JIM


JIM: Jamaah Islam Malaysia (JIM) ditubuhkan pada hari Jumaat 27 Julai 1990 bersamaan 5 Muharam 1411 apabila pendaftarannya diterima oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Sejak itu JIM berkeyakinan bahawa ia dapat menyumbang untuk pembangunan Islam dan masyarakat.

Penubuhan sayap Wanita JIM pada tahun 1993 terus menyemarakkan penglibatan wanita dalam dakwah.

Dengan misi “Bersama Islam Membina Masyarakat”, JIM terus berkembang dan menempatkan diri dalam masyarakat melalui beberapa model pengoperasian dan institusi sosio-dakwah JIM.

JIM kini mempunyai 14 cawangan Negeri dan 54 cawangan Daerah dan keahliannya telah mencecah lebih dari 8,000 orang.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau JIM, mengasaskan kewujudannya dengan menghayati pengertian al-islah yang membawa maksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.

JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da'wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.

Ruang untuk JIM bergerak bagi menjayakan program-program pengislahan dan pembangunan ummah adalah terlalu luas dengan ia terus mengambil susuk sebagai sebuah organisasi da'wah dan sosial. JIM akan terus beriltizam menjadi salah sebuah entiti strategik dalam ummah ini bagi melahirkan golongan saleh wa musleh.

Ahlinya terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat yang beragama Islam, tetapi kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, engineer, lawyer, guru, dan lain-lain lagi. Jamaah ini bergerak aktif sebagai sebuah NGO di Malaysia bagi memperjuangkan kepentingan orang-orang Islam samada dari segi kemasyarakatan, politik dan juga ekonomi.

Kini JIM sudah bertukar namanya sebagai IKRAM atau Pertubuhan IKRAM Malaysia.


Pertubuhan IKRAM Malaysia. ditubuhkan  pada 22 Oktober 2009 beribu pejabat  di no. 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Fokus aktivitinya ialah  hal ehwal yang bersangkutan dengan Islam. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan bahkan ia bersifat Islamiah. Ia bermatlamat untuk menyebarkan dakwah Islamiah, pengasuhan dan juga menjalankan kebajikan.

IKRAM dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 5,500 orang pendokongnya di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), The Mines Resort, Seri Kembangan, Selangor, pada 20 Jun 2010.

Pertubuhan ini merupakan penggembelingan tenaga-tenaga yang sebelum ini aktif di dalam beberapa buah organisasi seperti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Musleh, Aqsa Syarif, Medical Interest Group (MIG), Majlis Syura Muslimun (MSM) UK dan Ireland, dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS).

Matlamat IKRAM ialah:

Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak

Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;

Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;

Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;

Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;

Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat

No comments: