Showing posts with label KATEGORI AL-QUR'AN. Show all posts
Showing posts with label KATEGORI AL-QUR'AN. Show all posts

Surah al-Ikhlas

Surah yang ke 12 dari surah-surah al-Qur'an. Adalah surah yang kedua paling pendek selepas surah al-Kautsar.

Saktah

SAQTAH : Menurut istilah Ilmu Tajwid saktah bermaksud: Menghentikan bacaan sekejap tanpa menukar nafas dengan kadar masa dua harakat dan menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama.

Sebahagian Ulama’ Qurra’ menjelaskan bahawa saktah adalah sejenis waqaf yang lemah lembut tanpa bertukar nafas. Tujuan bacaan saktah adalah untuk mengasingkan antara dua patah perkataan supaya tidak menimbulkan kesamaran kepada pengertian ayat-ayat tertentu.

Didalam al-Quran Rasm Uthmani terdapat tanda huruf sin kecil ( س ) terletak diatas huruf akhir pada beberapa kalimah untuk menunjukkan berlaku hukum saktah pada kalimah itu.

Saktah juga disebut sebagai Saktah Lathifah (berhenti sejenak), iaitu memutuskan suara (selama dua harakat) di akhir kata dalam satu nafas. Dan ditandai juga disebelah hujung ayat diluar bingkai dengan tanda tertentu.

Saktah Latifah terdapat dalam ayat-ayat berikut:


1. QS. Surah Al-Qiyaamah : Ayat 27. (Wa qiilaman ... raaq)




2. QS. Al-Kahfi : Ayat 1. (Lahuu 'iwajaa ... qayyiman)


3. QS. Al-Muthoffifin : Ayat 14. (Kallaa bal ... raana 'ala)


4. QS. Al-Haaqqah : Ayat 28. (Annii maaliah ... halaka anni)


5. QS. Yaa Sin : Ayat 52. (Min marqadinaa ... hadzaa)

Bacaan saktah berlaku apabila kita membaca satu ayat secara sambung tanpa waqaf, jika bacaan saktah itu berlaku pada ayat yang mempunyai tanda Waqaf Tam seperti من مرقد نا didalam surah Yasin ataupun hukum saktah itu berlaku pada Ra’su Ayat (Kepala Ayat) seperti عوجا didalam surah al-Kahfi dan juga ما ليه هلك didalam surah al-Haqqah, maka harus bagi kita berhenti dan menukar nafas pada tempat-tempat tersebut dan tidak berlaku hukum saktah pada tempat-tempat tersebut. Dan adalah menjadi satu kesalahan jika kita meninggalkan bacaan saktah tanpa alasan yang munasabah pada surah al-Qiyamah: 27 dan pada surah al-Mutaffifin: 14, kerana perbuatan tersebut menyalahi kaedah bacaan yang Mutawatir.

Jumlah Huruf Al-Qur'an

JUMLAH HURUF DALAM AL QUR’AN‎ : iaitu bilangan huruf-huruf dalam al-Qur'an yang dikira berdasarkan satu-satu huruf hija'iayah.

An Nasafi dalam kitab Majmu al Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam Ibn ‘Arabi ‎dalam mukaddimah al-Futuhuat al ‎Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur’an diurut ‎sesuai dengan banyaknya:‎
‎ ‎
Alif ‎ ‎: 48740 huruf, ‎
Lam ‎ ‎: 33922 huruf, ‎
Mim ‎ ‎: 28922 huruf, ‎
Ha’ ‎ ‎: 26925 ‎huruf, ‎
Ya’ ‎ ‎: 25717 huruf, ‎
Waw ‎ ‎: 25506 huruf, ‎
Nun ‎ ‎: 17000 huruf, ‎
Lam alif ‎ ‎: 14707 huruf, ‎
Ba’ ‎ ‎: ‎‎11420 huruf, ‎
Tsa’ ‎ ‎: 10480 huruf, ‎
Fa’ ‎ ‎: 9813 huruf, ‎
‎‘Ain ‎ ‎: 9470 huruf, ‎
Qaf ‎ ‎: 8099 huruf, ‎
Kaf ‎ ‎: 8022 ‎huruf, ‎
Dal ‎ ‎: 5998 huruf, ‎
Sin ‎ ‎: 5799 huruf, ‎
Dzal ‎ ‎: 4934 huruf, ‎
Ha ‎ ‎: 4138 huruf, ‎
Jim ‎ ‎: 3322 huruf, ‎
‎Shad ‎ ‎: 2780 huruf, ‎
Ra’ ‎ ‎: 2206 huruf, ‎
Syin ‎ ‎: 2115 huruf, ‎
Dhadl ‎ ‎: 1822 huruf, ‎
Zai ‎ ‎: 1680 huruf, ‎
Kha’ ‎ ‎: ‎‎1503 huruf, ‎
Ta’ ‎ ‎: 1404 huruf, ‎
Ghain ‎ ‎: 1229 huruf, ‎
Tha’ ‎ ‎: 1204 huruf ‎
Dza’ ‎ ‎: 842 huruf. ‎

‎Jumlah total semua huruf dalam al-Qur’an sebanyak 1,027,000 (satu juta dua puluh tujuh ribu). ‎Jumlah total ini sudah termasuk ‎jumlah huruf ayat yang di-nasakh.

Al-Quran mempunyai 604 mukasurat. Ini bermakna setiap muka surat hurufnya berjumlah sekitar 1700 huruf. Jika Allah memberi pahala untuk satu huruf bermakna setiap pembaca al-Qur'an yang menbaca 1 juzuk sehari (1700 X 20 ms ) sebanyak 34000 X 10 = 340,000 pahala. ‎

Surah Al-Baqarah

Surah Al-Baqarah 2. : Surah ini ialah surah yang paling panjang sekali di antara surah-surah al-Qur’an, mengandungi 286 ayat dan meliputi Juz Pertama, Juz Kedua dan tiga perlapan dari Juz Ketiga.

Surah ini diturunkan di Madinah sebaik-baik sahaja Nabi (s.a.w) berhijrah ke Madinah dan orang orang Islam terbentuk sebagai satu umat dalam sebuah negara merdeka – Negara Islam, yang berpenduduk bukan sahaja dari orang-orang Islam tetapi juga sebahagian kecil di antaranya ialah orang-orang Yahudi dan lain-lainnya.

Bagi memenuhi hajat umat Islam yang baharu terbentuk itu, yang memerlukan hukum-hukum syara’ untuk mengatur hidupnya supaya selamat sempurna, dan memandu usaha mengembangkan Islam, maka turunlah ayat-ayat suci yang terkandung di dalam surah al-Baqarah ini dari semasa ke semasa, menurut peristiwa yang berlaku, memenuhi maksud-maksud dan tujuan tersebut.

Kandungan surah al-Baqarah ini pada umumnya terbahagi kepada dua bahagian. Dalam bahagian pertama, kecuali beberapa ayat pada permulaan surah ini yang menegaskan kebenaran al-Qur’an, dan menerangkan sifat-sifat orang yeng beriman, orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan menyeru umat manusia seluruhnya supaya menyembah Allah Yang Maha Esa dan jangan mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain, serta ditarangkan tentang kejadian manusia, alam langit dan bumi, tengtang balasan baik (ni’mat suyurga) dan balasan azab (azab neraka), juga tentang perihal Nabi Adam (a.s) serta keingkaran Iblis; mulai dari ayat 39, firman Allah Ta’ala ditujukan kepada kaum musyrik Arab dan kaum Yahudi supaya mereka memeluk Islam, dengan beriman kepada Kita Allah Al-Qur’an dan kepada RasulNya Nabi Muhammad (s.a.w).

Dalam bahagian yang kedua pula diterangkan secara luas tentang hukum-hukum syara’ bagi mengatur kehidupan umat Islam yang meliputi “ibadat” (solat, zakat, puasa, haji dan jenis-jenis kebajikan); “Muamalat”: (berjual beli, hutang piutang, wasiat, menjadi saksi dan sebagainya); “Munakahat”; (nikah kahwin, talak dan segala yang berhubung dengannya); “Jinayat”: (jenayah) serta soal-soal umum.

Dalam Sahih Muslim ada satu hadits yang maksudnya: “Bacalah kamu surah al-Baqarah kerana sesungguhnya menerima ajarannya mendatangka berkat (kebaikan yang banyak), dan membiarkannya (tidak membaca dan tidak mengamalkannya) menyebabkan timbul perasaan sesal dan kecewa; dan orang-orang yang melibatkan diri dalam keadaan yang batil (yang salah) tidak akan dapat menggunakan ajarannya”.

Surah Al-'Alaq

Surat Al 'Alaq: terdiri dari 19 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Ayat 1 ‎sampai dengan 5 dari surah ini adalah ayat-ayat Al-Quran yang pertama sekali ‎diturunkan, iaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira'. Surah ini ‎dinamakan Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan ‘Alaq yang terdapat pada ‎ayat 2 surah ini. Surah ini dinamai juga dengan Iqra atau Al-Qalam. ‎

Pokok-pokok isinya:‎
Perintah membaca Al-Quran; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan ‎qalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas ‎kerana merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang ‎menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya.‎


Contoh permulaan ayatnya: