehkan orang lain, atau berputus asa terhadap kasih sayang Allah s.w.t. dan melanggar hukum-hukum waris, itu semua termasuk dosa-dosa besar.”



Jamak solat tanpa rukhsah


Menurut Hadits lain, menjamak dua solat dalam satu waktu tanpa alasan yang sah menurut syariat juga merupakan dosa besar. Solat hendaklah dikerjakan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan.

Sombong dan Takabbur
Memakai Pakaian Menyentuh Tanah
Riak dan menunjuk-nunjuk
Tua tapi masih berzina
Pecah Amanah
Berbangga dan sombong dengan anak-anak yang banyak
Mengampu Pemerintah kerana kepentingan diri


Pernah Rasulullah s.a.w.. bersabda, “Celakalah orang itu!” Beliau mengulangi sampai tiga kali. Abu Dzar r.a pun dengan rendah-hati bertanya, “Siapakah dia Wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Seorang yang sombong, yang mengenakan pakaian begitu panjang sehingga menyentuh tanah, seorang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah s.w.t. lalu diceritakan kepada orang-orang untuk berbangga dirinya, seorang yang telah lanjut usia namun berzina, seorang yang menduduki jawatan penting namun ia khianat, seorang yang telah diberkahi Allah s.w.t. dengan keturunan yang banyak namun ia berlaku sombong, ataupun seorang yang memperlihatkan ketaatan kepada Imamnya (Pemimpin) dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan duniawi.” (HR Muslim)

Minum Arak
Derhaka Kepada Kedua Ibubapa
Memutuskan Silaturrahim
Sombong dan Takabbur
Bertenung Nasib
Redha dengan maksiat yang dilakukan keluarganya


Nabi Muhammad s.a.w.. bersabda, “Orang-orang ini tidak akan masuk Syurga; orang yang minum khamar (minuman beralkohol), orang yang tidak patuh kepada orang tuanya, orang yang memutuskan silaturahim dengan saudara-saudaranya tanpa alasan yang benar, orang yang membanggakan dirinya kepada orang lain, orang yang menuruti perbuatan syaitan untuk meramalkan yang belum terjadi dan seorang yang tidak berusaha mencegah keluarganya dari perbuatan-perbuatan maksiat (bertentangan dengan moral).” (HR Nasa’i dan Musnad Ahmad)

Pengadu domb

Nabi s.a.w. bersabda, “Seorang pengadu-domba tidak akan masuk surga.” (HR Bukhari dan Muslim)




Tuntutan Taubat
Taubat hukumnya wajib ke atas semua manusia yang melakukan dosa samada dosa besar atau dosa kecil. Taubat Nasuha bererti taubat sungguh-sungguh yang berserta dengan perasaan menyesal.

Oleh itu samada dosa besar atau dosa kecil, wajiblah kita bertaubat kesemua dosa itu dengan taubat nasuha. Bukanlah taubat nasuha itu untuk dosa syirik sahaja. Solat taubat tidak wajib. Yang wajib ialah bertaubat itu sendiri iaitu berazam tidak mahu mengulangi lagi dosa yang sama dan menyesal di dalam hati kerana takutkan balasan Allah di kemudian hari.

Walau bagaimana pun sunat hukumnya bagi mereka yang bertaubat menunaikan solat sunat taubat tanda kesungguhan kita bertaubat dari dosa.

