

Bagi setiap orang yang menunaikan haji atau umrah, selepas melakukan Tawaf mereka disunatkan solat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim.
Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai kelebihan yang besar. Allah berfirman bermaksud : "Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat." (Surah al-Baqarah, ayat 125)

Maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat Yang aman; dan Jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari Segala perkara Yang dilarang) untuk orang-orang Yang bertawaf, dan orang-orang Yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang Yang rukuk dan sujud".
No comments:
Post a Comment