Showing posts with label IBADAH. Show all posts
Showing posts with label IBADAH. Show all posts

IMAM DAN MAKMUM

IMAM: ”Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solat berjama’ah itu lebih baik daripada solat sendiri dengan 27 (dua puluh tujuh) derajad.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Baiklah, Sekarang kita mulai dengan pembahasan kita. Siapa yang disebut Imam? Imam adalah orang yang memimpin solat, baik solat wajib (fardhu) maupun solat sunat (mafilah). Imam akan selalu diikuti gerak-geriknya dalam solat oleh Jama’ah yang lain.

Syarat-Syarat Seorang Imam Solat

Untuk menjadi seorang Imam harus mempunyai syarat-syarat diantaranya seperti berikut ini :

1. Sihat akal fikirannya, tidak gila atau tidak dalam keadaan mabuk.

2. Lebih fasih bacaannya. Sesuai sabda Rasulullah SAW : ”Jika bertiga maka hendaklah mereka dijadikan Imam salah seorang dari mereka, dan yang lebih berhak diantara mereka untuk menjadi Imam adalah orang yang lebih fasih bacaannya.” (HR. Muslim)

3. Harus laki-laki jika salah satu makmumnya terdapat laki-laki (tidak boleh perempuan menjadi Imam laki-laki)

4. Yang lebih tua umurnya dan atau lebih tampan wajahnya. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : ”Jika mereka sama bacaannya maka pilihlah yang lebih tua dan jika umurnya sama mereka pilihlah diantara mereka yang lebih tampan (ganteng) wajahnya.” (HR. Baihaqi)

Orang Yang Tidak Harus Menjadi Imam

1. Perempuan bagi makmum laki-laki
2. Khunsa bagi makmum laki-laki
3. Khunsa bagi makmum Khunsa
4. Perempuan bagi makmum Khunsa
5. Orang yang pandai membaca Al-Qur’an menjadi makmum kepada orang yang tidak dapat membaca Al-Qur’an.

Cara Menegur Imam Dalam Solat

Sebagai manusia, Imam dalam solat dapat saja berlaku khilaf dalam melaksanakan tugasnya. Untuk itu didalam syariat Islam sudah diatur tata cara bagaimana menegur Imam dan tata cara menegurnya adalah sebagai berikut:

1. Apabila Imam dalam melakukan gerakan solat salah maka makmum berkewajiban memperbaiki kesalahannya.
2. Cara memperbaiki kesalahan, untuk laki-laki dengan mengucapkan Subhanallah, sedangkan makmum perempuan dengan cara : bertepuk tangan (yakni memukulkan tangan kanannya ketangan kiri bagian atas)

Bagaimana Jika Imam Terbatal Solatnya

Kemudian bagiamana kalau sekiranya didalam solat berjama’ah, Imam secara tidak sengaja mengalami hal yang membatalkan solat, maka makmum yang dibelakangnya (berdiri dibelakang Imam) maju kedepan sebagai pengganti Imam dalam memimpin solat sampai solat selesai.

Perhatikan riwayat yang diceritakan Said bin Mansyur dari Abu Razin yang ertinya: ”Pada suatu hari Ali bin Abu Thalib sedang solat, tiba-tiba keluar darah dari hidungnya. Kemudian ia (Sayyidina Ali bin Abi Thalib) segera menarik tangan seorang makmum dibelakangnya maju kedepan untuk menggantikannya.” (Dikutip dari buku Pendidikan Agama Islam Oleh: Drs. Ahmad Syafi’i Mufid, M.A.)

Pengertian MAKMUM

Makmum adalah orang yang mengikuti Imam dalam solat. Makmum dalam solat berjama’ah hendaknya memiliki perasaan senang dan ikhlas kepada Imam. Untuk menjadi seorang makmum maka diperlakukan syarat-syarat tertentu diantaranya seperti berikut :

1. Makmum wajib niat mengikuti Imam dan Iman disunnahkan berniat menjadi Imam.

Perhatikan Hadist Nabi SAW : ”Sesungguhnya syahnya sesuatu perbuatan tergantung pada niatnya.”
(HR. Bukhari)

2. Makmum harus mengikuti segala gerak solat yang dikerjakan oleh Imam, seperti rukuk dan kembali dari rukuk, dengan cara melihat Imam langsung atau melihat makmum yang ada didepannya.

• Perhatikan pula Hadist Muttafaqun ’Alaih ini : Rasulullah SAW bersabda : ”Bahawasanya dijadikannya seorang Imam adalah untuk diikuti maka apabila dia bertakbir, bertakbirlah dan jika rukuk, rukuklah.”
(HR. Muttafaqun ’Alaih.)

3. Tidak boleh mendahului Imam atau melambatkan diri lebih dari dua rukun Fi’li (perbuatan).

4. Laki-laki tidak sah mengikuti Imam perempuan

5. Berada disuatu lingkungan tempat yang sama dan tidak ada batas yang menghalangi antara Imam dan Makmum.

6. Makmum dan Imam hendaklah dalam satu tempat, misalnya dalam satu Masjid atau Mushola, meskipun ini bukan termasuk syarat Jama’ah, tetapi hukumnya sunat karena makmum perlu mengetahui gerakan Imam di depan.

7. Makmum jangan mendahului Imam atau memperlambat diri dengan gerakan solat Imam, seperti Imam belum takbir makmum sudah takbir atau Imam sudah sujud makmum baru rukuk.

8. Makmum dengan Imam hendaklah sama-sama solatnya, apabila solat Ashar dengan solat Ashar. Namun, hal itu untuk mencari keutamaan jama’ah. Tetapi jika tidak bersamaan dengan orang yang solat maktubah (solat fardhu), maka tidak boleh mengikuti (menjadi makmum) dengan orang yang sedang shlat mafilah (sunat).

Seperti orang yang sedang solat Ba’diyah Isya tidak boleh diikuti oleh orang yang akan solat fardhu. Cara memberitahukan bahawa kita sedang solat sunat agar tidak diikuti oleh orang yang akan solat fardhu adalah dengan menghentakkan tangan kanan kita dan kalau melihat kode (hentakan tangan) tersebut hendaknya orang yang berniat menjadi makmum itu mengurungkan niatnya mengikuti untuk (bermakmum) kepadanya. Begitu juga orang yang solat fardhu tidak boleh mengikuti (menjadi makmum) kepada orang yang sedang solat gerhana atau solat jenazah kerana aturannya tidak sama.

Tetapi sebagian Ulama berpendapat orang yang sedang solat sunat (misalnya solat Ba’diyah Isya, dll) boleh diikuti oleh orang yang berniat akan solat fardhu karena aturannya sama. Misalnya kita sedang solat sunat (Ba’diyah Maghrib) tiba-tiba pundak (bahu) kita dicolek (sebagai tanda) seseorang akan mengikuti solat (menjadi makmum) dengan solat kita, boleh saja dan kita tidak usah (tidak perlu) memberi isyarat dengan cara menghentakkan tangan kanan kita. Wallahu a’lam bishawaab!.

9. Makmum tidak boleh mengikuti Imam jika Wudhu Imam tersebut sudah batal atau berhadas, seperti Imam yang buang angin (kentut) atau Imamnya bukan orang Islam.

10. Makmum yang datang terlambat atau masbuk sementara Imam sudah rukuk atau sujud, maka makmum masbuk membaca takbiratul ihram dengan niat mengikuti Imam.

Selanjutnya makmum masbuk mengikuti apa yang sedang dikerjakan oleh Imam. Jika Imam sudah duduk tawaruk (bersimpuh) waktu bertasyahud atau duduk Iftirasy makmum mengikutinya tanpa membaca Al-Fatihah sebab bacaan Al-Fatihah bagi makmum masbuk sudah ditanggung oleh Imam.

Sabda Rasulullah SAW : ”Jikalau kamu datang untuk solat dan kami sedang sujud maka sujudlah, tetapi jangan dimasukkan hitungan. Barangsiapa yang mendapat rukuk bererti ia mendapatkan solat.”
(HR. Abu Daud)

Dengan perkataan lain bahawa kalau makmum masbuk dapat mengikuti rukuk bersama-sama Imam walaupun makmum belum sempat membaca Al-Fatihah, makmum masbuk itu mendapat satu raka’at. Sebaliknya makmum masbuk kalau tertinggal rukuk bersama Imam maka apabila Imam salam, ia berdiri lagi untuk menyelesaikan raka’atnya yang tertinggal.

PUASA

PUASA : (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.

Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Dalil Firman Allah S.W.T:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Niat puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat
Seseorang yang akan berpuasa diwajibkan berniat puasa pada malamnya. Bagi seorang lelaki sunat hukumnya berniat berpuasa selama sebulan. Ini adalah untuk mengelak daripada terlupa berniat setiap hari. Tetapi bagi Mazhab Syafie niat hendakalah dilakukan pada setiap hari. Jika terlupa memadailah dengan niat sebulan diawal puasa.

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

• Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

• Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

• Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok hari dan sebulan bulan Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Hukum puasa

Puasa Wajib
1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
2. Puasa Kifarah.
3. Puasa Nazar.

Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Puasa Haram

1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
4. Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
5. Puasa perempuan haid & Nifas
6. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
7. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
8. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
• Berakal/waras
• Baligh (cukup umur)
• Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
• Orang Islam
• Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
• Suci daripada haid dan nifas
• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:
• Berniat pada malam harinya
• Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

• Makan sahur serta melambatkannya
• Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
• Menjamu orang-orang berbuka puasa
• Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara Makruh Dalam Berpuasa

Seseorang yang berpuasa hendaklah memelihara puasanya daripada melakukan perkara-perkara yang makruh, agar pahala puasa tidak berkurangan. Diantara perkara makruh dalam berpuasa ialah;

Perkara-perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa adalah seperti berikut :

1. Menggosok gigi selepas gelincir matahari. Mengikut Mazhab Syafie.

2. Merasa makanan - kerana takut sampai ke dalam rongga.

3. Memamah sesuatu - kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.

4. Mencium atau mengucup isteri.

5. Banyak berkumur-kumur .

6. Mengelurkan darah seperti berbekam dan lainnya.

7. Mandi kerana mahu menyejukkan badan selepas waktu asar.

8. Bercakap perkara-perkara buruk dan keji

9. Memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan ketika berwuduk

10. Menderma darah

11. Tidur yang lama disiang hari makruh mengikut pendapat mazhab maliki.

12. Lewat menunaikan mandi hadas besar sehingga melepasi waktu imsak.

13. Memandang perempuan atau lelaki atau berkhayal sehingga menaikkan nafsu syahwat. Ini termasuk menontong filem atau video lucah. Perbuatan itu adalah haram dan menghapuskan pahala puasa.

14. Berbekam. Para fuqaha berhujjah tentang hukum berbekam. Kebanyakan mereka mengatakan berbekam itu hukumnya makruh. Ini boleh dilihat dalam kitab Mughni Al-Muhtaj (Jilid I) Mazhab Syafi'ie, As-Syarh As-Saghir (jilid I) Mazhab Maliki. Kedua mazhab ini berpendapat bahawa berbekam hukumnya makruh. Mazhab Hanafi pula berpendapat tidak makruh sekiranya berbekam itu tidak melemahkan orang yang berpuasa.

Asal hukum berbekam itu batal sebagaimana sabda Rasululah s.a.w. Nabi S.A.W: "Terbatal puasa pembekam dan yang dibekam." (Riwayat At-Tirmidzi dianggap hasan sahih, juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Abu Daud). Tetapi hadits ini telah dimansukhkan oleh hadith yang lain daripada Ibnu Abbas: "Sesungguhnya Nabi S.A.W berbekam sedangkan baginda berpuasa." (Riwayat Bukhari, At-Tirmidzi menganggapnya Hadith Hasan, Abu Daud, dan Ibn Majah)

Hadith pertama (berbekam batal puasa) berlaku sebelum pembukaan kota mekah iaitu pada tahun 8 hijrah sementara hadith kedua (berbekam tidak batal) diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Abbas menganut Islam bersama ayahnya semasa pembukaan kota mekah.

Oleh yang demikian, hadith yang pertama telah dinasakhkan oleh hadith kedua. (Ibn Kathir, Al-Baith Al-Hathith)

15. Memakai bau-bauan di badan atau di dalam mulut.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
• Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
• Keluar darah haid atau nifas
• Gila (hilang akal)
• Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
• Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
• Murtad (keluar dari Islam)
• Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
• Menyelam di dalam air kerana akan menyebabkan air memasuki rongga samada telinga, mata, hidung, dubur dan sebagainya.

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran atau rukhsah (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
• Orang yang sakit .
• Orang yang berkerja buruh.
• Orang yang dalam musafir (perjalanan).
• Orang tua yang sudah lemah.
• Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك يا أرحم الراحمين
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Jika doa untuk ramai
اللهم لك صمنا وبك امنا وعلى رزقك أفطرنا برحمتك يا أرحم الراحمين

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.

3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Puasa Dalam Agama Bukan Islam

Puasa dalam agama Kristian

Dalam Katolik, puasa bermakna mengurangkan pengambilan makanan kepada satu hidangan besar (yang mungkin tidak mengandungi daging pada hari Jumaat Lent) dan dua hidangan kecil (diambil pada waktu pagi dan petang). Mengambil makanan di antara waktu makan ini tidak dibenarkan. Berpuasa dimestikan untuk penganutnya pada hari tertentu. Berpuasa sepenuhnya bermakna mengelakkan daripada memakan daging untuk sehari. Berpuasa separuh bermaksud mengambil daging hanya sekali pada hari tersebut. Kepada sesetengah Katolik, berpuasa bermaksud tidak makan apa saja kecuali minum air.

Paus Pius XII pada mulanya melonggarkan beberapa peraturan berkenaan puasa pada tahun 1956. Pada tahun 1966, Paus Paul VI menukar peraturan ketat berpuasa dalam agama Katolik Kristian. Dia mengesyorkan berpuasa bergantung kepada situasi ekonomi tempatan, dan semua penganut Katolik berpuasa secara sukarela. Di Amerika Syarikat, hanya terdapat dua hari yang wajib berpuasa - Rabu Ash dan Good Friday. Hari Jumaat Lent pula adalah hari menahan diri daripada memakan daging. Ajaran pastor sejak tahun 1966 adalah puasa secara sukarela semasa Jumaat Lent dan menahan diri daripada makan dan minum pada hari Jumaat lain. Apabila kesihatan atau kerja seseorang terganggu, peraturan ini tidak dimestikan.

Penganut Roman Katolik juga dimestikan mematuhi Puasa Eukaris yang bermakna tidak mengambil apa-apa melainkan minum air atau ubat selama sejam sebelum Eukaris (Holy Communion). Amalan pada masa dulu adalah berpuasa dari tengah malam sehingga pada hari upacara tersebut tetapi kerana upacara pada waktu tengahari menjadi kebiasaan, berpuasa untuk ini diubah kepada berpuasa selama tiga jam. Peraturan terkini memestikan berpuasa hanya selama sejam, walaupun begitu beberapa penganut Katolik masih mematuhi peraturan lama.

Puasa dalam agama Yahudi

Rencana utama: Ta'anit
Puasa untuk umat Yahudi bermakna menahankan diri keseluruhannya dari makanan dan minuman, termasuk air. Gosok gigi diharamkan pada puasa hari besar Yom Kippur dan Tisha B'Av (lihat di bawah), tetapi dibenarkan pada puasa hari kecil. Memakan ubat pada umumnya tidak dibenarkan, kecuali di mana suatu arahan doktor akan melarangkan ketahanan diri. Umat Yahudi yang mengamal berpuasa sampai ke enam hari pada satu tahun. Dengan pengecualian Yom Kippur, puasa tidak dibenarkan pada Shabbat, kerana rukun menyimpan Shabbat adalah mengikut bible ditentukan dan mengatasi hari-hari puasa berinstitusi rabbi kemudian. Yom Kippur adalah satu-satunya rukun yang mana ditentukan dalam Taurat.

Puasa dalam agama-agama lain

Amalan berpuasa tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Penganut-penganut agama lain turut berpuasa, sebagai contoh agama Hindu, Kristian dan Yahudi. Apa yang membezakan puasa-puasa ini ialah cara perlaksanaan dan juga waktu berpuasa. Namun, tujuan dan matlamat puasa adalah sama, iaitu mendekatkan diri dengan Tuhan.

Hikmat Puasa dan kesihatan

Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.

Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.

Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulin yang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.

Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.

Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok
Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.

Tertinggal Puasa

Sesiapa yang tertinggal puasa atau meninggalkannya dengan sengaja, maka wajib menggantinya dengan berpuasa selama hari-hari yang ditinggalkan. Jika luput setahun, iaitu sehingga bertemu pula dengan bulan ramadhan yang lain maka wajib dibayar fidyah. Fidyah kerana meninggalkan puasa ialah sebanyak 1 cupak makanan asasi sesuatu negara atau negeri. Sekiranya seseorang yang meninggal puasanya selama 5 tahun maka dia wajib menggantinya selama 150 hari dan 150 cupak makanan. Dan hendaklah dia memahon keampunan dari Allah dengan taubat nasuha.

(Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas).

Doa Di Mina

Mina : atau Muna adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para jemaah haji. Jaraknya dari Makkah atau Muzdalifah hanya 7 atau 8 kilometer sahaja. Bermalam atau Mabit di Mina merupakan perkara WAJIB HAJI. Iaitu berada di bumi Mina sekurang-kurangnya separuh malam (hampir 6 jam) pada : iaitu pada 10 haribulan atau malam 11 haribulan,11 haribulan malam 12 haribulan, dan 12 haribulan malam 13 haribulan. (jika berNafar Thani). Manakala bagi yang berNafar Awal maka wajib bagi mereka hanya melontar sehingga hari yang ke 12 Zulhijjah sahaja.

Kota Mina merupakan tempat berdirinya tugu (jamrah), iaitu tempat pelaksanaan melontarkan batu ke tugu (jumrah) sebagai simbolik tindakan nabi Ibrahim ketika mengusir syaitan. Di sana terdapat tiga jamrah iaitu Jamrah Ula, Jamrah Wustha dan Jamrah Aqabah. Apabila seseorang jamaah haji sampai di Mina, maka disunatkan membaca doa berikut.
Ertinya:

"Ya Allah, Ini Mina! Aku memohon dengan berkat Mina ini, Engkau anugerahkan daku dengan apa yang telah Engkau anugerahkan kepada wali-wali Engkau dan hamba-hambaa Engkau yang taat kepada Engkau. Maha suci Allah yang ArasyNya terletak dilangit, Maha Suci Tuhan yang memperlihatikan kekuatanNya di bumi, Maha Suci Tuhan yang menjalankan segala lautan, maha Suci Tuhan yang melihatkan kekuasaan dan pemerintahan di api neraka, Maha Suci Tuhan yang melihatkan rahmatNya dalam syurga, Maha Suci Tuhan yang telah mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Tuhan yang tidak perlu tempat bergantung dan tidak berhajat tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepadaNya semata-mata".

Niat Ihram Haji

Niat Ihram Haji Di Miqat
Maksudnya :
Sahaja Aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.




Solat Wusto

Solat Wusto : Wusto bererti pertengahan. Solat Wusto bererti solat pertengahan. Jadi Solat Asar adalah solat wusto atau solat pertengahan. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:

Pendapat yang menyatakan Solat Asar merupakan Solat Wusto ialah berdasarkan dari hadits Ali r.a. : Bahawa Nabi s.a.w. bersabda pada waktu perang Ahzab: “Allah akan memenuhi kubur dan rumah-rumah mereka dengan api neraka, sebagaimana mereka menghalangi kita dari solat wusto sampai terbenam matahari”. (HR Bukhari dn Muslim)

Sedang pada riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud berbunyi sebagai berikut : “Mereka menghalangi kita solat Wusto, iaitu solat Asar”.

Pendapat di atas ada kebenarannya, berpandukan penetapan waktu, iaitu sehingga sampai terbenam matahari, sebagaimana dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim. Waktu solat yang berakhir dengan terbenamnya matahari ialah Solat Asar.

QUNUT SUBUH

QUNUT SUBUH : Iaitu doa yang dibaca setelah bangkit dari rukuk pada rakaat kedua dan sebelum melakukan sujud, dibaca satu doa yang memohon kepada Allah. Hukumnya sunat Muakkad di sisi pandangan Mazhab Syafi'e. Sunat Muakkad adalah prbuatan sunat yang hampir hukumnya dengan wajib, ini bermakna jika tertinggal qunut subuh maka hendaklah digantikan dengan Sujud Sahwi sebelum salam. Jika terlupa ketika dalam turun untuk melakukan sujud, maka hendaklah dilihat adakah turunnya itu sudah separuh atau belum, jika masih belum separuh turun boleh bangkit kembali dan meneruskan Doa Qunut. Sebaliknya jika turun itu sudah separuh (iaitu lutut hampir mencecah lantai atau tangan sudah menekup disejadah maka teruskan sujud dan gantikan dengan Sujud Sahwi, jika bangkit semula BATAL solat.

Imam Maliki meletakkan Doa Qunut Subuh dalam kategori Sunat Mustahab. Lafaz doanya adalah sebagaimana berikut:

Allaahummah dinii fii man hadait
wa'aafini fii man 'aafait
watawallanii fii man tawallait
wa baariklii fii maa a'toit
wa qinii birahmatika syarramaa qadhait

Fa 'innaka taqdhii walaa yuqdhaa 'alaik
wa innahuu laa yadzilluman waa lait
wa laa ya'izzuman 'aadait
tabaa rakta rabbanaa wa ta'aalait
falakal hamdu 'alaa maa qadait
wa astaghfiruka wa atuubu ilaik

wa sollallaahu 'alaa saidinaa muhammadinin nabiyyil ummiyyi
wa 'alaa aalihi wa sohbihi wasallam.

Ertinya :
"Wahai Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin.
Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri afiat.
Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara.
Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi.
Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan.
Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum.
Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan.
Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan.
Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan.
Ampunilah memohon keampunan dariMu dan aku bertaubah kepadaMu.
Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad dan keluarganya serta sahabatnya".

Tayammum

Tayammum : Perkataan tayammum menurut bahasa bererti menuju, sedangkan menurut syarak ialah menggunakan tanah yang bersih dan berdebu untuk menyapu muka untuk menghilangkan hadats menurut cara yang telah ditetapkan oleh syarak.

Tayammum juga boleh digunakan untuk menggantikan wudhuk dan mandi janabah jika berjunub, dengan syarat-syarat tetentu.

Tayammum adalah salah satu rukhsah atau keringanan bagi orang-orang yang tidak diperkenankan menggunakan air kerana sakit atau kerana ketiadaan air atau sukar mendapatkannya.

Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air, jika terkena air akan membahayakan nyawa atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.

Harus bertayammum bagi musafir yang hanya mempunyai air cukup untuk diminum sahaja. Jika digunakan untuk mengambil wudhuk maka air itu akan habis dan tiada lagi air untuk diminum.

Tayammum tegas disyari’atkan berdasarkan Kitab, Sunnah dan Ijma’. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:


Tayammum harus menggunakan debu yang suci. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Dan pada hadits Huzaifah yang dikeluarkan oleh Muslim: “Dan tanahnya dijadikan alat pembersih bagi kita, apabila kita tidak dapat air”.

Dan dari Ali r.a. dalam riwayat Ahmad: “Dan tanah ini dijadikan alat pembersih bagiku”.

Rukun Tayammum

1. Niat;
Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
Lafaz niat:

2. Menyapu muka;
Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.

3. Menyapu tangan;
Memulakan tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dan diikuti dengan tangan kiri.

4. Tertib;
Bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).

Cara Bertayammum


1. Menepuk dua telapak tangan ke tanah atau debu yang bersih dengan jari jemari direnggangkan agar debu boleh memasuki celah-celah jari sambil berniat sebagaimana lafaz niat di atas. Angkat dan kipaskan atau tiupkan agar nipis debunya.

2. Kemudian menyapu ke muka dengan dimulakan kedua-dua tapak tangan (tanpa menggunakan jari) dari dagu membawa kepipi dan menyapu dengan debu ditapak jari ke dahi, kemudian akhirnya menggunakan dua ibu jari bawa turun kehidung.

3. Setelah itu ditepuk lagi tangan ke tanah sebagaimana langkah yang pertama dan meletakkan tapak jari kiri (tanpa mengganggu tapaknya) di bawah belakang jari kanan membawa kesiku. Setelah melepasi siku pusing tapak tangan ke atas dan menggosok lengan bahagian atas dengan tapak tangan hingga pergelangan tangan dan akhirnya menggunakan tapak ibu jari kiri menyapu ke belakang ibu jari kanan.

4. Ulangi perbuatan yang sama dengan menggunakan tapak tangan dan tapak jari kanan untuk menyapu tangan yang kiri.

Syarat-Syarat Sah Tayammum

1. Sesudah masuk waktu solat (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.
4. Anggota wudhuk tidak boleh terkena air. Jika terkena akan memberi mudharat kepada penyakitnya


Sunat-Sunat Tayammum

1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Menipiskan debu di tangan.


Perkara Yang Membatalkan Tayammum

1. Setiap perkara yang membatalkan wudhuk: Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.

2. Adanya air: setelah hendak melakukan solat terlihat air atau terdengar berita ditemui punca air, atau turunnya hujan dengan lebat, maka batallah tayammum. Setengah mazhab berpendapat batal juga solat apabila dalam perjalanan solatnya ditemui punca-punca air tadi. Namun mengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki; setelah takbiratul ihram akan sah solat seseorang yang bertayammum walaupun terdapat air ketika itu. Dan tidak wajib diulangi solatnya. Mereka berpandukan kepada hadits riwayat Sa’id al-Khudri, katanya:
“Dua orang lelaki keluar bermusafir dan mereka tidak mempunyai air. Kemudian tiba waktu solat, lalu mereka bertayamum dengan tanah (debu) yang baik (bersih), setelah itu mereka mendapatkan waktu dan masih dalam waktu solat, maka salah seorang daripadanya berwudhuk dan mengulangi solatnya, sedang seorang lagi tidak mengulanginya. Kemudian mereka datang kepada Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang dialaminya itu kepada baginda. Maka bersabdalah baginda kepada orang yang tidak mengulanginya: Engkau telah berbuat sesuai dengan sunnah dan solatmu itu telah cukup bagimu. Dan kepada orang yang mengulagi wudhuk dan solatnya beliau bersabda: Engkau mendapat pahala dua kali ganda”. (Hadits riwayat Abu Daud, Nasa’I dan lain-lain)

3. Murtad: Iaitu mengingkari agama Islam setelah memeluknya, walaupun sekejap.
4. Bertukar waktu solat: Ini bermakna apabila tayammum yang diambil pada waktu solat fardhu zohor, akan terbatal untuk solat fardhu yang lain, dan wajiblah diperbaharui apabila masuk waktu Asar.

Solat Sunat Gerhana Matahari

Solat Gerhana Matahari : iaitu solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya gerhana matahari. Samada ianya gerhana sedikit, separuh atau gerhana penuh, untuk beberapa saat atau beberapa ketika yang lama.

Gerhana matahari terjadi apabila matahari itu dihalang cahayanya oleh bulan. Oleh kerana itu tidak semua cahaya matahari akan dapat dilihat oleh penduduk bumi di bahagian matahari terbit.



Waktu melakukan solat gerhana matahari ialah apabila berlakunya gerhana itu sehingga hilang sepenuhnya. Atau sehingga matahari nampak sempurna kembali.

Cara melakukannya

Cara pertama : solat dua rakaat sebagaimana solat-solat sunat biasa, boleh dilakukan secara perseorangan atau secara berjamaah. Yang afdhalnya dilakukan secara berjamaah.

Cara Kedua : Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk, empat kali sujud, iaitu pada rakaat pertama, selepas membaca al-fatihah, rukuk dan iktidal kemudian disambung dengan membaca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua dan iktidal lalu disambung dengan dua sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Begitu halnya apabila melakukan rakaat kedua sehingga salam.

Dengan demikian, solat gerhana matahari itu semuanya ada 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan satu salam.

Bacaan al-Fatihah dan surah pada solat gerhana matahari tidah dinyaringkan dinyaringkan, ini brbeza dengan solat gerhana bulan dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

Niat Solat Gerhana Matahari

Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Gerhana Bulan : iaitu solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya gerhana bulan. Samada ianya gerhana sedikit, separuh atau gerhana penun, untuk beberapa saat atau beberapa ketika yang lama.

Waktu melakukan solat gerhana bulan ialah apabila berlakunya gerhana itu sehingga hilang sepenuhnya. Atau sehingga bulan nampak sempurna kembali. Gerhana bulan terjadi apabila Bumi menghalang bulan daripada mendapatkan cahaya pantulannya daripada matahari, samada secara penuh atau sdikit. Gambaran di bawah menunjukkan gerhana bulan penuh kerana bumi menghalang sepenuhnya cahara matahari daripada terpancar kepermukaan bulan.



Cara melakukannya

Cara pertama : solat dua rakaat sebagaimana solat-solat sunat biasa, boleh dilakukan secara perseorangan atau secara berjamaah. Yang afdhalnya dilakukan secara berjamaah.

Cara Kedua : Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk, empat kali sujud, iaitu pada rakaat pertama, selepas membaca al-fatihah, rukuk dan iktidal kemudian disambung dengan membaca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua dan iktidal lalu disambung dengan dua sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Begitu halnya apabila melakukan rakaat kedua sehingga salam.

Dengan demikian, solat gerhana bulan itu semuanya ada 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan satu salam.

Bacaan al-Fatihah dan surah pada solat gerhana bulan dinyaringkan. Hal ini berbeza dengan solat gerhana matahari yang hanya disunatkan memperlahankan bacaan surahnya dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

Niat Solat Gerhana Bulan

Solat Jumaat

Solat Jumaat : Solat dua rakaat yang dilakukan pada hari jumaat dalam waktu zohor dan disertai dengan 2 khutbah.

Solat ini merupakan solat yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. Ia adalah kelebihan yang dikurniakan khusus oleh Allah s.w.t. kepada umat nabi Muhammad yang akan memberikan kejayaan (khususnya diakhirat) melalui kemuliaan-kemuliaan yang ada pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya : “Kita adalah umat yang akhir yang wujud di dunia ini dan umat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat, sekalipun mereka lebih dahulu diberikan al-Kitab (syariat samawi) daripada kita. Kemudiannya, hari ini (jumaat) adalah hari yang ditetapkan (diberi pilihan) kepada mereka (untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.), tetapi mereka berselisih padanya (tidak menerimanya) lalu Allah memberi petunjuk kepada kita (agar menerima hari tersebut). Hari bagi Agama Yahudi ialah esok (sabtu) dan bagi Agama Nasrani pada hari selepas esok (Ahad).(HR Bukhari dan Muslim)

Solat jumaat difardhukan di Mekah sebelum Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah. Walau bagaimanapun ia tidak dapat dilakukan di Mekah disebabkan orang-orang Islam lemah dan tidak mampu untuk berhimpun bagi menunaikannya pada waktu itu. Firman Allah s.w.t. :


Maksudnya: "Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat) dan tinggalkanlah urusan berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),

Daripada Tariq bin Syihah bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “(solat) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap muslim”. (HR Abu Daud)

Syarat-Syarat Wajib Solat Jumaat.
Syarat wajib solat jumaat adalah sebagaimana syarat wajib solat fardhu yang lain, tetapi ditambah dengan beberapa syarat, iaitu:

  1. Islam. Tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam.
  2. Baligh. Kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan solat jumaat.
  3. Berakal. Sihat akal fikirannya, tidak gila, tidak kurang akalnya.
  4. Merdeka yang sempurna.
  5. Lelaki. Solat jumaat tidak diwajibkan kepada orang-orang perempuan, tetapi jika seseorang perempuan Islam menunaikan solat jumaatnya maka sah solatnya dan tidak perlu lagi menunaikan solat zohor.
  6. Sihat tubuh badan. Orang yang sakit yang tidak mampu untuk ikut serta menunaikan solat jumaat tidak diwajibkan dan hanya wajib menunaikan solat zohor sahaja.
  7. Bermukim atau mustautin. Iaitu tinggal ditempat solat jumaat didirikan. Tidak wajib solat jumaat bagi orang yang bermusafir yang diharuskan walaupun jarak perjalanannya dekat, dengan syarat dia keluar sebelum terbit fajar dan berada di tempat yang tidak didengari laungan azan dari pekan yang ditinggalkan.

Syarat Sah Jumaat.
Apabila seseorang muslim mencukupi syarat-syarat wajib, maka dia wajib menunaikan solat jumaat, tetapi tidak sah jika tidak mencukupi empat syarat berikut:

  1. Hendaklah didirikan dalam sempadan kawasan bangunan atau binaan, yang tidak terpisah di antara satu sama lain dengan suatu penghalang yang besar.
  2. Bilangan penduduk yang bermustautin yang menjadi jamaah solat jumaat tidak kurang dari 40 orang lelaki yang cukup syarat (mengikut Mazhab Syafi’e). Ini berdasarkan hadits riwayat al-Baihaqi daripada Jabir bin Abdullah r.a.
  3. Dikerjakan dalam waktu zohor. Jika waktu zohor hampir tamat maka tidak diwajibkan solat jumaat. Jika sedang solat jumaat waktu zohor tamat maka hendaklah ditukarkan menjadi solat zohor dan dikerjakan empat rakaat.
  4. Tidak berbilang jumaat dalam satu qariah, kampung atau mukim. Jika berbilang-bilang kumpulan melakukan solat jumaat dalam satu masa, yang sah hanya yang paling awal dan yang lain semuanya tidak sah. Jika tidak diketahui yang mana satukah tempat yang dahulu maka semuanya menjadi tidak sah, jika dikerjakan juga akan berdosa. Hikmatnya agar stu perhimpunan sahaja dilakukan untuk menzahirkan syiar perhimpunan tersebut dan dapat menyatukan pemikiran, manakala pertaburan solat jumaat akan menyebabkan perpecahan masyarakat.
Kefardhuan Solat Jumaat.
Ia terdiri dai dua fardhu. Kedua-duanya merupakan asas kepada rukun Islam yang agung ini.

Fardhu pertama : Dua Khutbah.

  • Khatib berdiri ketika berkhutbah, jika ia berkuasa untuk berbuat demikian, dan kedua-dua khutbah hendaklah dipisahkan dengan duduk sekejap. Ini berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w.: Muslim meriwayatkan daripada Jabir bin Sumrah r.a. : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melakukan dua khutbah dan duduk antara keduanya. Baginda juga berkhutbah dalam keadaan berdiri. (HR Muslim).
  • Khutbah disampaikan lebih dahulu daripada solat. Ini adalah pendapat ijmak ulamak.
  • Khatib berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil mahupun besar. Ini kerana khutbah sebahagian daripada solat.
  • Rukun-rukun khutbah disampaikan dalam bahasa arab.
  • Berturut-turut di antara rukun-rukun khutbah dan juga antara khutbah pertama dengan khutbah kedua serta antara khutbah kedua dengan solat jumaat.
  • Rukun-rukun kedua khutbah tersebut hendaklah didengari oleh kesemua 40 orang ahli jamaah yang mencukupi syarat-syarat sah solat jumaat.

Fardhu Kedua : Solat dua rakaat secara berjamaah.
Ulamak bersepakat mengenai perkara di atas bahawa bilangan rakaat ialah dua dan wajib dilakukan secara berjamaah.

Syarat untuk mendapat jamaah dalam solat jumaat hanya disyaratkan makmun mendapat satu rakaat penuh bersama imam, dan makmun tidak kurang daripada 40 orang. Jika makmun yang masbuk datang ketika imam bangkit dari rukuk pada rakaat kedua, solat jumaatnya tidak dikira, dan wajib baginya menyambung solatnya sebagai solat zohor selepas salam imamnya.

Rukun-Rukun Khutbah
Khutbah jumaat mempunyai lima rukun, iaitu;

  1. Memuji Allah s.w.t. dengan menggunakan mana-mana lafaz sekalipun.
  2. Berselawat ke atas Nabi s.a.w. dengan mana-mana kata-kata yang memberi makna selawat.
  3. Berpesan dan mengajak ahli jamaah agar bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan menggunakan mana-mana lafaz atau uslub.
  4. Membaca sekurang-kurangnya sepotong ayat al-Qur’an pada salah satu daripada dua khutbah. Ayat yang dibaca hendaklah memberi kefahaman dan makna yang jelas.
  5. Berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua. Doa berkenaan boleh menggunakan mana-mana uslub atau gaya bahasa asalkan diterima masyarakat setempat sebagai bentuk doa.

Perkara Sunat di hari Jumaat.

  1. Mandi sunat pagi jumaat dengan niat tertentu.
  2. Membersih segala kekotoran dibadan dan memakai wangi-wangian. (wangian – kecuali ketika ihram haji atau umrah).
  3. Memakai pakaian yang paling elok, dan lebih afdhal pakaian berwarna putih.
  4. Memotong kuku dan merpelokkan rambut.
  5. Keluar awal ke masjid, agar mendapat pahala yang besar dari Allah s.w.t.. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mandi pada hari jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia pergi ke masjid maka seolah-olah dia telah bersedekah dengan seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat yang kedua, seolah-olah dia bersedekah dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga, dia seolah-olah bersedekah dengan seekor kambing yang bertanduk. Sesiapa yang pergi pada saat keempat dia seolah-olah bersedekah dengan seekor ayam. Dan sesiapa yang pergi pada saat kelima, dia seolah-olah bersedekah dengan sebiji telor. Kemudian apabila imam keluar (menaiki mimbar untuk berkhutbah) para malaikat hadir bersama mendengar nasihat dan peringatan.
  6. Solat Tahiyyatul Masjid apabila memasuki masjid.
  7. Diam ketika mendengar khutbah.
  8. Solat dua rakaat selepas solat jumaat.

SOLAT

SOLAT : (الصلاة) Solat atau sembahyang merupakan ibadah yang wajib dan sunat dilakukan oleh setiap orang Islam, ianya terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu, yang dimulai dengan takbiraul ihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat dan rukun yang tertentu. Ianya dilakukan pada waktu-waktu yang tertentu.


Pengertian Solat
Dari Segi Bahasa : Solat dari segi bahasa bererti doa. Manakala dari segi istilah pula solat bermaksud : 
Ucapan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Solat mempunyai beberapa waktu dan jenis yang berbeza, diantaranya ialah solat fardhu (Fardhu Ain) Solat Kifayah (Fardhu Kifayah) dan Solat Sunat.

Solat Fardhu
Solat Fardhu yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Muslim dan Mukmin ada 5 waktu iaitu : Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib, Solat Isya' dan Solat Subuh. Dalil yang mewajibkan solat tersebut adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam al-Qur'an :


"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya "
ayat 103 : Surah An-Nisa'

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda maksudnya: "“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur 10 tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”

Solat Kifayah
Solat kifayah ialah solat fardhu kifayah. Jika salah seorang sahaja menunaikanya maka memadailah, tetapi jika tidak ada seorangpun yang menunaikannya maka seluruh masyarakat yang mengetahui akan berdosa. Solat itu ialah Solat Janazah.

Solat-Solat Sunat
Manakala solat sunat terlalu banyak, antaranya :
  • Dan bermacam-macam jenis solat sunat lagi.

Peraturan Solat
Solat mempunyai beberapa syarat peraturan dan perkara yang mesti dipatuhi :

Jika cukup semua syarat-syarat di atas dan sempurna cara melakukan solat, maka insya Allah solat seseorang akan diterima oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya solat yang sempurna merupakan benteng kepada seseorang daripada melakukan perbuatan keji.

Maksudnya: 45. Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
Ini bererti solat yang sempurna akan menyempurnakan iman seseorang hamba. Akan tetapi jika solat seseorang dilakukan dalam keadaan sambil lewa, tak sempurna syarat dan rukunnya, lalai dan alpa, riak, takabbur, ujub dan seumpamanya maka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya:


Maksudnya : 4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang - 5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; 6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),Cara Melakukan Solat


Gerakan Dalam Solat





Kesalahan Dalam Perlakuan Solat




TEMPAT SOLAT
Solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja apabila masuknya waktu solat. Jangan ditangguhkan walau berada di atas kapal terbang sekalipun.

Solat Fardhu atau Wajib

Solat Fardhu : Solat fardhu adalah solat yang wajib ditunaikan oleh seseorang yang mencukupi syaratnya. Solat-solat fardhu ialah :

  1. Solat Subuh.
  2. Solat Zohor.
  3. Solat Asar.
  4. Solat Maghrib.
  5. Solat Isya’.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : “Ada lima solat yang diwajibkan Allah atas hamba-hambaNya. Barangsiapa mengerjakannya dan tidak menyia-yia satupun di antaranya kerana memandang remeh, Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. Dan barangsiapa tidak mengerjakannya, maka tidak dijanji apa-apa dari Allah, jika Dia menghendakinya akan disiksanya dan jika dikehendakiNya pula akan diampuninya”. (Hadits Khamsah kecuali Tarmizi).

Waktu Solat Fardhu.
Ketetapan masa dimana setiap jenis solat fardhu wajib ditunaikan. Jika belum sampai waktunya atau melebihi waktunya yang ditetapkan tidak sah dilakukan solat yang telah luput waktunya atau belum tiba waktunya. Sebagai contoh, tidak sah solat zohor sebelum tiba waktunya dan begitu pula tidak sah solat zohor dalam waktu Asar kecuali qada.

Sebagaimana firman Allah s.w.t.:


114. Dan dirikanlah solat (Wahai Muhammad, Engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu Yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat.

78. Dirikanlah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) solat subuh Sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).


130. Oleh itu, Bersabarlah Engkau (Wahai Muhammad) akan apa Yang mereka katakan, dan Beribadatlah Dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan Beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya Engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

Ini adalah dalil-dalil tentang waktu-waktu solat yang diisyaratkan oleh al-Qur’an. Manakala batas masanya ditetapkan oleh Hadits, sebagaimana hadits yang diambil dari Bukhari:


Maksudnya : “Jibril datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata : Bangun dan solatlah. Maka nabi mengerjakan solat zohor di saat matahari tergelincir. Kemudia ia datang lagi diwaktu Asar, katanya : Bangun dan Solatlah!, Baginda mengerjakan solat Asar ketika bayang sesuatu sama panjang dengan bendanya. Lalu ia datang lagi diwaktu Maghrib ketika matahari telah terbenam. Kemudian ia datang pula di waktu Isya’ dan katanya: Bangun dan solatlah, maka Nabi segera solat isya’ ketika mega merah telah lenyap. Akhirnya ia datang lagi di waktu fajar ketika fajar telah bercahaya.

Keesokkan harinya Jibril datang lagi pada waktu Zohor dan katanya: Bangun dan solatlah!, Maka Nabi mengerjakan solat ketika bayang-bayang sesuatu telah sama panjang dengan bendanya itu. Di waktu Asar, ia datang pula seraya berkata: Bangun dan solatlah!, beliaupun lalu solat pada waktu bayang-bayang telah menjadi dua kali panjang bendanya. Lalu ia datang lagi di waktu Magrib seperti kelmarin, tanpa perubahan. Setelah itu ia datang lagi pada waktu Isya’ ketika telah berlalu separuh malam – atau sepertiga malam – maka bagindapun melakukan solat Isya’. Kemudia ia datang lagi ketika malam telah mulai terang, katanya: Bangun dan solatlah!, nabipun mengerjakan solat fajar. Kemudian Jibril berkata: Nah, di antara kedua waktu itu terdapat waktu-waktu solat. (hadits Ahmad, Nasa’I dan Tarmizi).

Waktu-waktu yang diterangkan di dalam hadits di atas adalah waktu biasa. Setiap waktu meluas panjang sampai bertemu dengan waktu beriktnya, kecuali Subuh yang berakhir dengan terbitnya matahari. Hal ini berdasarkan hadits Abdullah bin Amr bin ‘As, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: “ Waktu Zohor ialah bila matahari tergelincir hingga bayang-bayang seseorang sama panjang dengan badannya selama waktu Asar tiba; waktu asar ialah selama belum menguning sinar matahari; waktu maghrib ialah selama mega merah belum lenyap; dan waktu Isya’ ialah sampai tengah malam kedua; sedangkan waktu solat Subuh mulai sejak terbit fajar sampai matahari terbit. Jika matahari telah terbit, maka hentikanlah solat, kerana ia terbit di antara dua tanduk syaitan”. (Hadits riwayat Muslim).

Cara Melakukan Solat

Kaifiat Solat : kaifiat solat atau cara melakukan solat boleh diperhatikan di dalam gambar di bawah. Takbiratul ihram : Mengangkat kedua belah tangan dengan tapak tangan menghadap ke arah kiblat dan jari direnggangkan sedikit. Kedudukan ibu jari adalah bersetentangan dengan cuping telinga yang bawah. Bagi orang lelaki tangan direnggangkan keluar dimana ketiak hendaklah dibuka sedikit.

Takbir bagi perempuan cukup hanya mengangkat tangan sehinggaparas dada dan direnggangkan sedikit kedepan. Tanpa membuka ketiaknya.



Doa Iftitah : Selepas takbir sunat membaca doa iftitah kemudian diikuti isti’azah sebelum membaca surah al-fatihah.


Qiam : atau berdiri di dalam solat. Sunat jika meletakkan tangan kiri di perut di antara pusat dan dada, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sambil memegang tangan kiri, sambil. Ail bin Hijr r.a. berkata, beliau melihat nabi s.a.w. mengangkat kedua tangannya ketika mula mendirikan solat kemudian baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri”. (HR Bukhari dan Muslim).

Sunat juga melihat ke tempat sujud. Makruh hukumnya meliarkan pandangan kesekeliling, ke atas atau ke kaki, atau memandang ke arah kaabah, melainkan ketika membaca tasyahhud disunatkan mata memandang kepada jari telunjuk, terutama ketika membaca 'Asy hadu allaailaaha illallah wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah'.


Membaca al-Fatihah : setelah selesai membaca doa iftitah, bacalah ta'awuz (a'uzubillaahi minassyaitanirrajiim) kemudian baca al-fatihah. Fatihah adalah rukun solat.


Rukuk: Setelah selesai a-Fatihah, disunatkan membaca ayat-ayat yang lain dari al-Qur'an. Rukuk adalah salah satu rukun dalam solat, iaitu dengan membongkokkan badan sekira-kira belakang dan kepala menyamai paras punggung, manakala mata mengarahkan ke tempat sujud. Disunatkan bertasbih dalam rujuk dengan bacaan : سبحان ربي العظيم

Mengikut Mazhab Syafi'e sunat ditambah dengan bacaan سبحان ربي العظيم وبحمده

Iktidal : Setelah selesai satu kali rukuk hendaklah bangkit berdiri sekejap, sekurang-kurang selama masa membaca 'subhanallah walhamdulillaah walaa ilaahaillallaah wallaahuakbar' kemudian diikuti dengan sujud.

Sujud : Merupakan salah satu rukun dalam solat, iaitu meletakkan 7 anggota badan ke lantan iaitu dahi hingga ke hidung, 2 lutut, dua tapak tangan dan 2 hujung jari. Jika terangkat salah satu daripadanya batallah solat itu, ini mengikut jumhur ulamak. Disunatkan bertasbih dengan bacaan : سبحان ربي الأعلى . Sebagaimana bacaan dalam rukuk, mazhab syafi'e sunat ditambah وبحمده

Duduk Antara Dua Sujud : ketika berada dalam keadaan ini disunatkan membaca doa. Antara doanya :

رب إغفرلى وأرحمنى وأرزقنى وأججبرنى وأهدنى وعافنى وأعف عنى


Sujud kali kedua. Selepas sujud pertama hendaklah bangkit dan duduk antara dua sujud atau duduk istirahah, serta berdoa dengan doa tertentu. Setelah itu lakukan sujud kali kedua dengan cara sebagaimana sujud yang pertama.

Jika dalam rakaat pertama dan ketiga ; bangkitlah untuk rakaat kedua atau atau keempat juga ketiga bagi solat maghrib dan dilakukan sebagaima rakaat pertama tadi dengan dimulakan membaca al-Fatihan dan seterersnya. Dalam rakaat ketiga tidak disunatkan membaca ayat-ayat dari alqur'an setelah selesai membaca a-lFatihah.


Jika dalam rakaat kedua atau keempat; duduk dan baca tahiyyat atau tasyahhud awal atau akhir. Cara duduk dalam tasyahhud awal adalah sebagaimana gambar di atas, manakala cara duduk tasyahhud akhir adalah sebagaimana gambar di bawah.

Duduk ‘tawarruk’ dalam tasyahhud akhir. Duduk tawarruk iaitu duduk di atas tulang punggung kirinya dan hujung kaki kiri dimasukkan di bawah betis kanannya. Kemudian hujung kaki kanannya dilunjurkan kebelakang dalam keadaan berlawanan dengan hujung kaki iftirash.


Duduk 'iftirash' dalam tasyahhud akhir ialah dengan duduk di atas buku lali kaki kirinya sambil mendirikan hujung kaki kanannya.

Boleh memilih untuk melakukan cara duduk samada tawarruk atau iftirash. Tetapi yang paling afdhal dan sunat ialah duduk iftirash. Gambar di bawah adalah cara duduk iftirash.

Kemudian membaca Tahiyyat atau Tasyahhud akhir.


Salam ke kanan. Ini merupakan rukun solat. Lafaz salam :


السلام عليكم ورحمة الله




Salam ke kiri. Salam kekiri dengan lafaz yang sama. Salam ke kiri adalah Sunat Hai'at. Tidak batal solat jika tertinggal melakukannya.

........masih dalam pembinaan ...........

Waktu Makruh Solat

Waktu Makruh Solat :


....maaf masih dalam pembinaan .........

Waktu Haram Solat

Waktu Diharamkan Solat :


.....Maaf masih dalam pembinaan .........

Perkara Membatalkan Solat

Perkara Membatalkan Solat: Jika berlaku atau terdapat salah satu daripada perkara-perkara di bawah maka solat seseorang itu akan batal atau tidak sah. Maka seseorang yang batal solatnya wajib mengganti dengan solat yang baru.

1. Berhadas kecil mahupun besar berdasarkan firman Allah s.w.t.:maksudnya “atau jika salah seorang di antaramu keluar dari tandas”. Maksudnya buang air, baik kecil mahupun besar”.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. “ Allah tidak menerima solat salah seorang di antaramu jika ia berhadas sampai ia berwudhuk”. Maka berkatalah seorang lelaki Hadharalmaut: Apa maksudnya hadas ya Abu Hurairah?”. “Kentuk atau berak” ujarnya. (HR Bukhari dan Muslim).

Hadas besar sebagaimana yang dinyatakan dalam hadits. “Kerana harus berwudhuk” dan kerana kata Ibnu Abbas r.a. : Mengenai mani, itulah yang diwajibkan mandi kerananya. Adapun mazi dan wadi, maka hendaklah kau basuh kemaluanmudan sekitarnya, kemudian berwudhuklah yakni wudhuk untuk solat”. (HR Baihaki dalam Sunan).

2. Terkena najis yang tidak boleh dimaafkan ketika di dalam solat. Tahi cicak adalah najis yang dimaafkan, dengan syarat segera membuangnya jika ternampak.

3. Berkata-kata dengan sengaja selain bacaan yang diharuskan dalam solat, walaupun hanya satu huruf yang memberi suatu pengertian. Dalam sebuah hadits diterangkan, diterima dari Zaid bin Arqam katanya:

“Kami pernah berbicara dalam solat, yang seorang mengajak teman di sampingnya berbicara, hingga turunlah ayat: “dan tegaklah kamu menyembah Allah dengan khusyuk”. Maka sejak itu kami diperintahkan diam dan dilarang berbicara”. (HR Jamaah)

4. Sengaja meninggalkan salah satu rukun atau syarat sah solat tanpa uzur, misalnya membuka auratnya, membelakangi kiblat atau sebagainya.

Nabi s.a.w. pernah bersabda kepada orang badwi yang tidak menyempurnakan solatnya.
“Kembalilah bersolat, kerana engkau belum cukup solatnya”. (HR Bukhari).

5. Tertawa atau mengeluarkan suara seakan ketawa samada sengaja atau tidak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tertawa itu membatalkan solat tetapi tidak membatalkan wudhuk”.

Jumhur ulamak mazhab Syafi’e menegaskan, jika keluar sesautu suara yang melebihi satu bunyi maka batal solat, kecuali batuk dan bersin. Batal solat jika berdehem: “eng hem”.

6. Bergerak tiga kali berturut dari anggota tubuh yang zahir dan nyata, seperti melangkah, berjalan, menghayun tangan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Dari Ibnu Mas’ud telah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “sesungguhnya dalam solat itu sudah ada pekerjaan tertentu, tidak layak ada pula pekerjaan yang lain”.(HR Bukhari dan Muslim)

Dalam mazhab syafi’e harus menggerak-gerakan hujung jari tanpa batasan bilangan, jika gatal, dan gerakan tadi merupakan gerakan yang ketiga dari keseluruhan pergerakan anggota yang nyata. Kecuali ada perhentian seketika di antara satu gerakan dengan gerakan yang berikutnya.

Tetapi jika ada sesuatu yang amat mendesak atau mengelak dari bahaya, maka bergerak tidak membatalkan solat, seperti menghalau binatang yang akan mengigit, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

“Rasulullah s.a.w. menyuruh membunuh kala jengking dan ular di waktu solat”. (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I, At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

7. Makan dan minum samada sengaja atau tidak.

8. Mendahului imam sehingga 2 rukun, atau ditinggalkan imam melebihi 2 rukun.

9. Murtad, atau keluar dari Islam.

10. Sengaja mengikut pergerakan imam tanpa berniat mengikut imam. Iaitu seseorang yang solat sendirian di belakang Imam tetapi melakukan gerakan solatnya sebagaimana imam di hadapan, sedangkan dia tidak berniat mengikut Imam. Kecuali kerana kebetulan.

11. Gila walau sekejap, atau pengsang yang lama.

12. Batal wudhuk kerana sebab-sebab yang membatalkan wudhuk selain dari no. 1 di atas.

13. Berubah niat.

......Maaf masih dalam pembinaan ........

Perkara Makruh Dalam Solat

Perkara Maruh Dalam Solat :

....... Maaf Masih Dalam Pembinaan ........

Perkara Sunat Dalam Solat

Perbuatan Sunat Dalam Solat : Solat juga mempunyai perkara-perkara sunat yang dituntut kepada orang yang solat melakukannya. Walau bagaimanapun tuntutan tersebut bukanlah wajib. Dengan itu pahala solat ditambah jika dia melakukannya dan tidak dikenakan dosa atau seksa dengan sebab meninggalkannya.

Sunat dalam solat secara keseluruhannya boleh dikategorikan kepada 3 bahagian:
1. Sunat sebelum solat
2. Sunat ketika solat dan
3. Sunat selepas solat.

Sunat sebelum solat.
Ianya tidak lebih daripada 3 perkara:
1. Azan
2. Iqamah
3. Meletakkan sesuatu (sebagai penanda) di hadapannya yang memisahkan antaranya dengan orang yang lalu lalang, seperti dinding, tiang, tongkat atau seumpamanya.

Sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. “Apabila Rasulullah s.a.w. keluar pada hari raya, baginda memerintahkan supaya diambil sebilah lembing yang pendek lalu di letakkan di hadapannya, lalu baginda menunaikan solat dengan berhadapan lembing tersebut, sedang orang ramai berada di belakangnya. Perbuatan tersebut dilakukan oleh baginda s.a.w. ketika bermusafir”.

Sunat ketika solat.
Ianya terbahagi kepada dua bahagian:
1. Sunat ab’adh ( أبعض ).
2. Sunat hai’at ( هيأت ).

Sunat ab’adh ialah semua perkara yang kalau ditinggalkan maka ia boleh diganti semula dengan sujud sahwi di akhir solat (sebelum salam). Di antara perkara yang menjadi sunat ab’adh ialah;
1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud pada rakkat kedua pada solat yang 4 dan 3 rakaat. Dalil menunjukkan tasyahhud awal sunat dari hadits riwayat Bukhari dan Muslim: “Rasulullah s.a.w. mendirikan solat zohor dan baginda telah meninggalkan duduk (pada tasyahhud awal). Apabila baginda menyempurnakan solatnya, baginda sujud dengan dua kali sujud (sujud sahwi)”.

2. Selawat ke atas nabi pada tasyahhud awal.

3. Duduk untuk membaca tasyahhud awal.

4. Selawat ke atas keluarga nabi s.a.w. selepas tasyahhud akhir.

5. Membaca qunut ketika solat subuh atau selepas solat witirn pada akhir ramadhan.

Manakala sunat hai’at ialah perkara yang ditinggalkan tidak boleh diganti dengan sujud sahwi. Di antara perkara sunat dalam solat yang menjadi sunat hai’at ialah;

1. Mengangkat kedua belah tangan ketika takbiratul ihram.

2. Meletakkan tangan kiri di perut di antara pusat dan dada, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sambil memegang tangan kiri, sambil. Ail bin Hijr r.a. berkata, beliau melihat nabi s.a.w. mengangkat kedua tangannya ketika mula mendirikan solat kemudian baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri”. (HR Bukhari dan Muslim).

3. Melihat ke tempat sujud. Makruh hukumnya meliarkan pandangan kesekeliling, ke atas atau ke kaki, atau memandang ke arah kaabah, melainkan ketika membaca tasyahhud disunatkan mata memandang kepada jari telunjuk.

4. Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram.

5. Membaca isti’azah atau ta'awuz sebelum membaca surah al-fatihah.

6. Membaca dengan nyaring pada dua rakaat solat maghrib, isya’ dan subuh, solat jumaat, solat dua hari raya, solat gerhana bulan atau gerhana matahari, solat minta hujan, solat tarawih dan witir dalam bulan Ramadhan. Manakala solat-solat yang lain disunatkan perlahan bacaannya.

7. Menyebut amiin selepas selesai membaca al-fatihah.

8. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat daripada al-Qur’an selepas al-fatihah.

9. Mengucap takbir ketika berpindah dari satu rukun kepada rukun yang lain.

10. Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud.

11. Meletakkan kedua tapak tangan di atas paha ketika tasyahhud awal dan akhir.

12. Duduk ‘tawarruk’ atau ‘iftirash’ ketika duduk dalam tasyahhud akhir.
Duduk tawarruk iaitu duduk diatas tulang punggung kirinya dan kaki kiri dimasukkan di bawah betis kanannya.

Manakala duduk iftirash ialah dengan duduk di atas buku lali kaki kirinya sambil mendirikan hujung kaki kanannya.

13. Membaca selawat ‘ibarhimiah’ atau selawat ke atas Nabi Ibrahim selepas tasyahhud akhir sebelum salam.

14. Mengucap salam yang kedua ke kiri selepas salam pertama yang menjadi rukun solat.
Sentiasa khusyuk di dalam solat.

Sunat-sunat selepas mengerjakan solat.
Selepas selesai menunaikan solat disunatkan melakukan perkara-perkara berikut;

1. Istighfar, zikir dan doa. “Apabila nabi s.a.w. selesai dari solat, baginda beristighfar kepada Allah sebanyak tiga kali dan baginda membaca :

اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت يا ذالجلال والإكرام
(Hadits riwayat Muslim)

Kemudian disambung dengan bacaan-bacaan zikir yang lain.

2. Berpindah dari tempat solat fardhu ketika hendak melakukan solat sunat Qabliyyah atau Ba’diyyah (Solat sunat sebelum atau selepas solat fardhu). Yang paling afdhal solat sunat qabliyyah dilakukan di rumah sendiri.

3. Membiarkan jamaah perempuan selesai keluar lebih dahulu dari masjid atau tempat solat. Ini untuk mengelak bercampur gaul di antara lelaki dan perempuan.

......Dalam Pembinaan..............