Solat Hajat

Solat Sunat Hajat : Solat yang dilakukan kerana memohon dimakbulkan hajat-hajat yang tertentu yang diharuskan oleh syarak. Ianya dilakukan dengan dua rakaat satu salam (rakaat sebenar tidak ditentukan).

Lafaz niatnya: “sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala”.

Rakaat pertama: Selepas fatihah bacalah surah al-Kaafiruun 11atau 7 kali dan ayat Kursiy satu kali.

Rakaat kedua selepas fatihah bacalah surah al-Ikhlas 7 atau 5 kali dan ayat Kursiyy satu kali.

Selepas salam bacalah doa

Setengah orang melakukan; selepas salam sujud semula dan membaca doa-doa berikut: ?????
اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
: 10 kali
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر
: 10 kali
ربنا اتنا فى الدنيا حسنة وفى الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
: 10 kali


Solat hajat juga boleh dilakukan dengan beberapa rakaat antaranya;
12 rakaat selepas pukul 12 malam. Selepas tiap-tiap dua rakaat satu salam.
4 rakaat satu salam
12 rakaat satu salam
12 rakaat pada hari khamis pertama bulan Rajab, dibuat selepas Isya’

No comments: