Rukun Haji

Rukun haji terbahagi kepada 5 rukun.

  1. Niat Ihram, iaitu niat masuk mengerjakan haji atau umrah atau kedua-duanya sekali. Sesiapa yang berbuat demikian maka ia dianggap sudah berihram atau haramlah ke atasnya melakukan sesetengah perkara seperti memakai pakaian bersarung atau berjahit bagi lelaki, menutup muka atau dua tapak tangan bagi wanita, memakai bau-bauan, bersetubuh, berburu atau membunuh binatang, menebang atau mencabut pokok di Tanah Haram dan lain-lain.
  2. Wuquf di Arafah, iaitu berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dari masa gelincir matahari hari ke 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari ke 10 Zulhijjah. Sebaik-baiknya berada di sana sebahagian hari ke 9 dan sebahagian malam ke 10 zulhijjah.
  3. Tawaf, iaitu mengelilingi Ka'abah sebanyak 7 pusingan dengan lengkap. Tawaf terbahagi kepada beberapa jenis antaranya; Tawaf Ifadhah atau tawaf rukun, wajib dikerjakan, Tawaf Qudum atau tawaf selamat datang bagi yang mengunjungi Baitullahi Haram. bagi yang mengerjakan Haji Ifrad dan Qiran sunat dikerjakan tawaf qudum. Tawaf Wada' atau tawaf selamat tinggal. Ia wajid dikerjakan apabila seseorang itu hendak meninggalkan Makkah kerana menghormati dan memuliakan Baitulahil Haram. Tawaf Sunat iaitu tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai. Dan Tawaf Nazar, iaitu tawaf yang wajib dilakukan oleh orang-orang yang bernazar.
  4. Sa'i, iaitu berlari-lari anak antara Bukit Sofa dan Marwah 7 kali berturut-turut.
    Bencukur dan bergunting rambut walaupun sedikit (sekurang-kurangnya 3 helai) (tahallul awal)
  5. Tertib, iaitu berturutan antara semua rukun-rukun haji.
Haji akan terbatal jika tertinggal salah satu rukun, atau dilakukan secara tidak tertib. Hal ini tidak boleh diganti dengan dam.

No comments: