Mahram

Mahram disebut juga di kalangan umat islam di kawasan asia sebagai muhrim, ertinya yang diharamkan.

Lelaki dan perempuan yang dilarang (diharamkan) berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu larangan muabbad dan larangan muaqqat.

Mahram Muabbad : Larangan muabbad ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan. Mereka ini termasuklah, ibu atau bapa dan ke atas, adik beradik termasuk adik beradik susuan atau sesusu (musoharah) dan kebawah, anak kepada adik beradik dan kebawah, bapa dan ibu mertua dan ke atas.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 22-23:

“ Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22)

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
ibu-ibu kamu, dan
anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan
saudara-saudara bapa kamu, dan
saudara-saudara ibu kamu dan
anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
saudara-saudara susuan kamu, dan
ibu-ibu isteri kamu, dan
anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23


Mahram Muaqqat: Larangan muaqqat ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Antaranya:
1. Adik ipar atau kakak ipar. Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada ikatan perkahwinan dengannya,

2. Anak kepada adik beradik isterinya (anak saudara sabit). Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan mahram muaqqat sama seperti hukum dengan bukan mahram.

Sepupu (anak kepada emak/bapa saudara) adalah lelaki atau wanita ajnabi dan mereka bukan mahram, walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan mahram. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman.

3. Isteri kepada bapa saudara atau suami emak saudara (emak/bapa saudara "sabit") juga termasuk dalam kategori mahram muaqqat.

No comments: