Showing posts with label KATEGORI AKHLAK. Show all posts
Showing posts with label KATEGORI AKHLAK. Show all posts

Mengumpat

MENGUMPAT : Ialah satu perbuatan menceritakan atau menyebut perihal keburukan atau kekurangan seseorang ‎kepada orang lain. Sebagai contoh menceritakan kepada seseorang bahawa orang itu makan harta anak yatim, sekalipun perkara itu adalah benar, itulah dinamakan mengumpat. Jika perkara makan harta anak yatim tidak dilakukan oleh orang yang kena umpat maka itu dinamakan FITNAH.

Pengertian mengumpat berdasarkan hadits, Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud: ‎‎"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara ‎yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila ‎menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi ‎diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Dalil Al-Qur'an dan Hadits Haram Mengumpat

"Dosa pengumpat tidak terampun tanpa keampunan yang di umpat"

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti ‎memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging ‎manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Sebagaimana firman Allah dalam al-Qur'an:


Ertinya : "Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka ‎sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah ‎kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat ‎setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? ‎‎(jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-‎larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi ‎Maha Mengasihani."‎ (Al-Hujurat: 12).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat ‎itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia ‎bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan ‎umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" ‎‎(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Zina berbeza dengan merogol, kerana berzina adalah perbuatan suka sama suka maka kedua-dua pihak wajib menanggung dosa dan wajib dihukum dan bertaubat nasuha untuk menghilangkan dosanya. Adapun dalam masalah rogol, perogol tidak akan diterima taubatnya jika tidak diampun oleh orang yang dirogol. Ini bermakna orang yang kena rogol tidak bersalah dan tidak berdosa.

Berbalik kepada masalah mengumpat, disebabkan terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu ‎perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Dan amat ramai penghuni neraka terdiri dari kalangan pengumpat.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya ‎diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu ‎dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang ‎yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu ‎mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. ‎Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip ‎keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu ‎Daud)

Balasan Terhadap Pengumpat

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat nasuha.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang ‎yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan pengumpat akan menerima ‎pembalasannya di akhirat.

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod ‎amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala. Orang yang mengumpat akan semakin bertambah dosanya dan semakin berkurang pula pahalanya kerana diambil oleh Allah dan diberikan kepada orang yang kena umpat. Jika sudah kering pahalanya, maka Allah akan ambil dosa orang yang kena umpat dan ditambah pula kepada pengumpat. Akhirnya pengumpat akan menjadi seorang yang muflis di akhirat nanti.

Dalil daripada sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api ‎memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau ‎dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa ‎lagi.

Balasan Kepada Orang Yang Diumpat

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seseorang akan terkejut besar apabila ‎melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia ‎berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ‎ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu ‎kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri ‎daripada melakukannya.Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Hukum Mengumpat

Dosa mengumpat tidak syak lagi adalah satu dosa daripada dosa besar. Ia disebutkan oleh Allah SWT : ertinya : " Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu ? " ( Al-Hujurat : 12 ).

Rasulullah pernah menggunakan satu teknik sastera dalam mengingatkan sahabat tentang bahaya mengumpat. Di satu ketika Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di tempat itu, lalu Nabi SAW berkata " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqah).

Adapun bagi kesalahan mengumpat, ia bukanlah satu kesalahan yang sangat besar sehingga terdapat peruntukan hukuman Allah di dunia ini. Justeru, apabila si pesalah mengaku salah dan memohon maaf, amat digalakkan untuk memaafkannya berdasarkan sebuah hadith yang menyebut bahawa sesiapa yang dipohon kemaafaannya (dengan ikhlas), dan ia menolaknya, maka yang menolak tidak akan dapat merasai telaga Nabi Saw di akahirat kelak. (Riwayat At-Tabrani, Albani : Hadits Dhoif)

Tips mengelak dari Mengumpat

bersambung....

Adab berjimak

Adab sebelum Jimak
Jimak adalah perlakuan persetubuhan antara suami dan isteri, iaitu dengan memasukkan batang zakar kedalam faraj isteri. Sebelum melakukan jimak, suami isteri haruslah mengikut adab-adab yang tertentu.

1. Mulakan dengan belaian lembut dan kata-kata manis yang memuji antara satu sama lain. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan Dikatakan :`Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’ Maka beliau

Jawab Rasulullah s.a.w.: (iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.”
(HR Ad Dailami)

2. Janganlah melakukan jimak dengan tergopoh gapah walaupun mungkin ketika itu masing-masing pasangan sudah bersedia melakukannya.

3. Lakukan pujuk rayu, ciuman mesra, sentuhlah tempat-tempat punca nafsu, seperti suami mencium dahi isterinya dan sebagainya.

4. Jangan melakukan jimak ketika perut terlalu kenyang atau terlalu lapar.

5. Makruh jimak dengan telanjang bogel. Keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:

“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”.(HR Tirmizi).

Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

6. Suami dan isteri haruslah memulakan dengan lafaz ta'awwuz dan basmalah terlebih dahulu.

7. Baca doa sebelum jimak. Memadai jika suami sahaja yang membacanya, tetapi sunat kedua-dua suami isteri membacanya.

8. Makruh minum air ketika melakukan jimak. Kerana hal ini akan melemahkan nafsu dan mengendurkan rasa berahi di antara pasangan.

9. Gunakan kain pengelap yang berasingan di antara suami dan isteri. Menggunakan kain lap yang sama akan menyebabkan berlaku pergaduhan antara pasangan.

10. Haram jimak pada dubur isteri.

Doa sebelum jimak

Pastikan sebelum anda berjimak dengan pasangan suami-isteri bacalah dulu doa jimak, kelebihan doa ini dimana jin atau syaitan tidak dapat menyertai persetubuhan itu. Jika ditakdirkan persetubuhan itu menjadi anak, insyallah anak itu tidak akan dapat dipengaruhi oleh jin, syaitan dan iblis. Anak tersebut juga akan cenderung kepada kebaikan, ini adalah satu persediaan yang baik untuk perkembangan jiwa anak-anak.

Berdoalah dalam bahasa Arab.


(Bismillaahi, Allahomma jannibnaa wa jannibis syaitoona maa rozaktanaahu)


Maksud doa: "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan ia pada kami."
(H.R Bukhari)

Penjelasan :
Doa ini dibaca ketika pasangan suami isteri akan berjimak.. Al-Bukhârî menjelaskan, Nabi SAW bersabda: "Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya (bersetubuh dengan isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan."


Doa semasa berjimak


Doa selepas selesai berjimak


Adab selepas berjimak

1. Jangan terus meningalkan suami atau isteri dengan kadar segera.

2. Suami hendaklah memastikan isteri merasa puas dengan persetubuhan yang dilakukan. Tanda isteri puas ialah tubuhnya akan terasa sejuk.

3. Jangan segera mencuci alat kelamin setelah selesai berjimak.

4. Basuh dahulu zakar dan faraj jika mahu melakukan jimak kali kedua dalam masa yang sama.

Adab Makan

Adab sebelum makan

1. Bersihkan diri dan basuh tangan sehingga bersih.
2. Menghadiri hidangan dengan perasaan gembira dan tenang
3. Mensyikuri apa yang ada dan dihidangkan
4. Mulakan dengan basmalah dan doa sebelum makan

Doa sebelum makan

Adab ketika makan
  1. Apabila memulakan makan hendaklah dipastikan adab-adabnya diikuti dengan betul, agar dengan itu tetamu sehidangan akan merasa aman dan tenang makan bersama kita.

  2. Makan dengan menggunakan tangan kanan. Jika tidak mampu gunalah sudu, garpu atau seumpamanya. Jangan gunakan tangan kiri apabila makan bersama jamaah yang lain, kerana tangan kiri dimaklumi umum ianya digunakan untuk mencuci najis.

  3. Mulakan suapan pertama (hanya sedikit) dengan nasi yang kosong (jika makan nasi)

  4. Gunakan tangan kanan kerana hukumnya sunat dan makruh hukumnya menggunakan peralatan tertentu, kecuali makanan yang tidak mampu dimakan tanpa peralatan.
    Ambillah dahulu lauk yang paling hampir dengan kita, jangan gopoh mengambil lauk-lauk yang kita gemari sedangkan ianya jauh dari pinggan kita. Jika memilih lauk yang kita gemari, akan memperlihatkan tamak dan gelojohnya kita. Hal ini dibenci oleh Islam.

  5. Kunyah dengan tenang sehingga lumat, baru ditelan. Ini akan mengelak daripada tersedak ketika makan.

  6. Jangan banyak bercakap, terutama hal-hal yang tidak berfaedah. Kerana dengan banyak bercakap akan melalaikan seseorang daripada hal makannya.

  7. Jangan mengeji makanan dan minuman, terutama kepada orang yang menyediakannya, jika tidak disukai, jangan makan. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Sesungguhnya rezeki itu kurniaan Allah, kita tidak mungkin sama sekali menikmatinya tanpa kurniaan Allah.

  8. Jika makan itu kering sunat jika menggunakan hanya 3 jari sahaja ketika mengambil dan memakannya.

  9. Cara duduk Rasulullah ialah; duduk diatas kaki kiri dengan mengangkat lutut kanan ke dada.

  10. Jangan makan makanan terlalu panas, dan makruh hukumnya meniup ke dalam makanan, kerana nafas yang keluar mengandungi unsur-unsur yang tidak dikehendaki oleh tubuh, misalnya karbon dioksida, kuman-kuman dari mulut dan nafas, dan seumpamanya.

  11. Jangan pula makan makanan yang terlalu sejuk. Panaskan dahulu sebelum makan.

  12. Jangan makan makanan yang terdedah lama tanpa bertutup, kerana ianya memungkinkan dihinggapi oleh lalat atau semut yang membawa kuman berbagai penyakit.

  13. Jangan menyandar pada kerusi atau dinding ketika makan. Bersandar akan menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan, kerana ruang perutnya terbuka. Seeloknya ketatkan dahulu pakaian sebelum makan.

  14. Jangan segera minum air ketika masih makan, kecuali jika tersedak. Minum ketika makan akan menyebabkan lemah nafsu terutama syahwat.

  15. Habiskan sisa-sisa makanan di dalam pinggan sehingga licin.

  16. Berhentilah makan sebelum kekenyangan. Tanda kenyang ialah sendawa.

  17. Setelah selesai makan barulah minum air. Minumlah atas kadar 3 teguk sekali bernafas, tetapi jangan bernafas di dalam bekas air.

Doa selepas selesai makan