SENARAI DOSA-DOSA BESAR

‎1.‎ Menyekutukan Allah s.w.t. dengan mana-mana makhluk (Syirik)‎
‎2.‎ Membunuh manusia tanpa sebab
‎3.‎ Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir
‎4.‎ Meninggalkan solat fardhu
‎5.‎ Tidak membayar zakat
‎6.‎ Tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i
‎7.‎ Tidak menunaikan haji walaupun mampu
‎8.‎ Derhaka kepada kedua ibubapa
‎9.‎ Memutuskan hubungan silaturrahim
‎10.‎ Melakukan zina
‎11.‎ Tidak menunaikan hak anak dan isteri
‎12.‎ Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan
‎13.‎ Homoseksual (hubungan sesama jantina)‎
‎14.‎ Mengambil, memberi serta menulis harta Riba
‎15.‎ Makan harta anak yatim dengan kejam
‎16.‎ Sumpah dusta dengan menggunakan nama Allah dan rasulNya.‎
‎17.‎ Melarikan diri dari medan jihad
‎18.‎ Pemimpin yang menipu dan kejam terhadap rakyatnya
‎19.‎ Melakukan sumpah palsu
‎20.‎ Menjadi atau bersaksi palsu
‎21.‎ Judi dan sebarang bentuk pertaruhan‎
‎22.‎ Minum arak atau minuman yang memabukkan
‎23.‎ Menuduh perempuan baik berzina
‎24.‎ Mencuri kerana kemegahan dan kemewahan‎
‎25.‎ Merompak
‎26.‎ Melakukan kezaliman terhadap orang yang lemah‎
‎27.‎ Menafikan hak kepada orang yang berhak
‎28.‎ Mengajar orangramai tentang hukum tetapi diri tidak melakukannya
‎29.‎ Mengumpul kekayaan dari sumber yang haram
‎30.‎ Bunuh diri
‎31.‎ Berbohong
‎32.‎ Hakim yang derhaka
‎33.‎ Memberi rasuah dalam masalah hukum
‎34.‎ Wanita menyerupai lelaki (tomboy, penkid) dan lelaki menyerupai wanita ‎‎(pondan).‎
‎35.‎ Perkahwinan cina buta
‎36.‎ Kencing tidak dibersihkan sesuci-sucinya
‎37.‎ Mempelajari ilmu untuk tujuan keduniaan serta bisu dalam menyatakan ‎kebenaran.‎
‎38.‎ Penipu dan khianat dan riya’ (sombong)‎
‎39.‎ Mengungkit-ungkit pemberian
‎40.‎ Menyalahkan takdir
‎41.‎ Mencari kesalahan orang lain (menjagaa tepi kain orang)‎
‎42.‎ Mengadu domba (melaga-lagakan antara dua orang)‎
‎43.‎ Membuat fitnah
‎44.‎ Mengutuk orang islam
‎45.‎ Mengingkari janji
‎46.‎ Mempercayai dukun, bomoh, sihir dan Ahli Nujum.‎
‎47.‎ Nusyuz (isteri derhaka kepada suami dan sebaliknya)‎
‎48.‎ Membuat atau mengukir patung
‎49.‎ Menampar pipi atau menyiksa badan ketika berdukacita
‎50.‎ Berbuat buruk terhadap orang yang lemah, kanak-kanak, isteri dan binatang
‎51.‎ Menganggu jiran tetangga
‎52.‎ Melabuhkan pakaian untuk menyombong
‎53.‎ Lelaki yang memakai sutera dan emas sebagai pakaian atau perhiasan
‎54.‎ Menyembelih binatang selain kerana Allah s.w.t.‎
‎55.‎ Mengaku bapa sendiri kepada ayah angkat
‎56.‎ Menamakan anak angkat dengan berbinkan namanya.‎
‎57.‎ Berdebat dan memusihi orang lain.‎
‎58.‎ Menipu dalam timbangan dan perniagaan.‎
‎59.‎ Merasa aman dari kemurkaan Allah
‎60.‎ Putus asa dari rahmat Allah
‎61.‎ Meninggalkan solat jumaat tanpa uzur
‎62.‎ Mengubah wasiat
‎63.‎ Mengintip orang Islam dan menyebarkan rahsianya
‎64.‎ Mencela Nabi Muhammad s.a.w.‎
‎65.‎ Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Islam
‎66.‎ Menolak hadits nabi s.a.w.‎
‎67.‎ Mengingkari ayat al-Qur’an atau menghina al-Qur’an
‎68.‎ Melakukan rasuah.‎
‎69.‎ Melanggar hukum faraid
‎70.‎ Mengampu pemerintah kerana kepentingan diri
‎71.‎ Berbangga dan sombong dengan anak-anak atau harta yang banyak
‎72.‎ Pecah amanah
‎73.‎ Tua tetapi masih berzina
‎74.‎ Riak dan menunjuk-nunjuk
‎75.‎ Bertenung nasib
‎76.‎ Menyambut Hari Valentine
‎77.‎ Dayus atau redha atau membiarkan anak dan isteri melakukan maksiat dan dosa
‎78.‎ Membunuh bayi
‎79.‎ Menggugurkan janin
‎80.‎ Menagih dadah

Dajjal

Dajjal : Munculnya Alamat Qiamat yang besar, iaitu dengan kemunculan seseorang manusia yang menamakan dirinya Dajjal. Dia mendapat gelaran al-Masih Dajjal. Al-Masih ertinya menempuh perjalanan seluruh bumi dalam waktu yang lama sekali dan juga bererti kehilangan matanya, sebab kenyataannya ialah buta matanya yang sebelah.
Dajjal akan mempunyai ramai pengikut hari demi hari, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., dari Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak akan berlaku qiamat sehigga munculnya hampir 30 orang pengikut Dajjal dan semuanya mendakwa bahawa Dajjal itu Rasul Allah". (HR Muslim: 1473)

Dajjal tampil di hadapan manusia diakhir zaman nanti dengan mengaku bahawa dirinya adalah “Tuhan”. Ia berusaha me­nyebarkan fitnah di kalangan seluruh umat manusia agar meninggalkan agama mereka yang benar, iaitu ajaran Islam yang telah disebarkan kembali oleh Imam al-Mahdi a.s.. Cara penampilannya ialah dengan menunjukkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa yang dapat dilakukan olehnya dan banyak sekali keajaiban-keajaiban yang dipertonton­kan melalui kedua tangannya. Sebahagian orang ada yang terpikat, tetapi orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, pasti akan ditetapkan oleh Allah Ta’ala hati-hatinya, sehingga tidak akan terpikat sama sekali oleh ajakannya yang sesat itu dan tidak akan terpesona oleh keistimewaannya yang menggiurkan. Ring­kasnya orang-orang mukminin tidak akan tertipu sehingga sanggup mengikuti ke­sesatan-kesesatan yang dipropagandakan.

Dalil Dari Hadits Tentang Dajjal

Dari Nawwas bin Sam’an disebutkan: Di suatu pagi Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam menceritakan tentang Dajjal dengan suara perlahan, lalu suaranya meninggi seolah-olah Dajjal telah berada di salah satu kebun kurma ( di kota Madinah ). Kami beranjak dari majelis beliau, kemudian kami datang lagi. Seolah-olah beliau tahu, lalu berkata, “Ada apa?”

Kami menjawab, “Wahai Rasulullah, tadi pagi engkau menceritakan tentang Dajjal dengan suara lalu meninggikan suara, sehingga kami mengira Dajjal telah muncul di salah satu kebun kurma”. Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Ada selain Dajjal yang lebih aku khawatirkan. Jika Dajjal keluar sekarang, aku yang akan menghadapinya, namun jika ia keluar setelah aku tiada, masing-masing kalian menghadapinya. Allah subhana wa ta’ala menjadikan penggantiku pada seorang setiap muslim. Dajjal seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celek, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa kesana kemari. Hai hamba Allah, tetaplah dalam dien kalian!”

Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lama ia di bumi? Rasul shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Empat puluh hari. Satu harinya seperti setahun, satu harinya seperti sebulan, satu harinya seperti seminggu, sisa harinya seperti hari-hari biasa.” Kami bertanya lagi , “Wahai Rasulullah, satu hari seperti setahun itu, apakah cukup shalat sehari saja?” Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab lagi, ” Tidak, tapi perkirakanlah saja selama setahun. ” Kami bertanya, “Bagaimana kecepatan jalannya?” Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Seperti awan ditiup angin. Dajjal mendatangi suatu kaum lalu menyeru mereka, kemudian mereka beriman kepadanya dan mematuhinya. Ia perintahkan langit, lalu turunlah hujan. Ia perintahkan bumi, keluarlah tumbuh-tumbuhan. Punuk unta dan kantung susu hewan ternak penuh berisi. Kemudian ia mendatangi suatu kaum lalu menyeru mereka agar beriman kepadanya, tetapi mereka menolak seruannya. Kemudian ia meninggalkan daerah tersebut, lalu mereka ditimpa kekeringan sampai mereka tidak mempunyai sedikitpun harta. Setelah itu ia melewati gedung yang runtuh dan berkata, ‘Keluarlah harta karunmu!’ , maka harta berterbangan mengikutinya seperti lebah. Kemudian ia memanggil seorang pemuda dan menebasnya dengan pedang hingga badannya terbelah dua. Kemudian ia panggil lagi, si pemuda yang sudah terbelah itu bangkit sambil mentertawakan Dajjal. Di saat itulah muncul Nabi Isa ‘alaihisalam, lalu mengejar Dajjal dan mendapatinya (bertemu) di pintu gerbang kota Lud (di Palestina) yang kemudian ia membunuh Dajjal. ” (HR Muslim)

Keluarnya Dajjal dari arah pertengahan antara Laut Syam dan Laut Yaman di Timur Tengah, mengaku sebagai Nabi Isa a.s, tuhan orang Kristian dan Yahudi.

Dari Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang Nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya perihal kedatangan Dajjal. Dajjal itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu semua bahawa Tuhan itu tidaklah bermata sebelah. Sesungguhnya Dajjal itu bermata sebelah, yang kanan tidak dapat digunakan untuk melihat, seolah-olah matanya itu macam biji yang menonjol;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dajjal pembawa fitnah;
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal”;- (Riwayat Muslim).

Ujian dan tanggungjawab setiap orang Islam melawan Dajjal;
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku (Rasulullah s.a.w) adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga ummat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi s.a.w., bahawa Dajjal belum lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah s.w.t. sebagai penolong kamu sekalian”;- (Riwayat Ibnu Majah).

Dajjal membawa api dan air;
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman;- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka;
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.

Dajjal membawa sungai air dan sungai api;
Dari Abu Hudzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu kerana itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak;- (Riwayat Muslim).

Dajjal membunuh orang kemudian menghidupkan kembali;
Dari Abu Said Al-Khudri r.a. berkata: Pada suatu hari Rasulullah menceritakan kepada kami tentang Dajjal dalam suatu cerita yang panjang, di antaranya baginda menceritakan: “Dajjal itu nanti akan datang, dan dia terhalang untuk melalui jalan-jalan masuk kota Madinah. Maka sampailah Dajjal itu ke sebuah kebun dekat pinggir kota Madinah. Di hari itu datang kepadanya seorang laki-laki yang sangat lawa. Laki-laki tadi mengucapkan: “Saya mengakui bahawa engkau ini adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami.” Dajjal berkata (kepada pengikutnya): “Bagaimana pendapat kamu, kalau saya membunuh orang ini, kemudian saya hidupkan kembali, adakah kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaanku?” Pengikut-pengikutnya menjawab: “Tidak ragu-ragu!” Lalu Dajjal membunuh laki-laki tadi, kemudian dihidupkan kembali. Ketika laki-laki itu telah hidup kembali, dia mengucapkan (kepada Dajjal): “Demi Allah! Sekarang, saya lebih mengerti tentang engkau (seorang Dajjal)” Lalu Dajjal hendak membunuhnya sekali lagi, tapi Dajjal tidak sanggup melaksanakannya.”;- (Riwayat Muslim).

Dajjal tidak boleh memasukki kota Makkah dan Madinah;
Dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap negeri (nanti) akan ditakluki oleh Dajjal, selain Makkah dan Madinah. Setiap jalan masuk ke sana, dikawal oleh malaikat yang berbaris. Maka sampailah Dajjal ke sebuah kebun (di pinggir Madinah) dan terjadilah tiga 3 kali gempa bumi di Madinah, lalu setiap orang kafir dan munafik keluar dari Madinah menuju kebun tadi;- (Riwayat Muslim).


Nabi Khaidir bertemu Dajjal.

Diriwayat dari Abi Sa'id al-Khudry r.a., katanya: "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami satu cerita yang panjang tentang Dajjal, antara lain diceritakannya bahawa Dajjal, masuk kepinggir kota Madinah hingga sampai ke tanah lapang dekat Madinah, lalu ia diwaktu itu ditemui oleh seorang lelaki yang terbaik di antara manusia. Lelaki itu berkata kepada Dajjal, aku yakin bahawa engkau ini adalah Dajjal sebagaimana yang telah diceritakan Rasulullah s.a.w. kepada kami. Lalu Dajjal berkata, bagaimana lalu ku bunuh ini ( هذا ) (tidakpasti apakah yang akan dibunuh) kemudian kuhidupkan kembali, apakah kamu masih ragu-ragu tentang aku ini?. jawab mereka tidak. Kata beliau lagi, lalu dibunuhnya kemudian dihidupkannya kembali. Lelaki itu berkata ia setelah kembali hidup, demi Allah belumlah aku tahu betul tentang dirimu (dengan mata kepalaku) sebelum sekarang ini. Kata Rasulullah s.a.w. kemudian Dajjal mahu membunuhnya lagi tetapi tidak berjaya. Kata Abu Ishak (perawi hadits), sesungguhnya lelaki ini ialah nabi Khaidhir a.s." (HR Muslim: 1474)

Selanjutnya dari sehari ke sehari akan nyatalah persoalannya, jelaslah bahawa Dajjal itu seorang penipu agung. Akhirnya fitnah yang disebarkan itu menjadi padam dan hilang dan ia sendiri terbunuh di tangan kaum Muslimin, di bawah pimpinan Nabiullah Isa a.s. pemimpin umat Islam di saat itu.

Seluruh Rasul Tuhan sudah memberikan peringatan kepada ummatnya, jangan sampai terkena oleh fitnah dan rayuan sesat Dajjal itu sebagaimana juga dilakukan oleh penghulu dan penghujung sekalian Rasul iaitu Nabi Besar Muhammad (S.A.W.). Dalam sebuah Hadis yang diceritakan oleh Umar r.a. bahwasanya Rasulullah (S.A.W.) dalam khutbah Haji Wada’ (haji yang terakhir bagi Rasulullah itu) meminta kepada umatnya yang hadir di saat itu supaya semua diam untuk mendengarkan ucapan khutbah yang hendak di­sampaikannya. Beliau, setelah memuji dan mengagungkan kebesaran Allah Ta’ala, kemudian menyebutkan perihal Dajjal. Huraian mengenai ini dijelaskan dengan panjang lebar oleh Nabi (S.A.W.) itu, akhirya beliau bersabda:


“Tidak Seorang Nabi pun yang diutus oleh Allah, melainkan ia memperingat­kan kepada umatnya perihal kedatangan Dajjal. DajjaI itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu tentang hal ehwalnya. Tidak samar pula padamu semua bahawa Tuhanmu itu tidaklah buta sebelah. Sesungguh­nya Dajjal itu buta sebelah mata kanannya, seolah-olah matanya itu sebuah biji yang menonjol” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Syeikh Rasyid Ridha berkata: “Penilaian yang dapat dipetik dari hadits-hadits yang memuat persoalan-­persoalan mengenai Dajjal ini ialah bahawa Nabi (S.A.W.) telah menyingkap masalah itu sekadarnya, digambarkan perihal munculnya Dajjal di akhir zaman dan ia dapat menunjukkan hal-hal yang sangat luar biasa kepada seluruh manusia, juga beberapa keanehan dan keajaiban-keajaiban yang dapat menjadi fitnah kepada orang ramai, sehingga ramai yang terpikat oleh ajakannya dan terpesona oleh kepandaiannya itu. Dijelaskan pula oleh Rasulullah (S.A.W.); bahwa Dajjal itu adalah dari bangsa Yahudi dan bahawa kaum Muslimin hendaklah sama-sama memeranginya; bahkan diperangi juga kaum Yahudi yang membelanya di tanah suci ini. Akhirnya kaum Muslimin menang dalam peperangan melawan kaum yang sesat dan menyesatkan itu.

Semua peristiwa itu diterangkan secara keseluruhan dan tidak ada perinciannya sama sekali. Selain itu tidak ada satu pun wahyu dan Allah Ta’ala yang menguraikan hal ini. Rasanya hal ini tidaklah jauh bandingannya jikalau banyak kerajaan-kerajaan hari ini yang berusaha keras mengembangkan Fahaman Zionisme dan tentu saja mereka itu adalah dari kaum Yahudi juga. Mereka sentiasa memikirkan untuk me­nyebarkan fitnah dan mereka sertai pula dengan ilmu-ilmu pengetahuan moden dan teknik yang baru ditemukan seperti kimia, atom, teknologi moden dan lain-lain.

Apa yang telah dikemukakan oleh Syeikh Rasyid Ridha itu dikukuhkan dengan beberapa hadits di bawah ini. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah (S.A.W.) bersabda:

Maksudnya: “Sungguh belum akan tiba hari Qiamat sehingga kamu semua (kaum Muslimin) memerangi kaum Yahudi, sehingga batu yang di belakangnya ada orang Yahudi yang bersembunyi itupun akan berkata-kata: “Hai orang Islam, ini ada orang Yahudi, bunuhlah ia!”. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Ini adalah suatu kata kiasan yang memberi pengertian bahawa pada saat itu sudah tidak ada gunanya lagi bagi kaum Yahudi itu untuk bersembunyi walau di mana saja tempatnya. Mu’adz bin Jabal juga ada meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah (S.A.W.) bersabda:


“Keramaian Baitul Maqdis adalah hancurnya Yatsrib (Madinah) dan hancur­nya Yatsrib adalah sebagai tanda timbulnya perang besar, dan timbulnya perang besar itu adalah berhubungan dengan dibebaskannya kota Konstantinopel, sedang di saat dibebaskannya kota Konstantinopel inilah keluarnya Dajjal”.(Diriwayatkan oleh Abu Dawud)

Pembebasan kota Konstantinopel ini tentulah bukan pembebasan yang sudah pernah dilakukan oleh kaum Muslimin dahulu, sebab disebutkan pula dalam riwayat Tarmizi, iaitu:


“Dibebaskannya Konstantinopel bersamaan dengan tibanya hari Qiamat.”

Kesimpulannya kelahiran dan kemunculan Dajjal sebagai penyaksian muncul­nya fitnah-fitnah yang terbesar di akhir zaman yang tampil sebagai salah satu daripada tanda besar Hari Qiamat semakin hampir. Tujuannya ialah hendak melawan gerakan Islam serta berusaha untuk membuat fitnah kepada umat Islam dalam urusan agama mereka itu. Islam akan tegak semula memerintah dunia selepas kedatangan Imam al-Mahdi al-Muntadzar. (Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu).

Dajjal Yahudi dengan menggunakan ilmu pengetahuan, ke­pandaian dan kekuatan, mereka menyebarkan dakyah dan serangan mental mahupun fizikal terhadap umat Islam. Tetapi Allah Ta’ala pasti akan menghancurkan tipu daya Dajjal tersebut dengan jalan menunjukkan ayat-ayat yang lebih besar lagi dari fitnah yang dilancarkan olehnya. Ayat yang dimaksudkan itu ialah dengan turunnya Nabiullah Isa (a.s.) untuk mengukuhkan kebenaran yang dianjurkan oleh Imam Al-Mahdi pada waktu itu. Dengan demikian lalu timbullah saling tolong-menolong antara Nabi Isa (a.s.) dan Imam Al-Mahdi, sedang di belakang kedua pemimpin itu berdirilah para pemimpin-pemirnpin Islam lainnya yang berusaha keras hendak membunuh Dajjal itu serta me­lumpuhkan ajarannya.

Demikianlah peristiwa yang akan terjadi pada saat itu. Kemudian jikalau Dajjal telah terbunuh, maka hancur lebur pulalah kaum Yahudi yang ber­perang bersama Dajjal tadi. Diriwayatkan bahawa jumlah kaum Yahudi bersama Dajjal itu seramai tujuh puluh ribu orang. Ini menurut Hadis riwayat Muslim

Agama Berhala

Agama Penyembah Berhala : Agama penyembah berhala mengakui adanya tuhan yang berkuasa ke atas sekelian alam, tetapi mereka menjadikan berhala-berhala yang mereka ukir dengan tangan mereka sendiri sebagai perantaraan atau wasitah kepada tuhan yang sebenar. Dengan menyembah berhala ini mereka merasa dapat menghampirkan diri kepada Allah (S.W.T.).

Sedangkan ini adalah aqidah yang salah dan terpesong dari pengabdian yang hakiki kepada Allah s.w.t. Menyembah sesuatu selain dari Allah adalah syirik atau menyekutukan Allah. Hukumnya kafir yang akan kekal di dalam neraka selama-lamanya. Salah satu agama penyembah berhala yang terbesar ialah Agama Budha.

Hari Akhirat

HARI AKHIRAT : Âkhirat (Arab: الآخرة , Âkhirah) diguna untuk mengistilahkan kehidupan alam baka (kekal) setelah kematian/ sesudah dunia berakhir. Pernyataan peristiwa alam akhirat sering kali diucapkan secara berulang-ulang pada beberapa ayat didalam Al Qur'an sebanyak 115 kali, yang mengisahkan tentang Yaumul Qiyâmah dan Akhirat juga bahagian penting dari eskatologi Islam.

Sebelum berlaku Hari Akhirat, terlebih dahulu Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w. memberi banyak Tanda dan Alamat Kiamat. Tanda kiamat itu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Tanda Kecil dan Tanda Besar. Pada hari ini hampir kesemua tanda besar sudah kelihatan dan terjadi, cuma kita menunggu tanda-tanda besar sahaja, seperti muncul Imam Mahdi, Keluarnya Dajjal, Matahari Pagi Naik Berlawanan Arah, keluarnya Daabatul Ardh (binatang yang keluar dari bumi) dan sebagainya.

Akhirat dianggap sebagai salah satu dari rukun iman yaitu: Percaya Allah, percaya adanya Malaikat, percaya akan kitab-kitab suci, percaya adanya Nabi dan Rasul dan percaya takdir dan ketetapan. Menurut kepercayaan Islam, Allah akan memainkan peranan, beratnya perbuatan masing-masing individu. Allah akan memutuskan apakah orang tersebut di akhirat akan diletakkan di dalam Neraka Jahannam atau Syurga . Kepercayaan ini telah disebut sebelumnya sebagai Hari Penghakiman dalam ajaran Islam.

Akhirat adalah dimensi fizik dan hukum-hukum dunia nyata yang terjadi setelah dunia yang ada pada hari ini berakhir. Bagi mereka yang beragama samawi meyakini bahawa kehidupan akhirat sebagai tempat di mana segala perbuatan seseorang di dalam kehidupan dunia ini akan dibalas. Namun tidak sedikit juga orang yang meragukan akan adanya kehidupan akhirat (kehidupan setelah kematian). Mereka yang meyakini adanya kehidupan akhirat ada yang menyatakan: 'Mudahnya meyakini adanya kehidupan setelah kematian sama mudahnya dengan meyakini adanya hari esok setelah hari ini, adanya nanti setelah sekarang, adanya memetik setelah menanam'. Dengan meyakini adanya kehidupan akhirat setelah kehidupan di dunia ini akan menjaga seseorang dari bertindak sesuka hatinya, kerana ia yakin segala hal yang ia perbuat dalam kehidupannya sekarang akan dituainya kemudian di alam setelah kematian.

Asal kata âkhirah (آخِرَة) adalah al-âkhir (الآخِر) yang bererti lawan bagi al-awwal (الأوَّل) atau “yang terdahulu”. Kata itu juga be­rerti “hujung dari sesuatu”, yang biasanya menunjuk pada jangka waktu.

Penggunaan kata âkhirah di dalam al-Quran menunjuk pada pengertian alam yang akan terjadi setelah berakhirnya alam dunia. Dengan kata lain, kata âkhirah merupakan kata lawan bagi dunia (misalnya, di dalam Surah Al-Baqarah :ayat 201 dan Surah Ali ‘Imran : ayat 152). Sejalan dengan pengertian asli kata âkhirah, yang merupakan lawan dari yang awal, al-Quran juga menggunakan kata al-ûla (الأُوْلَى = yang pertama) untuk menunjuk pengertian dunia.

Perhentian akhirat
Di hari akhirat nanti manusia akan di himpunkan dari satu tempat ke suatu tempat, sebelum seseorang itu mendapat tempat yang terakhir iaitu samada Syurga atau Neraka. Tidak ada lagi tempat lain selain dari 2 tempat ini.

Hadits yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib berkata: "Sesungguhnya pada hari kiamat ada lima puluh tempat perhentian (Stesen), dan setiap Stesen lamanya seribu tahun. Stesen pertama adalah saat manusia keluar dari kuburnya (Yaumut Talaaq : يوم التلاق ) di sini mereka ditahan selama seribu tahun dalam keadaan hina, lapar dan haus. Barangsiapa yang keluar dari kuburnya dalam keadaan beriman kepada Tuhannya, mempercayai syurga dan neraka-Nya, mempercayai hari kebangkitan, hari hisab dan hari kiamat, meyakini Allah dan membenarkan Nabi-Nya s.a.w serta ajaran yang dibawanya dari sisi Allah azza wa jalla, ia akan selamat dari kelaparan dan kehausan."


Nama Lain Bagi Hari Akhirat

Al-Ghâsyiyah (Arab: الغاشية) - Peristiwa Yang Dahsyat
Al-Qâri‘ah (Arab: القارعة) - Yang Menggemparkan
Ar-Râjifah (Arab: الرجفة) - Yang Menggetarkan
As-Sâ'ah (Arab: السَّاعَة) - Kehancuran
Ash-Shakhah - Bencana yang memilukan
At-Thaamah (Arab: اظمة) - Bencana
Al-Wâqi‘ah (Arab: الْوَاقِعَةُ) - Peristiwa Yang Pasti Terjadi
Al-Zalzalah (Arab: الزلزلة) - Kegoncangan
Yaumud Dîn (Arab: يَوْمِ الدِّينِ) - Hari Penghakiman
Yaumulul Alîm Arab: يو م أليم) - Hari Yang Menyedihkan
Yaumul ‘Azhim (Arab: يَوْمٌ عَظِيْمٌ ) - Hari Yang Besar
Yaumul Âzifah (Arab: يَوْمُ الآزِفَةِ) - Hari Yang Dekat
Yaumul Ba'ats (Arab: يوم البث) - Hari Kebangkitan
Yaumul Fashl (Arab: يَوْمُ الْفَصْلِ) - Hari Keputusan
Yaumul Fath (Arab: يَوْمُ الْفَتْحِ) - Hari Kemenangan
Yaumul Haqq (Arab: يَوْمُ الْحَقِّ) - Hari Kebenaran
Yaumul Hasrah (Arab: يَوْمٌ الْحَسْرَةِ) - Hari Penyesalan
Yaumul Hisãb (Arab: يوم الْحِسَابِ) - Hari Perhitungan
Yaumul Jam‘i' (Arab: يَوْمُ الْجَمْعِ) - Hari Pengumpulan
Yaumul Jaza' (Arab: يوم الجزاء) - Hari Pembalasan/ Hukuman
Yaumul Khulûd (Arab: يَوْمُ الْخُلُوْدِ) - Hari Kekekalan
Yaumul Khurûj (Arab: يَوْمُ الْخُرُوْجِ ) - Hari Keluar dari Kubur
Yaumul Mahsyar (Arab: يوم المحشر) - Hari Berkumpul di Mahsyar
Yaumul Mau‘ûd (Arab: يَوْمُ الْمَوْعُوْدُ ) - Hari Yang Dijanjikan
Yaumul Mizan (Arab: يَوْمَ الميزان) - Hari Penimbangan
Yaumul Qiyāmah (Arab: يَوْمُ الْقِيَامَةِ) - Hari Kebangkitan
Yaumul Wa’iid (Arab: يَوْمُ الْوَعِيدِ ) - Hari Ancaman
Yaumun Nusyur (Arab: يوم النشور) - Hari Kembali
Yaumul ‘Aqîm (Arab: يَوْمٌ عَقِيْمٌ) - Hari Siksaan
Yaumut Taghâbun (Arab: يَوْمُ التَّغَابُنِ) - Hari Pengungkapan Kesalahan
Yaumul at-Tanad (Arab: يَوْمَ التَّنَادِ) - Hari Panggil Memanggil
Yaumul ath-Thalâq (Arab: يَوْمُ الطَّلاَقِ) - Hari Pertemuan
Yaumuzh Zhullah (Arab: يَوْمُ الظُّلَّةِ) - Hari Naungan
Yaumun Kabîr' (Arab: يَوْمٌ كَبِيْرٌ) - Hari Yang Besar
Yaumul Ma‘lûm (Arab: يَوْمٌ مَعْلُوْمٌ) - Hari Yang Dikenal
Yaumul Muhîth (Arab: يَوْمٌ مُحِيْطٌ) - Hari Yang Membinasakan
Yaumut Talaaq (Arab : يوم التلاق ) - Hari Keluar Dari Kubur