Showing posts with label KATEGORI TOKOH. Show all posts
Showing posts with label KATEGORI TOKOH. Show all posts

Abu Mansur al-Maturidi

Abu Mansur Al-Matuuridi : Imam Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu juga dianggap sebagai pengasas usuluddin di kalangan Ahli Sunnah wal-Jama'ah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari.

Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand sekitar tahun 242 Hijrah, Asia Tengah dan beliau juga meninggal di sana pada tahun 333 Hijrah, iaitu ketika berumur 91 tahun (mengikut setengah pendapat).

Beliau meninggal dunia setelah sepuluh tahun meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang batil pada zamannya sebagaimana juga keadaannya dengan Imam Abul Hasan al-Asy'ari.

Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli Sunnah wal-Jama'ah sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi, bila dikatakan Ahli Sunnah wal-Jama'ah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al Maturidi.

Abu Mansur al-Matuuridi juga disebut sebagai seorang ulama ilmu qalam, yang telah menyebarkan ajarannya di seluruh tanah Asia Timur dan Asia Tenggara, melalui anak-anak muridnya.

Gurunya yang terkenal adalah :
Abu Nasr Ahmed b. Abbas b. Husayin al- Iyazi ,
Ahmed Abu Bakar b. b. Ishak Salih el - Juzjani ( penulis dari Al - Farq wat Tamyiz ) , Nusayr b. Yahya Muhammad al - Balkhi dan
Qadilqudat b. Mukatil ar - Razi .

Abu Nasr al- Iyazi pula adalah guru dan teman beliau. Abu Bakar al - Juzjani adalah murid Abu Sulaiman Musa b. Sulaiman el - Juzjani yang merupakan murid dari Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad Ash - Shaybani .

Abu Hasan Al-Asy’ari

Abu Hasan al-Asy’ari : Abu-Hasan al-Asy'ari lahir di Basrah tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah tahun 324 Hijrah. Merupakan pengasas kepada aliran Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Iaitu Mazhab dalam masalah aqidah Islam.

Pada mulanya beliau berpegang kepada fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayat daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz.

Murid Abu Hasan Al-Asy’ari

Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah

1.Imam Abu Bakar al-Qaffal meninggal dunia pada tahun 365 Hijrah,

2. Abu Ishaq al-Isfara'yakni meninggal dunia pada tahun 411 Hijrah,

3. Imam Hafiz al-Baihaqi meninggal dunia pada tahun 458 Hijrah,

4. Imam al-Haramain: al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali meninggal dunia pada tahun 460 Hijrah,

5. Imam al-Qusyairi meninggal dunia pada tahun 465 Hijrah,

6. Imam a]-Baqillani, dengan kitab at-Tamhidnya yang terkenal dan meninggal dunia pada tahun 403 Hijrah,

7. Imam al-Ghazali meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah,

8. Imam Fakhruz-Razi meninggal dunia pada tahun 606 Hijrah,

9. Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam meninggal dunia pada tahun 606 Hijrah

Semuanya pendokong aliran Ahli's-Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy'ari.

Dalam masa-masa kemudian para ulama' yang mendokong fahaman al-Asy'ari ini ialah antaranya seperti :

1. Syeikhul-Islam Syeikh Abdullah asy-Syarqawi meninggal dunia pada tahun 1227 Hijrah,

2. Syeikh Ibrahim al-Bajuri meninggal dunia pada tahun 1272 Hijrah,

3. Syeikh Nawawi al-Bantani meninggal dunia tahun 1315 Hijrah, dengan kitab tauhidnya Tajanu'd-Darari, FathulMajid.

4. Syeikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatani dengan 'Aqidatun-Najih,

5. Syeikh Husain al-Tarabalasi dengan al-Husun al-Hamidiyahnya yang terkenal itu.

Zubair bin Awwam

Zubair bin Awwam : Suatu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda, "Zubair dan Thalhah akan menjadi tetanggaku di surga." Zubair bin Awwam merupakan menantu kepada Saidina Abu Bakar dan suami Asma’ binti Abu Bakar.

Zubair adalah putra Al Awwam dan ayah dari Abdullah. Rasulullah s.a.w.menyebutnya sebagai hawari-e-Rasul, atau murid sang penyampai pesan Allah s.w.t. Ia merupakan satu dari sepuluh orang sahabat yang dijanjikan masuk surga.

Keunggulan pribadinya barangkali tergambar dari apa yang dikatakan Umar bin Khattab. Umar menyebut Zubair sebagai salah satu tiang Islam. Selain sebagai sahabat yang paling pertama menganut Islam, Zubair memiliki hubungan kekerabatan yang sangat dekat dengan Rasulullah s.a.w.

Zubair merupakan sepupu Rasulullah s.a.w.dari ibu saudaranya Safiyah yang juga salah satu puteri Abdul Mutthalib. Sementara Khadijah binti Khuwailid yang merupakan isteri Rasulullah s.a.w.adalah ibu saudara Zubair, sehingga dalam hal ini Rasulullah s.a.w.merupakan pamannya.

Kemudian Asma, putri Abu Bakar Siddiq dan kakak tertua Aisyah yang kemudian menjadi isteri Rasulullah SAW, merupakan isteri dari Zubair, sehingga ia merupakan saudara ipar Rasulullah s.a.w.. Selain itu, secara silsilah keturunan, Zubair bin Awwam dan Rasulullah s.a.w.berasal dari satu nenek moyang yang sama iaitu dari Qusai putra Kalab.

Ayah Zubair, Al Awwam, meninggal dunia ketika Zubair masih kecil. Ibunya, Safiyah, merupakan wanita berani yang sangat tegas yang menginginkan putranya juga menjadi seorang yang berani. Ia memaksa Zubair belajar dan bekerja keras agar menjadi besar dan kuat. Untuk mewujudkan hal ini, Safiyah selalu memukul Zubair sejak kecil tanpa belas kasihan. Suatu hari, bapa saudaranya Naufil melihat Zubair tengah dipukul Safiyah.

Kerana kasihan ia pun melaporkannya kepada ketua Bani Hashim, suku yang menaungi Safiyah. Ia menyatakan Safiyah berlaku sangat kejam kerana memukul putranya. Ketika hal ini terdengar oleh Safiyah, ia menyebut bahawa tindakan ini dilakukannya bukan kerana kebencian, melainkan untuk mendidik Zubair agar menjadi orang yang bijaksana.

Barangkali didikan inilah yang menjadikan Zubair bin Awwam sebagai salah satu sahabat paling berani. Ia sentiasa siap sedia menghadapi segalam macam bahaya dan bersedia menanggung semua rasa sakit dan masalah selama awal kehadiran Islam di Mekah.

Amat sayang kepada Rasulullah s.a.w.
Suatu hari apabila tersebar berita bahawa Rasulullah s.a.w.ditangkap oleh orang Quraisy, bahkan beliau diberitakan syahid. Zubair yang sedang berada di rumahnya sedang berehat mendengar kabar ini. Dengan segera, remaja yang baru berusia 16 tahun ini bangkit, keluar rumah dengan membawa pedang di tangannya.

Ia segera mendatangi rumah Rasulullah s.a.w.dengan wajah merah kerana marah. Ternyata isu tidak benar, kerana Rasulullah s.a.w. sedang berada di rumahnya tanpa apa-apa. Melihat Zubair, Rasul pun bertanya mengapa ia membawa pedang. Dengan gembira, Zubair berucap bahawa ia bersyukur dan sangat gembira melihat Rasulullah s.a.w. dalam keadaan baik dan aman.

Mendengar berita salah tentang dirinya, Rasul tersenyum. Rasul bertanya, jika memang isu tersebut terjadi apakah yang akan kau Zubair. Zubair berkata bahawa ia lebih memilih mati daripada harus hidup tanpa Rasulullah s.a.w.. Rasul berkata "Inilah pedang pertama yang terhunus kerana Allah s.w.t. dan Rasulnya."

Dibenci bapa saudaranya Naufil
Jika masa kecil, Zubair dilimpahi kasih sayang dari bapa saudaranya, Naufil, lain pula berlaku ketika ia sudah masuk Islam. Setelah Zubair mengucapkan syahadah, Naufil yang dulu sangat menyayanginya berubah menjadi musuh yang paling kejam. Ia bahkan menjadi lebih kejam dari Safiyah yang dulu selalu memukul Zubair ketika kecil.

Ahli sejarah mengatakan, kebencian dan kekejaman Naufil terhadap Zubair sangat besar. Naufil seringkali membungkus seluruh badan Zubair menggunakan selimut, kemudian ia menyalakan api di sekelilingnya. Ketika Zubair tercekik tidak boleh bernafas kerana dipenuhi asap, Naufil yang kejam memaksanya untuk kembali ke ajaran nenek moyangnya.

Namun dengan berani Zubair menolak perintah bapa saudaranya. Dengan gagah, Zubair membentak, "Tidak mungkin saya melepaskan keimanan saya kepada Allah s.w.t. JIka saya mati, saya harus mati dalam keadaan Muslim dan bukannya sebagai seorang kafir."

Ketika kekejaman Naufil mencapai kemuncaknya, dengan izin Rasulullah SAW, Zubair akhirnya meninggalkan Mekah dan berhijrah ke Abyssinia (sekarang Ethiopia). Namun ia tidak tinggal lama di kota ini. Setelah beberapa waktu dia kembali ke Mekah dan memulakan perniagaan. Perniagan yang diceburi Zubair membuatnya kaya raya dan menjadi salah satu sahabat terkaya, selain Usman bin Affan dan Abdurrahman bin Auf.

Meski pun demikian, Zubair merupakan orang yang menginfakkan jiwa dan hartanya, untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Zubair memiliki seribu orang hamba, dan selalu membayar pajaknya. Namun ia tidak pernah mengambil wang tersebut melainkan menginfakkannya di jalan Allah s.w.t.

Kerana kesibukan pernigaannya inilah, maka Zubair tidak ikut menyertai kepergian Rasulullah s.a.w. ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. terjadi ketika Zubair dalam perjalanan berdagang ke Syria. Ketika ia kembali ke Mekah, ia bertemu Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar Siddiq yang tengah berangkat menuju Madinah dari Makkah.

Kerana saat itu ia berada dalam rombongan dagang, maka Zubair memutuskan menunda pemergiannya bersama Rasulullah. Dia membekalkan Rasulullah dengan pakaian danmakanan untuk perjalanan ke Madinah. Namun tak lama kemudian, bersama ibundanya Safiyah, dan istrinya Asma’, Zubair pergi menyusuli Rasulullah s.a.w. ke Madinah.

Di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah berhasil mewujudkan hubungan kekerabatan berdasar Islam antara golongan Muhajirin dari Mekah dengan golongan Ansar dari Madinah. Berdasarkan hubungan ini, Zubair menjadi saudara seIslam dengan Salma, putera Salama yang berasal dari Bani Ash-hal, sebuah keluarga di Madinah dari suku Aus. Zubair bin Awwam meninggal 33 tahun setelah hijrah. Suatu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda, "Zubair dan Thalhah akan menjadi tetanggaku di surga."

Ashhabul Kahfi

Ashhabul Kahfi : adalah kisah 7 pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah s.w.t. sehingga mereka beriman dan mengenal tuhan mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianuti oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Oleh kerana itu mereka diancam untuk dibunuh. Kerana khuatir akan gangguan masyarakatnya, mereka membuat keputusan mengasingkan diri jauh daripada masyarakat mereka. Kahfi bermaksud gua. Ashababul bermaksud Pemuda tidur. Mereka tidur selama 3 abad.

Kisah ini begitu masyhur. Dengan kekuasaan-Nya, Allah s.w.t. menidurkan sekelompok pemuda yang berlindung di sebuah gua selama 309 tahun.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa pendapat lain tentang gua tempat berlakunya peristiwa tersebut. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu:

1. Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mount of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

Mengikut setengah pendapat mereka lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri itu. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Dikyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Dikyanus mengganuti agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf Allah menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus.

Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf.

2. Gua di Damsyik, Syria.

3. Gua Ar Raqim di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.

Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan. Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Petidur Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.

Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Keputusan mereka untuk mengasingkan diri di dalam gua adalah benar dan tepat, sesuai dengan kenyataan dan kondisi mereka. Oleh karena itu, Allah mengabulkan doa mereka, menurunkan rahmat-Nya, dan menyediakan kebutuhan mereka.

Allah menggambarkan Ash-habul Kahfi sebagai para pemuda yang beriman dan teguh keimanan mereka kepada Allah. Firman Allah;

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka-mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”.

Mereka memperlihatkan keIslaman mereka, memahaminya dengan sebenar-benarnya, melaksanakannya dengan sebenar-benarnya, dan mendakwahkannya dengan semangat, kesungguhan, dan keikhlasan.

Ayat ini bermaksud menetapkan kebenaran Al Quran yang pasti tentang keimanan dan petunjuk, iaitu iman sesungguhnya adalah sebuah pilihan. Jika seseorang telah memilihnya, menerimanya dengan ikhlas, patuh, dan sungguh-sungguh, maka Allah akan menambahkan keimanan kepadanya. Akan tetapi jika ia tidak mengambil dan memilih jalan itu maka Allah tidak akan memberinya petunjuk, apalagi untuk menambahkan petunjuk kepadanya.

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18).

Mereka mengatakan sebagaimana disebut oleh Allah s.w.t dalam firmanNya: Al-Kahfi 14-15. Ketika mereka sepakat terhadap persoalan ini, mereka sedar, tidak mungkin menampakkannya kepada kaumnya. Mereka berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memudahkan urusan mereka:

"Wahai Rabb kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami." (Al-Kahfi: 10)

Mereka pun menyelamatkan diri ke sebuah gua yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala mudahkan bagi mereka. Gua itu cukup luas dengan pintu menghadap ke utara sehingga sinar matahari tidak langsung masuk ke dalamnya. Kemudian mereka tertidur dengan perlindungan dan pegawasan dari Allah selama 309 tahun. Allah Subhanahu wa Ta’ala buatkan atas mereka pagar berupa rasa takut meskipun mereka sangat dekat dengan kota tempat mereka tinggal. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang menjaga mereka selama di dalam gua.

Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan mereka (agar mereka saling bertanya), dan supaya mereka pada akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya. Allah s.w.t. berfirman:

قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِْينَةِ

"Berkatalah salah seorang dari mereka: ‘Sudah berapa lama kalian menetap (di sini)?’ Mereka menjawab: ‘Kita tinggal di sini sehari atau setengah hari.’ Yang lain berkata pula: ‘Rabb kalian lebih mengetahui berapa lamanya kalian berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kalian pergi ke kota membawa wang perakmu ini’.” (Al-Kahfi: 19)