Haji Tamattuk

Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama. Cara ini dikehendaki seseorang itu berniat ihram umrah sahaja dan ditunaikan segala rukun-rukun umrah serta perkara wajibnya. Cara ini dikenakan dam mengikut syarat-syaratnya. Mengikut Mazhab Syafie Haji Ifrad adalah lebih afdhal dengan syarat hendaklah dikerjakan umrah dalam tahun itu juga. Ini merupakan haji yang terbaik sebagaimana disabdakan Rasulullah s.a.w., kerana memberi lebih keringanan dalam pekerjaan haji kepada yang melakukannya.

No comments: