MAHAR (Maskahwin): Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t.:
وَآتُواْ النَّسَاء صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْساً فَكُلُوهُ هَنِيئاً مَّرِيئاً
Maksudnya: "Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya. ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )
Firman Allah seterusnya:
Maksudnya: “Dan (diharamkan juga kamu mengahwini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu ni'mati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (QS an-Nisa’: 24)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )
Ini bermakna maskahwin boleh diberi dalam apa sahaja benda asalkan benda itu berguna dan berfaedah dan bermanafaat. Berdasarkan persetujuan bersama, seperti wang, emas, rumah, kebun, mengajar al-Quran, mengajar ilmu agama, naskah kitab al-Quran, sejadah solat, pakaian solat atau sebagainya.
Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. sebagaimana ditunjukki oleh Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam yang pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada lelaki itu, adakah dia mengingati (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu memberitahu bahawa dia mengingati beberapa surah daripada al-Qur’an. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.
Di Malaysia maskahwin berbeza-beza jumlahnya antara negeri-negeri. Kebanyakkan tempat hanya antara RM80.00 hingga RM100.00 dan disertai ‘hantaran’ berjumlah antara RM4000.00 hingga berpuluh-puluh ribu. Manakala di Kelantan maskahwin adalah antara RM 3000.00 hingga RM 20,000.00 tanpa ‘hantaran’. Ini bermakna di Kelantan hantaran digabung menjadi Maskahwin dan di disebut sekali gus.
Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki. Oleh kerana maskahwin yang terlalu tinggi maka ramai lelaki dan wanita Arab Saudi tak mampu untuk berkahwin. Dikatakan maskahwin atau mungkin hantaran di Arab Saudi terdiri daripada sebuah rumah yang lengkap perabutnya, sebuah kereta, barangan perhiasan dan lain-lain.
Sebaik-baik maskahwin adalah yang rendah nilainya, dan perbelanjaan pernikahan hendaklah sederhana sahaja, kerana sederhana itu lebih diberkati, sebab tiada unsur-unsur bermegah dan membazir. Sebagaimana sabda Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya (maskahwin dan hantarannya) ". ( Riwayat Ahmad )
PEMBAHAGIAN MAHAR
Mahar/maskahwin terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:
1) Mahar Misil : Iaitu Mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya di samping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya. Oleh itu penetapan Mahar Misil lebih tinggi atau setaraf dengan mahar perkahwinan saudara maranya yang terdekat.
2) Mahar Mutsamma: Iaitu maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.
HUKUM MENYEBUT MAHAR SEWAKTU AQAD
Hukum menyebut apa dan berapa jumlah mahar ketika aqad nikah terkandung kepada beberapa hukum, antaranya:
i ) Wajib.
a. Jika bakal isteri itu seorang budak yang masih kecil, gila atau bodoh sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).
b. Jika bakal isteri yang sudah baligh, bijak dan boleh mengurus dirinya sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengahwinkannya tetapi ia tidak menyerahkan kepada wali untuk menetapkan maskahwinnya.
c. Jika bakal suami itu tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri seperti masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang daripada mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui. Maksud wajib disini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah jika tidak ditunaikan, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).
ii) Sunat.
Menyebut nilai mas kahwin adalah asalnya sunat, kerana Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad, apabila ia menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya semasa akad berlangsung dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan berhubung dengannya, disamping dapat membezakan di antara perkahwinan biasa dengan perkahwinan pada seorang perempuan yang menghibahkan dirinya kepada Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam tanpa mahar.
iii) Makruh.
Sekiranya mahar tidak di sebut di masa akad, tidaklah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi hukumnya makruh.
Wajib Mahar / Maskahwin
Maskahwin itu wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam akad jika dinyatakan di masa akad dan maskahwin itu wajib dibayar dengan keadaan-keadaan yang berikut:-
i) Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul (bersetubuh) dan dipersetujui oleh pihak isteri, oleh yang demikian isteri berhak melarang atau meghalang suami dari menyetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya sama ada dengan cara tunai atau hutang, jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari menyetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.
ii) Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh qadhi dengan sebab keingkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila qadhi menetapkannya maskahwin tersebut, hendaklah dibayar tunai (tidak boleh hutang).
PEMULANGAN MAHAR / MAS KAHWIN
Apabila berlaku perceraian antara suami isteri dengan sebab-sebab dan keadaan tertentu maka pihak suami tidak boleh menuntut kesemua maskahwin yang telah diberikan kepada bekas isteri, kecuali separuh sahaja.
1. Apabila berlaku talaq sebelum persetubuhan. Sebagaimana firman Allah ta'ala Yang bermaksud:
"Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu".
Tetapi jika setelah berlaku persetubuhan maka, maskahwin menjadi hak isteri sepenuhnya.
2. Sekiranya perceraian ini berlaku berpunca dari pihak suami, seperti suami jadi murtad atau suami menganut Islam dan isterinya tidak.
Tetapi sekiranya berlaku perceraian itu kerana suami memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri, atau penipuan dilakukan oleh pihak isteri maka maskahwin itu akan gugur semuanya.
SUAMI ATAU ISTERI MATI SEBELUM BERSETUBUH.
Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak waris si suami wajib membayar maskahwin itu sepenuhnya kepada bekas isterinya dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.
Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada waris bekas isterinya jika maskahwin itu belum dijelaskan lagi.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud:
"Dari Alqamah katanya seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sempat menyetubuhi isterinya itu dan maskahwin pun belum ditentukan kadarnya. Kata Alqamah, mereka mengadu hal tersebut kepada Abdullah, maka Abdullah berpendapat perempuan itu berhak mendapat mahar misil sepenuhnya, dan perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula dengan bereddah. Maka ketika itu Ibnu Ma'kul bin Sanan Al- Saja'i menjelaskan bahawa sesungguhnya Nabi sollallaahu 'alaihi wasallam telah memutuskan terhadap Baraq bin Wasaq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi". (Riwayat Al-Tarmidzi)

No comments:
Post a Comment