ABU LU'LU'AH

ABU LU'LU'AH : Abu-Lu'lu'ah al-Nahawandi (Bahasa Arab: أبو لؤلؤة النهاوندي; nama Parsi: پيروز نهاوندى  (Pirouz Nahāvandi) (juga Piruzan) merupakan seorang hamba berbangsa Parsi yang membunuh pemerintah Islam, Khalifah Umar Al-Khattab pada tahun 23 H (644–645) M ketika beliau sedang bersolat. Abu Lu'lu'ah beragama Majusi.

Nama asalnya adalah Pīrūz (diarabkan sebagai: Fīrūz, "yang menang"; terjemahan lain namanya termasuk Feroz, Firouz, Abu-Lo'lo'a, Abu Lulu, Abu Lolo, dan Baba Shuja-e-din). Kebanyakan ahli Sunnah mendakwa bahawa dia merupakan Penganut Agama Zoroastrian sementara sesetengah yang lain mendakwa dia sebagai Penganut Agama Syiah. Kebanyakan Syiah percaya bahawa dia merupakan golongan Syiah.

Kehidupan awal Abu Lu’lu’ah
Abu Lu'lu'ah dikatakan dilahirkan di Empayar Parsi, ditangkap dan dijadikan hamba selepas kejatuhan Ctesiphon atau apa yang kini dikenali sebagai Iraq, dan dibawa sebagai rampasan perang oleh penakluk Islam di Iraq. Sesetengah sumber menyatakan dia sebagai pengikut Magi (Zoroastrianisme). Maklumat Ibn Shihab dimasukkan oleh Ibn Sa'd dalam Tabaqat mendakwa bahawa dia merupakan seorang Kristian. Menurut sumber lain dia telah memeluk agama Islam, tetapi sumber ini tidak sahih.

Ditawan dan berpindah ke Madinah
Abu Lu'Lu'ah asalnya merupakan seorang hamba yang dikerah ke medan perang, dia asalnya diletakkan dibawah komander Rostam Farrokhzad, tetapi telah ditangkap dalam Pertempuran al-Qādisiyyah pada tahun 636 Masihi apabila Parsi (Iran) telah dikalahkan oleh askar Arab-Muslim dibawah pimpinan Khalifah Ar-rasyidin Saidina Umar Al-Khattab di tebing barat Sungai Furat. Selepas itu dia telah dibawa ke Semenanjung Arab untuk di penjarakan, namun dia dipercayai telah berjaya membunuh Saidina Umar pada tahun 23 Hijrah (644–645) Masihi.

Makam Abu-Lu'lu'ah terletak di Kashan, Iran.
Sebelum Abu Lu'Lu'ah berjaya membunuh Saidina Umar, Abu'Lu'Lu'ah dipercayai mempunyai kemahiran perang yang tinggi, kuat bekerja, seorang tukang kayu yang handal dan berseni. Bakat yang dimilikinya itu, membuatkan ia dibenarkan untuk dilepaskan dari penjara dan hidup bebas di kota suci Madinah. (ini seperti yang diperihalkan dari Ibn Sa'd, Mughira ibn Shu'ba, pemerintah Basra, yang merupakan majikan kepada Abu Lu'Lu'ah. Mughira telah menghantar surat dari Kufah kepada Umar. Umar yang membuka surat itu telah membaca isi kandungannya, lantas memberikan kebenaran kepada Mughira untuk menghantar Abu'Lu'Lu'ah ke Madinah dan dibenarkan hidup bebas disana.




Video: Penganut Syiah memuja Abu Lu'lu'ah kerana berjaya membunuh Saidina Umar Al- Khattab.




Video : Penganut Syiah berdoa di samping Abu Lu'lu'ah Laknatullah.