Showing posts with label FIQH. Show all posts
Showing posts with label FIQH. Show all posts

Aurat

Aurat : bermaksud bahagian badan yang haram didedahkan oleh kaum wanita atau lelaki, atau dalam pengertian yang lain yang wajib ditutup oleh mereka. Aurat Lelaki ada sedikit perbezaan dengan Aurat Wanita samada dari kalangan sesama jantina, atau berlainan jenis.


Hukum yang berkait dengan aurat secara amnya

Secara amnya, hukum yang berkait dengan aurat ialah;[1]
1. Haram mendedahkannya, yakni wajib menutupnya
2. Haram melihat kepadanya
3. Wajib menutupnya ketika solat
4. Hukum sentuhan; haram menyentuh aurat orang lain. Begitu juga, haram lelaki menyentuh wanita yang bukan mahramnya dan haram wanita menyentuh lelaki yang bukan mahramnya termasuk bersalaman.


Hukum menutup aurat dan dalilnya.

Tidak ada khilaf di kalangan ulama’ bahawa setiap orang Islam –sama ada lelaki atau wanita- wajib menutup aurat dari pandangan orang lain melainkan orang-orang yang dikecualikan oleh Syara’. Dalil kewajipan menutup aurat terdapat di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah.


Dalil-dalil al-Qur’an tentang kewajipan menutup aurat.

Pertama; Firman Allah dalam surah an-Nur: 30-31.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan” (30).

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya”. (31)

Di dalam ayat di atas ada 2 perintah Allah untuk kaum lelaki dan 4 empat perintah untuk kaum wanita. Dua perintah untuk kaum lelaki ialah;

1. Perintah supaya menyekat pandangan. Ia merangkumi dua jenis;[2]

a) Menyekat pandangan dari melihat aurat orang lain sekalipun sesama sejenis. Melihat kepada aurat adalah haram sekalipun tanpa syahwat.

b) Menyekat pandangan dari penglihatan yang mendatangkan syahwat. Para ulamak sepakat menyatakan bahawa; haram melihat dengan syahwat hatta kepada mahram sendiri walaupun yang dilihat itu bukan aurat (kecuali melihat kepada suami atau isteri).

2. Hendaklah mereka memelihara kemaluan kecuali terhadap isteri dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki. Menjaga di sini ialah menjaga dari zina. Ada juga ulama’ yang berpandangan; menjaga dari mendedahkannya kepada orang lain (yakni arahan Allah di sini ialah arahan supaya menutup aurat/kemaluan dari pandangan orang lain). Kata Abu ‘Aliyah; ‘Setiap arahan yang terdapat di dalam al-Quran supaya menjaga kemaluan, maka maknanya ialah menjaga dari berzina kecuali dalam ayat ini di mana yang dikehendaki dari arahan tersebut ialah menutup kemaluan sehingga tidak dilihat oleh mata orang lain”.

Empat perintah untuk kaum wanita pula ialah;

1. Perintah supaya menjaga pandangan

2. Perintah supaya menjaga kemaluan dari zina dan dari mendedahkannya kepada orang lain.

3. Perintah supaya menutup aurat. Perintah ini merangkumi dua arahan;

(a) Arahan jangan mendedahkan perhiasan di badan kecuali yang zahir daripadanya, yakni perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badan yang harus dizahirkan (yakni tidak wajib ditutup) iaitulah muka dan tangan (mengikut pandangan jumhur ulama’). Juga dikecualikan apabila ia berhadapan dengan beberapa lelaki yang disebut di dalam ayat iaitu suami, bapa kandung, bapa mertua dan sebagainya.

(b) Arahan supaya bertudung hingga menutupi leher dan dada.

4. Arahan jangan melakukan perbuatan untuk menarik perhatian lelaki iaitu menghentakkan kaki untuk memperdengarkan bunyi gelang kaki supaya lelaki yang mendengarnya mengalih perhatian kepadanya. Termasuk dalam kategori larangan yang serupa ialah larangan memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah.[3]

Kedua; Firman Allah dalam surah al-Ahzab;

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal[4], karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. (al-Ahzab: 59)

Di dalam ayat di atas, Allah memerintahkan wanita Islam supaya memakai Jilbab. Menurut Imam Abu Bakar ibnu al-‘Arabi; para ulama’ berikhtilaf dalam mentafsirkan jilbab. Namun lafaz-lafaz yang mereka gunakan hampir memberi pengertian yang serupa di mana asasnya ialah pakaian yang menutup/melitupi badan. Dengan pengertian ini, maka ayat di atas merupakan arahan kepada sekelian wanita Islam supaya menutup badan mereka…”.[5]

Dalil-dalil kewajipan menutup aurat dari as-Sunnah.

Pertama; Dari Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ
“Janganlah seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain dan janganlah seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain. Janganlah seorang lelaki berada bersama lelaki lain dalam satu pakaian/kain dan janganlah seorang perempuan berada bersama perempuan lain dalam satu pakaian/kain”. (Riwayat Imam Muslim)

Kedua; Bahzun bin Hakim meriwayatkan dari bapanya yang meriwayatkan dari datuknya (iaitu Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairy –seorang sahabat yang masyhur-) menceritakan; Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; aurat kami; bila kami boleh dedahkan dan bila kami wajib menutupnya? Jawab Nabi s.a.w.;

احفظ عورتك الا من زوجتك أو ما ملكت يمينك
“Jagalah aurat kamu kecuali dari isteri kamu dan dari hamba yang kamu miliki”.
Aku bertanya lagi; bagaimana jika salah seorang kami berada bersendirian?
Jawab baginda;

فاللّه أحق أن يستحي منه
“Allah adalah paling layak kamu berasa malu dari orang lain”.
(HR Imam Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan)

Rujukan:
[1] Al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus Salam Tawilah, hlm. 14.
[2] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 43.
[3] Tafsir surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah, hlm. 147.
[4] Yakni mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita merdeka, bukan hamba. Atau mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita Islam, bukan wanita kafir. (Lihat as-Asas fi at-Tafasir).
[5] Dipetik dari Fatwa mufti Mesir tahun 1981 iaitu Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq. (Rujukan; Mausu’ah Fatawa Dar al-Iftak al-Mishriyyah, ter. Majlis al’A’la Li asy-Syuun al-Islamiyyah, Mesir).

Istinja'

Istinja’ : bermaksud bersuci atau membasuh tempat keluar najis iaitu zakar/faraj dan dubur selepas membuang air kecil (yakni kencing) atau air besar (yakni berak). Hukumnya adalah wajib.


Alat istinja’

Di antara bahan-bahan atau benda yang harus dan sah digunakan dalam istinja’ ialah air. Maksud hadits dari Anas r.a. menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. apabila keluar membuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliau beristinja’”.

Diharuskan juga menggunakan benda-benda kesat seperti batu, ranting kayu, kulit kayu, daun yang kesat, kertas yang kesat dan sebagainya yang boleh menanggalkan najis. Banyak hadis menceritakan Nabi s.a.w. beristinja’ menggunakan batu.

Menurut mazhab Syafi’ie, paling baik ialah menggabungkan kedua-duanya; iaitu menyapu najis dengan benda kesat (tisu atau sebagainya), kemudian disusuli dengan membasuh dengan air. Cara ini adalah terbaik kerana dapat menjimat air dan mengelak tangan dari terlalu banyak menyentuh najis. Harus menggunakan salah satu cara iaitu dengan air sahaja atau dengan benda kesat sahaja, namun beristinja’ dengan air adalah lebih afdhal kerana lebih menyucikan.


Gunakan tangan kiri

Beristinja’ sunat menggunakan tangan kiri. Beristinja’ dengan tangan kanan adalah makruh, kecuali tidak dapat dielakkan. Kata Nabi s.a.w.; “Sesiapa dari kamu kencing, janganlah ia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan janganlah juga ia beristinja’ dengan tangan kanannya”.[1]


Syarat-syarat beristinja’ dengan benda kesat

Namun jika hendak beristinja’ dengan benda-benda kesat sahaja (tanpa menggunakan air), mesti memenuhi syarat-syarat di bawah;

1. Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapu, tidak boleh kurang darinya.[2] Salman r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. menegah kami dari beristinja’ kurang dari tiga batu (yakni tiga sapuan batu)”.[3] Jika tiga kali sapuan tidak mencukupi, wajib ditambah dan sunat tambahan itu ganjil (yakni lima, tujuh dan sebagainya). Tiga kali sapu boleh juga menggunakan bahan yang sama misalnya, ranting kayu yang panjang asalkan tidak bertindih sapuannya pada tempat yang sama.

2. Hendaklah najis tidak melepasi papan punggung atau hasyafah (yakni kepala zakar). Jika najis meleleh melepasi kawasan tersebut, wajib istinja’ dengan air.

3. Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinja’ dengan air.

4. Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. Sifatnya hendaklah boleh menanggalkan najis, iaitu tidak terlalu licin atau terlalu kasar kerana tujuan istinja’ ialah untuk menanggalkan najis, maka hendaklah bahan yang digunakan boleh memenuhi tujuan tersebut.

5. Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang. Kata Nabi s.a.w.; “Janganlah kamu beristinja’ dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin”.[4]




Nota Kaki:


[1] Riwayat Imam Bukhari dari Abi Qatadah r.a..
[2] Sekalipun telah kelihatan bersih dengan sekali atau dua kali sapuan. Ini kerana tiga kali sapuan itu adalah had minima yang ditetapkan Nabi s.a.w., tidak harus kuraang dari itu.
[3] Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasai.
[4] Riwayat Imam at-Tirmizi.

Air Mutanajjis

Air mutanajjis : Air mutanajjis (متنجس) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.

Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.

Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis

Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.

Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan
1. Lalat
2. Kumbang
3. Kala
4. Lipas
5. Cicak
6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

Aurat Wanita

Batasan Aurat Wanita : Batasan aurat wanita berbeza mengikut situasi berikut;
1. Aurat bersama suami.
2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi
3. Aurat di hadapan mahram
4. Aurat di hadapan wanita lain
5. Aurat di hadapan wanita kafir.
Apakah aurat wanita dengan suaminya?

Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.

Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini.[1] Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Dalil bagi aurat di hadapan lelaki ajnabi di atas?

Dalilnya ialah firman Allah;

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang zahir darinya). Ayat ini menjadi dalil yang cukup jelas bahawa seorang wanita wajib menutup auratnya di hadapan kaum lelaki ajnabi (iaitu lelaki yang bukan suami atau mahramnya yang dikecualikan Allah dari perintah tersebut yang akan dijelas nanti)

Maksud “kecuali yang zahir darinya” ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya kepada orang lain. Ia juga bermaksud; perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badannya yang diharuskan oleh Syarak untuk mendedahkannya kepada orang lain (yakni tidak wajib ditutup) iaitu bahagian muka dan tangan.

Keharusan mendedahkan muka dan tangan adalah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud).[2]

Dalam kenyataan di atas disebutkan “…keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah”. Apa yang dimaksudkan dengan fitnah tersebut?

Fitnah yang dimaksudkan di sini ialah dorongan nafsu dan keinginannya kepada jimak (zina) atau bibit-bibit pendahulu kepadanya. Ia bermula dari melihat dengan syahwat (yakni melihat dengan keinginan kepada seks atau bibit-bibitnya).[3] Jadi, aman dari fitnah bermaksud; aman dari dorongan dan keinginan tersebut.

Jadi, jika seorang wanita itu terlalu cantik dan dengan ia mendedahkan mukanya akan mendorong lelaki yang melihatnya kepada fitnah tersebut, maka wajiblah ia menutup mukanya kerana factor tersebut walaupun mengikut hukum asal; menutup muka tidaklah wajib.

Siapakah mahram bagi seorang wanita? Apakah batasan aurat wanita di hadapan mahramnya?

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan.[4] Ia merangkumi;
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

Namun ulama’-ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat; hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Adapun bahagian-bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram. Pandangan ini disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana beliau menegaskan; “Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain.[5] Pandangan kedua inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita berbanding pandangan jumhur tadi.

Dalil bagi aurat di hadapan mahram di atas?

Firman Allah, surah an-Nisa' :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan….”. (31)

Di dalam ayat di atas Allah menegah wanita mendedahkan perhiasan pada tubuh mereka kecuali kepada lelaki-lelaki yang disenaraikan di dalam ayat. Dalam senarai lelaki-lelaki tersebut terdapat mahram-mahram yang kita nyatakan di atas, kecuali bapa saudara dan mahram-mahram kerana susuan sahaja.

Bapa saudara, walaupun tidak ada dalam senarai para lelaki dalam ayat di atas, namun menurut ulamak ia termasuk mahram kerana kedudukannya yang menyamai bapa berdasarkan ‘uruf dan terdapat hadis menyatakan;[6]

عَمُّ الرَّجُلِ صِنْوُ أبيه
“Bapa saudara seseorang adalah satu pokok dengan bapanya”. (Riwayat Imam Muslim).

Adapun mahram-mahram kerana susuan hukum bagi mereka sama seperti hukum mahram kerana nasab tadi kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

يحرم من الرضاع ما يحرم من النسب
“Diharamkan kerana susuan apa yang diharamkan kerana nasab”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Perhiasan tubuh yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah perhiasan yang batin/khafiyy iaitu yang tersembunyi[7] pada badan wanita. Ia adalah sebalik kepada perhiasan zahir yang disebut sebelum ini (iaitu pakaian yang dipakai serta bahagian muka dan dua tangan). Perhiasan yang batin/khafiy ini merujuk kepada perhiasan yang berapa di bahagian tubuh wanita yang wajib ditutup di hadapan lelaki ajnabi tadi (iaitu bahagian selain muka dan tangan). Perhiasan ini merangkumi anting-anting, rantai, gelang kaki atau sebagainya. Ia tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut di dalam ayat di atas. Jika perhiasan sudah tidak harus diperlihatkan, apatahlagi hendak memperlihatkan tempat beradanya perhiasan itu iaitu tubuh itu sendiri, sudah tentu lebih diharamkan.

Apakah kategori perhiasan yang ada pada badan wanita dan apa hukum mendedahkannya?

Merujuk kepada huraian kita sebelum ini, maka kita akan dapati bahawa perhiasan pada badan wanita itu ada dua jenis;[8]

1. Perhiasan zahir; iaitu pakaian yang dipakai dan perhiasan yang ada di kawasan muka dan tangan (seperti celak, cincin, inai dan sebagainya). Perhiasan zahir ini harus diperlihatkan (atau didedahkan) kepada orang lain termasuk lelaki ajnabi, namun dengan syarat aman dari fitnah.

2. Perhiasan batin/khafiy (tersembunyi); iaitu perhiasan yang berada di kawasan selain muka dan tangan seperti anting-anting, rantai, gelang kaki dan sebagainya; tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut oleh Allah di dalam ayat 31 (dari surah an-Nur) di atas.

Jadi, hukum perhiasan adalah mengikut hukum tempat beradanya perhiasan itu. Jika ia berada di kawasan badan yang harus didedahkan (iaitu muka dan dua tangan), maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga harus. Jika ia berada di kawasan badan yang haram didedahkan, maka hukum mendedahkan perhiasan itu juga adalah haram.

Selain di hadapan suami dan mahram, di hadapan siapa lagi wanita diberi kelonggaran untuk memperlihatkan perhiasan khafiynya?

1. Sama-sama kaum wanita
2. Di hadapan hamba-hamba mereka
3. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
4. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.

Di hadapan mereka harus seorang wanita memperlihatkan perhiasan khafiynya. Oleh itu, dibenarkan ia membuka tudung di hadapan mereka dengan syarat aman dari fitnah. Keharusan ini adalah adalah berdasarkan ayat 31 (dari surah an-Nur) tadi.

Apakah batasan aurat sesama wanita?

1. Aurat di hadapan wanita Islam.

Aurat seorang wanita di hadapan wanita Islam adalah menyamai batasan auratnya di hadapan mahramnya, iaitu;

a) Menurut jumhur ulamak; antara pusat dan lutut. Jadi menurut pandangan jumhur ini, harus seorang wanita mendedahkan mana-mana bahagian dari badannya di hadapan wanita Islam kecuali bahagian antara pusat dan lutut sahaja.

b) Menurut sebahagian ulamak; seluruh badannya adalah aurat kecuali kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betis. Jadi menurut pandangan ini, harus seorang wanita mendedahkan kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betisnya di hadapan wanita Islam. Bahagian lain tidak harus didedahkan kerana ia masih tetap aurat walaupun di hadapan wanita Islam.[9] Pandangan ini ditarjih oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebagaimana dinyatakan tadi (sila baca kembali; aurat wanita di hadapan mahramnya).

2. Aurat di hadapan wanita kafir

Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir;

a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi. Hal ini kerana apa yang akan dilihat oleh orang wanita kafir kepada wanita muslim akan menjadi suatu fitnah kepada agama dan diri wanita muslim itu.

b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam tadi iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”.[10]

Ada di kalangan ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak;

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.[11]

Ada sebahagian orang hari ini mempertikai kewajipan memakai tudung kepala? Menurut mereka; tidak ada dalil bagi kewajipan bertudung. Benarkan dakwaan mereka?

Tidak benar. Kewajipan bertudung sabit dengan dalil al-Quran, as-Sunnah dan disepakati oleh sekelian ulamak (ijmak).

1. Di dalam al-Quran, perintah bertudung dengan jelas dapat difahami dari firman Allah dalam surah an-Nur tadi;

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Al-Khumur dalam ayat di atas adalah kata jama’ (plural) bagi kalimah al-Khimar yang memberi erti tudung atau kain penutup kepala. Pengertian ini telah disepakati oleh para ulama’ tafsir dan juga kamus-kamus Bahasa Arab yang muktabar.

Syeikh Nasiruddin al-Bani dalam kitabnya “Hijab al-Mar’ah al-Muslimah” (Pakaian wanita Islam) menyebutkan bahawa makna tersebut tidak ada sebarang khilaf di kalangan ulama’ (yakni semua ulama’ sepakat memberi makna al-khimar sebagai tudung atau kain penutup kepala).[12]

Menurut Imam Thabari dalam tafsirnya iaitu Tafsir at-Thabari, ayat tersebut memberi pengertian; “Hendaklah wanita-wanita beriman melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada mereka untuk menutup dengannya rambut, leher serta anting-anting mereka”. (Tafsir at-Thabari, Ibnu Jarir at-Thabari, surah an-Nur, ayat 31)

2. Dalil dari as-Sunnah ialah;

a) Sabda Nabi s.a.w. kepada Asma’ dalam hadis yang telah dikemukakan sebelum ini; “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja ”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (Riwayat Imam Abu Daud). Hadis jelas menunjukkan bahawa kepala adalah aurat dan wajib ditutup di mana Rasulullah s.a.w. hanya mengisyaratkan kepada muka dan tangan sahaja ketika menjelaskan bahagian badan yang harus didedahkan.

b) Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan; “Semoga Allah mengurniakan rahmat/kasih sayang kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal. Tatkala turun ayat “وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ” (yang bermaksud: hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada-dada mereka), mereka memotong kain-kain bulu mereka, lalu mereka bertudung dengannya”. (Rujuk;Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nur, ayat 31)

c) Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh” (Riwayat Imam Muslim).[13]

3. Dari penelitian kita terhadap pendapat-pendapat ulama’ dari pelbagai mazhab, kita dapati tidak ada ulama’ yang mengecualikan kepala atau rambut dari aurat. Mereka hanya berikhtilaf (berbeza pendapat) pada muka, tangan, lengan dan kaki; ada ulama’ menyatakan anggota-anggota ini termasuk dalam aurat yang wajib ditutup dan ada ulama’ yang menyatakan tidak. Tentang kepala dan rambut, semua ulamak sepakat menyatakan bahawa ia adalah anggota yang wajib ditutup. Jadi, suara-suara sumbang yang mengajak wanita membuka tudung dan mendedahkan kepala dan rambut mereka di khalayak ramai, suara tersebut jelas bercanggah dengan ijma’ ulama’ di samping menyalahi nas al-Quran dan as-Sunnah yang telah kita bentangkan tadi.

Sejauhmana keharusan lelaki melihat kepada wanita?

Harus lelaki memandang wanita tetapi dengan tiga syarat;

1. Melihat kepada tempat bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada aurat dilarang sama sekali sekalipun tanpa syahwat.

2. Melihat tanpa disertai syahwat. Jika dengan syahwat, haram melihatnya sekalipun pada tempat yang bukan aurat.

3. Tidak dikhuatiri mendatangkan fitnah.

Larangan melihat kepada aurat berdalilkan sabda Nabi s.a.w.;

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ

Maksudnya:“Janganlah lelaki melihat kepada aurat lelaki lain, janganlah wanita melihat aurat wanita lain. Jangan lelaki sesama lelaki berada di dalam satu pakaian dan janganlah wanita bersama wanita berada dalam satu pakaian” (HR Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri r.a.)

Apa hukum bersentuhan antara lelaki dan perempuan?

1. Jika hubungan mereka adalah suami-isteri, harus mereka saling bersentuhan tanpa ada had dan batasan, yakni harus bagi suami atau isteri menyentuh mana-mana bahagian dari badan pasangan masing-masing tanpa sebarang pengecualian.

2. Jika hubungan mereka adalah sesama mahram; harus mereka bersentuhan –sama ada bersalaman, memegang atau sebagainya-, akan tetapi khusus bagi kawasan yang bukan aurat sahaja, iaitu kawasan yang harus dilihat oleh mahram. Adapun kawasan aurat, tidak harus menyentuhnya sekalipun sesama mahram. Kaedahnya; “Bahagian yang tidak harus dilihat, maka menyentuhnya juga tidak harus. Bahagian yang harus dilihat, maka menyentuhnya juga harus (dengan syarat tanpa syahwat dan tidak mendatangkan fitnah)”.[14]

3. Jika mereka adalah ajnabi (tiada hubungan sebagai suami-isteri atau hubungan mahram); tidak harus sama sekali bersentuhan termasuk bersalaman.

Apa dalil larangan bersentuhan antara lelaki dan wanita yang ajnabi? [15]

1. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;

وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ وَمَا بَايَعَهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ
“Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai’ah. Baginda tidak membai’ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sekiranya antara lelaki dan wanita ajnabi boleh bersentuhan, sudah tentu Nabi s.a.w. akan membai’ah kaum wanita dengan berjabat tangan dengan mereka kerana itu yang biasa dilakukan oleh Nabi tatkala berbai’ah dengan kaum lelaki.

2. Dari Ma’qal bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Benarkah ada ulamak yang mengharuskan lelaki bersalaman dengan wanita yang telah tua yang tiada lagi syahwat?

Ya, iaitu ulamak-ulamak mazhab Hanafi. Mereka berpandangan; harus seorang lelaki bersalaman dengan seorang wanita tua yang tidak lagi ada syahwat/keinginan kepadanya. Begitu juga, harus seorang wanita bersalaman dengan lelaki tua dengan syarat aman dari fitnah (yakni aman dari dorongan nafsu sama ada dari dirinya atau dari diri lelaki tua itu). Jika tidak aman dari fitnah, tidak harus bersalaman.

Namun menurut jumhur ulamak; haram bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi sama ada muda atau tua, sama ada masih ada syahwat atau tiada syahwat kerana dalil-dalil tadi menyebutkan pengharaman secara umum tanpa adanya pengecualian.[16]

Nota Kaki:
[1] Pandangan jumhur ini merangkumi mazhab Hanafi dan Maliki dan salah satu qaul dari Imam Syafi’ie. Ada ulamak (iaitu Imam Ahmad dan qaul yang asah dari Imam Syafi’ie) berpandangan; keseluruhan tubuh wanita adalah aurat tanpa kecuali. Mengikut pandangan ini, wanita wajib menutup keseluruhan tubuhnya termasuk muka dan tangan. Menurut pandangan ini; pemakaian niqab adalah wajib. Dalam bab aurat wanita ini, pandangan yang paling luas ialah Imam Abu Hanifah di mana menurut beliau; kaki juga tidak aurat. (Menurut Imam Abu Yusuf –anak murid Imam Abu Hanifah-; lengan juga tidak aurat). Jadi, menurut pandangan ini; keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup kecuali tiga bahagian iaitu; muka, tangan dan kaki. (Rujuk; Tafsir surah an-Nur, hlm. 151).
[2] Hadis ini walaupun dikatakan dhaif oleh sebahagian ulama’, namun menurut pakar penilai hadis zaman ini iaitu Syeikh Nasiruddin al-Bani; hadis ini telah dikuatkan oleh banyak hadis-hadis yang lain yang memberi makna serupa. Oleh itu, menurut beliau hadis ini tidak kurang martabatnya dari hadis hasan. Kerana itu, ia sah untuk dibuat hujjah. Hal yang serupa juga disebut oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya “al-Halal wa al-Haram Fil Islam”, halaman 152. Untuk lebih terperinci, lihat taklik Syeikh Nasiruddin mengenai hadis ini dalam nota kaki kitabnya ‘Hijab al-Mar-ah al-Muslimah fi al-Kitab wa as-Sunnah, halaman 24-25).
[3] Fiqh al-Albisah dan az-Zinah, hlm. 78-79.
[4] Fiqh al-Usrah, Hassan Ayyub, hlm. 19, Syarah Soheh Muslim, juz. 9, kitab al-Hajj. Fiqh al-Albisah dan Az-Zinah, hlm. 86.
[5] Al-Halal wa al-Haram, hlm. 156. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 87.
[6] Al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 156. (Berkata Imam Nawawi;
صِنْوُ أَبِيهِ: أي مثل أبيه وفيه تعظيم حق العم
(Lihat; Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 9, kitab az-Zakah).
[7] Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
[8] Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
[9] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 89.
[10] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 90.
[11] Tafsir surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah, hlm. 143-144.
[12] Lihat nota kaki, m.s. 33.
[13] Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi; “Rasulullah s.a.w. melalui pandangan ghaibnya seolah-olah melihat kepada zaman ini, zaman di mana terdapat kedai-kedai atau salun-salun khas untuk menggubah rambut wanita, mencantikannya dan mempelbagaikan fesyen-fesyennya. Biasanya kedai-kedai atau salun-salun ini diselia oleh lelaki-lelaki yang melakukan kerja mereka bagi mendapat upah atau bayaran. Bukan sekadar itu, malah ramai wanita yang tidak memadai dengan rambutnya yang sedia ada yang dianugerahkan Allah, maka mereka membeli pula rambut-rambut palsu. Rambut palsu ini mereka sambungkan dengan rambut asal mereka untuk kelihatan lebih ikal, bersinar dan cantik, supaya dengan itu diri mereka menjadi lebih menarik dan menggoda…”. (al-Halal wa al-Haram, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, halaman 84-85)
[14] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 88-89.
Syarat aman dari fitnah itu perlu diberi perhatian terutama di zaman hari ini. Antara mahram yang masih muda terutamanya (seperti antara adik dan kakak, abang dan adik perempuan dan sebagainya) hendaklah lebih berjaga-jaga kerana sentuhan yang berlebihan mungkin membawa bangkitnya nafsu. Apatahlagi pada masa kini di mana wujud banyak factor pendorong nafsu yang boleh melarikan seseorang dari fitrah asalnya. Lagipun banyak kes sumbang mahram dilaporkan. Kerana langkah berjaga-jaga itulah Imam Ahmad memakruhkan seorang lelaki melihat betis ibunya dan juga dada ibunya kerana khuatir mendorong kepada syahwat. Maka yang terbaik ialah seorang lelaki itu tidak masuk ke dalam bilik ibu, anak perempuan dan kakak atau adik perempuannya kecuali setelah keizinan mereka. Adapun untuk masuk ke dalam bilik isterinya cukup dengan memberi salam sahaja, tanpa perlu meminta izin. (Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 89 (halaman muka dan juga nota kaki no. 1)).
[15] Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 107.
[16] Fiqh al-Albisah wa az-Zinah, hlm. 108.

Diedit dari: http://fiqh-am.blogspot.com.

Cara Mengambil Wudhu'

Cara Melakukan Wudhu’

Tatacara berwudhu’ adalah bersamaan dengan Rukun Wudhu’.

Rukun-rukun wudhu'

Rukun wudhu' itu ada enam perkara:-

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN, BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
Membersih Kedua-Dua Tangan

Berkumur-kumur dan Menyedut Air Ke Hidung


1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wudhu', bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-


Lafaznya: "Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala"

Ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.


2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali. DISERTAKAN DENGAN NIAT.

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.




5. Menyapu Kedua-dua belah telinga hingga rata




6. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.



7. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Doa Sesudah BerWudhu'.

Selesai mangangkat wudhu' hendaklah membaca Doa Sesudah Wudhu'

Luqathah

Luqathah : (لقطة) Adalah suatu barang yang ditemui di atas bumi yang bebas atau di atas jalan umum, samada ianya bersifat harta, makanan, minuman, binatang ternak, buah-buhan atau sebagainya. Barangan ini tidak dipastikan pemiliknya yang sah.

Jenis Luqathah
Luqathah mempunyai 2 jenis, iaitu:
1. Barangan yang tahan lama, seperti wang, emas, perak, dan seumpamanya.
2. Barang-barang yang cepat rosak seperti makanan, buah-buahan dan sebagainya. Atau tahan lama jika diawet.

Hukum mengambil atau menyimpan barang Luqathah
Dalam masalah luqathah, apa yang diutamakan ialah hukum amanah atau hukum iktisab (usaha).

Apabila seseorang menemui sesuatu barang di tanah mati atau di jalan umum, maka harus baginya mengambil atau meninggalkannya. Tetapi yang lebih utama mengambilnya, kalau memang orang itu percaya pada dirinya boleh menjaga barang temuan tersebut.

Jika sekiranya ditemui di tanah milik orang maka tidak harus bagi orang lain mengambilnya.

Walaupun begitu, hendaklah dipenuhi beberapa syarat yang tertentu. Sebelum sesuatu hukum ditetapkan. Sebagaimana yang dibahaskan oleh alim ulamak.

Makruh bagi orang fasik, bahkan ulamak Mazhab Syafi’e melarang orang fasik mengambil barang temuan, dan harus dirampas dari tangannya, seperti merampas harta anak sendiri.

Wajib, apabila orang yang mengambilnya adalah orang yang merdeka, warak dan pintar. Barang yang dijumpai pula berada di tempat yang tidak aman dari pengkhianatan atau kawasan orang kafir. Jadi orang mukmin wajib menjaga harta sebahagian mukmin yang lain, sebagaimana wali (penjaga) anak yatim, wajib menjaga harta anak yatim. Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t.:


Sebahagian ulamak pula tidak mewajibkan mengambilnya, bahkan sunat sahaja. Pendapat inilah yang sahih.

Sunat, apabila orang yang mengambilnya adalah orang yang merdeka, warak dan berakal (bijak). Barang yang dijumpai pula berada di tempat yang aman dari pengkhianatan dan bukan daerah orang musyrik.

Syarat-syaratnya.
1. Jika barang temuan tu boleh disimpan lama, hendaklah dimumkan oleh sesiapa yang menjumpainya, sehingga ada pemiliknya. Hendaklah diumumkan kepada orang ramai dengan menyebut tanda-tanda barangan itu, bukan zat dan bentuknya secara keseluruhan.

Zaid bin Khalid al-Juhani meriwayatkan, bahawa Nabi s.a.w. ditanya tentang temuan emas dan perak, lalu beliau bersabda:



2. Barang yang ditemui harus disimpannya jika dikhuatiri akan diambil oleh orang yang fasik dan tidak amanah, atau barangan berkenaan akan menjadi rosak dan binasa jika ditinggalkan. Jika tidak rosak dan akan ditemui oleh pemiliknya maka tidak harus menyimpannya.

Dari hadits riwayat Zaid di atas, orang itu bertanya pula kepada Nabi s.a.w. tentang unta yang hilang. Baginda bersabda:


Orang itu bertanya lagi tentang kambing. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maknanya : “Ambillah!, kambing itu milikmu atau kepunyaan saudaramu atau bahagian serigala (jika ditinggalkan)”.

Rasulullah bersabda demikian, kerana kambing sukar dikenali oleh pemiliknya, mudah pula dicuri orang, tidak mampu mencari makan minum sendiri dan mudah dimakan serigala atau binatang buas. Hadits di atas di riwayat oleh Bukhari dan Muslim. Walau bagaimanapun hadits ini mempunyai lafaz dan jalan riwayat yang berbeza-beza.

3. Jika barang yang ditemui merupakan barang makanan harus bagi seseorang mengambil dan memakannya, dengan niat dan sedar akan mengganti kembali kepada tuannya dengan nilai yang diminta jika dituntut oleh pemiliknya. Dan harus pula ditinggalkannya. Harus dimakan atau digunakannya kerana takut rosak dan membazir begitu sahaja. Contohnya seperti buah-buahan, makanan dan sebagainya.

4. Hamba tidak boleh mengambil barang yang ditemui, kerana mengambil barang luqathah bukan bererti menjadi milik, bahkan hanya pemagang amanah semata-mata. Sedangkan hamba tidak mempunyai syarat-syarat sebagai seorang pemegang amanah.

Syarat Mengumum atau Menyimpan.

Jika berniat ingin memiliki:
1. Hendaklah diumumkan selama setahun jika ia ingin memilikinya. Hanya beberapa kali dalam setahun.
2. Hendaklah diumumkan di pintu-pintu masjid berdekatan luqathah itu. Bukan di dalam Masjid. Setengah pendapat ulamak menghukum haram mengumumkan barang luqathah di dalam masjid. Ada pula menghukum makruh.
3. Hendaklah dimumkan di tempat barangan itu dijumpai.
4. Jika dimumkan wajib menyebut sebahagian dari sifat-sifat barang itu sahaja, bukan seluruh sifatnya.
5. Orang yang mengaku sebagai pemilik hendaklah ditanya sebahagian lagi sifat barang-barang berkenaan. Agar tidak berlaku penipuan atau pengkhianatan.

Jika tidak berniat ingin memiliki:
1. Tidak perlu diumumkan, cukup hanya disimpan ditempat selamat seperti harta sendiri selaama mana pemiliknya tidak datang menuntut.

Bait Bi Tsamani ‘Ajil

Bai' Bi Tsamani ‘Ajil: (Jual beli dengan bayaran lewat) atau Ansuran : iaitu jual beli secara bayaran tertangguh dari sehari ke sehari atau dari bulan ke bulan dan seumpamanya dengan penetapan harga tertentu, masa tertentu dan syarat yang tertentu yang disepakati bersama.

Jual beli ini juga dipanggil jual beli secara kredit, secara hutang, bayaran kali atau Ansuran. Jual beli secara kredit dibolehkan dalam hukum jual beli Islam. Kredit adalah membeli barang dengan harga yang berbeza dengan pembayaran dalam bentuk jualan tunai tunai. Biasanya harga akan lebih mahal. Ini dikenal dengan istilah : bai` bit taqshid atau bai` bi-tsamani `ajil.

Syarat sah bai` bi-tsamani `ajil
Walaupun jual beli bai` bi-tsamani `ajil diharuskan di dalam Sistem Muamalah tetapi ada syarat-syarat tentu yang seharusnya dipatuhi dalam urusan ini:

1. Barangan milik sempurna. Barang yang hendak dijual adalah milik sempurna penjualnya. Bukan barang milik orang lain. Haram jual beli jika orang tengah melakukan jualan secara bai` bi-tsamani `ajil, kerana barang bukan miliknya, walaupun mungkin tuanpunya pada dasarnya bersetuju.

2. Harga Ditetapkan. Harga harus disepakati di awal transaksi meskipun pelunasannya dilakukan kemudian. Misalnya : harga rumah 100 Ribu bila dibayar tunai dan 150 Ribu bila dibayar dalam tempoh 5 tahun. Harga hendaklah tidak melebihi 1 kali ganda harga asal.

3. Lafaz Harga Terakhir. Hendaklah dilafazkan jual beli dengan harga yang terakhir, misalnya : Aku jual Rumah ini dengan harga 150 Ribu bayaran tertangguh atau ansuran atau beberapa kali. Manakala pembeli pula hendaklah menerimanya dengan lafaz : Aku belilah rumah ini dengan harga 150 Ribu bayaran tertanguh.

4. Tiada Tambahan Kerana Ingkar Janji. Tidak boleh dikenakan apa-apa bunga atau faedah atau ‘interest’ apabila pembayarnya lambat melunaskan bayarannya, sebagaimana yang sering berlaku. Jika berlaku kelewatan penjual hendaklah berunding dengan pembeli secara berhemah.

5. Disepakati Kedua Pihak. Pembayaran Ansuran disepakati kedua belah pihak dan tempoh pembayaran yang dtetapkan sehingga terhindar dari bai` gharar (penipuan). Bai' al-Gharar ialah
jual beli yang mengandungi penipuan; seperti jual beli benda yang tidak mungkin dapat diserahkan, jual ikan yang masih dikolam, jual buah yang masih dipohon dan belum matang, jual beli dengan melempar batu (bai' al-hashäh), dan sebagainya

Hukum Jual Beli. Al-Qaradawi dalam bukunya Halal Haram mengatakan bahawa jualansecara kredit dengan menaikkan harga diharuskan. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah membeli makanan dari orang Yahudi dengan bertempoh untuk nafkah keluarganya.

Jika si penjual itu menaikkan harga kerana tempohnya, tanpa persetujuan awal antara penjual dan pembeli sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para pedagang yang menjual dengan kredit maka haram hukumnya dengan dasar bahawa tambahan harga itu berhubung masalah waktu dan itu sama dengan riba.

Tetapi jumhur (majoriti) ulama membolehkan jual beli secara hutang ini, kerana pada asalnya boleh dan nas yang mengharamkannya tidak ada. Jual beli kredit tidak boleh disamakan dengan riba dari segi manapun. Oleh kerana itu seorang pedagang boleh menaikkan harga menurut yang selayaknya, selama tidak sampai kepada batas kezaliman. Kalau sampai terjadi demikian, maka jelas hukumnya haram.

Imam Syaukani berkata: "Ulama Syafi'iyah, Hanafiyah, Zaid bin Ali, al-Muayyid billah dan Jumhur berpendapat boleh berdasar umumnya dalil yang menetapkan boleh. Dan inilah yang kiranya lebih tepat."

Dalam hadits Nabi riwayat Ibnu Majah dari Shalih bin Shuhaib, ada tiga perkara yang didalamnya terdapat keberkatan : jual beli dengan harga tertangguh (ba'i bi tsamani 'ajil, muqaradhah, mudharabah), dan mencampur gandum dengan tepung untuk keperluan rumah, bukan untuk dijual.

Haid

HAID: Haid berasal dari bahasa arab yang bererti Mengalir. Menurut istilah, haid adalah darah yang keluar dari pangkal rahim seorang wanita yang sihat, sama ada banyak atau sedikit pada waktu-waktu tertentu yang teratur dan berkala setiap bulan.










Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:


هَذَا شَيءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَم


Maknanya : "Haid adalah sesuatu yang ditakdirkan Allah atas perempuan anak adam".

Setiap bulan biasanya seorang perempuan yang sihat mengalami masa haid dan suci. Kalau haidnya 6 hari maka masa sucinya 24 hari. Kalau masa haidnya 7 hari maka masa suci-nya 23 hari

Jadual tempoh Haid dan tempoh suci
5 hari suci
7 hari haid
18 hari suci

Begitulah peredaran pusingan haid setiap bulan.

Masa awal Haid seorang perempuan
Umur minima seseorang dihitung mengalami masa haid adalah kira-kira 9 tahun mengikut bulan Hijrah. Atau sekitar kurang 15 hari daripada genap usianya 9 tahun.

Contohnya, jika seseorang perempuan akan mencapai umur 9 tahun pada tanggal 26 Muharram, tetapi sebelum mencapai tanggal 26 Muharram dia melihat darah. Bila keluarnya darah sebelum tanggal 10 Muharram maka darah yang keluar disebut darah penyakit. Bila keluarnya darah sesudah tanggal 10 Muharram disebut ‘Darah Haid’ dan dia dihukum Baligh.

Jika sekiranya seorang perempuan keluar darah sejak 18 hari sebelum umur 9 tahun Hijrah. Darah tersebut keluar hingga 5 hari iaitu 13 hari sebelum umur 9 tahun Hijriyah. Maka hukum darah yang keluar pada 2 hari pertama disebut ‘Darah Penyakit kerana keluar 2 hari sebelum 16 hari dari umur 9 tahun (mengikut pengiraan tahun Hijrah). Manakala darah yang keluar 3 hari terakhir disebut darah HAID kerana keluar setelah 16 hari dari umur 9 tahun (Hijriyah). Oleh itu seseorang perempuan yang mengalami keluarnya darah begini bermakna dia sudah dihukum baligh.

Tempoh masa keluar Darah Haid
Darah haid akan keluar sekurang-kurangnya sehari semalam. Kebiasaannya antara 6 hingga 7 hari dan paling lama 15 hari. Sekiranya melebihi 15 hari maka darahnya dianggap darah penyakit (isthadhah).

Sifat Darah Haid
Warnanya merah tua atau merah kehitam-hitaman dan biasanya tidak menggumpal. Ini sesuai dengan sabda Nabi s.a.w. , dari Aisyah r.ah bahawa Fatimah binti Hubaisy pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Ya Rasulullah, aku ini sedang dalam keadaan haid sudah beberapa hari, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya darah haid itu merah kehitam-hitaman, sebagaimana dimaklumi di kalangan wanita, jika demikian maka hentikanlah solat. Tetapi jika warnanya lain, maka berwudhuk dan solatlah engkau, kerana darah yang demikian itu hukumnya sama dengan penyakit”. (HR Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban, juga diriwayat oleh Hakim dengan catatan dan syarah Muslim).

Haid dan Solat Fardhu
Wanita yang haid adalah haram baginya menunaikan solat, menyentuh atau membaca al-Quran, juga dilarang dari berada di dalam masjid. Tidak wajib menunaikan solat ini merupakan rukhsah dan keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada wanita.

Persoalan yang timbul ialah jika datangnya haid ketika masuknya waktu solat dan seseorang itu belum melakukan solat, terdapat 2 penyelesaian berkaitan dengannya. Jika keluarnya haid dalam waktu yang sangat singkat, sehingga dianggarkan tidak sempat untuk berwudhuk maka tiada kewajipan solat baginya. Tidak perlu diqadha solat yang ditinggal setelah tiba masa sucinya. Tetapi jika tempoh waktu agak lama tetapi sengaja dilewat-lewatkan dari mengerjakan solat maka wajib atasnya mengqadha solatnya yang tak sempat dikerjakan itu selepas sucinya.

Oleh itu bagi wanita yang mengetahui hampirnya tempoh pusingan haidnya, hendaklah dia menyegerakan solat apabila masuk saja waktu.

Apabila keluarnya haid ketika bukan waktu solat atau sesudah masuk waktu solat dan wanita tadi telah mengerjakan solat, maka tiada masalah baginya.

Perkara yang diharamkan waktu Haid.

Apabila seseorang perempuan itu didatangi pusingan haidnya, maka beberapa perkara yang harus bagi mereka menjadi haram ketika saat ini, selama mana dia belum suci daripadanya. Diantaranya ialah;

1. Diharamkan mengerjakan solat samada solat Fardhu atau solat Sunat.

2. Diharamkan berpuasa samada Fardhu (Puasa Bulan Ramadhan) atau Sunat.

3. Diharamkan daripada membaca al-Quran. Tidak diharamkan dari berzikir, beristighfar dan berdoa walaupun menggunakan ayat al-Qur’an. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidak halal bagi yang sedang junub dan juga bagi yang sedang haid, membaca al-Qur’an”. (HR Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

4. Diharamkan daripada menyentuh dan membawa al-Quran, kecuali jika terpaksa untuk menyelamat dan memuliakan al-Qur’an daripada terpijak, terbakar dan seumpamanya.

5. Diharamkan dari duduk di dalam masjid (dalam tempoh yang panjang). Firman Allah s.w.t.:

6. Diharamkan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Bahkan Makruh hukumnya jika tidur berdekatan. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an,




Al-Baqarah : 222. "Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda Yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh Dengan isteri kamu) Dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan Yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri".

7. Diharamkan suami menceraikan isterinya dalam haid. Ibnu Umar r.a. pernah menceraikan isterinya dikala isterinya sedang dalam keadaan haid, lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal itu.


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Suruhlah dia merujuk isterinya kembali, kemudian hendaklah ia tahan dahulu sampai perempuan itu suci, kemudian ia haid lagi, kemudian ia suci lagi, sesudah itu kalau ia (ibnu Umar) menghendaki diteruskan perkahwinan itu, dan itulah yang baik, dan jika menghendaki (talak) boleh ditalaknya sebelum dicampurinya". (HR Bukhari dan Muslim).

8. Tawaf bagi jemaah haji atau umrah.

Mukallaf

Mukallaf : Iaitu 0rang Islam yang dikenakan kewajipan atau perintah agama dan perintah agar menjauhi larangan Allah, kerana telah dewasa, berakal (aqil baligh) serta telah mendengar dan mengetahui adanya seruan Agama Islam kepada mereka. Mereka ini pula sempurna pancainderanya.

Tidak sempurna mukallafnya jika seseorang itu bisu dan pekak sekaligus, ataupun buta dan pekak, kerana mereka tidak mampu memahami ajaran Islam yang disampaikan kepada mereka. Jika sekiranya mereka memahami ajaran Islam walau dengan apa cara sekalipun maka mereka juga termasuk di dalam golongan orang-orang mukallaf.

Orang yang tidak waras atau gila tidak tergolong dalam kumpulan orang mukallaf. Kanak-kanak yang belum baligh juga bukan seorang mukallaf sehinggalah dia mencapai akil baligh. Seorang yang tinggal di suatu tempat yang tidak sampai syariat Islam juga tidak tergolong sebagai mukallaf walaupun seseorang itu sudah akil baligh.

Akil bermaksud berakal, iaitu orang-orang yang sempurna akal fikirannya dan dia boleh membezakan antara perkara atau perbuatan baik atau buruknya.

Baligh bermaksud, seseorang lelaki atau perempuan yang sampai peringkat umurnya yang tertentu, dengan syarat-syarat yang tertentu. Jika seorang lelaki tanda balighnya ialah apabila bermimpi melakukan persetubuhan atau melihat seseorang melakukan persetubuhan sehingga membawa kepada keluar mani. Hal ini akan berlaku kepada seseorang lelaki seawal umur sembilan tahun atau selewatnya 15 tahun.

Manakala bagi perempuan tanda balighnya ialah apabila keluar darah melalui kemaluannya seawalnya ketika berusia sembilan tahun dan ke atas. Darah yang keluar itu dinamakan Darah Haid.

ZAKAT HARTA

Zakat Harta :

Zakat harta terdiri daripada ;

  1. Buah-buahan dan bijian yang menjadi makanan ruji (asasi) sesuatu negara seperti padi, gandum, kurma dan barli.
  2. Binatang Ternakan seperti kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  3. Bahan Galian seperti emas, perak
  4. Wang simpanan
  5. Harta Perniagaan seperti kedai, perusaahaan, perkilangan, saham dan sebagainya.
  6. Harta Rikaz iaitu harta karun yang dijumpai tertanam di dalam tanah.
Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: Ambilah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedeqah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk).(At-Taubah: Ayat 103)

Syarat Wajib Zakat Harta Benda
Zakat diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarat-syarat, iaitu:

  1. Islam, tidak wajib ke atas orang kafir;
  2. Merdeka, tidak wajib ke atas hamba;
  3. Sempurna Milik, bukan harta curi, bukan harta orang lain, atau sebagainya;
  4. Cukup Nisab, iaitu cukup kadar yang ditentukan oleh syarak;
  5. Cukup Haul, iaitu cukup masa atau tempoh yang ditentukan oleh syarak.
A. Zakat Buah-buahan (Bijirin)
1. Syarat wajib mengeluarkan zakat buah-buahan ialah:
  1. Pemiliknya orang Islam;
  2. Merdeka;
  3. Milik Mutlak (Sendiri);
  4. Cukup Nisab;
2. Nisab zakat buah-buahan ialah kira-kira 700 kg.
3. Hasil tanaman yang tumbuh dengan air hujan, air mata air, air sungai, atau tumbuhan di merata-rata, kadar zakatnya ialah 10%.
4. Hasil tanaman yang disiram dengan mengeluarkan perbelanjaan, kadar zakatnya ialah 5%. Sabda Nabi S.A.W.: Maksudnya: Tidak ada sedekah (zakat) pada biji dan kurma kecuali apabila cukup lima wasaq (kurang atau lebih daripada 700kg) (Riwayat Muslim)

B. Binatang Ternakan
Binatang yang wajib dikeluarkan zakatnya ialah:
a) Lembu, kerbau
b) Kambing, biri-biri, kibas;
c) Unta.

Syarat Wajib Zakat Binatang Ternakan
Syarat-syarat wajib zakat binatang ternakan ialah:
  • (a) Pemiliknya orang Islam yang merdeka;
    (b) Kepunyaan sendiri;
    (c) Cukup nisab;
    (d) Cukup haul @ genap setahun;
    (e) Bebas makan rumput di mana-mana, bukan dibeli;
    (f ) Binatang bukan digunakan untuk bekerja.
Nisab dan zakat bagi unta adalah seperti jadual yang berikut:

Setiap tambahan 50 selepas 120 ialah seekor unta betina 3 tahun lebih. Tambahan setiap 40 selepasnya ialah seekor unta betina 2 tahun lebih. (sila rujuk Fiqh Zakkah oleh Dr. Yusuf Qardhawi).

Nisab dan zakat bagi lembu/kerbau seperti yang berikut:

Nisab dan zakat Kambing/biri-biri/Kibash dinyatakan dalam jadual di bawah ini:

Setiap tambahan seratus (100) selepas300 ialah tambahan seekor kambing/biri-biri

C. Zakat Emas dan Perak.

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
  1. Milik orang Islam;
  2. Dimiliki oleh orang yang mendeka;
  3. Hak milik sepenuhnya;
  4. Cukup nisab;
  5. Genap setahun atau cukup haul.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.(Surah At-Taubah: Ayat 34)

2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 6 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5%. Jika seseorang memiliki 96 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadan 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 672 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

D. Zakat Harta Perniagaan

1. Syarat-syarat wajib Zakat Perniagaan ialah:
  1. Milik orang Islam;
  2. Dimiliki oleh orang yang mendeka;
  3. Hak milik sepenuhnya;
  4. Cukup nisab;
  5. Genap setahun.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: Dari Samurah: Rasulullah s.a.w. memerintahkan kepada kaml mengeluarkan zakat dari barang yang disediakan untuk dijual. (Hadih riwayat Daruquthni dan Abu Daud)

2. Setiap tahun peniaga hendaklah membuat kira-kira tentang barang-barang perniagaannya. Tahun perniagaan dikira dari tarikh mula berniaga. Semua barang yang terdapat di kedai dan untungnya dikira. Apabila cukup nisab, maka wajiblah dikeluarkan zakatnya seperti zakat emas iaitu 2.5%.

E. Zakat Harta Rikaz
1. Rikaz ialah hanta benda milik orang-orang dahulu kala yang berharga yang dijumpai dalam tanah.
2. Harta tersebut wajib dikeluarkan zakat.
3. Syarat-syarat mengeluarkan zakat ialah:
  1. Orang Islam;
  2. Merdeka;
  3. Milik sendini;
  4. Cukup nisab.
4. Kadar zakat harta rikaz ialah 20% daripada jumlah harta yang dijumpai.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya: Zakat rikaz (harta karun) seperlima (20%).(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lain-Lain Zakat Harta
Lain-lain zakat harta ialah zakat KWSP dan Zakat Pendapatan, Zakat gaji. Sila rujuk Jabatan Agama Islam negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.

Hikmat Zakat
1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, antaranya:
  1. Mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
  2. Mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
  3. Melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
  4. Memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
  5. Melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.
Kepentingan Zakat Kepada Umat Islam.
Berikut diterangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:
  1. Memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
  2. Membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
  3. Memperkukuh ekonomi umat Islam dan menyebabkan kaum lain menghormati kemampuan umat Islam;
  4. Umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
  5. Masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
  6. Syiar Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam. Masjid-masjid dapat dibina dengan mudah.
Wang zakat yang dikutip daripada pembayar zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam. Contohnya:
  1. Kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
  2. Kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
  3. Wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
  4. Melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
  1. Kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
  2. Wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
  3. membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.
Orang Yang Berhak Menerima Zakat.
Terdapat 8 Asnaf atau orang yang layak menerima zakat. Kumpulan ini samalah dengan mereka yang berhak menerima Zakat Fitrah.
  1. Orang fakir ; orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
  2. Orang miskin; onang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
  3. Amil zakat; orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
  4. Mualaf; orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).
  5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
  6. Orang berhutang; iaitu orang-orang yang berhutang dijalan Allah dan dengan tujuan yang baik.
  7. Orang yang berjuang pada jalan Allah s.w.t.
  8. Musafir yang terkandas.

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah : Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, subur dan berkat. Manakala dari segi istilah pula ialah mengeluarkan makanan yang tertentu (makanan asasi) kepada golongan yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Zakat Fitrah diwajibkan ke atas setiap orang Islam lelaki, perempuan, dewasa dan kanak-kanak.

Menurut Jumhur fuqaha', zakat fitrah wajib ke atas setiap orang yan memiliki keperluan yang melebihi makanannya dan makanan tanggungannya pada hari raya fitrah dan malamnya. Keperluan itu pula melebihi keperluan tempat kediamannya, barang-barangnya dan keprluan asasnya.

Zakat fitrah wajib dikeluarkan oleh seorang lelaki bagi dirinya dan anak-anaknya yang kecil dan miskin. Datuk hendaklah mengeluarkan zakat bagi cucunya dari anak lelakinya, jika ibubapa mereka fakir dan miskin, tetapi tidak ditaklifkan jika cucu dari anak perempuannya walaupun mereka miskin.

Kadar Zakat Fitrah
Kadar Zakat Fitrah ialah segantang Baghdad makanan asasi @ 2.7 kg @ sama nilai dengannya seperti beras, gandum, tepung dan sebagainya.

Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam
2. Merdeka
3. Mempunyai lebihan harta selain daripada keperluan makanan untuk diri dan keluarga pada hari raya
4. hidup di akhir Ramdhan dan awal Syawal

Golongan Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil (Pemungut Zakat Fitrah)
4. Mualaf, orang baru memeluk Islam.
5. Hamba Mukatab (hamba yang dijanjikan dibebaskan tuannya sekiranya ia dapat menebusnya dengan wang @ harta)
6. Orang yang berhutang dengan tujuan baik dan tidak mampu membayarnya
7. Orang yang berjuang di jalan Allah, menuntut ilmu agama atau berperang.
8. Orang musafir bertujuan baik sama ada untuk perbelanjaan, makanan dan sebagainya)

Yang lebih afdhal, zakat fitrah diberikan kepada kaum kerabat yang dekat jika mereka itu orang fakir dan miskin. Ini bermakna adalah harus memberi zakat kepada adik beradik dan kaum keluarga yang dekat jika mereka tergolong dalam 8 asnaf di atas.


Golongan Yang Tidak Layak Menerima Zakat Fitrah
1. Orang kaya
2. Hamba abdi
3. Keturunan Bani Hasyim
4. Keturunan Bani Mutalib
5. Orang Kafir
6. Orang kuat berusaha dan mempunyai cukup perbelanjaan
7. Orang yang dalam tanggungan pembayar Zakat Fitrah

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus : Bermula dari awal bulan Ramadhan hingga akhir bulan Ramadhan

2. Waktu Wajib : Setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan

3. Waktu Afdhal : Apabila terbit matahari Hari Raya Puasa yang pertama sehingga sebelum selesai Solat Hari Raya serta dua khutbahnya

4. Waktu Makruh : Bermula selepas solat Hari Raya hingga terbenam matahari Hari Raya Puasa yang pertama

5. Waktu Haram :Bermula setelah terbenam matahari Hari Raya Puasa yang pertama

Hikmat Zakat Fitrah
1. Merapatkan jurang perbezaan di antara golongan yang kaya dengan miskin
2. Mendidik diri menjadi individu yang pemurah dan tidak kedekut

Faraid

Faraid : faraid berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud ketetapan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat atau hibah ( هيبة ) sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Firman Allah s.w.t: (Maksudnya) mereka berhak untuk mendapat separuh mas kahwin yang telah kamu tetapkan (Surah al-Baqarah, ayat: 237)


Al-Baqarah 237: Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) Dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin Yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) Yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu Dengan sepenuhnya). dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu kerjakan.

Ilmu Faraid
Ilmu faraid pula ialah suatu kaedah dan pengetahuan tentang pusaka yang meliputi peraturan dan syarat-syarat pihak-pihak yang layak menerimanya, bahagiannya dan juga hukum-hukum yang berkaitan dengannya.


Ilmu faraid juga dikenali sebagai fiqh al-Mawarith, iaitu fiqh perwarisan.Oleh kerana ilmu faraid hanya membincangkan tentang harta pusaka, maka, definisi harta pusaka perlulah difahami terlebih dahulu.

Ilmu ini sukar untuk difahami. Dalam halaman ini jika anda kurang faham, sila rujuk kepada orang yang pakar sahaja. Sabda Rasulullah s.a.w:” Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai oleh manusia. Ia merupakan ilmu yang paling awal yang dicabut dari umatku..."

Harta Pusaka
Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan selepas kematian seseorang. Ia boleh terdiri daripada harta alih dan tak alih. Harta alih ialah harta yang boleh dipindahkan atau dialihkan seperti wang ringgit, emas, saham, kenderaan, perabot dan lain-lain lagi. Harta tak alih pula terdiri daripada harta yang tidak boleh dipindahkan. Contohnya, tanah, rumah, kedai dan lain-lain lagi.

Hak-Hak Ke Atas Harta
1. Hak-hak yang berkaitan dengan harta tersebut seperti nazar, gadaian dan sebagainya
2. Penyelengaraan mayat sehingga dikebumikan
3. Hutang puitang
4. Wasiat
5. Hak Pusaka

Kelayakan Menjadi Waris
1) Nasab atau keturunan
2) Perkahwinan yang sah

Syarat-Syarat Pewarisan
1) Kematian - matinya orang yang hartanya diwarisi
2) Pewaris masih hidup
3) Tiada halangan dari segi pewarisan

Hilang Kelayakan Menjadi Waris
1) Membunuh orang yang hartanya ingin diwarisi
2) Berlainan agama termasuk murtad
3) Perhambaan

Ashabul Furud
Apabila meninggal seseorang maka mereka yang ditinggalkan olehnya yang masih hidup adalah orang-orang yang berhak ke atas harta peninggalannya. Pewaris harta ini dikenali sebagai Ashabul Furud. Ashabul Furud ialah mereka yang berhak mendapat harta pusaka mengikut bahagian yang telah ditetapkan oleh Islam, iaitu di atas kadar 2/3, 1/2, 1/3, 1/4, 1/6 dan 1/8. Mereka terdiri daripada;

  • 1) Anak Perempuan
    2) Ayah
    3) Emak
    4) Datuk
    5) Nenek
    6) Saudara Perempuan seibu sebapa
    7) Saudara Perempuan sebapa
    8) Saudara Perempuan seibu
    9) Saudara Lelaki seibu
    10) Suami
    11) Isteri

Pembahagian Harta Pusaka (Untuk pengiraan tepat :http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

A) Anak Perempuan (P)
1. 1/2 bila seorang sahaja
2. 2/3 bila 2 orang atau lebih
3. Asabah (lebihan) bila bersama anak Lelaki(L)

B) Cucu Perempuan dari anak Lelaki
1. 1/2 bila seorang sahaja
2. 1/6 bila seorang dan bersama seorang Anak Perempuan
3. 2/3 bila dua orang @ lebih
4. Mahjub (terhalang) bila ada anak Lelaki
5. Mahjub (terhalang) bila ada 2 Anak Perempuan
6. Asabah (lebihan) bila ada anak Lelaki sebelah bapa
7. Asabah (lebihan) bila ada Cucu Lelaki walaupun ada 2 Anak Perempuan

C) Saudara Perempuan Seibu-sebapa (Seibu sebapa)
1. 1/2 bila seorang sahaja
2. 2/3 bila 2 orang atau lebih
3. Asabah (lebihan) bila ada Anak Perempuan
4. Asabah (lebihan) bila ada cucu dari anak Lelaki
5. Asabah (lebihan) bila ada saudara Lelaki (Seibu sebapa)
6. Mahjub (terhalang) bila ada anak Lelaki
7. Mahjub (terhalang) bila ada cucu dari anak Lelaki ke bawah
8. Mahjub (terhalang) bila ada bapa

D) Saudara Perempuan Sebapa (Sebapa)
1. 1/2 bila seorang sahaja
2. 2/3 bila 2 orang atau lebih
3. 1/6 bila ada Saudara Perempuan (Seibu sebapa)
4. Asabah (lebihan) bila ada saudara Lelaki (Sebapa)
5. Asabah (lebihan) bila ada Anak Perempuan
6. Asabah (lebihan) bila ada Cucu Perempuan daripada anak Lelaki
7. Mahjub (terhalang) bila ada 2 orang Saudara Perempuan (Seibu sebapa)
8. Mahjub (terhalang) bila ada anak Lelaki
9. Mahjub (terhalang) bila ada Cucu Lelaki daripada anak Lelaki
10.Mahjub (terhalang) bila ada Bapa
11.Mahjub (terhalang) bila ada Cucu Lelaki daripada anak Lelaki
12.Mahjub (terhalang) bila ada Saudara Perempuan (Seibu sebapa) bersama Anak Perempuan
13.Mahjub (terhalang) bila ada Saudara Perempuan (Seibu sebapa) bersama Cucu Perempuan daripada anak Lelaki

E) Saudara Perempuan Seibu (Seibu)
1. 1/6 bila seorang sahaja
2. 1/3 bila 2 orang atau lebih
3. Mahjub (terhalang) bila ada anak Lelaki
4. Mahjub (terhalang) bila ada ada Anak Perempuan
5. Mahjub (terhalang) bila ada Cucu Lelaki daripada anak Lelaki
6. Mahjub (terhalang) bila ada Cucu Perempuan daripada anak Lelaki
7. Mahjub (terhalang) bila ada bapa
8. Mahjub (terhalang) bila ada datuk

F) Bapa dan Datuk
1. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada Anak Perempuan
2. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada ada Cucu Perempuan daripada anak Lelaki.
3. 1/6 bila ada anak Lelaki
4. 1/6 bila ada Cucu Lelaki daripada anak Lelaki
5. Asabah (lebihan) bila TIADA ;


  • a) Anak Lelaki
    b) Anak Perempuan
    c) Cucu Lelaki daripada anak Lelaki
    d) Cucu Perempuan daripada anak Lelaki

6. Datuk Mahjub (terhalang) bila ada bapa

G) Emak
1. 1/6 bila ada anak Lelaki
2. 1/6 bila ada Anak Perempuan
3. 1/6 bila ada Cucu Lelaki daripada anak Lelaki
4. 1/6 bila ada Cucu Perempuan daripada anak Lelaki
5. 1/6 bila ada 2 @ lebih Saudara Lelaki atau Perempuan sama ada (Seibu sebapa) atau tidak
6. 1/3 bila TIADA ;

  • a) Anak Lelaki
    b) Anak Perempuan
    c) Cucu Lelaki daripada anak Lelaki
    d) Cucu Perempuan daripada anak Lelaki

7. 1/3 bila ada seorang Saudara Lelaki atau Perempuan samaada (Seibu sebapa) atau tidak
8. 1/3 daripada baki bila terdiri daripada ;

  • a) emak
    b) bapa
    c) suami @ isteri

H) Suami
1. 1/2 bila TIADA :

  • a) Anak lelaki
    b) Anak perempuan
    c) Cucu lelaki daripada anak lelaki
    d) Cucu perempuan daripada anak lelaki

2. 1/4 bila ADA ;

  • a) Anak Lelaki
    b) Anak perempuan
    c) Cucu Lelaki daripada anak Lelaki
    d) Cucu perempuan daripada anak Lelaki

I) Isteri
1. 1/4 bila TIADA :

  • a) Anak lelaki
    b) Anak perempuan
    c) Cucu lelaki daripada anak lelaki
    d) Cucu perempuan daripada anak lelaki

2. 1/4 bila ADA ;

  • a) Anak Lelaki
    b) Anak perempuan
    c) Cucu Lelaki daripada anak Lelaki
    d) Cucu perempuan daripada anak Lelaki

Asabah
Menurut Istilah Syarak,'Asabah ialah waris-waris yang tidak mempunyai kadar yang ditetapkan secara jelas oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Menurut pendapat ulama' Faraid, 'Asabah ialah waris yang menguasai semua harta sekiranya beliau seorang diri sahaja dan jika ada waris yang layak, dia mengambil semua baki harta yang tinggal. Mereka ialah :

  • 1) Anak Lelaki
    2) Cucu Lelaki
    3) Saudara Lelaki seibu sebapa
    4) Saudara Lelaki sebapa
    5) Bapa saudara seibu sebapa

Pembahagian 'Asabah
'Asabah terbahagi kepada 2 bahgaian iaitu ;
1) 'Asabah Nasabiah iaitu 'asabah kerana nasab
2) 'Asabah Sababiah iaitu 'asabah kerana memerdekakan hamba iaitu tuan yang memerdekakan hamba tadi mewarisi harta hamba yang dimerdekakannya jika hamba tersebut tidak mempunyai waris.

Jenis-Jenis 'Asabah Nasabiah
1) 'Asabah Bi an-Nafsi
Ia hanya melibatkan waris lelaki sahaja iaitu :
a) Anak yang meliputi :

  • 1) anak simati,
    2) cucu sebelah anak Lelaki dan ke bawah

b) Bapa yang meliputi :

  • 1) ayah simati,
    2) datuk sebelah bapa dan ke atas

c) Saudara yang meliputi :

  • 1) saudara seibu sebapa,
    2) saudara sebapa,
    3) anak saudara dari saudara Lelaki seibu sebapa
    4) anak saudara Lelaki dari saudara sebapa dan ke bawah.

d) Bapa Saudara yang meliputi :

  • 1) Bapa Saudara seibu sebapa,
    2) Bapa Saudara sebapa,
    3) anak Bapa Saudara(sepupu L)dari Bapa Saudara seibu sebapa,
    4) anak Bapa Saudara(sepupu L)dari Bapa Saudara sebapa.

Sekiranya terdapat satu golongan daripada mereka (misalnya anak) maka dia akan mendapat semua harta @ sebahagian sahaja setelah diambil oleh waris lain. Jika tiada harta yang tinggal, maka mereka tidak mendapat sebarang harta kecuali anak dan ayah

2. 'Asabah Bi Ghairihi.

