1. Bersihkan diri dan basuh tangan sehingga bersih.
2. Menghadiri hidangan dengan perasaan gembira dan tenang
3. Mensyikuri apa yang ada dan dihidangkan
4. Mulakan dengan basmalah dan doa sebelum makan
Doa sebelum makan
Adab ketika makan
- Apabila memulakan makan hendaklah dipastikan adab-adabnya diikuti dengan betul, agar dengan itu tetamu sehidangan akan merasa aman dan tenang makan bersama kita.
- Makan dengan menggunakan tangan kanan. Jika tidak mampu gunalah sudu, garpu atau seumpamanya. Jangan gunakan tangan kiri apabila makan bersama jamaah yang lain, kerana tangan kiri dimaklumi umum ianya digunakan untuk mencuci najis.
- Mulakan suapan pertama (hanya sedikit) dengan nasi yang kosong (jika makan nasi)
- Gunakan tangan kanan kerana hukumnya sunat dan makruh hukumnya menggunakan peralatan tertentu, kecuali makanan yang tidak mampu dimakan tanpa peralatan.
Ambillah dahulu lauk yang paling hampir dengan kita, jangan gopoh mengambil lauk-lauk yang kita gemari sedangkan ianya jauh dari pinggan kita. Jika memilih lauk yang kita gemari, akan memperlihatkan tamak dan gelojohnya kita. Hal ini dibenci oleh Islam. - Kunyah dengan tenang sehingga lumat, baru ditelan. Ini akan mengelak daripada tersedak ketika makan.
- Jangan banyak bercakap, terutama hal-hal yang tidak berfaedah. Kerana dengan banyak bercakap akan melalaikan seseorang daripada hal makannya.
- Jangan mengeji makanan dan minuman, terutama kepada orang yang menyediakannya, jika tidak disukai, jangan makan. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Sesungguhnya rezeki itu kurniaan Allah, kita tidak mungkin sama sekali menikmatinya tanpa kurniaan Allah.
- Jika makan itu kering sunat jika menggunakan hanya 3 jari sahaja ketika mengambil dan memakannya.
- Cara duduk Rasulullah ialah; duduk diatas kaki kiri dengan mengangkat lutut kanan ke dada.
- Jangan makan makanan terlalu panas, dan makruh hukumnya meniup ke dalam makanan, kerana nafas yang keluar mengandungi unsur-unsur yang tidak dikehendaki oleh tubuh, misalnya karbon dioksida, kuman-kuman dari mulut dan nafas, dan seumpamanya.
- Jangan pula makan makanan yang terlalu sejuk. Panaskan dahulu sebelum makan.
- Jangan makan makanan yang terdedah lama tanpa bertutup, kerana ianya memungkinkan dihinggapi oleh lalat atau semut yang membawa kuman berbagai penyakit.
- Jangan menyandar pada kerusi atau dinding ketika makan. Bersandar akan menyebabkan seseorang itu makan secara berlebihan, kerana ruang perutnya terbuka. Seeloknya ketatkan dahulu pakaian sebelum makan.
- Jangan segera minum air ketika masih makan, kecuali jika tersedak. Minum ketika makan akan menyebabkan lemah nafsu terutama syahwat.
- Habiskan sisa-sisa makanan di dalam pinggan sehingga licin.
- Berhentilah makan sebelum kekenyangan. Tanda kenyang ialah sendawa.
- Setelah selesai makan barulah minum air. Minumlah atas kadar 3 teguk sekali bernafas, tetapi jangan bernafas di dalam bekas air.
Doa selepas selesai makan
No comments:
Post a Comment