Showing posts with label AKHLAK. Show all posts
Showing posts with label AKHLAK. Show all posts

Taubat Nasuha

TAUBAT NASUHA : taubat yang diperintahkan agar dilakukan oleh kaum mu'minin adalah taubat nasuha (yang semurni-murninya) seperti disebut dalam Al Quran:

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya." QS. at-Tahrim: 8


Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya: "ertinya adalah, taubat yang sebenarnya dengan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."

Sedangkan nasuha adalah redaksi hiperbolik dari kata nashiih. Seperti kata syakuur dan shabuur, sebagai bentuk hiperbolik dari syakir dan shabir. Dan terma "n-sh-h" dalam bahasa Arab bermakna: bersih.

Dikatakan dalam bahasa Arab: "nashaha al 'asal" jika madu itu murni, tidak mengandung campuran. Sedangkan kesungguhan dalam bertaubat adalah seperti kesungguhan dalam beribadah. Dan dalam bermusyawarah, an-nush itu bermakna: membersihkannya dari penipuan, kekurangan dan kerosakan, dan menjaganya dalam kondisi yang paling sempurna. An nush-h (asli) adalah lawan kata al-gisysy-(palsu).

Pendapat Golongan Salaf

Pendapat kalangan salaf berbeza-beza dalam mendefinisikan hakikat taubat nasuha itu. Hingga Imam Al Qurthubi dalam tafsinrya menyebut ada dua puluh tiga pendapat. (Lihat: Tafsir al Qurthubi ayat ke delapan dari surah at Tahrim). Namun sebenarnya pengertian aslinya hanyalah satu, tetapi masing-masing orang mengungkapkan pandangan masing-masing, atau juga dengan melihat suatu unsur atau lainnya.

Ibnu Jarir, Ibnu Katsir dan Ibnu Qayyim menyebutkan dari Umar, Ibnu Mas'ud serta Ubay bin Ka'ab r.a. bahawa pengertian taubat nasuha: adalah seseorang yang bertaubat dari dosanya dan ia tidak melakukan dosa itu lagi, seperti susu tidak kembali ke payudara haiwan.

Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud dengan marfu': taubat dari dosa adalah: ia bertaubat darinya (suatu dosa itu) kemudian ia tidak mengulanginya lagi." Sanadnya adalah dha'if. Dan mauquf lebih tepat, seperti dikatakan oleh Ibnu Katsir.

Hasan Al Bashri berkata: taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.

Al Kulabi berkata: Iaitu agar meminta keampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.

Sa'id bin Musayyab berkata: taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.

Kelompok pertama menjadikan kata nasuha itu dengan makna maf'ul (objek) iaitu orang yang bertaubat itu bersih dan tidak tercemari kotoran. Maknanya adalah, ia dibersihkan, seperti kata 'raquubah' dan 'haluubah' yang bererti dikenderai dan diperah. Atau juga dengan makna fa'il (subjek), yang bermakna: yang menasihati, seperti 'khaalisah' dan 'shaadiqah'.

Muhammad bin Ka'b al Qurazhi berkata: taubat itu diungkapkan oleh empat hal: beristighfar dengan lidah, melepaskannya dari tubuh, berjanji dalam hati untuk tidak mengerjakannya kembali, serta meninggalkan kawan-kawan yang buruk perangai.

(Madaarij Saalikiin : 1/ 309, 310. Cetakan As Sunnah Al Muhammadiyyah, dengan tahqiq Syaikh Muhammad Hamid al Faqi. Dan tafsir Ibnu Katsir : 4/ 391, 392).

Syarat Sah Taubat Nasuha

Manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan (dosa). Oleh itu Islam memberi peluang untuk memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Taubat nasuha adalah taubat yang sebenar-benar taubat. Taubat nasuha ialah taubat yang mengandungi ciri-ciri berikut:

1. Menyesal di atas dosa yang dilakukan dengan penuh penyesalan dan mengalir air mata. Sekiranya ia bersangkutan dengan manusia, maka hendaklah memohon maaf daripadanya. Jika ia berbentuk benda, hendaklah dikembalikan kepada tuannya.


2. Berazam tidak akan mengulanginya lagi.

3. Memohon taubat dari Allah.

4. Beristiqamah untuk beramal soleh.

5. Mengerjakan Solat Sunat Taubat.

Berhenti melakukan dosa maksudnya hendaklah taubat dilakukan setelah meninggalkan dosa. Orang yang selalu curang dalam berniaga misalnya, sama ada curang kerana mengurangi timbangan, menjual barangan palsu dan sebagainya, maka hendaklah dia hentikan dahulu perbuatan curang itu kemudian baru bertaubat. Ramai orang yang curang atau menipu dalam perniagaan berulangkali menyatakan taubat tetapi dia tidak meninggalkan perbuatannya. Misalnya setiap selesai solat dia mengucap istighfar berulangkali kemudian berkata dalam bahasanya sendiri: "Ya Allah ampunilah dosaku." Taubat seperti itu tidak sah.

Begitu jugalah dosa-dosa lainnya yang terdiri dari berzina, meminum arak, mencuri, berjudi, memakan riba dan sebagainya. Mesti ditinggalkan dahulu perbuatan dosa itu kemudian barulah bertaubat. Bahkan tidak cukup dengan meninggalkan satu jenis dosa saja. Misalnya dia tinggalkan dosa menipu dalam perniagaan dan dia teruskan dosa-dosa lain seperti yang disebutkan di atas.

Menyesal telah melakukan dosa maksudnya hendaklah timbul rasa penyesalan dalam hatinya. Ada juga dosa yang menjadi kebanggaan bagi sesetengah orang, misalnya dosa minum arak dan main perempuan. Ada orang yang banyak main perempuan semasa mudanya berkata dalam hatinya setelah dia berkahwin atau setelah tua: "Nasib baiklah aku puaskan semasa mudaku." Terkadang orang yang berfikir seperti itu mengaku dia sudah bertaubat. Katanya dia sudah bertaubat tetapi hatinya mengatakan begitu dan bukan menyesal. Kalau tidak timbul rasa penyesalan bererti taubatnya tidak sah. Terkadang dia menceritakan pula kepada orang lain. Kalau dia cerita kepada orang lain bukan hanya dosa lama tidak terampun, bahkan timbul pula dosa baru. Dia mendapat dosa jika menceritakannya kepada orang lain.

Berazam tidak melakukannya lagi untuk selamanya maksudnya hendaklah diputuskan dalam hati tidak akan mengulanginya lagi. Kalau hatinya masih separuh-separuh, tidak sah taubatnya. Misalnya dia berkata, "Ya Allah, ampunilah dosaku berzina itu" Tetapi hatinya masih ingin melakukannya. Taubat seperti ini tidak sah. Ini sama juga dengan yang sebelumnya, iaitu berazam untuk tidak kembali melakukan semua jenis dosa. Tidak boleh berazam untuk tidak mengulangi menipu pelanggan tetapi masih ingin main perempuan.

Apakah taubat seseorang itu sah atau tidak, apakah termasuk taubat nasuha atau taubat pura-pura, hanya Allah yang dapat menentukannya. Allah tidak dapat ditipu kerana Dia tahu apa yang ada dalam hati manusia.

Apakah seseorang itu betul menyesal atau tidak, apakah dia betul berazam tidak akan melakukannya lagi, hanya orang yang bertaubat itu yang tahu. Dan yang pasti Allah pun tahu. Biasanya kalau seseorang itu betul-betul menyesal, akan timbul kesannya kepada orang yang bertaubat. Orang yang betul menyesal sudah pasti disusuli dengan linangan air mata. Orang yang menyesal biasanya akan berubah sikapnya. Orang yang menyesal akan berubah tutur katanya, cara berpakaiannya, amalannya, pergaulannya dan sebagainya.

