Showing posts with label KATEGORI DOA. Show all posts
Showing posts with label KATEGORI DOA. Show all posts

Doa Khatam Al-Qur'an

DOA KHATAM AL-QUR'AN: Apabila seseorang telah selesai menghabiskan bacaan dari awal surah al-Fatihah hingga Surah Annas maka di sunatkan baginya membaca Doa Khatam Al-Qur'an.

Doanya sebagaimana berikut:





Maknanya: Dimulai dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Solat dan salam ke atas Rasul kami, Nai Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.

“Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Qur’an dan jadikanlah Al-Qur’an bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Qur’an. Ajarkanlah aku daripada Al-Qur’an apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Qur’an itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu, juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, yang dengannya dapat menghalang kami berlaku maksiat kepada-Mu, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu yang dapat menyampaikan kami dengannnya ke syurga-Mu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami dapat menikmati pendengaran-pendengaran kami, penglihatan-penglihatan kami, kekuatan-kekuatan kami selama Engkau masih hidupkan kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula dijadikannya nilaian pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada seberang kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, tidak juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.

Selawat dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi kita Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.












Doa Solat Sunat Hajat



Doa Selepas Solat Sunat Tawaf Wada'

Doa selepas solat sunat tawaf wada'

"Ya Allah, ya Tuhanku, Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali penghabisan di BaitullahMu. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali akhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Penyayang".

Doa Tawaf Wada'





"Sesungguhnya yang mewajibkan kepadaMu (mengamal dan menyampaikan) al-Qur'an (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan Engkau kepada apa yang Engkau ingini dan cintai. Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah aku, ya Allah Tuhan yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku ya Allah. Tuhan yang Maha Gagah Perkasa! Tutupkanlah segala kelemahanku. Ya Allah yang mengembalikan sesuatu, kembalilah aku ke Baitullag lagi. Ya Allah! Murahkanlah rezekiku supaya dapat kembali menziarahi Biatullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya yang mengalahkan musuhNya dengan keagunganNya. Ya Allah selamatkanlah kami, kurniaknlah kami afiat dan keuntungan begitu juga kepada hamba-hamba Engkau yang menziarahi rumahmu dengan mengerjakan fardhu haji, mereka yang berjihad, mereka yang musafir juga mereka yang bermukim, samada musafir melalui daratan, lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat Muhammad s.a.w. seluruhnya.

Ya Allah, ya Tuhanku! Peliharakanlah aku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, di hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku sehinggalah Engkau sampaikan aku kepada keluargaku dan negeriku. Ya Allah janganlah Engkau jauhkan aku dari rahmatMu walau sekelip matapun. Ya Allah, ya Tuhanku! Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkaulah yang menjaga keluarga kami sepeninggalan kmi menziarahi rumah Engkau, hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakukanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami. Ya Allah, ya Tuhanku! Janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari penghabisan bagi aku menziarahi rumahMu.
Ya Allah, ya Tuhanku! Cucurilah rahmatMu ke atasku dengan memberi petunjuk kepadaku, aku akan meninggalkan segala laranganMu selama hayatku. Kasihanilah aku dengan tidak memberatkan perkara yang tidak menyenangkan aku. Berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat aku mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu. Ya Allah, ya Tuhanku! Kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap terhadap seteruku. Tolonglah aku daripada mereka yang menganiayaku. Ya Allah, ya Tuhanku! Aku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, pengecut mengahaladi segala pancaroba, kikir, kedekut dan bergelumang dalam hutang yang tak berkesudahan dan kekerasan musuh.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepadaMu segala kebaikan dan kebajikan dalam perjalanan kami, serta keredhaanMu dalam segala pekerjaan. Ya Allah Engkau mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh, Engkaulah ya Allah, penolong kami dalam perjalanan, Engkaulah yang memelihara anak isteri kami. Ya Allah aku berlindung denganMu daripada segala kesusahan dalam perjalanan, buruk pandangan, buruk peninggalan, harta benda, keluarga dan anak-anak. Ya Allah! Sertailah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah afiat.

Ya Allah, ya Tuhanku! Pendekkanlah perjalanan, permudahknlah, selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami. Ya Allah! Sampaikanlah perkhabaran baik kepada kami dan lindungilah kami dan berikanlah keredhaanMu dengan kekuasaanMu, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa. Ya Allah, settailah kami dalam perjalanan kami dan gantiknlah kami dengan pertolonganMu untuk memelihara keluarga kami. Ya Allah, ya Tuhanku! Peliharakanlah di sekelilingku, di kanan, di kiri, di hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku. Aku berlindung dengan kebesaranMu daripada segala yang membinasakan daku wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Doa Tawaf Pusingan Keenam

Erti doa:
"Ya Allah, ya Tuhanku!, sesungguhnya banyak tanggunganku terhadapMu dan di antara aku dengan makhlukMu. Ya Allah, ya Tuhanku!, apa-apa jua kesalahanku terhadapMu, amaka ampunkanlah, apa-apa juga kesalhan di antara aku dan maklukMu, maka aku minta Engkau tanggungkan untukku. Dan kayakan aku dengan harta yang halal bukan yang haram, dengan ketaatan kepada Engkau bukan kemaksiatan, dan dengan kurniaanMu yang melimpah bukan kurniaan yang lain, wahai Tuhan yang Maha Luas Keampunannya. Ya Allah, sesungguhnya rumahMu ini Maha Agung, zatMu itu Maha Mulia dan Engkau ya Allah Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung, suka mengampuni, maka ampunilah dosaku."

Doa Selepas Solat Fardhu

DOA SELEPAS SOLAT FARDHU




بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَــمْدُ للهِ رَبِّ اْلعَــالمَِـــيْنَ, حَمْــدًا نِعَمَهُ وَيُــــكَافِئُ مَزِيْــدَهُ
يَا رَبـَّنَا لَكَ اْلحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لجَِلالِ وَجْهِكَ ‏وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.
‏ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَــا مُحَمَّدٍ فِى اْلأَوَّلِــيْنَ وَاْلآخِــرِيْنَ وَسَلِّمْ
وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ سَادَاتِنَا,‏‎ ‎اَصْحَابَ ‏سَيِّدِنَا رَسُوْلِ اللهِ اَجْمَعِيْنَ.‏
اَللَّهُمَّ اَحْيِنَا بِاْلإِْيمَــانِ, وّاّمِتْنّا بِاْلإِْيمَـــانِ, وَاحْشُرْنَا بِاْلإِْيمَـــانِ
وَاَدْخِلْنَا اْلجَنَّةَ مَعَ اْلإِْيمَانِ, بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ ‏الرَّاِِحمِيْنَ
اَللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكْ,‏
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ اْلهُدَىْ وَالتُّـقَىْ وَاْلعَفَافَ وَاْلغِنَىْ,
اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلآتَنَا تَامَّةْ, وَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا عَامَّةْ
وَلا تُعَذِّبْنَا إِلَىْ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ ‏قَدِيْرٌ,
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَاْرَحمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيْرًا.‏
اَللَّهُمَّ اَحْيِنَا بِحَيَاةِ اْلعُلَمَاءِ, وَاَمِتْنَا ِبمَوْتِ الشُّهَدَاءِ,‏
وَاحْشُرْنَا فِى زُمْرَةِ اْلأَوْلِيَاءِ, وَاَدْخِلْنَا اْلجَنَّةَ
مَعَ اْلأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ الصَّلاةُ وَالسَّلامُ
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْهَدَيْتَنَا,
وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحمْـَةً إِنَّكَ اَنْتَ اْلوَهَّابَ,
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا ذُنٌوْبَنَا وَاِسْرَافَنَا فىِْ أَمْرِنَا وَثَـبِّتْ أَقْدَامَنَا,
وَانْصُرْنَا عَلَى اْلقَوْمِ اْلكَافِرِيْنَ.
رَبَّنَا فاغْفِرْلَنَا ذُنٌوْبَنَا, وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا, وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ.
‏اَللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِىْ الدُّنـْيَا حَسَنَةً وَفِىْ الآخِرَةِ حَسَنَةًً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا يَا اَللهُ ِبحُسْنِ اْلخَاِتمَةْ, وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا اَللهُ بِسُوْءِ اْلخَاِتمَـةْ.‏
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا ُمحَمَّدٍ, وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ,
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلمُرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالمَِيْنَ.


DOA SELEPAS SOLAT FARDHU
Ertinya:‎

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.‎

Segala puji bagi Allah dengan pujian yang sesuai dengan nikmat-nikmatNya ‎dan sejajar dengan anugerah tambahan-Nya. Wahai tuhan kami, bagiMu ‎segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran ‎kekuasaanMu.‎

Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w. ‎mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian dan anugerahkanlah ‎keselamatan kepadanya restu Allah, mudah-mudahan dikurniakan kepada ‎pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekeliannya.‎

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami di Mahsyar dengan iman dan ‎masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, ‎wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihi.‎

Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ‎melakukan ibadah yang sebaik-baiknya untukMu.‎ Ya Allah, kami mohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan ‎kecukupan.‎

Ya Allah, terimalah daripada kami solat kami sepenuhnya, dan ampunilah ‎dosa kami semuanya. Janganlah Engkau siksa kami biarpun hingga ke hari ‎kiamat nanti. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.‎

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan ibubapa kami, rahmatilah mereka ‎berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kami kecil.‎

Ya Allah, hidupkanlah kami seperti kehidupan para ulamak dan matilah kami ‎seperti kematian para syuhada', dan kumpulkan kami dalam kumpulan para ‎aulia', masukkan kami ke dalam syurga bersama para nabi alaimus solaatu wassalam.‎

Wahai tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah engkau ‎berikan petunjuk kepada kami, berikanlah rahmat dari sisiMu, kerana ‎Engkaulah tuhan Maha Pemberi.‎

Wahai tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam ‎segala urusan kami serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami ‎menghadapi orang-orang kafir.‎

Wahai tuhan kami, ampunkan segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami ‎dan matikan kami bersama orang-orang yang baik.‎

Ya Allah, berikan kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga ‎kebaikan, serta selamatkan kami daripada api neraka.‎

Ya Allah, sudahilah ajal kami ya Allah dengan kesudahan yang baik, dan ‎janganlah Engkau sudahi kami ya Allah dengan kesudahan yang buruk.‎

Dan selawat Allah ke atas junjugan kami Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan ‎para sahabatnya serta salam sejahtera. Maha suci Tuhanmu yang Maha Mulia ‎daripada sebarang kekurangan yang disifatkan oleh mereka (orang kafir), dan ‎salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah tuhan ‎semesta alam.‎

Doa Basuh Kaki Kiri

Doa ketika membasuh kaki kiri dalam berwudhu'. Maksudnya:"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau daripada tergelincirnya kakiku di atas titian sirat almustaqim kedalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafiq".

Doa Basuh Tangan Kanan

Doa ketika membasuh tangan kanan hingga kesiku dalam berwudhu'.
Maksudnya: "Ya Tuhanku, berikanlah sukatan amalku dengan tangan kananku dan hisabkanlah amalku dengan cara yang mudah".

Doa Mula Wudhu'

Doa Ketika Memulakan Wudhu' iaitu dibaca sebelum membasuh tangan.

Maksudnya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Aku berlindung dengan engkau daripada gangguan Syaitan dan aku berlindung dengan engkau daripada kedatangan syaitan itu.

Doa Tidur

Doa sebelum tidur Maksudnya : "Dengan nama Allah Yang Maha Agung aku hidup dan aku mati dan segala puji hanya bagiNya Tuhan sekelian alam".


Doa Ketika Berbalik Dalam Tidur

Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa, Tuhan langit dan bumi serta segala yang berada di antara keduanya, Yang Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.


Doa Ketika Terkejut Dalam Tidur

Maksudnya:
Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku


Doa selepas Bangkit Dari Tidur

Maknanya:"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali".


Doa bila bermimpi indah


Doa bila bermimpi buruk