Showing posts with label KATEGORI IBADAH. Show all posts
Showing posts with label KATEGORI IBADAH. Show all posts

Wudhuk Sempurna

WUDHUK SEMPURNA : iaitu mengambil wudhuk dengan rukun dan sunat yang dilakukan secara sempurna syarat dan tertibnya.

Bila ingin berwudhuk lebih sempurna, yakni sempurna lahiriah dan sempurna pula ‎dalam ganjaran, maka kerjakanlah tabahan-tambahannya dengan cara sebagai ‎berikut:‎

SYARAT-SYARAT

‎1. Mulailah dengan mengucapkan Basmalah dan doa.‎

‎2. Berusaha menghadaplah ke arah kiblat

‎3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti ‎menimba, dan sebagainya.‎

‎4. Bersihkan semua anggota wudhuk daripada segala kotoran dan najis. ‎Pastikan anggota wudhuk bebas daripada perkara yang menghalang air dari ‎sampai kepada kulit.‎

‎5. Mulailah dengan anggota wudhuk yang sebelah kanan.‎

‎6. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X).‎

‎7. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'‎

CARA BERWUDHUK



Berdoalah sebelum memulakan wudhuk.


Maksudnya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Aku berlindung dengan engkau daripada gangguan Syaitan dan aku berlindung dengan engkau daripada kedatangan syaitan itu.

‎1. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang ‎bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan ‎tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.‎

‎2. Baca doa semasa membasuh tangan.

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepadamu kebahagiaan dan keberkatan dan aku berlindung denganMu daripada kecelakaan dan kebinasaan".

‎3. Berkumur-kumur. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau ‎mulut yang kurang sedap. Samada menggunakan kayu sugi, berus gigi atau ‎sekurang-kurangnya dengan jari.‎ Sambil berdoa;


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, tolonglah aku untuk membaca kitabMu dan memperbanyakkan zikir padaMu. Dan tetapkan aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat.

‎4. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq). ‎Sambil berdoa;


(Allahumma aujidlii ra'ihatal jannati wa anta 'anni raadhin)

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah bagiku bau-bauan syurga dan Engkau meredhaiku".

Doa ketika mengeluarkan air dari hidung ketika berwudhu'.

Maksudnya:"Aku berlindung dengan Engkau daripada bau-bauan neraka dan daripada buruknya tempat tinggal di sana".

‎5. Mulakan dengan membasuh muka sambil berniat mengambil wudhuk, atau ‎mengangkat hadas. Basuh muka dengan meratakan air keseluruh muka yang ‎kelihatan, bermula dari gigi anak rambut hingga bawah dagu.Sebaik-baiknya gunakan kedua-dua telapak tangan Sambil berniat;
‎

‎(Nawaitul wudu’a liraf’il hadasil asgari farda lillahi ta’ala.) ‎

Ertinya: “Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil fardu/wajib kerana Allah ‎Taala.”‎
Doa ketika membasuh muka selepas berniat;


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku serikanlah mukaku dengan nurMu pada hari di mana segala muka wali engkau putih berseri. Janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari di mana segala muka-muka musuhmu akan menjadi hitam".

‎6. Basuh kedua tangan hingga melepasi siku sambil berdoa, dimulakan yang kanan; Doa ketika membasuh tangan kanan hingga kesiku dalam berwudhu'.


Maksudnya: "Ya Tuhanku, berikanlah sukatan amalku dengan tangan kananku dan hisabkanlah amalku dengan cara yang mudah".

Doa ketika membasuh tangan kiri


(Allahumma inni a'udzubika an tu'tinii kitaabi bisyimaalii au min waraa'i zahri)

Maksudnya: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada engkau memberikan surat amalku dari tangan kiriku atau dari sebelah belakangku.

‎7. Basuh kepala (rambut). Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ‎ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke ‎belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali) dengan menyapu ekor cicak dengan ibu jari kedua-dua belah tangan serentak. Sebaik-baik cara adalah dengan menggunakan kedua-dua telapak tangan sambil berdoanya sebagaimana berikut;‎

(Allahumma Harrim sya'ri wa basyyirii minan naar)

Ertinya: "Ya Allah, harmkanlah rambutku dan kulitku daripada kepanasan api neraka".

‎8. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk kedalam 2 lubang pada setiap ‎telinga, ibu jari diletak dibelakang telinga untuk menyapu keseluruhan belakang ‎telinga. Sambil itu bacalah doa;‎



(Allahummaj 'alnii minal ladziina yastami'uunal qaula fayattabi'uuna ahsanahu)

Ertinya:"Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku ini sebagai orang-orang yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya".

‎9. Basuh kedua kaki hingga melepasi buku lali. Gosoklah celah-celah jari agar ‎semua tempat diratai dengan air.‎ Sambil membaca doa berikut;


(Allahumma innii a'udzubika 'an tazilla qadamii 'alas siraati mustaqiimi ma'a aqdaami ibadikal munafiqiin )

Ertinya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau daripada tergelincirnya kakiku di atas titian siratal mustaqim kedalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafiq".

‎10. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan ‎membaca:‎


‎(Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lahu wa asyhadu anna ‎muhammadan ‘abduhu warasuluhu. Allahummaj’alni minat tawwabina, waj’alni ‎minal mutatahhirina waj’alni min ‘ibadikas-salihina).‎

Ertinya: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang ‎menyekutukan bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa nabi Muhammad adalah ‎hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan orang yang ‎bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang-orang yang disucikan dan ‎jadikanlah aku dari kalangan hambaMu yang soleh.”.‎

‎11. Lakukanlah Solat Sunnat Wudhu' dua raka'at.‎


HIKMAH WUDHU’‎

Dengan wudhuk yang sempurna akan membawa kekhusyukan dalam solat seseorang dan menghindarinya daripada gangguan syaitan.

Wudhuk sempurna juga dapat mengelak daripada mudah terbatal wudhuk apabila disentuh dari belakang oleh wanita muslimah yang halal dinikahi. Ini bermakna bagi jemaah haji yang mengerjakan ibadah haji di makkah amat dituntut untuk melakukan wudhuk yang sempurna terutama ketika menunaikan solat dan melakukan tawaf.

Wudhuk yang sempurna akan menggugurkan dosa-dosa kecil, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang berwudhuk dan ‎dalam melakukan wudhuknya itu dia berserah semata-mata hanya kepada Allah, lalu dia ‎pula mematuhi segala rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah segala ‎dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta sekalipun dosa yang ada tersangkut pada celah ‎kukunya pun akan mengalir jatuh bersama air wudhuk itu.” (HR Muslim dan An-Nasai) ‎

Tidak dinafikan cabaran bagi kita untuk bangun pagi dan berwudhuk bagi menunaikan ‎solat Subuh kerana lebih enak meneruskan tidur tetapi Nabi Muhammad saw bersabda ‎yang bermaksud, “Barang siapa yang berwudhuk dengan cara sempurna di awal pagi yang ‎dingin maka pahala baginya dua kali ganda.” (HR At-Tabrani)‎

Hadis sahih juga menerangkan bahawa kebiasaan mengambil wudhuk pada tiap hari lima ‎kali (kerana keperluan untuk solat lima waktu untuk sehari semalam) mempunyai ‎manfaat yang baik dari segi kesihatan.‎

Berwudhuk secara tidak langsung membantu kita membersihkan seluruh anggota ‎terpenting seperti muka, kedua tangan, pertengahan kepala, kedua telinga serta kedua ‎kaki daripada segala kekotoran yang tidak disangkakan.‎

Lantaran itu, daripada penglihatan fizikalnya, orang yang rajin serta tekun menunaikan ‎solat secara tetap dan berkekalan akan kelihatan bersih berseri wajah, anggota tangan dan ‎kakinya. Ini bertepatan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud, “Sesungguhnya ‎perumpamaan bagi mereka yang sering kali berwuduk dan menunaikan solat itu ialah ‎seperti seseorang yang mandi lima kali sehari di sebatang anak sungai, maka sudah ‎barang tentu badannya akan bersih dan suci sepanjang waktu.”‎

Diriwayatkan daripada Saidina Umar al-Khattab, aku pernah mendengar Nabi ‎Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa di antara kamu yang ‎berwudhuk lalu selepas memperlengkapkan wudhuknya dia mengucap dua kalimah ‎syahadah pula, maka di akhirat nanti akan dibukakan lapan pintu syurga lalu malaikat ‎akan mengiringnya masuk daripada mana-mana saja pintu yang dikehendakinya.”‎

Saidina Abu Bakar seorang khalifah Islam yang terbilang pernah ditanya seseorang ‎mengenai perbuatannya mengambil wudhuk pada saat akan menunggangi unta, lalu ‎Saidina Abu Bakar menjawab, “Dengan berwudhuk ketika akan melakukan perjalanan, ‎dengan izin Allah swt kita akan terhindar daripada sebarang musibah dan kemalangan.” ‎Banyak riwayat serta hadis yang menerangkan betapa besarnya fadilat dan keberkatan ‎wudhuk, sehingga kita perlu mengakui pentingnya mengekalkan wudhuk dan tidak hanya ‎menjadikannya kewajipan untuk menunaikan solat.‎

Tawaf


Tawaf : Iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan. Setiap pusingan bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir di penjuru yang sama. Tawaf merupakan pekerjaan yang dilakukan hanya di dalam Masjidil Haram, iaitu sebagai tawaf haji atau tawaf umrah.


Syarat sah tawaf:




  1. Suci daripada hadas.


  2. Suci daripada najis pada badan dan pakaian.


  3. Menutup aurat.


  4. Bermula dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penjuru Kaabah itu. Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Kaabah yang tidak bersetentang dengannya, maka pusingan itu tidak dikira hingga dia sampai pada sudut Hajar Aswad untuk dikira permulaan tawaf.


  5. Mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan.


  6. Dilakukan di dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian Kaabah iaitu di luar Hijir Ismail dan Syazarwan.


  7. Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.

Perkara Sunat Dalam Tawaf.


Berikut adalah perkara yang sunat dilakukan semasa bertawaf:



  1. Bertawaf dengan berjalan kaki.

  2. Memendekkan langkah.

  3. Berjalan cepat dengan berlari anak.

  4. Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Allahu Akbar".

  5. Beristilam dengan tangan kanan.

  6. Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya.

  7. Beristilam di rukun Yamani.

  8. Berittibak.

  9. Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim.

  10. Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam).

  11. Berdoa dengan doa-doa tertentu.

Jenis Tawaf



  1. Tawaf Qudum ( ) - tawaf "selamat datang" yang dilakukan ketika baru sampai di Mekah.

  2. Tawaf Ifadhah ( ) - tawaf yang menjadi rukum haji dan dilakukan bagi mereka yang telah pulang dari Wukuf di Arafah. Juga dinamakan bagi tawaf rukun umrah.

  3. Tawaf Sunat ( ) - tawaf yang dilakukan semata-mata mencari ridha Allah pada bila-bila masa.

  4. Tawaf Tahiyyat ( ) - tawaf sunat yang lazim dilakukan sebaik sahaja memasuki Masjidl Haram.

  5. Tawaf Nazar ( ) - melakukan tawaf untuk memenuhi nazarnya.

  6. Tawaf Wada' ( ) - tawaf "selamat tinggal" yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Makkah sebagai menghormati dan memuliakan Baitullah.


Perkara Membatalkan Tawaf



  1. Batal Wudhuk.

  2. Berubah niat kepada perkara lain.

  3. Bahu kiri berpaling dari arah kiblat.

  4. Terbuka aurat.

  5. Bersentuh kaabah.

  6. Tawaf dalam kawasan Hijir Ismail.





Doa

DOA : Dalam Al-Quran banyak sekali kata-kata do'a dalam pengertian yang bebeza. Abû Al-‎Qasim Al-Naqsabandî dalam kitab syarah Al-Asmâ'u al-Husnâ menjelaskan beberapa ‎pengertian dari kata doa.‎
‎ ‎
Pertama : Do'a dalam pengertian "Ibadah." Seperti dalam Al-Quran surah Yûnûs ayat 106.‎
‎ ‎


Ertinya: "Dan janganlah kamu beribadah, kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu ‎yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada engkau dan tidak pula mendatangkan ‎madarat kepada engkau." ‎

Maksud kata berdo'a di atas adalah ber-"ibadah" (menyembah). Iaitu jangan menyembah ‎selain daripada Allah, yakni sesuatu yang tidak memberikan manfaat dan tidak pula ‎mendatangkan madarat kepadamu. ‎

Kedua: Doa dalam pengertian "Istighatsah" (memohon bantuan dan pertolongan). Seperti ‎dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 23 dibawah ini.‎
‎ ‎


Ertinya: "Dan berdo'alah kamu (mintalah bantuan) kepada orang-orang yang dapat ‎membantumu."‎
‎ ‎
Maksud kata ber-"doa" (wad'u) dalam ayat ini, adalah "Istighatsah" (meminta bantuan, ‎atau pertolongan). Iaitu mintalah bantuan atau pertolongan dari orang-orang yang ‎mungkin dapat membantu dan memberikan pertolongan kepada kamu.‎
‎ ‎
Ketiga: Doa dalam pengertian "permintaan" atau "permohonan." Seperti dalam Al-Quran ‎surah Al-Mu'minûn ayat 60 dibawah ini.‎
‎ ‎


Ertinya: "Mohonlah (mintalah) kamu kepada-Ku, pasti Aku perkenankan (permintaan) ‎kamu itu." ‎

Maksud kata "Doa" (ud'ûnî) dalam ayat ini adalah, "memohon" atau "meminta." Iaitu, ‎mohonlah (mintalah) kepada Aku (Allah) nisscaya Aku (Allah) akan perkenankan ‎permohonan (permintaan) kamu itu. ‎



Keempat: Doa dalam pengertian "percakapan". Seperti dalam Al-Quran surah Yûnûs ayat ‎‎10 .‎

‎ ‎

Ertinya: "Doa (percakapan) mereka di dalamnya (surga), adalah Subhânakallâhumma ‎‎(Mahasuci Engkau wahai Tuhan)." ‎

Kelima: Doa dalam pengertian "memanggil." Seperti firman Allah dalam Al-Quran ‎dibawah ini. ‎



Ertinya: "Pada hari, dimana la mendoa (memanggil) kamu."‎
‎ ‎
Maksud kata "doa" (yad'û) dalam ayat ini adalah "memanggil." Iaitu, pada suatu hari, ‎dimana la (Tuhan) menyeru (memanggil) kamu. ‎

Keenam: Doa dalam pengertian "memuji." Seperti dalam Al-Quran surah Al-Isrâ' ayat ‎‎110 dibawah ini.‎
‎ ‎


Ertinya: "Katakanlah olehmu hai Muhammad: berdoalah (pujilah) akan Allah atau ‎berdoalah (pujilah), akan Ar-Rahmân (Maha penyayang)."‎
‎ ‎
Maksud kata "doa " (qulid'û) dalam ayat ini adalah "memuji". Iaitu, pujilah olehmu ‎Muhammad akan Allah atau pujilah olehmu Muhammad akan Al-Rahmân.‎
‎ ‎
Maka atas dasar uraian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa "doa" adalah ucapan ‎permohonan dan pujian kepada Allah SWT. dengan cara-cara tertentu disertai ‎kerendahan hati untuk mendapatkan kemaslahatan dan kebaikan yang ada disisi-Nya. ‎Atau dengan istilah Al-Tîbî seperti dikutip Hasbi Al-Shidiq "do'a" adalah "Melahirkan ‎kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan kehajatan (kebutuhan) dan ketundukan ‎kepada Allah Swt."‎

HUKUM DAN DALIL ‎

Berdoa merupakan suatu ibadah, bahkan menjadi otaknya ibadah. Kenapa doa menjadi ‎otaknya ibadah? Kerana, dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan ‎manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat ‎meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam ‎kekurangan.‎
‎ ‎
Kerana suatu ibadah, maka berdoa sangatlah dianjurkan (diperintahkan) oleh agama, ‎walaupun doa tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat, seperti halnya ibadah ‎solat, zakat, dan puasa.‎
‎ ‎
Banyak firman Allah SWT. dan hadits Rasulullah SAW. yang menerangkan tentang doa ‎dan merintahkan orang-orang beriman agar berdoa di antaranya adalah sebagai berikut:‎
‎ ‎
Dalil dari Al-Quran ‎

Surat Al-A'râf ayat 55-56 ‎


‎ ‎
Ertinya: "Mohonlah (berdoalah) kamu kepada Tuhanmu dengan cara merendahkan diri ‎dan cara halus, bahawasannya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui ‎batas; dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi (masyarakat) setelah ia baik; ‎dan mohonlah (berdoalah) kamu kepada Allah dengan rasa takut dan haloba (sangat ‎mengharap); bahawasannya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang-orang, yang ‎ihsan (Iman kepada Allah dan berbuat kebajikan)."‎
‎ ‎
Surah Al-Baqarah ayat 186‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau tentang Aku, maka ‎sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang ‎yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka ‎memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan ‎mereka mendapat petunjuk." ‎

Surah Al-Mu'min, ayat 60‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Dan berfirman Tuhanmu "Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti ‎perkenankan permohonan (doa) mu itu."‎
‎ ‎
Surah Al-A'râf, ayat 180:‎
‎ ‎

‎
Ertinya: "Dan Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah (Al-Asmâ'u al-Husnâ), ‎maka memohonlah kamu kepada-Nya dengan (menyebut) nama-nama itu."‎
‎ ‎
Surah Al-Isrâ', ayat 110‎


‎ ‎
Ertinya: "Katakanlah olehmu hai Muhammad: berdoalah (pujilah) akan Allah atau ‎berdoalah (pujilah), akan Ar-Rahmân (Maha penyayang)."‎
‎ ‎
Surah Yûnûs, ayat 10‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Doa (percakapan) mereka di dalamnya (surga), adalah Allâhumma (Mahasuci ‎Engkau wahai Tuhan)." ‎
‎
Dalil dari Hadits ‎

Diriwayatkan dari Abû Dâud dan Al-Turmudzî
‎ ‎

‎
Ertinya: "Doa itu adalah lbadah‎
‎. ‎
Diriwayatkan dari Al-Turmudzî yang ertinya sebagai berikut:
‎"Barangsiapa dibukakan pintu doa untuknya, bererti telah dibukakan pula untuknya ‎segala pintu rahmat. Dan tidak dimohonkan kepada Allah, yang lebih disukai-Nya selain ‎daripada dimohonkan 'afiyah. Doa itu memberi manfaat terhadap apa yang telah ‎diturunkan dan apa yang belum diturunkan. Dan tak ada yang dapat menangkis ketetapan ‎Tuhan, kecuali Doa. Sebab itu berdoa kamu sekalian." (HR. Al-Turmudzî).‎

Diriwayatkan dari Al-Turmudzî
‎ ‎

‎
Ertinya: "Tiap Muslim di muka bumi yang memohonkan suatu permohonan kepada Allah, ‎pastilah permohonannya itu dikabulkan Allah, atau dijauhkan Allah daripadanya sesuatu ‎kejahatan, selama ia mendoakan sesuatu yang tidak membawa kepada dosa atau ‎memutuskan kasih sayang." (HR Al-Thurmudzî).‎


FADHILAT DAN FAEDAH BERDOA



‎ ‎
Ertinya: "Tidak ada sesuatu yang paling mulia dalam pandangan Allah, selain daripada ‎‎"berdoa" kepada-Nya, sedangkan (walaupun) kita dalam keadaan lapang." (HR. Al-‎Hâkim),‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Doa itu senjata orang yang beriman, tiang tonggak agama, sinar cahaya langit ‎dan bumi."‎
‎ ‎
Al-Ghazali berkata bahawa faedah doa itu walaupun tidak dapat menolak qadha’ Tuhan, ‎adalah melahirkan khudhû' dan hajat kepada Allah. Selain itu berdoa juga dapat menjadi ‎sebab tertolaknya bencana, sebagai perisai, menjadi sebab untuk menangkis senjata dan ‎sebagai air menjadi sebab keluarnya tumbuh-tumbuhan dari bumi.‎
‎ ‎
Adapun faedah (manfaat) bagi orang-orang yang berdoa adalah sebagai berikut‎
‎ ‎
‎1.‎ Menghadapkan muka kepada Allah dengan tabarru'. ‎
‎2.‎ Mengajukan permohonan kepada Allah yang memiliki perbendaharaan yang tidak ‎akan habis-habisnya ‎
‎3.‎ Memperoleh naungan rahmat Allah. ‎
‎4.‎ Menunaikan kewajiban ta'at dan menjauhkan maksiat. ‎
‎5.‎ Membendaharakan sesuatu yang diperlukan untuk masa susah dan sempit. ‎
‎6.‎ Memperoleh kesukaan Allah. ‎
‎7.‎ Memperoleh hasil yang pasti. Kerana tiap-tiap doa itu dipelihara dengan baik di ‎sisi Allah. Maka adakalanya permohonan itu dipenuhi dengan cepat dan ‎adakalanya dibendaharakan untuk hari akhir. ‎
‎8.‎ Melindungi diri dari bala bencana. ‎
‎9.‎ Menolak bencana atau meringankan tekanannya. ‎
‎10.‎ Menjadi perisai guna menolak bala. ‎
‎11.‎ Menolak tipu daya musuh, menghilangkan kegundahan dan ‎
‎12.‎ Menghasilkan hajat serta memudahkan kesukaran. ‎
‎
Nabi Saw. bersabda:‎
‎ ‎

‎ ‎
Ertinya: "Tuhanlah yang melepaskan kamu dari bencana-bencana yang disebabkan oleh ‎musuh-musuhmu dan Dia pulalah yang mencurahkan rezeki kepada kamu sekalian." ‎‎(HR. Abû Ya'lâ).‎

WAKTU DAN TEMPAT BERDOA

Ibnu 'Atha' menjelaskan doa itu mempunyai beberapa rukun (sendi) yang menyebabkan ‎teguh dan kuat berdirinya, mempunyai beberapa sayap yang menyebabkan ia naik ke ‎langit tinggi, mempunyai beberapa sebab yang menyebabkan diterimanya. Maka apabila ‎doa-doa itu dilekatkan di atas rukun-rukun (sendi-sendinya), maka kukuh dan tegaklah ‎berdirinya doa itu. Jika ia mempunyai sayap, maka terbanglah ia ke langit menuju ‎tujuannya dan jika ada sebabnya, maka diterimalah doa itu." ‎

Menurut Ibnu 'Atha', rukun-rukun doa itu, ialah: kehadiran hati bila berdoa, serta tunduk ‎menghinakan diri kepada Allah. ‎

Sayap-sayapnya, ialah: berdoa dengan sepenuh kemahuan dan keikhlasan yang timbul ‎dari lubuk jiwa dan bertepatan dengan waktunya. Sebab utama doa diterima ialah ‎berselawat kepada Nabi sebelum berdoa. ‎

Waktu-waktu untuk berdoa, ialah: ‎
‎1.‎ Pada bulan Ramadhan, terutama pada malam Lailatul Qadar. ‎
‎2.‎ Pada waktu wukuf di 'Arafah, ketika menunaikan ibadah haji. ‎
‎3.‎ Ketika turun hujan. ‎
‎4.‎ Ketika akan memulai solat dan sesudahnya. ‎
‎5.‎ Ketika menghadapi barisan musuh dalam medan peperangan. ‎
‎6.‎ Di tengah malam. ‎
‎7.‎ Di antara azan dan iqamat. ‎
‎8.‎ Ketika I'tidal yang akhir dalam solat. ‎
‎9.‎ Ketika sujud dalam solat. ‎
‎10.‎ Ketika khatam (tamat) membaca Al-Quran 30 Juz. ‎
‎11.‎ Sepanjang malam, utama sekali sepertiga yang akhir dan waktu sahur. ‎
‎12.‎ Sepanjang hari Jumaat, kerana mengharap berjumpa dengan saat ijabah (saat ‎diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari ‎pada hari Jumaat itu. ‎
‎13.‎ Antafa Zohor dengan 'Asar dan antara 'Asar dengan Maghrib. ‎
‎14.‎ Pada waktu pengajian (belajar) di suatu majlis. ‎
‎15.‎ Pada waktu minum air zam-zam. ‎

Nabi Saw. bersabda: ‎
‎

‎ ‎
Ertinya: "Tuhan turun ke langit dunia, ketika malam telah tinggal sepertiga yang akhir. ‎Maka berkatalah Tuhan: Siapa-siapa yang mendoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan ‎doanya. Siapa yang minta ampun kepada-Ku, maka Aku ampuni dia." (HR. Bukhârî dan ‎Muslim). ‎
‎

‎ ‎
Ertinya: "Pada waktu malam, sesungguhnya ada suatu saat, dimana jika seseorang ‎Muslim memohon kepada Allah suatu kebajikan dunia dan akhirat ketika itu, nescaya ‎Allah mengabulkannya." (HR. Muslim). ‎
‎

‎ ‎
Ertinya: "Mendoalah di saat doa itu diperkenankan Tuhan; iaatu: di saat berjumpa ‎pasukan-pasukan tentara (bertempur), ketika hendak mendirikan solat dan ketika turun ‎hujan." (HR. Al-Syâfi'i).‎
‎


Ertinya: "Tidak ditolak suatu doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat. (HR. Al-‎Turmudzî). ‎
‎

‎ ‎
Ertinya: "Inginkah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyelamatkan kalian dari ‎musuh-musuh dan memudahkan rezeki bagi kalian? Maka berdoalah kalian kepada Allah ‎diwaktu malam dan diwaktu siang. Kerana sesunggunya doa itu adalah senjata orang ‎mukmin." (HR. Abû Ya'lâ). ‎
‎

‎ ‎
Ertinya: "Ditanyakan orang kepada Rasulullah Saw. Wahai Rasulullah, manakah doa ‎yang paling didengar Allah."? Rasulullah menjawab: "Doa d itengah malam dan doa ‎setelah solat wajib." (HR. Al-Turmudzî)‎.‎

‎ ‎
Ertinya: "Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ‎ketika sujud. Maka perbanyaklah doa (ketika itu)." (HR. Muslim).‎
‎ ‎
‎
‎ ‎
Ertinya: "Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka berdoalah kepada-Nya dengan ‎menyebut nama-nama tersebut. Dan tinggalkanlah (cara-cara) orang-orang yang ‎menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan ‎mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan." (Al-A'râf: 180)‎
‎ ‎
TEMPAT YANG BAIK UNTUK BERDOA
‎ ‎
‎1.‎ Di kala melihat Ka'bah. ‎
‎2.‎ Di kala melihat masjid Rasulullah Nabi di Madinah. ‎
‎3.‎ Di tempat dan di kala melakukan Tawaf. ‎
‎4.‎ Di sisi Multazam. ‎
‎5.‎ Di dalam Ka'bah. ‎
‎6.‎ Di sisi telaga Zamzam. ‎
‎7.‎ Di belakang Maqam Ibrahim. ‎
‎8.‎ Di atas bukit Sofa dan Marwah. ‎
‎9.‎ Di 'Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan di sisi mana-mana Jamrah. ‎

Di tempat-tempat yang mulia lainnya, seperti di Masjid dan tempat-tempat peribadatan ‎lainnya.‎

Solat Syiddatul Khauf

SOLAT SYIDDATUL KHAUF : Iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Apabila datang ketika sangat ketakutan dan tidak mungkin dapat membahagi pasukan muslimin kerana banyaknya musuh, atau yang seumpamanya dan berkecamuknya peperangan, jadi seandainya sedang naik kenderaan tidak dapat turun, dan seandainya sedang berjalan kaki tidak dapat berbelok, maka para muslimin boleh melakukan solat dengan berjalan kaki ataupun naik kendaraan, menghadap kiblat ataupun tidak, sambil berlari, merangkak atau meniarap. Allah Ta’ala berfirman:

“]ika kamu sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)

Ibnu ‘Umar r.a. berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian juga erti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafi', iaitu hamba merdeka dari lbnu ‘Umar r.a. Nafi' mengatakan: “Aku mengi’tikadkan bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan yang demikian itu dari Nabi Muhammad (S.A.W.)”.

Al-Mawardi mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu diriwayatkan oleh Imam Syafi’i dengan sanad dari Nabi Muhammad (S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan: Para muslimin solat sedapat-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dari waktunya. Para muslimin yang menjalani solat menurut cara ini tidak wajib mengulangi solatnya.

Solat Istisqa’

Solat istisqa’: atau solat minta hujan. Iaitu solat yang disyari’atkan ketika hujan tidak turun atau mata air kekeringan. Ia disunatkan ketika berlaku sebabnya. Tuntutan melakukannya akan luput apabila sebab tersebut hilang seperti turunnya hujan atau mata air mula mengalir.

Cara melaksanakannya.
1. Tiga hari sebelum melaksanakan solat istisqa’ imam atau ulama’ atau pemerintah memerintahkan kepada kaumnya agar berpuasa dahulu selama 4 hari dan menganjurkan juga agar mereka melakukan amal baik, seperti sedekah, taubat dari segala dosa, mengusahakan perdamaian antara orang-orang yang bermusuh dan melepaskan diri dari kezaliman.

2. Pada hari yang keempat puasa keluar beramai-ramai dengan memakai pakaian yang lusuh ke padang yang kering kontang dengan penuh khusyuk dan tawaddhuk merendah diri kepada Allah s.w.t. dan melakukan solat dua rakaat berjamaah. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya : ”Rasulullah s.a.w. telah keluar dalam keadaan tawaddhuk, menghina diri kepada Allah, khusyuk dan merendah diri. Kemudian baginda solat dua rakaat sebagaimana solat pada hari raya”.



Maknanya: Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat mengikut Imam kerana Allah taala”.

3. Setelah selesai solat Imam hendaklah berkhutbah dengan dua khutbah seperti khutbah hariraya, kecuali kedua-duanya hendaklah dimulai dengan istighfar 9 kali pada khutbah pertama dan 7 kali pada khutbah kedua sebagai ganti kepada takbir. Kerana firman Allah s.w.t.: Nuh 10-11.


10. "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. 11. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

Lafaz istighfar:

Apabila khutbah kedua bermula dan berlalu satu pertiga daripada khutbahnya, khatib hendaklah berpaling ke belakang dan menghadap kiblat dan menukarkan kedudukan kain selendangnya dari kanan ke kiri, sebagaimana hadits riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah, katanya:

"Rasulullah s.a.w. telah keluar pada hari meminta hujan, lalu baginda solat bersama-sama dengan kami dua rakaat tanpa azan dan iqamah. Kemudian baginda berkhutbah kepada kami dan berdoa kepada Allah serta mengubah wajahnya (berpaling) ke arah kiblat dalam keadaan mengangkat kedua tangannya. Kemudian baginda menukar kedudukan kain dengan dijadikan bahagian kanan ke bahagian kiri dan bahagian kiri ke bahagian kanan”.

Khatib disunatkan membaca doa dengan nyaring dan orang ramai juga disunatkan mengikuti khatib berdoa sebagaimana dilakukan oleh khatib dan disunatkan banyak beristighfar, bertaubat dan tunduk menghina diri kepada Allah s.w.t.

Di sunatkan juga membawa kanak-kanak kecil, orang-orang tua, binatang-binatang ternakan ke tempat solat kerana musibah yang berlaku adalah menimpa mereka semua.

Doa Solat Istisqa’
Setelah selesai solat dan khutbah maka berdoalah dengan doa berikut:

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah ia (air hujan yang akan turun) sebagai rahmat kepada kami. Janganlah Engkau jadikannya sebagai azab, penghapus, bala’, kehancuran dan banjir kepada kami. Ya Allah turunkanlah hujan ke atas bukit-bukit kecil, batu-batu besar, tempat tumbuh pepohon dan diperut-perut lembah. Ya Allah, turunkanlah ia disekitar kami, bukan ke atas kami. Ya Allah siramkanlah kami dengan hujan yang menyelamatkan kami dari kesusahan, yang menyedapkan kami, yang menyubur dan membesarkan (tanaman), juga hujan yang menembusi tanah, yang banyak dan menyeluruh serta berterusan hingga hari akhirat. Ya Allah, siramkanlah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang-orang yang berputus asa. Ya Allah sesungguhnya hamba-hambaMu dan negeri ini sedang menghadapi kesusahan, kelaparan dan kesempitan yang kami tidak mengadu melainkan kepadaMu. Ya Allah, tumbuhkanlah bagi kami tanaman dan perbanyakkanlah bagi kami susu, dan turunkanlah ke atas kami keberkatan-keberkatan langit dan tumbuhkanlah bagi kami daripada keberkatan-keberkatan bumi. Hindarkanlah kami daripada bala yang mana bala itu tidak dapat dihindarkan melainkan olehaMu. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keampunanMu, sesungguhnya Engkau tuhan yang Maha Pengampun, maka kirimkanlah kepada kami langit (yang mengandungi) banyak (air).
(HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, As-Syafi’e dan lain-lain).

Solat Khauf

SOLAT KHAUF : Iaitu Solat dalam keadaan ketakutan disebabkan peperangan dan sebagainya. Solat khauf itu disyari’atkan bagi umat Muhammad hingga hari Qiamat. Setelah ditinggalkan Rasulullah (S.A.W.) para sahabat juga menjalankan solat khauf, kerana adanya sebab yang tetap, maka dapat dilaksanakan sebagaimana solat Qasar. Solat ini boleh berlaku dalam tiga keadaan dengan cara yang berbeza-beza.

Imam Ahmad mengatakan terdapat 6 atau 7 hadis yang memuatkan kaedah ‎melakukan solat khauf ini. Ibnu Qayyim pula mengatakan pada dasarnya ‎terdapat 6 cara, tapi oleh sebhgn ulama’ dibuat lebih banyak lagi.‎

1. MUSUH BERADA BUKAN DI ARAH KIBLAT

Jika demikian imam hendaklah membahagikan pasukannya menjadi dua bahagian, sebahagian berdiri menghadapi musuh dan sebahagian lain berdiri di belakang imam, kemudian imam mengimami bahagian yang ada di belakangnya satu rakaat, kemudian bahagian yang ada di belakang imam itu menyempurnakan solatnya secara mufaraqah dan setelah selesai lalu pergi menggantikan bahagian orang menghadap musuh, dan bahagian yang digantikan mereka itu lalu datang dan bermakmum kepada imam dan imam solat satu rakaat mengimami bahagian yang baru datang itu, sebelum Imam salam lalu bahagian ini menyempurnakan solatnya sendirian sementara Imam menunggu selepas tahiyyatnya untuk salam bersama bahagian yang kedua ini.

Kedudukan masalah ini ialah tatkala musuh berada di selain arah kiblat, sekira-kira kita tidak dapat melihat musuh di dalam solat, dan tidak selamat dari serangan musuh ketika di dalam solat itu, dan bilangan kaum muslimin banyak sekira-kira setiap kelompok muslimin mampu menahan serangan musuh.

Apabila demikian keadaannya, maka satu kelompok muslimin hendaknya menghadapi musuh, dan sekelompok yang lain supaya undur sekira-kira tidak terkena panahan atau tembakan musuh, lalu Imam memulakan solat dengan mengimani kelompok yang tidak berperang itu satu rakaat.

Apabila imam telah berdiri pada rakaat yang kedua, maka kaum muslimin yang bermakmum terlebih dahulu itu keluar dari mengikuti imam dengan niat mufaraqah (berpisah), (jika tidak niat mufaraqah, maka batal solatnya). Kemudian apabila telah memisahkan diri (mufaraqah), maka mereka menyempurnakan solatnya sendirian meghabiskan rakaat yang kedua dan tasyahhud lalu salam dan berangkat menghadapi musuh; dan kelompok muslimin yang menghadapi musuh lalu datang bermakmum kepada imam yang menunggu atau memanjangkan pada rakaat yang kedua. Jika mereka telah sempat menyusul, maka Imam meneruskan solat untuk rakaat yang kedua.

Kemudian apabila imam telah duduk tasyahhud, maka kelompok muslimin yang bermakmum itu bangun berdiri dan menyempurnakan rakaat yang kedua, dan imam menunggu pada tasyahhud. Jika kelompok makmum yang kedua itu telah menyusul tasyahhud, lalu imam salam bersama-sama makmum itu.

Solat dengan kaifiyah yang demikian itu adalah solat yang di­laksanakan oleh Rasulullah (S.A.W.) dalam Perang Dzatir Riqak, sebagai­mana yang diriwayatkan oleh lmam Bukhari dan lmam Muslim dari riwayat Sahal.

Dzatir Riqak adalah suatu tempat di negeri Najd. Perang itu dinama­kan Dzatir Riqak sebab peperangan itu berlangsung di bawah pepohonan yang bernama Dzatir Riqak. Ada yang mengatakan bahawa kerana kaum muslimin membalut tetapak kakinya dengan kain pembalut, kerana telapak kaki mereka berpecah-pecah. Ta’lil yang kedua itulah yang shahih, kerana ta’lil yang kedua itu telah tetap di dalam Hadits sahih.

Dari Soleh bin Khawwat dari Sahl bin Khaitsamah, katanya, “Nabi SAW ‎berbaris dengan satu kelompok lainnya menghadapi musuh. Beliau ‎bersembahyang bersama kelompok pertama itu serakaat dan tetap berdiri. ‎Kelompok itu menyelesaikan sendirinya solatnya lalu pergi menghadapi musuh, ‎lalu datanglah kelompok kedua yang bersembahyang serakaat bersama beliau ‎‎– bagi Nabi saw merupakan rakat kedua- Beliau tetap saja duduk menunggu ‎mereka menyelesaikan solatnya, kemudian beliau memberi salam dengan ‎mereka bersama2.”[diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Ibnu Majah]‎

Dari Ibnu Umar ra katanya, “Rasulullah saw bersembahyang dengan salah satu ‎dari dua kelompok satu rakaat, sedang kelompok lainnya menghadapi musuh. ‎Kemudian kelompok pertama pergi menggantikan kelompok kedua untuk ‎menghadapi musuh, sementara kelompok kedua ini datang bersembahyang ‎dengan Nabi saw serakaat, lalu beliau memberi salam dan kedua kelompok itu ‎masing2 menyelesaikan serakaat lagi.”[Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan ‎Muslim]‎

Dari Ibnu Mas’ud katanya, “Kemudian imam memberi salam dan mereka –yakni ‎kelompok kedua- berdiri dan menyelesaikan serakaat lagi, kemudian memberi ‎salam.”‎

IMAM BERSEMBAHYANG DENGAN KEDUA2 KELOMPOK 2 RAKAAT‎

Dari Jabir ra katanya, “Nabi saw bersembahyang dengan sekelompok ‎sahabatnya dua rakaat, lalu bersembahyang lagi dengan kelompok yang lain ‎dua rakaat, kemudian beliau memberi salam.”[Hadis riwayat Syafi’I dan ‎Nasa’I]‎

Dari Jabir ra katanya, “Nabi saw melakukan solat khauf bersama kami. Beliau ‎bersembahyang dengan sebahagian sahabatnya dua rakaat lalu memberi ‎salam, dan jamaah inipun undur. Lalu sahabat2 lain maju ke muka dan ‎beliaupun bersembahyang dengan mereka dua rakaat lagi kemudian memberi ‎salam. Jadi Nabi saw bersembahyang 4 rakaat, sedang jamaah itu masing-‎masing 2 rakaat.”[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]‎

Dari Jabir ra juga katanya, “Kami ikut bersama Nabi saw dalam peperangan ‎Dzatur Riqa’. Solat dibacakan qamatnya. Beliau bersembahyang dengan satu ‎kelompok dua rakaat, lalu mereka ini undur kebelakang. Kemudian beliau ‎bersembahyang dengan kelompok yang lain 2 rakaat pla. Maka solat Nabi saw ‎adalah 4 rakaat, sedang kedua kelompok masing-masing 2 rakaat.”‎

2. MUSUH BERADA ARAH KIBLAT

Imam hendaklah mengatur para muslimin menjadi dua barisan, imam bertakbiratul-ihram bersama seluruh kaum muslimin, lalu seluruh kaum muslimin ini solat bersama imam hingga pada i’tidal dari rukuk rakaat yang pertama, kemudian ketika imam sujud, maka salah satu barisan muslimin sujud bersama, sama ada barisan yang pertama ataupun yang kedua. Yang demikian itu adalah mazhah yang sahih. Dalam hal ini tidak ditentukan barisan yang manakah yang harus berjaga-jaga.

Kemudian apabila imam dan orang-orang yang sujud bersamanya telah bangun ke rakaat yang kedua, barisan yang satunya lagi sujud dan menyusuli imam. Imam membaca Al-Fatihah bersama-sama kaum muslimin dan rukuk bersama sekaliannya. Apabila imam i’tidal dari rukuk, barisan yang sujud pada rakaat yang pertama menjaga musuh dan barisan yang lainnya pula sujud bersama imam. Apabila barisan yang sujud bersama imam telah mengangkat kepalanya, barisan yang berjaga-jaga lalu sujud.

Yang demikian itu adalah solat Rasulullah (S.A.W.) di tanah ‘Asfan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lain-lainnya, walaupun di dalam riwayat lmam Muslim ada keterangan bahawa barisan yang berdampingan dengan imam itu yang sujud terlebih dahulu dan barisan yang lainnya tetap berdiri menghadapi musuh.

Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan bahawa untuk melaksanakan solat dengan cara seperti itu diperlukan tiga syarat:
1. Musuh harus berada di arah kiblat.
2. Musuh harus berada di atas gunung atau di tanah datar dan tidak ada sesuatu yang menghalangi penglihatan kaum muslimin
3. Jumlah kaum muslimin harus banyak yang dapat dibahagi dua, bahagian yang
satunya sujud dan bahagian yang lain berjaga.

Ketahuilah, seandainya imam mengatur mereka menjadi beberapa saf, hal itu boleh; demikian pula apabila sebahagian dari barisan itu berjaga, juga boleh.

Dalil Dari Hadits

Dari Jabi ra katanya, “Saya ikut solat Khauf bersama Rasulullah saw. Barisan ‎kami dibahagi 2, dan kedua2nya berdiri di belakang beliau, sedang musuh ‎berada di depan di arah kiblat. Nabi saw membaca takbir dan kamipun takbir ‎pula, beliau ruku’ dan kamipun ruku’, beliau I’tidal kami pun I’tidal pula. Ketika ‎beliau sujud, maka saf yang di muka (pertama) ikut sujud, sedang (saf) di ‎belakang tetap berdiri menghadap musuh. Setelah Nabi saw selesai sujud ‎dengan saf pertama, maka turunlah saf kedua untuk melakukan sujud lalu ‎kembali berdiri. Kemudian saf yang di belakang maju ke depan dan saf yang di ‎depan undur kebelakang. Lalu Nabi saw ruku’ dan kamipun ruku’ pula, beliau ‎mengangkat kepala, kamipun mengangkat kepala. Lalu apabila beliau sujud, ‎maka saf yang didepan yang diwaktu rakaat pertama saf di belakang ‎mengikutinya sujud, sedang saf yang kedua menghadapi musuh. Dan setelah ‎Nabi saw selesai sujud dengan saf pertama, maka sujudlah pula saf kedua, ‎kemudian beliau memberi salam dan kamipun sama-sama memberi salam ‎pula.”[Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Nasa’I, Ubn Majah dan Baihaqi]‎

KEDUA-DUA KELOMPOK SAMA-SAMA SOLAT DENGAN IMAM‎

Dari Abi Hurairah ra katanya, “Saya ikut melakukan solat Khauf bersama ‎Rasulullah saw pada peperangan di Najad. Beliau hendak solat asar, maka ‎berdirilah beliau dengan satu kelompok sedang kelompok lain menghadapi ‎musuh dengan punggung mereka menghadap kiblat. Beliau membaca takbir dan ‎seluruhnya –yakni yang sedang bermakmum dan sedang menghadapi musuh- ‎turut bertakbir pula, lalu melakukan solat satu rakaat bersama kelompok di ‎saf pertama serta sujud bersama mereka, sedang kelompok lain sedang ‎berdiri menghadapi musuh. Setelah berdiri kembali, kelompok yang telah ‎mendapatkan satu rakaat itu pergi menghadapi musuh menggantikan kawan-‎kawannya. Lalu kelompok yang digantikan itu kemudian sujud sedang ‎Rasulullah saw tetap berdiri. Lalu mereka berdiri untuk rakaat kedua, dan ‎setelah itu Nabi memimpin mereka ruku’ sujud sampai duduk. Kelompok yang ‎pertama pun datang lalu ruku’ dan sujud sendiri-sendiri. Setelah mereka ‎duduk, maka Nabi saw memberi salam diikuti oleh mereka. Jadi Rasulullah saw ‎bersembahayng 2 rakaat dan masing-masing kelompok juga 2 rakaat.”[Hadis ‎riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’I]‎

SOLAT IMAM 2 RAKAAT MANAKALA MAKMUM SATU RAKAAT

Dari Ibnu Abbas katanya, “Nabi saw bersembahang dalam peperangan Dzi ‎Qird. Orang-orang berbaris dibelakang beliau dua saf, Satu saf dibelakang ‎beliau dan satu saf menghadapi musuh. Beliau bersembahyang dengan saf di ‎belakangnya itu satu rakaat, lalu saf yang sudah bersembahyang ini pergi ‎mengantikan yang belum. Yang digantikan ini melakukan solat dengan Nabi saw ‎satu rakaat dan tidak menambahi lagi.”[Hadis Riwayat an-Nasa’i]‎

Dari ibnu Abbas juga katanya, “Allah mewajibkan solat atas Nabi saw di ‎waktu menetap 4 rakaat, diwaktu berpergian 2 rakaat dan di waktu perang ‎satu rakaat.” [Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i]‎

Dari Tsalabah bin Zahdan katanya, “Kami ikut dengan Sa’id bin Ash di ‎Thabristan, lalu tanyanya, “Siapakah di antaramu yang pernah sembahyang ‎Khauf bersama Rasulullah saw?” Hudzaifah menjawab, “Saya!” Iapun ‎bersembahyang dengan satu golongan satu rakaat dan dengan golongan lain ‎serakaat pula dan masing-masing mereka tidak menambahnya lagi.” [Hadis ‎riwayat Abu Daud dan Nasa’i]‎

3. SOLAT DALAM KEADAAN GAWAT

Tatkala para muslimin dalam keadaan yang sangat takut dan dalam berkecamuknya peperangan, dengan musuh menyerang dari segenap penjuru, baik depan maupun belakang, kiri ataupun kanan, sedangkan waktu solat semakin hampir habis, maka orang yang solat boleh dilakukan sekira-kira mampu, baik secara berjalan kaki atau naik kenderaan, baik menghadap kiblat ataupun tidak menghadap kiblat.

Jika waktu solat hampir tamat maka hendaklah solat sebagaimana ‎keadaan yang ada. Tidak perlu mengadap kiblat dan tidak perlu sujud dan ‎ruku’. Memadai dengan isyarat kepala. Cuma hendaklah ketika isyarat sujud, ‎hendaklah lebih rendah dari isyarat ruku’. Ini berdasarkan hadis dari Ibnu ‎Umar riwayat Imam Bukhari. Ini sama juga ketika mengejar atau dikejar ‎musuh. Perlu juga diketahui, kaedah khauf juga boleh dilakukan dalam ‎sebarang keadaan yang memerlukannya seperti terperangkap dalam banjir ‎atau kebakaran. Kerana solat itu wajib.‎

Cara ini adalah dinamakan Solat Syiddatul Khauf (dalam keadaan yang sangat takut). Apabila datang sangat ketakutan dan tidak mungkin dapat membahagi pasukan muslimin kerana banyaknya musuh, atau yang seumpamanya dan berkecamuknya peperangan, jadi seandainya sedang naik kenderaan tidak dapat turun, dan seandainya sedang berjalan kaki tidak dapat berbelok, maka para muslimin boleh melakukan solat dengan berjalan kaki ataupun naik kendaraan, menghadap kiblat ataupun tidak, sambil berlari, merangkak atau meniarap. Allah Ta’ala berfirman:

“]ika kamu sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)

Ibnu ‘Umar r.a. berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian juga erti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafik, iaitu hamba merdeka dari lbnu ‘Umar r.a. Nafik mengatakan: “Aku meng­i’tikadkan bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan yang demikian itu dari Nabi Muhammad (S.A.W.)”

Al-Mawardi mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu diriwayat­kan oleh Imam Syafi’i dengan sanad dari Nabi Muhammad (S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan: Para muslimin solat sedapat­-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dan waktunya. Para muslimin yang menjalani solat menurut cara ini tidak wajib mengulangi solatnya.

Cara Solat Jenazah

SOLAT JENAZAH : Solat 4 takbir yang dilakukan apabila seseorang itu meninggal dunia atau mati. Solat ini dikerjakan tanpa rukuk dan sujud.


Cara Melakukan Solat Janazah.

1. Letakkan mayat didepan dengan kepalanya disebelah bahu kiri jamaah solat

2. Berdiri Tegak

3. Takbiratulihram
Takbiratul Pertama dan Niat (Lihat : Niat Solat Janazah)



"Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala.



"Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala.

"Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala.

"Sahaja aku solat ke atas jenazah kanak-kanak perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala.

4. Kemudian Baca al-Fatihah

5. Takbir Kedua
Doa Selepas Takbir Kedua

Doa Pendek
Doa/salawat Panjang

Maksudnya : "Ya Allah, berilah selawat ke atas Nabi Muhammad, dan atas keluarganya sebagaimana Engkau pernah memberi rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluargannya. Dan limpahlah berkat atas nabi dan para keluarganya! sebagaimana Engkau telah pernah memberi berkah kepada Nabi Ibrahim dan para keluarganya. Diseluruh alam ini sesungguhnya Engaku yang Maha Terpuji.

6. Takbir Ketiga
Doa Selepas Takbir Ketiga:

Doa Pendek

Bagi jenazah lelaki

Bagi jenazah perempuan


Maksudnya : "Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia, sejahteralah ia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya. Bersihkanlah ia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah ia dari segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kekotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya yang dahulu dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu dan gantikanlah pasangan hidupnya dengan pasangan yang lebih baik dari dahulu, dan masukkanlah dia ke dalam Syurga dan jauhilah ia dari azab kubur serta fitnahnya dan lindungilah ia dari azab api neraka.

7. Takbir Keempat
Doa Selepas Takbir Keempat :
Doa pendek

Bagi jenazah lelaki


Bagi jenazah perempuan



Maksudnya : "Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami dan janganlah engkau memberi kami fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia dan saudara-saudara kami yang lebih dahulu beriman daripada kami, dan janganlah engkau jadikah hati kami dipenuhi penyakit dengki dan khianat terhadap orang-orang yang beriman. Ya tuhan kami sesungguhnya engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

8. Salam

Salam kekiri dan kekanan

Kemudian bacalah doa.

Muafik

Muafik : Lihat Muafiq

Solat Tasbih

Solat Sunat Tasbih : Tasbih ialah mengakui kesucian Allah s.w.t. daripada segala yang layak bagiNya.

Solat ini dikerjakan samada di waktu siang atau malam dengan jumlah rakaat semuanya 4 rakaat. Jika waktu siang dikerjakan 4 rakaat satu salam, dan jika malam dikerjakan dengan 4 rakaat 2 salam. Solat ini amat digalakkan supaya kita mengerjakannya, seboleh-bolehnya setiap hari atau jika tidak mampu sekali seminggu atau jika tidak mampu sebulan sekali. Paling malas setahun sekali.

Hikmat solat ini akan diampunkan dosanya yang dahulu dan kemudian, yang terlanjur atau yang disengajakan, yang nyata atau yang tersembunyi oleh Allah (s.w.t.).

Lafaz niatnya waktu siang:

أصلى سنة التسبيحِ أربع ركعات لله تعالى

“sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah taala”. (di waktu siang),

atau di waktu malam :

أصلى سنة التسبيحِ ركعتين لله تعالى

“Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah taala” (di waktu malam).

Bacaan surah selepas fatihah boleh dibaca sebarang surah yang pendek atau panjang. solat Tasbih agak panjang kerana dibaca doa tasbih ditempat-tempat tertentu sebanyak 75 kali setiap rakaat dan keseluruhan jumlah tasbih dalam empat rakaat 300 kali (75 X 4 = 300), Jika tertinggal atau ragu-ragu berlaku kekurangan mesti ditambah di mana-mana tempat di dalam solat tersebut.

Doa tasbihnya ialah :


سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر


ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

“Subahanallah, wal hamdulillah, wa laa ilaaha illallah, wallahuakbar, wala haula wala quwwata illa billaahil ‘aliyyul ‘aziim”.

Maksudnya: "Maha suci Allah dan segala puji hanya bagi Allah dan tidak ada tuhan yang lain melainkan Allah dan Allah yang Maha Besar, dan tiada daya dan upaya dan tiada kekuatan (yang boleh mengatasi kekauatannNya) melainkan Allah yang maha Tinggi dan maha Agung"

Cara melakukan solat tasbih.

Rakaat Pertama :
Selepas Fatihah : baca tasbih 15 kali;
Rukuk, dalam rukuk selepas doa rukuk: baca tasbih 10 kali;
Iktidal sebelum sujud: baca tasbih 10 kali;
Sujud pertama, selepas doa sujud: baca tasbih 10 kali;
Duduk antara dua sujud: baca tasbih 10 kali;
Sujud kedua, selepas doa sujud: baca tasbih 10 kali;
Istirahat sebelum bangkit rakaat seterusnya : baca tasbih 10 kali;

Rakaat kedua :
Selepas Fatihah dan baca surah : baca tasbih 15 kali;
Rukuk, dalam ruku’k selepas doa rukuk: baca tasbih 10 kali;
Iktidal sebelum sujud: baca tasbih 10 kali;
Sujud pertama, selepas doa sujud: baca tasbih 10 kali;
Duduk antara dua sujud: baca tasbih 10 kali;
Sujud kedua, selepas doa sujud: baca tasbih 10 kali;
Sebelum tahiyyat : baca tasbih 10 kali.

Begitulah seterusnya jika solat di waktu siang, ulangi rakaat pertama dan kedua tadi menjadi rakaat ke tiga dan keempat.

Bacaan tasbih selepas Al-Fatihah, boleh juga dibaca sebelum al-Fatihah.

Bacaan Surah.
Rakaat Pertama : Surah at-Takatsur
ألهكم التكاثر........................الخ

Rakaat Kedua : Surah al-Asr
والعصر إن الإنسان...............الخ

Rakaat Ketiga : Surah al-Kafiruun
قل يا أيها الكافرون................الخ

Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas
قل هو الله أحد.......................الخ

Selepas salam bacalah doa berikut:


Maknanya : “ Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon taufiq daripadaMu sepertimana orang-orang yang telah engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti amalan ahli yakin. Dan jadikan kami ini golongan orang-orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami sepertimana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang-orang yang suka kepada ibadat orang-orang yang waras.

Dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang-orang yang takut kepada engkau.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu, jadikanlah kami golongan yang takut, yang menghalang kami beramal dengan taat kepadaMu sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapat keredhaanmu.

Dan juga kami memohon sehingga kami betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepadamu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadapmu. Maha suci Engkau sebagai Pencipta cahaya (petunjuk)."