Khitan

Khitan : Bagi kaum lelaki, iaitu membuang kulit yang menutupi hasyafah zakar (kepala kemaluan). Manakala bagi kaum wanita pula iaitu memotong ujung dari kelentiknya, iaitu kulit yang terdapat pada bibir faraj. Rupanya seperti pial (berimbing/balun) ayam jantang. Berkhitan lebih masyhur dikalangan umat Islam Asia sebagai bersunat.
Hukumnya sunat Muakkad akan tetapi Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadis amat menekankan perkara khitan ini seolah-olah baginda mewajibkannya, diantaranya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi (S.A.W) telah bersabda: “ Barangsiapa memeluk agama Islam, mestilah berkhitan”.

Walau bagaimanapun sesetengah ulama’ berpendapat ianya hanya sunat sahaja. Imam Syafi’e berpendapat hukumnya wajib berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w di atas, dan inilah pendapat sebahagian besar ulama’. Abu Hanifah berpendapat ianya sunat. Iman Hanbali berpendapat berkhitan itu wajib bagi lelaki dan sangat diutamakan bagi wanita.

Bagi orang lelaki yang belum berkhitan apabila mahu mengerjakan solat, wajiblah dibersihkan dahulu apa yang ada di bawah khuluf (kulit kepala zakar) kerana di situ mungkin berkumpul pati air kencing, mazi atau madi atau kotoran lain yang boleh membatalkan solat. Apabila orang yang masih khuluf (belum berkhitan) mandi wajib, wajiblah dia menyampaikan air ke bawah khulufnya itu.

Sejarah permulaan diperintahkan berkhitan ialah sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. Di mana Allah (S.W.T.) memerintahkan Nabi Ibrahim berkhitan ketika itu Nabi Ibrahim a.s. berusian 95 tahun. Kemudian baginda mengkhitankan pula Ismail yang ketika itu berusia 13 tahun. Diikuti selepas itu pengikut-pengikutnya.

Hikmah wajib berkhitan antaranya ialah; dapat menyampaikan terus air ke bahagian yang wajib sampai terutamanya ketika mandi janabah. Dapat menguatkan nafsu syahwat, kerana darah kotor dibahagian itu dibuang.
Para doktor lewat tahun 2000 mengesahkan, bahawa dengan berkhitan dapat menghindarkan lelaki daripada beberapa penyakit kelamin bahkan dapat mengelak daripada dijangkiti virus HIV lebih dari 3 kali ganda daripada orang-orang yang tidak berkhitan.
Dalam agama Nasrani berkhitan itu wajib, (belum dihuraikan lagi)

No comments: