Showing posts with label AQIDAH. Show all posts
Showing posts with label AQIDAH. Show all posts

Sijjin


Sijjin : adalah kitab yang disebutkan dalam al-Qur'an surah Al-Tatfif. Sijjin merupakan kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang durhaka. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

7. Tidak sepatutnya (Mereka melakukan perbuatan Yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan Amal" orang-orang Yang berdosa itu (didaftarkan) Dalam "Sijjiin".
8. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui: apa Dia "Sijjiin" itu,
9. Ialah (tempat simpanan) Kitab catitan Yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang Yang berdosa).
10. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang Yang mendustakan -
11. Iaitu mereka Yang mendustakan hari pembalasan.
12. Dan tiada Yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang Yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!

(Al-Mutaffifiin:7-8),



Ibnu Kathsir berpendapat Sijjin merupakan "tempat kembali dan tempat tinggal orang-orang buruk".

Sijjin adalah bumi ketujuh, yang di dalamnya terdapat roh orang-orang kafir.

Lawan bagi Sijjin ialah Illiyyin.

Masjidil Haram

Masjidil Haram: ( المسجد الحرام ), disebut juga dengan Masjid al-Haram, adalah masjid paling suci umat Islam. Masjid ini terletak di tengah-tengah Kota Makkah Al Mukharamah. Masjidil Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat dan amalan ibadah yang lain.



Haram shariff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk membayangi ‘al-Baitul Makmur’ di ‘Arasy, tempat para malaikat melakukan tawaf dan mengerjakan solat mereka. Dalam Islam diyakini bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.

Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana alam seperti banjir dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah.

Imam Abul Hassan al-Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah, Masjidil Haram ini tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Utsman bin ‘Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi.

Pada tahun 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq bernama Abdullah ibn Zubair telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid. Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.

Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musa al-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini. Kalimah-kalimah al-Quran disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.

Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Babul Ibrahim di sebelah barat. Pintu besar Babus Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.

Amir Zainal Abidin al-Utsmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasha mencantikkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah. Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti. Amir Besar Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.

Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya. Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri. Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.

Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi (kerajaan umaiyah), Abbasiah hingga dilakukan perluasan kerajaan Arab Saudi. Mereka melihat Masjidil Haram bakal menampung pertambahan jumlah jemaah yang kian meningkat setiap tahun. Program perluasan kota itu bermula oleh Raja Abdul Aziz pada 1955. Ia menyaksikan keluasan bertambah dalam masa 20 tahun daripada 19,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, hampir lapan kali ganda keluasan asalnya. Penambahan itu dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal dari zaman Turki.

Ruangan tawaf juga dibesarkan tiga kali ganda dari keluasan asal. Daun pintu Kaabah juga diganti baru, dilapisi emas tulen. Raja Fahd menambah kawasan sa’i dengan laluan bertutup berhawa dingin. Begitu juga laluan bertingkat dan jambatan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim haji demi keselesaan umat Islam.

Selepas 13 tahun projek pembesaran Al-Haram siap, Raja Fahd melancarkan satu lagi projek pembesaran masjid ini. Pada 2 Safar 1409, projek ketiga perluasan Masjidil Haram oleh Kerajaan Saudi dirasmikan. Kos pembinaan bernilai 6.8 bilion Riyal Saudi dan melibatkan pertambahan masjid dan kompleks yang menempatkan kedai di barat Masjidil Haram iaitu di hadapan Babul Umrah dan Babul Malik.

Kini, di bawah pentadbiran Raja Abdullah Abdul Aziz As-Saud, Baginda merancang untuk membesarkan lagi Masjid Al-Haram.

Projek terbaru yang di laksanakan Baginda ialah membesarkan lorong Mas'a (tempat bersa’i) daripada 2 lorong kepada 4 lorong.

Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 2006, dengan mengambil sedikit dari bahagian dataran sembahyang di Bab As-Salam. Kerja-kerja pembinaan itu telah siap pada tahun 2008 masehi.

Walau bagaimanapun, keperluan dan pertambahan umat Islam seluruh dunia meningkat berpuluh-puluh kali ganda setiap tahun. Oleh itu projek pembesaran Masjidil Haram dirancang kembali dan kini sedang dibina dengan rancaknya. Pembesaran kali ini agak mengkagumkan, kerana ia melibatkan berpuluh-puluh ekar tanah di bahagian utara masjidil Haram. Projek ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2011. Dengan peluasan ini mungkin masjidil haram akan dapat menampung peningktan jemaah haji sehingga tahun 2025. Lihat gambaran di bawah.


Kehebatan dan keajaiban Masjidil Haram tidak dapat dirungkaikan oleh mana-mana ahli sains dan pihak NASA hingga kini, di mana gambaran masjidil haram tidak dapat diambil dari angkasa samada oleh kapal angkasa NASA atau satelit. Masjidil Haram akan menjadi bersinar dan tidak jelas. Lihat bukti di bawah.


Menara
Masjidil-Haram mempunyai beberapa menara yang indah. Antaranya adalah Babul Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi. Menara ini kemudiannya diperbaiki pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi. Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.

Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah al-Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Babus Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Babul Ali dan menara Babul Hazurah atau Babul Wida'.

Pada tahun 1392 Masihi Babul Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sya'ban dari Mesir. Pada tahun 905 Masihi, Khalifah Al-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Babuz Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M. Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.

Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara.

Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.

Menara paling baru yang di didirikan ialah di Babul Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darut Tauhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah. Kawasan masuk Babul Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin.

Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Babus Safa. Semua menara lain didirikan secara "berpasangan", kecuali menara tunggal di Babus Safa.

Azan yang di kumandangkan 5 kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.

Kepentingan Masjidil Haram

Kiblat atau Kaabah
Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya: "sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).

Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

Dalam Masjidil Haram terdapat beberapa tempat yang menjadi keajaiban dan sejarah yang amat hebat.

Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Hajarul Aswad
Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh kerana kejahatan manusia. Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab dosa oleh orang-orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Hijir Ismail
Hijir Ismail berpagar batu berlingkar 1.5 meter terletaknya berdampingan dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w., sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Orang yang telah mengerjakan tawaf, disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas beroda dan mengerjakan solat sunat di Makam Ibrahim.

Telaga Zam Zam
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Dan kini air zam-zam dipam dan disalurkan melalui paip sahaja.

Bid'ah

Bid’ah: ( بدعة ) dari segi bahasa ialah setiap perkara yang diadakan atau dilakukan tanpa ada contoh sebelumnya. Manakala dari segi istilahnya, iaitu setiap perbuatan yang dilakukan bukan berasal daripada Nabi Muhammad s.a.w.
Dasar hukum yang pertama yang dipegang oleh kebanyakkan ulama' ialah dari zahir nas hadits:

كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة وكل ضلالة فى النار

Maksudnya:”Setiap yang baharu (kullu muhdathatin) adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu sesat (dhalalah), dan setiap yang sesat itu ke Neraka.”

Hadits di atas diriwayatkan dari Jabir oleh al-Nasa'i dengan sanad Hasan dan dari Ibn Mas'ud oleh Ibn Majah dengan sanad Dha’if. Hadith ini Sahih mengikut Imam Muslim berdasarkan riwayat dari Jabir dengan ungkapan: "Setiap yang baharu itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat” tanpa menyebut “setiap yang sesat ke Neraka’.

Ibn Taimiyyah di dalam Minhaj al-Usul dalam Majmu' al-Fatawanya (hal. 19:191) menyebut bahawa ungkapan "setiap yang sesat itu ke Neraka" tidak Sahih daripada Rasulullah . Lihat juga pelbagai riwayat sepertimana yang dinukilkan oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan pengesahan beliau dalam lampiran kitab Tuhfatul Abrar oleh al-Lucknawi (hal. 139-144) terhadap kenyataan Ibn Taimiyyah itu.

Kalau mengikut apa yang diistilahkan mungkin perkara yang baru diada-adakan itu tidak pernah dibuat, dikata atau dipersetujui oleh Nabi s.a.w. dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu petunjuk yang baik atau Hasanah dan penyesatan atau sayyi’ah atau dhalalah.

Al Allamah Asy Syeikh Abdurrahman bin Nashir As Sa`di rahimahullah memaparkan tentang bid`ah : "Bid`ah adalah perkara yang diada-adakan dalam agama. Sesungguhnya agama itu adalah apa yang datangnya dari Nabi s.a.w. sebagaimana termaktub dalam Al Qur'an dan As Sunnah. Dengan demikian apa yang ditunjukkan oleh Al Qur'an dan As Sunnah itulah agama dan apa yang menyalahi Al Qur'an dan As Sunnah bererti perkara itu adalah bid`ah. Ini merupakan definisi yang mencakupi erti bid`ah. Beliau mengkategorikan bid`ah itu kepada dua bahagian, iaitu Bid’ah Iktiqad dan Bid’ah Amaliah.

Bid`ah I'tiqad
Iaitu bid`ah yang bersangkutan dengan keyakinan. Bid`ah ini juga diistilahkan bid`ah qauliyah (bid`ah dalam hal pendapat) dan yang menjadi rujukannya adalah sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dalam kitab hadits:
"Umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, semuanya berada dalam neraka kecuali satu golongan". Para shahabat bertanya : "Siapa golongan yang satu itu wahai Rasulullah ?. Beliau menjawab : "Mereka yang berpegang dengan apa yang aku berada di atasnya pada hari ini dan juga para sahabatku".

Jumhur ulamak bersependapat bahawa yang selamat dari perbuatan bid`ah ini hanyalah Ahlus Sunnah Wal Jama`ah kerana mereka itu berpegang dengan ajaran Nabi s.a.w. dan apa yang dipegangi oleh para sahabat radliallahu anhum dalam perkara usul (pokok) secara keseluruhannya, pokok-pokok tauhid , masalah kerasulan (kenabian), takdir, masalah-masalah iman dan seumpamanya.

Sementara kelompok-kelompok lain (yang menyimpang/keluar dari jalan yang benar) seperti Khawarij, Mu`tazilah, Jahmiyah, Qadariyah, Rafidhah, Syi’ah, Murji`ah dan pecahan dari kelompok-kelompok ini, semuanya merupakan ahlul bid`ah dalam perkara i`tiqad. Ajaran sesat dengan caranya sendiri yang menyimpang jauh dari ajaran al-Qur’an mahupun Hadits. Lihat sahaja cara mereka berzikir dan beribadat. Dan hukum yang dijatuhkan kepada mereka berbeza-beza, sesuai dengan jauh dekatnya mereka dari dasar agama, sesuai dengan keyakinan atau penafsiran mereka. Dan perincian dalam permasalahan ini sangatlah panjang untuk dihuraikan di sini.

Lihat sahaja cara Syi'ah menyambut hari kematian Saidina Hussin, dengan memukul diri, melukakan anak kecil, ini sudah tentu dapat dinilai oleh semua manusia bahawa itu adalah perbuatan melampau dan mengarut. Tidak ada apa-apa manfaat dari perbuatan tersebut, itupun jika betul mereka melukai tubuh, muka, belakang, kepala dan sebagainya sehingga mengeluarkan darah, ini bererti mereka menyiksa diri sendiri. Sekiranya perbuatan itu hanya lakonan semata-mata, maka mereka pula telah berbohong kepada umat Islam seluruhnya dan mempersenda-senda agama, sedangkan Allah mengharam daripada memudhratkan diiri sendiri, sebagaimana firman Allah:

Bid`ah Amaliyah
Iaitu bid`ah yang bersangkutan dengan amalan ibadah. Bid`ah amaliyah adalah penetapan satu ibadah dalam agama ini padahal ibadah tersebut tidak disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan perlu diketahui bahawasanya setiap ibadah yang tidak diperintahkan oleh Allah s.w.t. baik perintah itu wajib ataupun mustahab (sunat) maka itu adalah bid`ah amaliyah dan masuk dalam sabda nabi s.a.w.:

"Siapa yang mengamalkan suatu amalan yang tidak di atas perintah kami maka amalannya itu tertolak".

Itulah kaedah yang dipegang oleh para imam termasuk Imam Ahmad rahimahullah dan selain beliau menyatakan :

"Ibadah itu pada asalnya terlarang (tidak boleh dikerjakan)".

Iaitu tidak boleh menetapkan atau mensyariatkan satu ibadah kecuali apa yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka menyatakan pula :

"Muamalah dan adat (kebiasaan) itu pada asalnya dibolehkan (tidak dilarang)".

Oleh kerana itu tidak boleh mengharamkan sesuatu dari muamalah dan adat kecuali apa yang Allah s.w.t. dan rasul-Nya haramkan.

Allah ta’ala berfirman:

وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلاَّ ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللهِ

Al-Hadid: 27. Maknanya: “…dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah sedangkan kami tidak mewajibkannya kepada mereka melainkan (mereka sendiri yang mengada-adakannya) untuk mencari keredaan Allah”.

Allah memuji perbuatan para pengikut Nabi Isa a.s. yang muslim kerana mereka menjauh dan memutuskan diri mereka daripada kesukaan nafsu syahwat yang tidak diwajibkan ke atas mereka semata-mata kerana menagih keredaan Allah.

Rasulullah s.a.w., bersabda:

مَن سَنَّ فِي الإِسْلامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِن بَعْدِ

Maknanya: “Barangsiapa yang merintis (memulai) dalam Islam suatu perbuatan yang baik, maka dia mendapat pahala perbuatan tersebut dan pahala orang-orang yang melakukan perbuatan itu selepasnya”. [Diriwayatkan oleh Muslim]

Para sahabat Nabi dan generasi muslim selepas mereka banyak melakukan perkara-perkara baru yang baik dalam agama dan umat Islam menerima perkara itu seperti membina mihrab (tempat solat imam di masjid), azan kedua bagi solat Jumaat, meletakkan titik di dalam mushaf dan amalan Maulid Nabi.

Para Sahabat Melakukan Perkara Baharu Dalam Ibadah.
Berikut pula adalah beberapa peristiwa di mana para Sahabat melakukan ‘perkara baharu’
berasaskan ijtihad masing-masing berpandukan prinsip-prinsip Sunnah:

Rasulullah bersabda kepada Bilal – moga-moga Allah merahmatinya—pada ketika waktu Solat Subuh: "Wahai Bilal, ceritakan kepadaku amalan Islam engkau yang manakah yang paling engkau harapkan ganjarannya, kerana sesungguhnya aku telah mendengar bunyi tapak kasutmu di dalam Syurga.” Beliau menjawab: “Aku tidak melakukan apa-apa yang lebihku harapkan ganjarannya melainkan aku tidak pernah mengambil air solat samada siang atau malam melainkan aku lakukan solat apa yang patut aku solat”,

Dalam riwayat yang lain Bilal berkata: "Aku tidak pernah melaungkan Azan melainkan aku kerjakan solat dua rakaat selepas itu, dan tidak batal air solatku melainkan aku mengambilnya kembali dan mengerjakan solat dua rakaat selepas itu apa yang aku berhutang dengan Allah, ” mendengar itu Rasulullah bersabda “bihima”

Maksud “bihima” dengan dua amalan itu [kamu masuk Syurga]." Ibn Hajar berkata: "Hadith ini mengesahkan bahawa ijtihad dibenarkan dalam penetapan ‘masa’ bagi melakukan sesuatu amalan ibadat".

Golongan yang menolak dalil dari peristiwa di atas ini, akan beralasan bahawa pada ketika para Sahabat (r.anhum ajmain) melakukan amalan-amalan yang disebutkan ini, Rasulullah masih lagi hidup pada masa itu dan boleh membetulkan, samada membenar atau melarang perlakuan sedemikian.

Namun perlu kita ingat bahawa ‘semangat’ atau kecenderungan mengadakan ‘perkara baharu’ yang tidak diajarkan Rasulullah itu ternyata wujud di kalangan Sahabat dan mereka tidak merasakan itu suatu kesalahan. Malah Rasulullah sendiri tidak pula melarang Sahabat dari melakukan ‘perkara baharu’ itu, walaupun pada awalnya beliau sendiri tidak pernah mengajarnya atau melakukannya, dengan syarat perlakuan tersebut tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawanya, dan berasaskan prinsip umum Syari‘at.

Peristiwa yang seakan-akan sama turut terjadi kepada Sahabat bernama Khubayb ibn Isaf atau Yasaf al-Ansari (moga-moga Allah merahmatinya). Beliau meminta untuk mendirikan solat dua rakaat sebelum beliau dibunuh oleh orang-orang kafir Quraisy, seperti mana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, moga-moga Allah merahmatinya. Abu Hurairah meriwayatkan sepertimana ditemui di dua tempat di dalam Sahih Bukhari dengan berkata: "Khubayb adalah orang pertama yang memulakan (sanna) mengerjakan dua rakaat Solat bagi setiap orang Islam yang akan dibunuh oleh musuhnya."

Begitu juga seorang Sahabat, Rifa'a ibn Rafi' al-Zurqi, mereka-reka satu doa ketika Rasulullah mengimami Solat Maghrib. Ketika Rasulullah menyebut:

( سمع الله لمن حمده )

sebaik bangkit dari ruku’: "Moga Allah mendengar orang yang memujinya!" Rifa'a menyambung:

( ربنا ولك الحمد )

"Tuhan kami! Segala puji bagi Mu, melimpah ruah, agung, dan penuh keberkatan!" Kemudian setelah selesai solat Baginda bertanya siapakah yang telah berkata sedemikian kerana para Malaikat telah berebut-rebut berlumba ingin menjadi yang pertama menulisnya. (HR Rifa'a oleh Bukhari, al-Nasa'i, Ahmad, dan Malik)

Ibn Hajar berkata: "Dari hadith ini boleh dirumuskan ‘kebenaran mencipta’ (jawaz ihdāth) doa di dalam solat selain daripada apa yang diterima dari Rasulullah selama mana ianya tidak bercanggah dengan apa yang diterima dari Rasulullah ." (Lihat Fath al-Bari cetakan 1959. 2:287 #766).

Insiden yang hampir sama turut berlaku kepada seorang Sahabat yang datang lambat ketika memasuki saf solat dan memulakan solat dengan perkataan:

“الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا”

Maksudnya: Allah itu Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Engkau Ya Allah pagi dan petang” Selepas selesai solat Rasulullah bertanya siapakah yang berkata sedemikian. Seorang sahabat mengaku dan berkata: "Wahai Rasulullah! Tidak aku lakukan itu melainkan berniat baik belaka”. Rasulullah bersabda: "Aku melihat pintu-pintu langit terbuka dengan kerana kalimat itu.”

Ibn 'Umar seterusnya menyambung “"Aku tidak pernah berhenti dari menyebutnya sejak itu selepas mendengar sabda Rasulullah itu".

Di sana ada banyak ayat-ayat dan hadith-hadith lain yang menjelaskan prinsip-prinsip sama seperti di atas. Ianya jelas sekali merupakan satu kejahilan yang amat sangat terhadap asas-asas prinsip Shari‘at dan ilmu Islam – suatu pendekatan yang menyalahi amalan Salaf dan Khalaf di kalangan Ahlul Sunnah wal Jama‘ah – bagi mereka yang mentafsirkan:

"Setiap yang baharu itu Bid‘ah" dalam makna yang mutlak tanpa merujuk kepada hukum Syari‘at yang sudah termaktub dalam setiap kes-kes tersebut.

Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata tentang hadith "Setiap yang baharu itu Bid‘ah": Ini adalah kaedah umum yang membawa maksud khusus (‘ammul maksud). Apa yang dimaksudkan dengan ‘perkara yang baharu’ adalah yang bertentangan dengan Syari‘at. Itu dan itu sahaja yang dimaksudkan dengan Bid‘ah”.

Pandangan Abu Bakar Ibnu Arabi
Begitu juga Abu Bakar ibnu al-‘Arabī di dalam Syarahnya berhubung dengan hadith dalam al-
Tirmizi: “iyyakum wa muhdathat al-umur” iaitu “berhati-hati kamu dengan perkara baharu”. Beliau berkata: “Ketahuilah – moga-moga Allah mengajarmu! – bahawa apa yang dimaksudkan dengan ‘perkara baharu’ itu ada dua jenis: pertama yang tidak mempunyai asas dan mengikut hawa nafsu, yang semestinya ini tidak sah; atau perkara baharu yang selari dengan prinsip yang sudah ada, iaitu Sunnah para Khulafa’ dan para Imam-imam besar. ‘Perkara baharu’ (muhaddath) dan ‘bid‘ah’ bukanlah istilah yang semestinya terkandung di dalamnya makna keji dan dibenci.

Pandangan Imam Syafi'e
Al Hafiz Al Muhaddits Al Imam Muhammad bin Idris As Syafi’e rahimahullah (Imam Syafi'e), berkata Imam Syafi’e bahawa bid’ah terbagi dua, iaitu Bid’ah Mahmudah (terpuji) dan Bid’ah Madzmumah (tercela), maka yang sejalan dengan sunnah maka ia terpuji, dan yang tidak selaras dengan sunnah adalah tercela, beliau berdalil dengan ucapan Umar bin Khattab r.a mengenai solat tarawih : “inilah sebaik-baik bid’ah”. (Tafsir Imam Qurtubiy juz 2 hal 86-87)

Pandangan Imam Qurtubi
Al Imam Al Hafiz Muhammad bin Ahmad Al Qurtubiy rahimahullah“Menanggapi ucapan ini (ucapan Imam Syafii), maka kukatakan (Imam Qurtubi berkata) bahawa makna hadits Nabi saw yang berbunyi : “seburuk buruk permasalahan adalah hal yang baru, dan semua Bid’ah adalah dhalalah” (wa syarrul umuuri muhdatsaatuha wa kullu bid’atin dhalaalah), yang dimaksud adalah hal hal yang tidak sejalan dengan Al Qur’an dan Sunnah Rasul s.a.w, atau perbuatan Sahabat radhiyallahu ‘anhum. Hal ini telah diperjelas oleh hadits lainnya : “Barangsiapa membuat-buat hal baharu yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat buat hal baharu yang buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya” (Sahih Muslim hadits no. 1017) dan hadits ini merupakan inti penjelasan mengenai bid’ah yang baik dan bid’ah yang sesat”. (Tafsir Imam Qurtubi juz 2 hal 87)

Pandangan Imam Nawawi
Al Muhaddits Al Hafiz Al Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf An Nawawi rahimahullah (Imam Nawawi) “Penjelasan mengenai hadits : “Barangsiapa membuat buat hal baharu yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat buat hal baru yang dosanya”, hadits ini merupakan anjuran untuk membuat kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan ancaman untuk membuat kebiasaan yang buruk, dan pada hadits ini terdapat pengecualian dari sabda beliau s.a.w : “semua yang baharu adalah Bid’ah, dan semua yang Bid’ah adalah sesat”, sesungguhnya yang dimaksudkan adalah hal baharu yang buruk dan Bid’ah yang tercela”. (Syarah Annawawi ‘ala Sahih Muslim juz 7, hal. 104-105)

Pembahagian Bid'ah Mengikut Imam Nawawi
Dan berkata pula Imam Nawawi bahawa Ulama membahagi bid’ah menjadi 5, iaitu Bid’ah yang wajib, Bid’ah yang mandub, bid’ah yang mubah, bid’ah yang makruh dan bid’ah yang haram. Bid’ah yang wajib contohnya adalah mencantumkan dalil-dalil pada ucapan-ucapan yang menentang kemungkaran, contoh bid’ah yang mandub (mendapat pahala bila dilakukan dan tak mendapat dosa bila ditinggalkan) adalah membuat buku buku ilmu syariah, membangun majlis ta’lim dan pondok, dan Bid’ah yang Mubah adalah bermacam-macam dari jenis makanan, dan Bid’ah makruh dan haram sudah jelas diketahui, demikianlah makna pengecualian dan kekhususan dari makna yang umum, sebagaimana ucapan Umar r.a atas solat tarawih secara berjamaah bahawa inilah sebaik-baik bid’ah”. (Syarah Imam Nawawi ‘ala Sahih Muslim Juz 6 hal 154-155).

Pandangan Imam As-Suyuti
Al Hafiz Al Muhaddits Al Imam Jalaluddin Abdurrahman As Suyuthiy rahimahullah mengulas mengenai hadits “Bid’ah Dhalalah” ini bermakna “Aammun makhsush”, (sesuatu yang umum yang ada pengecualiannya), seperti firman Allah :

Al-Ahqaf: 25. Maksudnya: "Yang menghancur leburkan segala-galanya Dengan izin Tuhannya". (setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada Yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum Yang berdosa.

Allah Menghancurkan segala sesuatu dan kenyataannya tidak segala-galanya hancur, (atau ayat : “Sungguh telah kupastikan ketentuanku untuk memenuhi (neraka) jahannam dengan jin dan manusia keseluruhannya” QS Assajdah-13), dan pada kenyataannya bukan semua manusia masuk neraka, tapi ayat itu bukan bermakna keseluruhan tapi bermakna seluruh musyrikin dan orang zalim) atau hadits : “aku dan hari kiamat bagaikan kedua jari ini” (dan kenyataannya kiamat masih belum berlaku setelah beribu tahun setelah wafatnya Rasul saw) (Syarah Assuyuthiy Juz 3 hal 189).

Maka bila muncul pemahaman di akhir zaman yang bertentangan dengan pemahaman para Muhaddits maka mestilah kita berhati hati darimanakah ilmu mereka?, berdasarkan apa pemahaman mereka?, atau seorang yang disebut imam padahal ia tak mencapai darjat hafiz atau muhaddits?, atau hanya ucapan orang yang tak punya sanad, hanya menukil-nukil hadits dan mentakwilkan semaunya tanpa memperdulikan fatwa-fatwa para Imam?

Kesimpulan.
Mungkin tepat jika kita menerima hadits yang menyatakan setiap perkara baharu itu bid’ah, adalah amaran Rasulullah s.a.w. agar diakhir penghidupan manusia nanti tidak akan berlaku dengan sewenang-wenangnya perbuatan mengadakan perkara-perkara baharu dalam amalan ibadah.

Oleh itu jika perkara-perkara baharu itu tidak bersangkut paut dengan amalan ibadah, bahkan ianya dengan sejujurnya dilakukan demi kepentingan kemajuan umat Islam, penyatuan umat manusia, kebaikan ekonomi dan kemudahan dalam melakukan amalan hidup di dunia tidak dinamakan bid’ah.

Jika ditafsirkan setiap perkara yang dilakukan oleh manusia hari ini bid’ah jika tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., maka tidak akan ada yang akan terselamat dari perbuatan bid’ah. Semua umat Islam hari ini menaiki kenderaan bukan unta, menggunakan telefon, menggunakan komputer, memakai kain berwarna-warni, tidak memakai jubah, membina rumah batu, dan sebagainya.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa bid’ah sesungguhnya ada dua bahagian, iaitu yang baik dan yang buruk.

Munafik

Munāfiq : atau Munafik (kata benda, dari bahasa Arab:(منافق), jamaknya 'munāfiqūn') adalah terminologi dalam Islam untuk merujuk pada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Asal perkataan munafik adalah diambil sempena satu nama binatang yang hidup di padang pasir, rupanya seakan-akan arnab, Cuma telinganya agak kecil. Binatang ini bersembunyi di dalam lubang di bawah pasir. Lubangnya mempunyai banyak pintu, sekiranya ada mangsa yang boleh menjadi makanannya dia akan timbul dari mana-mana lubang yang dibuatnya. Begitu pula halnya jika lari daripada musuh.

Rasulullah pernah bertanya Badwi, apakah nama binatang ini, jawab mereka ‘nifaq’. Sempena dengan nama nifaq inilah maka al-Qur’an menyebut orang yang menyamar dan bermuka-muka adalah orang-orang Munafiq.

Di akhir zaman, di mana kita berada jauh dari Rasulullah dan sahabat yang soleh, sudah tentu ramai munafik berada di keliling kita dan mempengaruhi pemikiran kita supaya sentiasa menolak Islam dan pengabdian kepada Allah. Al Quran menyifatkan orang munafik adalah penghalang dalam menegakkan Islam dan menjadikan Islam unggul dengan berbagai alasan yang amat muluk dan enak didengar sehingga muslim yang baik mempercayaainya.

Orang Munafik tidak boleh dihukum murtad walaupun mereka selamanya selesa menipu Allah dan umat Islam tetapi mereka sebenarnya adalah orang yang berpenyakit iaitu penyakit ragu-ragu dengan kehebatan agama Allah.

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman. (QS. Al-Munafiquun:1-3)


Ertinya: (1) Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. (2) Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. (3) Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat mengerti. (QS. Munafiquun: 1-3)

MENGENALI ORANG MUNAFIQ

Sukar sekali untuk mengenali seseorang itu munafik atau tidak. Tetapi Rasulullah menggariskan ciri-ciri tertentu dengan jelas di dalam sabda baginda s.a.w. Berdasarkan hadits, Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan;

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat−sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang." Riwayat oleh as-Syaikhan dari Ibn.'Amr. (HR Bukhari dan Muslim).

Huraian :
Sifat munafik ialah sifat−sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura−pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura−pura baik dan jujur, pada hakikatnya berperangai buruk dan jahat.

Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah−ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik :
1. Khianat amanah. Iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik−baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya. Pecah Amanah yang dilakukan oleh pemimpin, pengarah syarikat dan badan-badan tertentu, adalah mereka yang bersifat dengan sifat munafik sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dalam hadits di atas.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan−akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen−kempen atau promosi−promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata−kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Tidak menepati janji. Mencabul janji−janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama. Apabila berjanji selalunya tidak dipatuhi dan dilanggari sewenang-wenangnya seolah-olah tidak berlaku sebarang perjanjian. Orang munafik mudah melupakan janjinya. Firman Allah s.w.t.;

"Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik Dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. (QS. At-Taubah : 77)

4. Melampaui Batas. Apabila bertengkar atau berbalah mereka selalu ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa melakukan perkara yang melampau atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Semua sifat−sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

BALASAN NERAKA KE ATAS MUNAFIK

Dalam sau hadits yang panjang sebagaimana yang disampaikan Mailaikat Jibril kepada Rasulullah s.a.w. tentang bagaaimana Api Neraka Jahannam dihidupkan dan dimarakkan, dan Malaikat Jibril a.s. menceritakan darjat-darjat neraka jahannam, di mana orang-orang munafik itu berada di neraka yaang paling panas iaitu Neraka Hawiyah. Pintu paling bawah dan paling panas: khusus untuk orang-orang munafik, bersama orang-orang yang kafir dizaman Nabi Isa a.s. setelah diturunkan bermacam mukjizat melalui nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun di zaman Nabi Musa a.s. Ini bermakna kedudukan orang munafiq dalam neraka adalah lebih hina dari orang-orang Yahudi dan Kristian.

Dalam al-Qur'an, Allah s.w.t menyebut :


‎“Adapun orang yang ringan timbangan amalnya, maka tempat kembalinya adalah Neraka ‎Hawiyah. Adakah engkau mengetahui, apakah Hawiyah itu? Hawiyah adalah api yang ‎amat panas sekali.” (QS. Al-Qori’ah: 8 – 11)‎


MUNAFIQ DI DALAM AL-QUR'AN.
Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur'an yang membawa perkataan munafik, dan Allah menggambarkan sifat-sifat dan kelakuan orang munafik. Di antara ayat-ayat itu adalah:

1. Berpura-pura tidak tahu berperang atau memberi alasan uzur.
Ali-Imran
:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan. (kata dengan mulut yang tiada di dalam hati)

2. Menghalang dari tertegaknya hukum Allah.
An-Nisaa’: 61. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

3. Allah melarang orang Islam membantu orang Munafik agar kembali kepangal jalan.
An-Nisaa’: 88. Maka apakah Yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke Dalam kekufuran) disebabkan apa Yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang Yang telah disesatkan oleh Allah? padahal sesiapa Yang telah disesatkan oleh Allah, maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

4. Allah memberi amaran dengan azab yang keras kepada orang-orang Munafik.
An-Nisaa’
: 138. Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa Sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa Yang tidak terperi sakitnya;

An-Nisaa’: 145. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka.

At-Taubah: 68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir Dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. cukuplah neraka itu menjadi
balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa Yang kekal.

5. Orang beriman dilarang bergaul dengan mereka yang bersifat Munafik
An-Nisaa’: 140. Dan Sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di Dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) Dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal Yang lain; kerana Sesungguhnya (jika kamu melakukan Yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di Dalam neraka jahannam.

6. Orang munafik malas menunaikan solat, kecuali hanyak untuk riak.
An-Nisaa’: 142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

7. Orang munafik mempersendakan orang-orang Islam.
Al-Anfal: 49. (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang Yang ada penyakit (syak) Dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang Kami Yang lebih besar bilangannya)". dan (yang sebenarnya) sesiapa Yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh Yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

At-Taubah: 64. Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran Yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa Yang ada Dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (Wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa Yang kamu suka), Sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa Yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"

8. Orang munafik bersifat kedekut dan suka kepada perbuatan buruk.
At-Taubah: 67. Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama Dengan setengahnya Yang lain; mereka masing-masing menyuruh Dengan perbuatan Yang jahat, dan melarang dari perbuatan Yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang Yang fasik.

At-Taubah: 75. Dan di antara mereka ada Yang membuat janji Dengan Allah Dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada Kami dari limpah kurniaNya, tentulah Kami akan bersedekah, dan tentulah Kami akan menjadi dari orang-orang Yang soleh".

At-Taubah: 76. Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil Dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan
sememangnya mereka orang-orang Yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

9. Allah memerintahkan Nabi menentang orang-orang munafik dengan jihad.
At-Taubah: 73. Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

60. Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang Yang ada penyakit (syak ragu-ragu) Dalam hatinya, serta orang-orang Yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,

10. Allah Maha Mengenali orang-orang munafik walaupun orang Islam tidak mengenali mereka.
At-Taubah: 101. Dan di antara orang-orang Yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada Yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras Dengan sifat munafik; Engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah Yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab Yang besar.

Al-Ankabuut: 11. Dan Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang Yang beriman, dan Sesungguhnya ia mengetahui akan orang-orang Yang munafik.

11. Orang munafik tidak yakin kepada Allah dan RasulNya.
Al-Ahzaab
: 12. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang Yang tidak sihat dan tidak kuat iman Dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara Yang memperdayakan sahaja".

12. Allah memerintahkan umat Islam tidak mempeduli orang-orang munafik.

Al-Ahzaab: 1. Wahai Nabi! tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah Engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

24. (berlakunya Yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang Yang benar disebabkan
kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang Yang munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

48.
Dan janganlah Engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah Engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).

13. Orang munafik akan teraba-raba di Mahsyar
Al-Hadid:
13. (ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba Dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang Yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah Kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan Yang munafik itu) sebuah tembok Yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

73.
(dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki Yang munafik serta orang-orang perempuan Yang munafik, dan orang-orang lelaki Yang musyrik serta orang-orang perempuan Yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman. dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

14. Bermuka-muka dengan Nabi s.a.w.
Al-Munafiquun: 1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

15. Orang munafik berpihak kepada yang kuat walaupun kafir.
Al-Munafiquun: 7. Merekalah Yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah Yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang Yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun Yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan Dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang Yang munafik itu tidak memahami (hakikat Yang sebenarnya).

Al-Munafiquun:
8. Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

Al-Hasyr: 11. Tidakkah Engkau melihat dan merasa hairan (Wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka Yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu Kami akan keluar bersama-sama kamu, dan Kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu Kami akan membela kamu!" padahal Allah mengetahui dan menyaksikan Bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.

Kitab Injil

Kitab Injil : (إنجيل ) Injīl merupakan salah satu daripada empat buah kitab yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. dan diterima oleh Islam sebagai kitab yang wajib diimani dan dipercayai. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada Nabi Isa a.s. Ia diturunkan khusus untuk umat Nabi Isa a.s. Umat nabi Isa a.s. disebut sebagai umat Nasara. Al-Qur’an menyebut dalam kebanyakkan surah tentang umat Nasara ini. Antaranya surah Al-Baqarah, Al-Ma’idah, Al-Taubah, Al-Haj dan lain-lain.

Kitab Injil merupakan kesinambungan kitab-kitab Nabi Allah yang terdahulu iaitu Zabur dan Taurat. Kitab Injil kemudian diikuti dengan penurunan kitab suci yang terakhir iaitu Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai pelengkap kepada semua kitab-kitab suci yang sebelumnya. Dengan turunnya Al-Quran, secara tidak langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu termansuh dengan sendirinya.

Al-Quran dengan tegas menyatakan bahawa Injil dan Taurat telah ditahrif (diubahsuai iaitu ditokok tambah dan dikurangi) oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas Nabi Isa diangkat ke langit. Semua versi Bible telah dipinda dengan sewenang-wenangnya oleh penganut Kristian. Dari satu versi kepada satu versi sehingga sukar mencari 2 versi yang hampir sama. Hanya Injil 'Barnaba' (kalau masih ada) dipercayai masih mengandungi isi kandungan yang hampir seasli Kitab Taurat. Tetapi 'Barnaba' ditolak dan tidak diakui sebagai kitab ajaran Kristian.

Di dalam surah al-Maidah, ayat 13, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :


Al-Ma’idah 13. Maka Dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di Dalam Kitab Taurat Dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) Yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa Yang diperingatkan mereka mereka dengannya. dan Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat Yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang Yang berusaha supaya baik amalannya.
Kalau kita baca Injil versi sekarang tidak ada ayat yang memberikan nama pada buku yang dipegang umat Kristian sebagai Injil. Orang Barat menyebutnya Bible (Biblos=buku) dari kata Yunani “Biblia”.. Istilah Bible di Indonesia diganti dengan Alkitab yang diertikan “tulisan-tulisan”. Bibel yang diakui namanya “kanonik”, sedang yang tidak diakui atau tidak boleh dibaca oleh orang Kristian disebut “apokripa”. Ada Bibel yang tidak diakui oleh Kristian Mazhab Protestan tetapi diakui oleh Kristian Mazhab Katolik namanya “deuterokanonika”.

Injil dalam Al-Qur'an
Di dalam Surah Ali 'Imran Allah befirman;

Ali Imran 3. Ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) Dengan mengandungi kebenaran, Yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga Yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. 4. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. dan ia juga Yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah). Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas Dengan azab seksa (kepada golongan Yang bersalah).


Al-Maidah 46. Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat Yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, Yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya Yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa Yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.

Allah s.w.t. juga berfirman dalam surah Al-Hadid, firmanNya;


Al-Hadid 27. Kemudian Kami iringi sesudah - mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi Dengan Nabi Isa Ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan Dalam hati orang-orang Yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" - merekalah sahaja Yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; Dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut Yang sewajibnya. oleh itu, orang-orang Yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, Kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka Yang fasik - derhaka.
Namun begitu, Al-Qur'an menyebut nama-nama kitab yang terdahulu dan kandungannya yang berupa ajaran kepada umat pada waktu tersebut, sebagai tanda kewajiban umat Islam mempercayai "kewujudannya" dan bukan sebagai ikutan , iaitu selepas turunnya Al-Qur'an. Sebagaimana ayat 3 dan 4 dalam Surah Ali 'Imran seperti yang tertulis di atas.

Perkataan "Injil" dalam al-Qur'an
Perkataan "Injil" muncul di dalam al-Qur'an pada banyak tempat secara jelas dan secara pemahaman. Perkataan Injil disebut secara jelas iaitu pada;

Surah Al-Ma’idah : 46, 47, 66, 68, 110, 140
Surah Ali Imran : 3, 48, 65 dan 184
Surah Al-Fath : 29
Surah Asy Syuura : 14
Surah Al-A’raf : 157
Surah Al-Hadid : 27
Surah Az-Zukruf : 63


Perkataan "Injil" di dalam al-Quran tidak merujuk kepada Kitab Bible kini yang dimiliki dan dibaca oleh penganut-penganut agama Kristian sekarang, ataupun keempat-empat Gospel. Perkataan "Injil" yang digunakan dalam Al-Qur'an, Hadits, dan dokumen-dokumen Islam yang awal merujuk khas kepada wahyu Allah kepada Nabi Isa a.s, dan tidak merujuk kepada "Bible" yang dipegang oleh penganut ajaran Kristian masa kini.

Di dalam al-Quran, dengan jelas menyatakan bahawa manusia telah mentahrif (mengubah, iaitu menokok-tambah dan mengurangi) sebahagian kitab Injil, khususnya rujukan-rujukan yang mengatakan bahawa Nabi Isa anak tuhan oleh pengikut-pengikutnya, serta peristiwa-peristiwa yang terjadi selepas Nabi Isa diangkat ke langit.

Berdasarkan ajaran Islam, Nabi Isa tidak meninggal dunia sewaktu disalibkan dan kemudian dihidupkan semula (seperti yang dikatakan dalam kitab Bible). Umat Islam meyakini bahawa Nabi Isa a.s telah diangkat naik ke langit oleh Allah Taala (beliau tidak pernah disalibkan) dan akan turun kembali di akhir zaman sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t : “Dan kerana ucapan mereka, “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”(Surah an-Nisaa’: 157-158 )

 

Alkitab

Alkitab : Lihat Bible

Iman

Pengertian Iman : menurut bahasa iman bererti pembenaran hati, sedangkan menurut istilah ialah:

‘Iman bererti membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota’.

Ini adalah pendapat jumhur para ulamak. Dalam pengertian tersebut Imam Syafi'e meriwayatkan sebagai ijmak para sahabat, tabi’in dan oran-orang sesudah mereka yang sezaman dengan baginda s.a.w..

Membenar dengan hati bermaksud menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Berikrar dengan lisan maksudnya mengucap dua kalimah syahadah;


أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

Maksudnya : “Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah utusan Allah"

Mengamal dengan anggota badan maksudnya melakukan amal ibadat khusus yang wajib dilakukan oleh seorang yang beriman seperti mengerjakan solat, melaksanakan ibadat puasa, mengerjakan ibadat haji dan sebagainya.

Dalil yang menunjukkan kepada pengertian di atas banyak terdapat dalam al-Qur’an dan Hadits, diantara firman Allah s.w.t ialah:

Al-Anfal: 2. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. 3. Iaitu orang-orang Yang mendirikan sembahyang dan Yang mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka. 4. Merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka akan mendapat pangkat-pangkat Yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia Yang mulia (di Syurga).

Manakala sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Iman itu tujuh puluh cabang lebih atau enam puluh cabang lebih, yang paling utama adalah ucapan “laa ilahaillallah” dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan (seperti duri, lopak atau lubang, pokok tumbang dan seumpamanya) dari tengah jalan, sedangkan rasa malu itu (juga) salah satu cabang imam”. (Hadits riwayat Muslim 1:63)

Iman boleh berubah-ubah
Iman seseorang berbeza-beza setiap ketika. Ada ketika iman menjadi bertambah dengan pertambahan amalan kebaikannya dan adakalanya iman seseorang turun mendadak. Apabila seseorang melakukan banyak amalan kebaikan pada masa tersebut maka akan bertambahlah imannya, antara contoh amalan yang boleh menyebabkan iman bertambah, jika sekiranya hari itu dimulakan dengan solat subuh berjamaah di awal waktu, berzikir, mendengar sedikit kuliah subuh, membaca al-Qur'an sekurang-kurang 10 ayat, maka insya Allah imannya pada pagi itu bertambah, berkembang dan mekar.

Tetapi setelah keluar bekerja, banyak pula melakukan maksiat dan derhaka kepada perintah Allah seperti mata memandang aurat, tangan menyentuh perkara haram, mulut memakan makanan haram atau syubhat dan sebagainya, maka akan hancurlah iman. Penurunan itu mungkin lebih besar dari pertambahannya.

Hakikatnya iman boleh bertambah dan berkurang sebagaimana Allah berfirman dalam al-Qur’an dalam surat al-Anfal, ayat 2 hingga 4 di atas, juga ayat 74 dalam surah yang sama sebagaimana di bawah.



Rukun Iman
Rukun iman, iaitu sesuatu yang menjadi sendi tegaknya iman seseorang ada 6 perkara:

  1. Beriman akan kewujudan Allah yang Maha Esa;
  2. Beriman atau percaya kepada adanya Para Malaikat Allah;
  3. Beriman atau percaya kepada Kitab-Kitab Allah;
  4. Beriman atau percaya kepada Para Rasul;
  5. Beriman atau percaya akan tibanya Hari Akhirat;
  6. Beriman atau percaya adanya Takdir dan Ketentuan dari Allah.
Dalilnya, adalah jawapan Rasulullah s.a.w. ketika Jibril a.s. bertanya padanya tentang iman, kata malaikat:

“Engkau beriman kepada Allah, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya, kepada Hari Akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk”
(Hadits riwayat Bukhari, 1:19-20 dan Muslim 1:37)

Perkara Membatalkan Iman (Nawaqidhul iman)
Iman bukan sahaja boleh bertambah dan berkurangan tetapi Iman juga boleh mudah terbatal jika dengan sengaja melakukan perkara-perkara seperti berikut:

1. Mengingkari Sifat Rububiyyah Allah atau sesuatu dari kekhususan kekuasaanNya, atau mengaku memiliki sesuatu dari kekhususan tersebut atau membenarkan orang mengakuinya. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya 24. Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup Yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah Yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

2. Syirik, Kufur, Murtad, Munafik, Mulhid, menyakini kekeramatan sesuatu tangkal atau azimat dan seumpamanya.

3. Sombong serta menolak beribadah kepada Allah s.w.t.

172. (Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat Yang sentiasa berdamping (dengan Allah). dan sesiapa Yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya. 173. Sesudah itu, orang-orang Yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. sebaliknya orang-orang Yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - Yang lain dari Allah - Yang akan menjadi Pelindung atau Penolong bagi mereka.

4. Mengadakan perantaraan dan penolong yang disembah atau memohon pertolongan selain dari Allah s.w.t.


5. Mendustakan Rasulullah s.a.w. tentang sesuatu yang baginda bawa termasuk menghina baginda atau ahli keluarga baginda, menolak hadits Rasulullah s.a.w., menolak hukum-hukum yang dibawa oleh baginda, berkeyakinan bahawa petunjuk Rasulullah s.a.w. tidak sempurna dan boleh dipertikaikan dan apa sahaja yang datang daripada baginda. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:


6. Menolak salah satu hukum Allah yang ditetapkan di dalam al-Qur’an atau mengatakan hukum Allah itu sudah lapuk, atau ketinggalan zaman, atau berpendapat hukum ciptaan manusia lebih baik dan sempurna, atau yakin hukum ciptaan manusia sama dengan hukum Allah dan RasulNya atau berpendapat boleh berhukum dengan selain hukum Allah. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya 44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.


7. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau ragu tentang kekafiran mereka, katanya "tidak boleh nak kata orang kafir itu kafir, mana tahu suatu hari dia masuk Islam!". Ucapan seumpama ini akan merosakkan iman seseorang islam, sebab hal itu bererti meragukan apa yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w.

8. Mengolok-olok atau mengejek Allah atau al-Quran atau agama Islam atau pahala dan seksa dan yang sejenisnya atau mengolok-olok Rasulullah s.a.w. atau seorang nabi, baik itu gurauan atau sungguh-sungguh.

9. Membantu orang Musyrik atau menolong mereka untuk memusuhi atau memerangi orang Islam. Allah berfirman:

Maksudnya: "Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim".

10. Berpaling daripada agama Allah, tidak mahu mempelajari serta tidak mahu mengamalkannya.

11. Menghalal apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, atau sebaliknya.

12. Mempercayai perkara Khurafat seperti memuja kubur kerana meyakini kekeramatan kubur tertentu yang dimiliki oleh orang-orang tertentu yang dihormati akan kehormatan semasa hidupnya, bagi mencapai niat dan hajatnya dan seumpamanya.

Bible

Bible atau Alkitab : Bible adalah sebuah buku yang diubah dari keaslian Kitab Injil yang kini menjadi kitab suci penganut agama Kristian. Di Indonesia bible dikenali sebagai Alkitab. Ini sebagai usaha bagi mengelabui mata umat Islam di Indonesia agar dipercayai bahawa Alkitab itu berasal dari Kitab Injil yang suci.

Bible dibahagi kepada dua bahagian utama: Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Bahagian-bahagian utama ini disebut "Perjanjian" kerana Tuhan bangsa Israel atau Yahweh membuat perjanjian. Kali pertama di antara Musa dengan orang Yahudi dan kali kedua antara Yesus Kristus dengan seluruh umat manusia.

Hampir semua buku Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Ibrani, kecuali beberapa bahagian daripada kitab Daniel yang ditulis dalam bahasa Aramia sedangkan semua buku Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Yunani.

Pembahagian Bible
Jika dilihat secara terperinci Bible atau Alkitab dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian Lama adalah susunan koleksi kitab-kitab Ibrani manakala Perjanjian Baru disusun daripada koleksi tulisan-tulisan agama yang dikumpulkan pada awal kurun Masehi.

Jumlah kitab dalam Perjanjian Lama adalah 39, manakala jumlah kitab dalam Perjanjian Baru adalah 27. Maka seluruh kitab Bible mengandungi 66 kitab. Ini berdasarkan Mazhab Protestan tetapi bagi Katolik Roma jumlah kitabnya sebanyak 73 kitab.

Selain itu semenjak dahulu ada perbincangan tentang hukum Alkitab yakni penetapan kitab-kitab yang bolah dianggap sebahagian dari Alkitab. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, Alkitab Ibrani atau Tanakh diterjemahkan dalam bahasa Yunani. Terjemahan ini disebut Septuaginta, tetapi memuat lebih banyak kitab yang tidak terdapat dalam versi Yahudi. Buku-buku ini disebut buku-buku Deuterokanonika.

(Diolah dari ms.wikipedia.org)

Perjanjian Baru

Perjanjian Baru: (bahasa Inggeris: New Testament atau NT) pula adalah kitab kedua dalam kitab suci agama Kristian. Isi kandungannya diambil dan diubah daripada Kitab Injil. Perjanjian Baru terdiri daripada 27 naskhah kitab yang boleh dibahagikan kepada 4 genre. Fokus tulisan-tulisan Perjanjian Baru adalah pada hidup dan ajaran Yesus Kristus. Kebanyakkan daripada kitab-kitab Perjanjian Baru ditulis didalam bahasa Yunani tetapi ada beberapa bahagian yang ditulis didalam bahasa Aramia. Hampir kesemua masyarakat Kristian mengiktirafkan kitab-kitab Perjanjian Baru sebagai sebahagian kanon penuh Alkitab.

Secara terperinci pengelompokan untuk Perjanjian Baru adalah Kitab

  • Berita Baik atau Injil (4 Kitab),
  • Kitab Sejarah (1 Kitab),
  • Kitab Surat Rasuli (21 Kitab) dan
  • Kitab Wahyu (1 Kitab).
Isi Kandungan buku Perjanjian Baru
Terdapat 27 buah buku dalam perjanjian Baru, diantaranya;

  1. Matius (Matthew)
  2. Markus (Mark)
  3. Lukas (Luke)
  4. Yohanes (John)
  5. Kisah Para Rasul (Acts)
  6. Roma (Romas)
  7. Korintus 1 (1 Corinthians)
  8. Korintus 2 (2 Corinthians)
  9. Galatia (Galantians)
  10. Efesus (Ephesians)
  11. Filipi (Philipians)
  12. Kolose (Colossians)
  13. Tesalonika 1 (1 Thessalonias)
  14. Tesalonika 2 (2 Thessaloians)
  15. Timotius 1 (1 Timothy)
  16. Timotius 2 (2 Timothy)
  17. Titus (Titus)
  18. Filemon (Philemon)
  19. Ibrani (Hebrews)
  20. Yakobus (James)
  21. Petrus 1 (1 Peter)
  22. Petrus 2 (2 Peter)
  23. Yohanes 1 (1 John)
  24. Yohanes 2 (2 John)
  25. Yohanes 3 (3 John)
  26. Yudas (Jude)
  27. Wahyu (Revelation)

Perjanjian Lama

Perjanjian Lama: (bahasa Inggeris: Old Testament atau OT) dalam agama Kristian adalah kitab suci yang pertama dalam dua bahagian kitab suci agama Kristian

Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan tambahan. Agama Yahudi menggunakan istilah Tanakh untuk merujuk kepada peraturan-peraturan agamanya, yang kemudian diambil sebagai Perjanjian Lama dalam agama Kristian. Dalam akademik, istilah Bible Ibrani (Hebrew Bible) selalunya digunakan untuk merujuk kepada Tanakh atau Perjanjian Lama. Dalam agama Kristian Ortodoks, teks yang sama dikenali sebagai Septuagint yang diterjemahkan dari bahasa Greek.

Perjanjian Lama dianggap kitab suci untuk kedua-dua penganut Yahudi dan Kristian. Mereka percaya Tuhan memberi inspirasi untuk manusia menulisnya. Kitab ini mengandungi buku yang berbeza dan ianya mengenai Tuhan, dan orang Israel.

Berdasarkan isinya dan gaya penulisan, Perjanjian Lama dapat dikelompokkan menjadi 5 bahagian utama iaitu;


  • Kitab Taurat (5 kitab),
  • Kitab Sejarah (12 kitab),
  • Kitab Puisi (5 kitab),
  • Kitab Nabi-nabi Besar (5 Kitab) dan
  • Kitab Nabi-nabi Kecil (12 Kitab).
Isi Kandungan Buku Perjanjian Lama
Terdapat 39 buah buku dalam Perjanjian Lama, antaranya;

1. Kejadian (Genesis)
2. Keluaran (Exodus)
3. Imamat (Leviticus)
4. Bilangan (Numbers)
5. Ulangan (Deuteronomy)
6. Yosua (Joshua)
7. Hakim Hakim (Judges)
8. Rut (Ruth)
9. 1 Samuel (1 Samuel)
10. 2 Samuel (2 Samuel)
11. 1 Raja Raja (1 Kings)
12. 2 Raja Raja (2 Kings)
13. 1 Tawarikh (1 Chronicles)
14. 2 Tawarikh (2 Chronicles)
15. Ezra (Ezra)
16. Nehemia (Nehemiah)
17. Ester (Esther)
18. Ayub (Job)
19. Mazmur (Psalm)
20. Amsal (Proverbs)
21. Pengkhotbah (Ecclesiastes)
22. Kidung Agung (Song of Solomon)
23. Yesaya (Isaiah)
24. Yeremia (Jeremiah)
25. Ratapan (Lamentations)
26. Yehezkiel (Ezekiel)
27. Daniel (Daniel)
28 . Hosea (Hosea)
29. Yoel (Joel)
30. Amos (Amos)
31. Obaja (Obadiah)
32. Yunus (Jonah)
33. Mikha (Micah)
34. Nahum (Nahum)
35. Habakuk (Habakkuk)
36. Zafanya (Zephaniah)
37. Hagai (Haggai)
38. Zakharia (Zechariah)
39. Maleakhi (Malachi)

Perjanjian Lama adalah koleksi kitab-kitab yang ditulis sebelum Yesus memulakan layanannya dan diterima oleh masyarakat Kristian sebagai kitab suci. Secara amnya, ia adalah seiras dengan Kitab Yahudi dan cuma berbeza dari segi susunan kitab-kitabnya. Beberapa mazhab dan tradisi Kristian juga menggabungkan beberapa naskhah kitab lain didalam kanon Perjanjian Lama. Kitab-kitab yang ditambah ini dikenali sebagai Deuterokanonika ataupun Apokrifa.

Kitab-kitab Apokrifa atau Deuterokanonika Apabila Jerome menterjemahkan Alkitab kepada bahasa Latin (Alkitab Vulgata) pada awal kurun ke-5 Masehi, beliau telah menggunakan teks Masoretis sebagai teks dasar untuk penterjemahan Perjanjian Lama. Alkitab Vulgata ini menjadi teks umum yang diguna pakai oleh masyarakat Kristian daripada tradisi Barat.

Masyarakat Kristian daripada tradisi Timur pada amnya menggunakan teks Septuaginta sebagai teks dasar untuk penterjemahan Perjanjian Lama. Kebanyakkan daripada penterjemahan moden hari ini menggunakan kedua-dua teks Masoretis and Septuaginta sebagai teks dasar dan rujuk silang dan juga merujuk kepada teks-teks kuno yang lain seperti Naskhah-Naskhah Laut Mati (Dead Sea Scrolls).

Kitab-kitab yang dikandungi didalam teks Septuaginta tetapi tiada didalam teks Masoretis dikenali sebagai Deuterokanonika oleh Gereja Katolik Rom. Kebanyakkan daripada masyarakat Kristian Protestan merujuk kepada kitab-kitab ini sebagai Apokrifa dan tidak mengiktirafkan ia sebagai sebahagian kanon Alkitab. Namun demikian, kitab-kitab Apokrifa masih dimasukkan didalam Alkitab terbitan kelompok Protestan didalam bahagian khas yang berasingan daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru sehingga tahun 1820'an kerana ia dianggap sebagai berguna bagi tujuan keagamaan. Gereja Katolik Rom, masyarakat Kristian Ortodoks, dan masyarakat Kristian Oriental mengiktirafkan kitab-kitab ini dan ia lazimnya terkandung sebagai sebahagian daripada susunan kitab Perjanjian Lama.

Alamat Kiamat

ALAMAT KIAMAT : Alamat Kiamat atau tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadits iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Menurut dalil daripada hadits-hadits Nabi s.a.w. banyak sekali tanda-tanda kecil akan kedatangan hari kiamat telahpun ada pada hari ini. Kemungkinan semua tanda-tanda kecil itu telah muncul, cuma manusia yang tidak mengambil peduli sahaja yang tidak tahu. Di antara tanda-tanda kecil kiamat sebagaimana yang disebut di dalam hadits ialah;

☼ Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela.
Maksud hadits: "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - (HR Sahih Muslim)

☼ Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik. Pemimpin di kalangan orang-orang yang warak dan alim akan diusahakan sedaya upaya turun dari memagang jawatan.

☼ Bermaharajalela alat muzik dan manusia semua menggemarinya. Sehingga mereka merasakan tanpa bunyian alat-alat muzik hidup tidak sempurna.

☼ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

☼ Menghias masjid dan membanggakannya. Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - (HR Riwayat Nasai)

☼ Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan jiran tetangga.

☼ Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan. Pendidikan akhirat semakin dijauhi, sehinggakan anak orang-orang berilmu sendiri dihantar ke universiti yang menuntut ilmu dunia semata-mata agar memperolehi jawatan dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

☼ Ramai orang soleh meninggal dunia. Seorang demi seorang, di kalangan orang soleh meninggal dunia, sehingga manusia semakin hilang tempat rujukan.

☼ Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

☼ Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. Ucapan salam sesama islam semakin ditinggalkan. Maka ditinggalkan sunnah menyebarkan salam sesama Islam.

☼ Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

☼ Hilangnya sifat malu dari diri wanita. Mereka sanggup berbuat apa sahaja perbuatan terkutuk seperti zina dan pengguguran anak, asalkan mendapat keseronokan dan sedikit habuan, malah kemewahan.

☼ Suami orang berzina dengan isteri orang lain. Isteri sanggup meninggalkan anak dan suami kerana mengejar nafsu syahwat, mengejar kemewahan dan kedudukan dari suami orang lain.

☼ Bulan sabit kelihatan besar.

☼ Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. Berita-berita yang disampaikan adalah pembohongan semata-mata, bahkan mereka berusaha agar dilihat berita bohong itu menjadi suatu kebenaran dengan berbagai-bagai alasan.

☼ Banyak saksi palsu dan menyembunyikan kesaksian yang benar.

☼ Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. Tanaman dan tumbuhan akan hidup subur ditanah yang dahulunya padang pasir yang kering kontang.

☼ Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa.

☼ Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan).

☼ Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

☼ Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

☼ Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

☼ Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

☼ Orang akan melakukan homoseksual dan lesbian.

☼ Akan terdapat ramai anak luar nikah.

☼ Berkurangnya sifat amanah. Bahkan mereka menganggap sifat amanah akan menghalang kemajuan, membantut jalan kekayaan dan tidak dihormati orang.

☼ Terasa berat untuk menjalankan hukum syariah. Zakat dijadikan hutang, kewajipan haji ditangguhkan walaupun kekayaan melimpah-limpah.

☼ Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya. Ini mungkin kerana semakin ramai lelaki yang berkedudukan lebih rendah daripada isterinya. Lelaki kini malas belajar dan sebaliknya perempuan memenuhi semua pusat pengajian tinggi. Sudah tentu pendapatan isterinya lebih besar daripada suami.

☼ Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya.

☼ Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid.

☼ Pemimpin suatu kaum adalah keji dan fasik.

☼ Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya.

☼ Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan.

☼ Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suaranya ketika membaca al-Qur'an.

☼ Menjual jawatan atau kepemimpinan (politik wang).

☼ Memandang rendah kepada darah. Pembunuhan berlaku di mana-mana, walaupun hanya kesilapan yang kecil.

☼ Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. Malah isteri berpangkat lebih besar.

☼ Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

☼ Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan.

☼ Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan.

☼ Banyaknya berlaku gempa bumi dan tanah runtuh.

☼ Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan.

☼ Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan.

☼ Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba.

☼ Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat.

Tanda-Tanda Besar Kiamat

Tanda kiamat besar merupakan suatu peralihan dari tanda-tanda kiamat kecil dan juga petanda ini menunjukkan bahawa dunia semakin amat dekat dengan hari kiamat. Antara tanda-tanda berikut menurut hadis.

Dalam hadits yang lain Rasulullah sollallahu alaihi wasallam, daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Telah datang Rasulullah saw. ketempat kami dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

• Asap,
• Dajjal,
• Binatang,
• Terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
• Turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
• Yakjuj dan Makjuj,
• Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab
• Yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R. Muslim)

Syafa'at

Syafa’at : Iaitu permohonan Nabi s.a.w. kepada Allah untuk kebaikan para manusia di akhirat. Syafa’at ini termasuk dalam kategori doa yang mustajab (dikabulkan).

Syafa’at Uzhma hanyalah khusus kepada junjungan besar Muhammad s.a.w. sendiri. Syafa’at Uzhma yang baginda lakukan nanti ialah memohon kepada Allah s.w.t. agar disegerakan perhitungan amal, supaya umatnya dapat melepaskan diri dari azab dan fitnah di Padang Mahsyar, tempat semua manusia berkumpul.

Allah s.w.t. akan mengabulkan permohonan baginda dan inilah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Maqam Mahmud (kedudukan yang terpuji) yang pernah dijanjikan kepada baginda s.a.w., sebagaimana firman Allah s.w.t.:
Dari Ibnu Umar radhiallahu anhuma, bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
Adapun syafa’at-syafa’at yang lain selain syafa’at yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. itu adalah diikuti dengan berbagai syarat, misalnya:

♦ Dengan izin Allah dahulu, sebagaimana firman Allah :
♦ Yang diberi syafa’at haruslah orang yang diredhai atau disukai oleh Allah sebagaimana firmanNya: Adapun orang yang diredhai oleh Allah taala untuk diberi syafa’at itu tentulah orang yang berhak untuk menerima pengampunan daripadaNya dengan mengikuti hal-hal yang ditentukan bagi neraca keadilan tuhan. Jadi kedudukan syafa’at di sini hanyalah untuk menunjukkan kekeramatan atau kemuliaan orang yang menjadi perantara sebagai pemohon syafa’at itu saja, yakni untuk memperlihatkan betapa dekatnya orang tersebut dengan Allah. Maka kesyafa’atan yang diberikan hanyalah sebagai pelaksanaan iradah atau kehendak Allah sesudah orang tersebut memohon atau mendoakannya.

Oleh sebab itu dalam hal ini tidak ada suatu alasan pun untuk menyebabkan seseorang itu menjadi tertipu pada perasaannya sendiri, sehingga mempermudahkan untuk mengerjakan apa-apa yang telah diwajibkan oleh Allah, kerana semata-mata mengharapkan syafa’at itu sahaja.

Ini bermakna walaupun nanti syafa’at itu ada, bukanlah menjadi alasan untuk seseorang itu melakukan kejahatan sesuka hati, tetapi wajiblah seseorang itu menyucikan hati dan jiwanya, dan masih tetap wajib beramal soleh agar harapan dan cita-cita untuk memperolehi syafa’at itu akan tercapai.