  • Ia hanya melibatkan waris perempuan sahaja, iaitu:
    a) Anak Perempuan akan mendapat 'asabah jika bersama (saudaranya) Anak Lelaki
    b) Cucu Perempuan sebelah anak Lelaki jika bersama (saudaranya) Cucu Perempuan sebelah anak Lelaki dan ke bawah
    c) Saudara Perempuan seibu sebapa jika bersama (saudaranya) saudara Lelaki seibu sebapa
    d) Saudara Perempuan sebapa jika bersama (saudaranya) saudara Lelaki sebapa.

  • Syarat-Syarat 'Asabah Bi Ghairihi
    1) Perempuan tersebut mestilah dalam golongan Ashabul Furud

    2) Perempuan tersebut mestilah sama darjat seperti Anak Perempuan mestilah dengan kehadiran anak Lelaki dan tidak sah kalau Anak Perempuan dengan saudara Lelaki sebapa.

    3) Perempuan tersebut mestilah lebih tinggi martabatnya, tidak boleh 'asabah Saudara Perempuan seibu sebapa dengan kehadiran saudara Lelaki sebapa.

    Setiap golongan menjadi 'asabah dengan kehadiran orang lain iaitu saudara Lelaki masing-masing. Pewarisan di antara mereka ialah lelaki mendapat dua bahagian perempuan ( 2 : 1)

3) 'Asabah Ma'a Ghairihi
'Asabah Ma'a Ghairihi ialah setiap perempuan yang memerlukan kehadiran perempuan untuk melayakkan dirinya mendapat asabah. Mereka ialah :

  • a) Saudara Perempuan seibu sebapa akan mendapat asabah jika bersama Anak Perempuan atau ke bawah.
    b) Saudara Perempuan sebapa akan mendapat asabah jika bersama Anak Perempuan atau ke bawah.

Perempuan yang termasuk dalam 'Asabah Ma'a Ghairihi mestilah tidak mempunyai saudara Lelaki bagi diri mereka.

Jika Saudara Perempuan seibu sebapa menjadi 'Asabah Ma'a Ghairihi, maka dia mempunyai kuasa seperti Saudara Lelaki seibu sebapa dalam menghalang pewarisan daripada waris-waris yang lain tetapi dia tidak layak mengambil harta mengikut bahagian Saudara Lelaki seibu sebapa.

Hajbu (Halangan)
Hajbu (Halangan) ialah halangan daripada mewarisi harta sama ada seluruh harta atau sebahagiannya kerana adanya waris yang lebih utama daripadanya.

Pembahagian Hajbu
1) Hajbu Hirman
Hajbu Hirman ialah halangan ahli waris daripada mewarisi seluruh harta kerana adanya waris lain yang lebih berhak seperti Cucu Lelaki terhalang daripada mewarisi harta kerana adanya anak Lelaki.

Waris Yang Tidak Akan Terhalang

  • a) Anak kandung lelaki.
    b) Anak kandung perempuan
    c) Bapa
    d) Emak
    e) Suami
    f) Isteri

Waris Yang Akan Terhalang
Waris Lelaki
a) Datuk apabila adanya Bapa, datuk yang jauh akan terhalang dengan adanya datuk yang dekat

b) Saudara Lelaki seibu sebapa apabila adanya sama ada

  • 1) Bapa
    2) anak Lelaki.
    3) Cucu Lelaki dari anak Lelaki

c) Saudara Lelaki sebapa apabila adanya sama ada

  • 1) Bapa
    2) anak Lelaki
    3) Cucu Lelaki dari anak Lelaki.
    4) Saudara Lelaki seibu sebapa.
    5) Saudara Perempuan seibu sebapa yang termasuk dalam golongan 'Asabah Ma'a Ghairihi.

d) Saudara Lelaki seibu dan Saudara Perempuan seibu apabila adanya sama ada

  • 1) Bapa.
    2) Datuk
    3) Anak lelaki
    4) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah.
    5) Anak Perempuan.
    6) Cucu Perempuan dari anak Lelaki dan ke bawah.

e) Cucu Lelaki dari anak Lelaki apabila adanya anak Lelaki, cucu yang dekat akan menghalang cucu yang jauh (cicit).

f) anak saudara dari saudara Lelaki seibu sebapa apabila adanya sama ada:

  • 1) Bapa.
    2) Datuk.
    3) Anak lelaki.
    4) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah.
    5) Saudara Lelaki sebapa

g) anak saudara dari saudara Lelaki sebapa apabila adanya samaada

  • 1) Bapa
    2) Datuk
    3) Anak lelaki
    4) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah
    5) Saudara Lelaki sebapa
    6) Anak saudara dari saudara Lelaki seibu sebapa

h) Bapa Saudara seibu sebapa apabila adanya sama ada:

  • 1) Bapa
    2) Datuk
    3) Anak lelaki
    4) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah
    5) Saudara Lelaki sebapa
    6) Anak saudara dari saudara Lelaki seibu sebapa
    7) Anak saudara dari saudara Lelaki sebapa

i) Bapa Saudara sebapa apabila adanya samada:

  • 1) Bapa
    2) Datuk
    3) Anak lelaki
    4) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah
    5) Saudara Lelaki sebapa
    6) Anak saudara dari saudara Lelaki seibu sebapa
    7) Anak saudara dari saudara Lelaki sebapa
    8) Bapa Saudara seibu sebapa

j) Anak Bapa Saudara (sepupu) seibu sebapa apabila adanya sama ada:

  • 1) Bapa
    2) Datuk
    3) Anak lelaki
    4) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah
    5) Saudara Lelaki sebapa
    6) Anak saudara dari saudara Lelaki seibu sebapa
    7) Anak saudara dari saudara Lelaki sebapa
    8) Bapa Saudara seibu sebapa
    9) Bapa Saudara sebapa

k) Anak Bapa Saudara (sepupu) sebapa apabila adanya samaada:

  • 1) Bapa
    2) Datuk
    3) Anak lelaki
    4) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah
    5) Saudara Lelaki sebapa
    6) Anak saudara dari saudara Lelaki seibu sebapa
    7) Anak saudara dari saudara Lelaki sebapa
    8) Bapa Saudara seibu sebapa
    9) Bapa Saudara sebapa
    10) Anak Bapa Saudara (sepupu) seibu sebapa

Waris Perempuan
a) Nenek apabila ada emak
b) Cucu Perempuan dari anak Lelaki apabila adanya samaada:

  • 1) anak Lelaki
    2) 2 orang @ ramai Anak Perempuan kecuali dia menjadi 'asabah

c) Saudara Perempuan seibu sebapa apabila adanya sama ada:

  • 1) Bapa
    2) anak Lelaki
    3) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah.

d) Saudara Perempuan sebapa apabila adanya sama ada:

  • 1) Bapa
    2) Anak Lelaki
    3) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah
    4) Saudara Perempuan seibu sebapa yang termasuk dalam golongan 'Asabah Ma'a Ghairihi 5) 2 orang Saudara Perempuan seibu sebapa kecuali dia menjadi 'asabah.

e) Saudara Perempuan Seibu apabila adanya samaada:

  • 1) Bapa
    2) Datuk
    3) Anak lelaki
    4) Anak Perempuan
    5) Cucu Lelaki dari anak Lelaki dan ke bawah
    6) Cucu Perempuan dari anak Lelaki dan ke bawah

2) Hajbu Nukshan
Hajbu Nukshan ialah di mana ahli waris mendapat kurang dari sepatutnya kerana adanya ahli waris yang lain misalnya hak suami 1/2 daripada harta berkurangan kepada 1/4 kerana adanya anak.

Khuluk

Khulu' : Khulu' atau khuluk bermaksud perceraian antara suami dan isteri atas permintaan isteri dengan memulangkan bayaran Mahar (maskahwin) atau bayaran gantirugi kepada suami, dengan menggunakan kuasa qadhi. Cara ini juga dipanggil TEBUS TALAK.

Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak atau khulu', suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru.

Bayaran khulu' tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajarnya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri. Sebagaimana firman Allah di dalam al-Qur’an :

Al-Baqarah 229: "Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim".

Ini adalah kerana isteri telah melakukan banyak pengorbanan ketika masih bersama suami isteri. Oleh itu memadailah jika suami hanya meminta sekadar nilai bayaran mahar yang dibayar kepada isteri ketika awal pernikahan dahulu sahaja.

Rukun Khulu'
1. Suami
2. Isteri
3. Bayaran yang dipersetujui
4. Lafaz

Cara Khulu' (tebus talak).
1. Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan suami isteri yang hendak berpisah.

2. Contoh lafaz khuluk suami: “Aku ceraikan engkau dengan bayaran sebanyak RM2000, isteri terus menjawab, “Saya terima”.

3. Contoh lafaz khulu' isteri: “Ceraikan aku dengan bayaran RM2000,” jawab suami, “Saya ceraikan engkau dengan bayaran tersebut”.

4. Bayaran khulu' boleh dibuat dengan mata wang atau barang-barang lain yang halal, suci, dan berharga seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang bermanfaat dan berharga.

5. Tebus talak tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan khulu', pihak qadhi hendaklah bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.

6. Khulu' tidak mengurangi bilangan tiga talak kepunyaan suami terhadap isteri itu.

7. Khulu' boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak kerana ia adalah atas kehendak isteri tersebut.

Hikmah Khulu'.

1. Mengelakkan isteri nusyuz kepada suami.

2. Penghormatan kepada kaum perempuan kerana mereka mempunyai hak untuk
bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak.

3. Memberi keinsafan kepada suami supaya menyedari kesilapan dan kesalahannya
terhadap isteri demi kebaikan masa depan.