Meninggalkan Perbuatan Dosa

Cara-cara untuk meninggalkan tabiat yang buruk dan bertentangan dengan fitrah Islam adalah dengan bertaubat, berzikir dan sentiasa melakukan ibadat-ibadat yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana ketenangan yang hakiki dari kacamata Islam adalah hati yang sentiasa mengingati Allah SWT. Dan ketengan yang didapati dengan cara maksiat seperti melakukan onani, menonton filem lucah dan lain-lain maksiat merupakan satu kesalahan penyelewengan dari syariat Islam.

Dosa sesama manusia tidak diampun Allah

Yang paling penting diingatkan bahawa taubat tidak akan diterima Allah semuanya, jika ia berhubung kait dengan manusia. Hanya dosa-dosa yang dilakukan kepada Allah sahaja yang akan diampuni (insya Allah) oleh Allah, kecuali dosa syirik.

Oleh itu dosa seseorang dengan manusia mungkin (dengan kehendak Allah) tidak akan diampuniNya. Selain dari dosa kerana meninggalkan solat, puasa, arak, judi, tidak menunaikan haji walaupun mampu, banyak pula dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia pada hari ini adalah dosa yang berkaitan dengan manusia, seperti mencuri, merompak, membunuh, berzina, khianat, mengumpat, mengeji, menuduh, sangka buruk, menfitnah, menuduh perempuan baik berzina, tidak menunaikan hak isteri dan anak-anak, tidak taat atau derhaka kepada suami, tidak menunaikan hak kedua ibubapa, jiran tetangga, orang miskin, derhaka kepada kedua ibubapa, dan sebagainya.

Semua dosa-dosa sesama manusia hendaklah diampuni terlebih dahulu oleh manusia yang terlibat.

Sebagai contoh, jika berhutang hendaklah dibayar hutangnya, jika tidak mampu pohonlah agar dihalal, jika tidak dihalal oleh manusia barulah berserah dan bertawakkal kepada Allah. Begitulah juga terhadap dosa-dosa yang lain, jika caranya dengan memohon kemaafan, maka pohonlah kemaafan daripada orang yang kita lakukan kesalahan kepadanya, jika perlu dibayar maka bayarlah dengan seberapa banyak harga yang diminta, jika perlu di denda atau qisas maka terimalah denda dan qisas yang dikenakan.

Dosa yang ditetapkan hukum hududnya di dalam al-qur’an atau hadits hendaklah dilaksanakan hukuman itu sebelum bertaubat.

Jika tidak, kita bimbang, dosa tidak akan terampun oleh Allah, kerana syarat-syaratnya belum disempurnakan. Misalnya dosa minum arak 80 rotan, dosa zina 100 rotan dan sebagainya.

Sebagai penilaian, jika seseorang melakukan kesalahan merogol, mencuri atau memfitnah, adakah kita boleh meninggalkan kemaafan daripada pihak yang dianiaya?. Sudah tentu tidak, kalau perkara itu terkena pada kita sendiri. Oleh itu perkara penting ini hendaklah diselesaikan dahulu.

Contoh mudah, apabila seseorang mahu berangkat menunaikan haji ke Baitullah, semua hutang-hutangnya dan kesalahannya kepada manusia yang lain diselesaikan dengan segera, supaya Allah akan menerima haji kita dan mendapat pahala haji mabrur. Begitu pula dengan taubat nasuha. Segala dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia hendaklah diselesaikan dahulu barulah mulakan taubat nasuha kepada Allah s.w.t.


Tanda Taubat Diterima Allah

Berkata Ibnu Qayyim Rahimahullah: Taubat yang makbul (diterima) itu memiliki beberapa tanda, diantaranya:

1. Bahawa setelah bertaubat, seseorang itu lebih baik daripada sebelumnya.

2. Bahawa dia sentiasa diliputi rasa takut, tidak merasa aman dari makar (siksa) Allah walau sekejap pun.

3. Di antaranya lagi ialah timbulnya rasa sedih dan takut yang mendalam di dalam hatinya.

4. Dan di antara tuntutan taubat yang benar juga terjadinya rasa sedih yang bersifat khusus di hadapan Tuhan yang tidak ada tandinganNya, suatu kesedihan yang sempurna yang meliputinya dari semua arah dan membuatnya merasa tercampak di hadapan Tuhannya dalam keadaan tidak berdaya, hina dan pasrah penuh khusyuk.

Selanjutnya Ibnu Qayyim berkata: "Apabila Allah menginginkan suatu kebaikan terjadi pada hambaNya, maka Dia akan membukakan baginya pintu-pintu taubat, penyesalan dan kepiluan (kerana telah berbuat dosa), merasa hina di hadapan Tuhan, dia merasa sangat mengharapkan pertolongan Tuhan serta mendekatkan diri kepadaNya.".

Adab Tandas

Tandas adalah tempat untuk membuang kotoran najis dari perut manusia. Dalam banyak hadits Rasulullah s.a.w. menceritakan bahawa tandas adalah tempat syaitan menyembunyikan diri atau berlindung dari mendengar laungan azan atau rejaman Malaikat. Oleh sebab itu sebelum memasuki tandas atau ketika ada di dalamnya hendaklah seseorang muslim sentiasa dengan doa-doa dan adab-adabnya.

Doa sebelum masuk tandas

Maksudnya : "Ya Allah aku berlindung denganMu daripada Syaitan Jantan dan Betina daripada sekalian syaitan yang direjam".

Adab ketika di dalam tandas

Tutup kepala ketika membuang air besar.
Jangan berada terlalu lama di dalam tandas
Jangan memandang keseluruhan tandas
Jangan bercakap atau menyanyi
Haram membaca ayat al-Qur'an di dalam tandas
Makruh memandang kepada kemaluan
Jimatkan air, jangan membazir.

Adab buang air besar

Hendaklah dalam keadaan duduk
Jika bertinggung, beratkan tubuh kesebelah kanan
Jangan terlalu lama ketika membuang air besar

Adab buang air kecil

Membuang air kecil (kencing) dalam keadaan duduk
Disunatkan bangun dan duduk beberapa kali untuk menyejatkan kencing
Disunatkan batuk-batuk atau berdehem untuk menyejatkan kencing

Adab mandi di dalam tandas/bilik mandi

Makruh mandi bertelanjang bulat.
Mulakan dengan niat samada mandi wajib (hadas besar) sunat.
Mandi sunat terdiri daripada:
mandi sunat hariraya
mandi sunat ihram
mandi sunat hari jumaat
mandi sunat selepas memandikan jenazah
dan mandi sunat biasa.

Mulakan menjirus air di kaki sebelah kanan dan diikuti yang kiri, kemudian naik ke atas tahap ke tahap dan akhirnya jiruslah di kepala. Amalan ini boleh mengelakkan dari penyakit kejang urat, sakit pinggan dan sakit kepala.

Jimatkan air. Haram membazir air.
Sunat menghilangkan segala kekotoran di badan.
Ratakan air keseluruh badan.
Makruh mengambil wudhuk di dalam tandas.

Berkenaan galakan menutup kepala ketika berada di dalam tandas. Tiada larangan masuk tandas tanpa menutup kepala, cuma ada sesetengah fuqaha mengatakan ia makruh. Antara dalilnya ialah satu hadis Aisyah "Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tandas, baginda menutup kepala, dan apabila mendatangi isterinya baginda menutup kepala". Riwayat Baihaqi (no: 460). Dinilai Dhaif oleh Imam Nawawi dalam Majmuk.

Tetapi sabit daripada Abu Bakar r.a. tentang tutup kepala ketika masuk tandas sebagaimana kata Imam Baihaqi. Lihat Sunan Kubro Baihaqi (no: 460).

Dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah: kata ABu Bakar: Wahai orang Islam, malulah kepada Allah. Demi Yang aku berada di tangan-Nya, ketika pergi ke tempat lapang untuk qadha hajat dalam keadaan menutup kepala, kerana malu kepada Tuhanku". (no: 1127).


Doa keluar dari tandas
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku kesakitan dan mengampunkan aku".

ADAB BERMUSAFIR

ADAB SEBELUM MUSAFIR
1 Memulakan perjalanan pada hari Khamis (jika boleh dilakukan). “Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

2 Memulakan perjalanan pada waktu malam. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

3 Menjaga makan-minum agar tidak bercampur dengan perkara yang syubhah. Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan dalam satu hadis tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim)

4 Dianjurkan bermusafir bersama-sama Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)

5 Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa. Abu Hurairah r.a meriwayatkan,
seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan
memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.” (Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)

6 Dianjurkan agar segera kembali ke pangkuan keluarga apabila urusan sudah selesai. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

7. Sebaik-baik musafir adalah berteman, iaitu musafir bersama 2 orang teman atau sahabat. Serta melantik salah seorang sebagai ketua.

8. Melakukan solat sunat musafir sebelum bermusafir dengan berdoa kepada Allah agar Allah memberi keselamatan dalam perjalanan pergi dan balik, menyelamatkan diri daripada perbuatan khianat orang-orang yang jahat, melindungi harta dan keluarga yang ditinggalkan, dan sebagainya.


Adab Dalam Perjalanan
1. Hendaklah menjaga solat dan waktunya, serta menunaikan tuntutan Rukhsah dalam bermusafir.

2. Menjaga pandangan mata, telinga dan fikiran semasa dalam perjalanan.

3. Kurangkan bercakap perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah.

4. Menunaikan solat sunat sepanjang perjalanan

5. Sentiasa dalam keadaan berwudhuk.


Tujuan Musafir.
Menurut Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin bahawa musafir itu ada berbagai tujuan. Hanya 4 tujuan sahaja yang dihalalkan bermusafir.

1. Bermusafir untuk menuntut ilmu pengetahuan. Ini adakalanya wajib atau sunat, dilihat dari jenis ilmu pengetahuan yang dituntut.

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ia berada di dalam jalan Allah sehingga ia kembali”
(Riwayat Tarmizi)

Tentang jenis ilmu, dihuraikan bahawa penting untuk menuntut ilmu pengetahuan untuk membaiki perilaku akhlak, kerana seseorang tidak dapat menginsafi keburukan dan sifat tercelanya sendiri apabila perkara itu lazim di tempatnya sekarang kerana ia sudah menjadi tabiat masyarakat. Tetapi, apabila diuji dengan sesuatu yang asing pada diri kita, barulah kita dapat melihat keburukan pada diri kita sendiri dan berusaha untuk melenyapkannya.

Ambillah manfaat dari pemandangan dari tempat-tempat yang indah dan berfikirlah tentang ayat-ayat Allah, agar ia menambahkan lagi keimanan kita dan meneguhkan keyakinan kita kepada Al-Khaliq.

2. Bermusafir untuk tujuan ibadah seperti menunaikan haji dan peperangan.

Hadis Abu Hurairah r.a:

“Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali menuju ke tiga buah masjid iaitu masjidku ini iaitu masjid Nabi, Masjidilharam di Mekah dan Masjidilaqsa“
(Sahih Muslim)

3. Bermusafir untuk menghindarkan diri dari sebab-sebab yang menganggu agama.

4. Bermusafir untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang membahayakan tubuh, selain lari dari penyakit ta’un. (Kerana ada hadith yang jelas melarang.)

Pendeknya, sesuatu tujuan musafir hendaklah difikirkan niatnya. Kerana hatta seseorang itu mahu beribadah menunaikan haji sekalipun, tetapi didorong perasaan riak, maka ia tidak lagi dikira amalan akhirat. Maka, mari kita berfikir sejenak, begitu jauh kita mengembara pulang, tetapi adakah niat kita berada di dalam niat yang diredhai Allah swt. Kerana jika tidak, maka sia-sialah penat lelah kita berjalan, hanya mendapat hasil di dunia sahaja.

إِنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّياتِ
“Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niat.”(Sahih Bukhari dan Muslim)

Selain dari apa yang disebut oleh Imam Ghazali di atas, musafir boleh juga dilakukan kerana tujuan baik dan berfaedah untuk kehidupan dunia dan akhirat. Seperti;

1. Musafir kerana menziarahi saudara mara yang jauh dan lama berpisah,
2. Musafir kerana mengeratkan hubungan silaturrahim, seperti berjumpa kawan dan sahabat.
3. Musafir kerana membeli barangan dagangan yang halal dan untuk kepentingan orang ramai,
4. Musafir kerana menghantar barangan atau sahabat atau ahli keluarga bagi tujuan menyambung pelajaran dan tujuan-tujuan baik sebagaimana di atas.
5. Musafir kerana mahu memberi bantuan di atas kerja-kerja kebajikan dan amalan.
6. Musafir kerana mahu menyebarkan ilmu pengetahuan dan tujuan dakwah kepada Agama Allah.
7. Musafir bagi menghindarkan diri daripada tohmahan dan fitnah orang lain

Selain daripada Imam Ghazali juga menggariskan beberapa adab yang sepatutnya dijadikan panduan dan dipatuhi oleh seseorang yang akan, sedang dan dalam musafir, antaranya;

Adab I




1. Dimulai dengan memulangkan semula semua harta yang diperoleh dengan pinjaman, secara zalim, penganiayaan, penipuan, pencurian dan sebagainya.

2. Tunaikanlah segala hutang piutang yang masih tertunggak.

3. Lengkapkanlah persiapan dan nafkah tanggungannya, agar tanggungannya ia tidak menghadapi kesukaran nanti.

4. Bekalan yang mahu dibawa mestilah dengan cara benar, bukan diperoleh dengan cara haram lagi batil.

5. Sekiranya, bepergian dengan kumpulan, pastikanlah bekalan mencukupi untuk semua ahli kumpulan.

6. Dalam bermusafir, usahakanlah selalu mengucapkan perkataan-perkataan manis dan baik, suka beri makan pada orang lain.

7. Tampilkanlah budi pekerti yang luhur lagi mulia kerana sepanjang musafir, seseorang akan menemui perkara-perkara yang menyakitkan hati, menimbulkan kekeluhan, maka barangsiapa yang masih luhur budi pekertinya semasa musafir, itu adalah tanda kebaikan budi pekertinya.

8. Berbuat baik kepada sesiapa yang kita sewa bendanya, menolong orang yang tergendala perjalanannya.

9. Beri sedekah kepada orang yang habis bekalan.

10. Lebih sempurna, jika dapat bergurau senda dengan kawan-kawan, tetapi jauhilah perkara maksiat dan perkataan kotor. Semua ini dapat meringankan kesukaran dan mengurangkan keluhan hati.


Adab II




1. Apabila jauh, hendaklah bermusafir dengan sahabat. Carilah sahabat dahulu, baru bermusafir. Carilah sahabat yang dapat membantu dalam urusan agama, agar ia dapat mengingatkan apabila kita lalai dan lupa.

2. Angkatlah seorang menjadi pemimpin. Pilihlah yang terbaik akhlaknya, yang selalu mengutamakan kepentingan sahabatnya dari dirinya dan mengutamakan persepakatan.

“Jika kamu bermusafir bertiga, maka angkatlah seseorang di antara kamu itu sebagai pemimpin.” (Riwayat Thabrani)


Adab III




1. Sebelum berangkat hendaklah meminta diri dahulu dari sahabat-sahabat yang masih menetap atau tidak ikut bermusafir. Orang yang meminta diri sebaiknya mengucapkan

“Saya serahkan kepada Allah, agama dan amanat saudara, dan penutup amalan saudara.” (asal hadith, diriwayatkan Tarmizi)

2. Setelah itu diikuti dengan berdoa,

“Mudah-mudahan engkau dibekali ketakwaan oleh Allah, dan Allah mengampuni dosamu dan menunjukkan kebaikan kepadamu di mana sahaja engkau berada.”

3. Selanjutnya, orang yang mahu bermusafir itu hendaklah beristikharah dan bertawakkal kepada Allah swt sebaik saja melangkah keluar pintu.

4. Bacalah doa menaiki kenderaan,


Adab IV




1. Hendaklah mempunyai sifat belas pada binatang kenderaannya. Jangan sekali dibebani sehingga overload dan jangan dipukul kepalanya sebab kedua tadi sangat dilarang dalam Islam.

2. Disunatkan sekali sekala turun dari kenderaan untuk merehatkannya.

3. Hendaklah seseorang tidak membawa suatu yang tidak termasuk di dalam perjanjian ketika sewa menyewa dibuat.

Adab V




1. Hendaklah selalu berhati-hati, jika bermusafir bersama kafilah atau rombongan agar tidak tertinggal. Sebaiknya berganti-ganti jaga semasa tidur.

2. Orang yang bermusafir hendaklah membawa bersamanya alat-alat mengemas diri, pada masa yang sama tidak terlalu menyusahkan dirinya dalam perihal taharah (bersuci), baik berwuduk dan sebagainya.

Adab VI




1. Apabila Rasulullah saw selesai berperang atau menunaikan haji / umrah, baginda sentiasa bertakbir di tempat tinggi sebanyak 3 kali.

2. Rasulullah saw melarang mengetuk pintu rumah keluarganya sewaktu malam, seolah begitu mendadak kedatangannya agar tidak mengejutkan.

3. Baginda mengajar apabila sampai, menuju ke masjid dan menunaikan solat 2 rakaat, kemudian barulah baginda masuk ke rumah.

4. Bawalah buah tangan untuk keluarga mengikut kemampuan. Ini adalah kerana kita disunatkan, memberikan kegembiraan dengan membawa buah tangan. Tambahan, ini adalah tanda mereka tetap diingati apabila bermusafir.

5. Apabila berada di negeri, bertemulah dengan ilmuan, ulama, hukamak dan mempunyai peribadi yang baik. Niatkanlah untuk mendapat faedah dan manfaat daripada mereka.

6. Jika mahu menziarahi sahabat, elakkanlah melebihi 3 hari menetap di rumahnya, kerana memang itulah hadnya seseorang perlu dilayan sebagai tetamu. Kecuali orang yang diziarahi sangat berat untuk ditinggalkan, atau sangat rindu kerana lama tidak berjumpa.

7. Janganlah melakukan perkara yang tiada manfaat, kerana ini akan melenyapkan keberkatan perjalanannya.

Alhamdulillah, telah selesai kita membaca adab-adab bermusafir. Semoga ini menjadi titik untuk kita berfikir kembali tentang perjalanan kita dan mendapat pahala yang besar daripada Allah swt. Selamat menemui keluarga dan have a safe journey bagi yang bakal pulang minggu ini!

Adab Di Masjid

Adab Memasuki masjid

Doa ketika masuk masjid

Adab ketika Berada di Masjid

Doa keluar masjid

Adab Berkenderaan

Adab memandu: Sebelum memandu kenderaan hendaklah dipastikan kenderaan dalam keadaan yang memuaskan dan mulakan dengan keadaan yang tenang dan mulakan menaiki kenderaan dengan bacaan Bismillahirahmanirrahim.


Doa sebelum memandu




سبحان الذى سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا الى ربنا لمنقلبون


(Subhanallazi sakkharalanaa haazaa wamakunnaa lahuu muqriniin wa innaa ilaa rabbinaa lamunqalibuunn)



Dan boleh disambung dengan doa berikut :



أَللهم متعنا بها




(Allahumma matta'naa bihaa)



Adab Ketika Dalam Perjalanan Berkenderaan.

Dalam perjalanan hendaklah hati selalu mengigati Allah, mata dan telinga mestilah peka memerhati pengguna lain di jalanraya. Jangan sekali-kali mata melilau memandang ke kiri dan kekanan kerana ini boleh membahayakan pengguna jalan raya bahkan membahayakan kita sendiri, jika ada sesuatu melintas di hadapan, seperti binatang, kanak-kanak dan orang tua.

Jika memandu kereta, penunggang motorsikal dan pejalan kaki hendaklah diutamakan. memberi keutamaan kepada orang lain akan dibalas pahala yang banyak oleh Allah s.w.t.



Gunakan Radio atau CD Player untuk memainkan bacaan-bacaan al-Qur'an dan bacaan Doa agar tidak melalaikan kita dari mengingati Allah.



Penumpang yang lain boleh menggunakan masa yang ada dengan melakukan solat sunat musafir, iaitu dengan berwudhuk, diam di atas kenderaan, tak perlu mencari arah kiblat, bertakbiratul ihram solat sunat 2 rakaat, rukuk dengan menundukkan kepala, dan sujud dengan menundukkan kepala lebih rendah dari rukuk. begitulah sehingga akhir. Kemudian diulangi lagi sehingga sampai ke destinasi.



Makruh hukumnya bagi penumpang yang tidur, melakukan perkara-perkara yang kurang menyenangkan, makan makanan yang berbau busuk, atau memakan makanan yang sukar dimakan oleh pemamndu, samada disebelah atau dibelakang pemandu tanpa terlebih dahulu meminta izin.

Adab Rumah

Adab sebelum keluar rumah

Doa keluar Rumah

بِسْمِ‎ ‎اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ‎ ‎بِاللَّه‎ ‎
‎ ‎
‎"Bismilaahi tawakkaltu 'alallahi wa laa hawla wa laa quwwata ‎illaa billaahi" ‎
‎ ‎
Ertinya : ‎
Dengan nama Allah, aku menyerahkan diriku pada ‎Allah dan tidak ada ‎daya dan kekuatan selain dengan Allah ‎saja ‎

Doa apabila memasuki rumah baru

Adab sebelum memasuki rumah

Doa sebelum memasuki rumah

بِسْمِ الله وَلَجْنَا ، وَ بِسْمِ الله خَرَجْنَا وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَلْنَا

‎"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi ‎rabbina tawak-kalnaa"‎

Ertinya :‎
Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah ‎aku keluar rumah, ‎serta kepada-Nya aku berserah diri

Adab Berpakaian

Adab Berpakaian : Ketika memakai atau membuka pakaian Islam mempunyai cara tersendiri, dimana perbuatan tersebut hendaklah dimulakan dengan doa. Agar mendapat rahmat dan keberkatan kepada si pemakainya. Oleh itu Islam menggariskan adab-adab tertentu disertakan dengan doa tertentu dalam hal berpakaian.

Ketika memakai pakaian disunatkan menyarungkan anggota yang kanan dahulu kemudian baru diikuti dengan yang kiri. Manakala ketika menaggalkan pakaian disunatkan mendahulukan angota yang kiri daripada yang kanan.

Sebagai contoh jika kita memakai kain disunatkan memasukkan kaki kanan dahulu sebelum kaki kiri, begitulah sebaliknya jika menanggalkan kain, hendaklah dimulai dengan kaki kiri dahulu sebelum yang kanan. Jika dibuka kain melalui kepala maka tidak ada pahala yang akan diperolehi.

Dan disunatkan berdoa pula. Di antara doa-doanya ialah:




1. Doa Ketika Menanggalkan pakaian


2. Doa Ketika Memakai Pakaian


3. Doa Ketika Memakai Pakaian Baru



4. Doa Ketika Melihat Orang Memakai Pakaian Baru