Solat Hari Raya Fitrah

Solat Sunat Hari Raya Fitrah : Solat sunat dua rakaat satu salam dilakukan pada pagi hari raya fitrah sebagai tanda selesainya puasa sebulan di bulan Ramadhan, iaitu pada pagi 1 Syawal selepas terbit matahari pagi berkenaan. Walau bagaimanapun ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa pada hari tersebut.

Lafaz niatnya ialah : “Sahaja aku solat sunat idil fitri dua rakaat kerana Allah taala” atau ““Sahaja aku solat sunat idil fitri dua rakaat makmum kerana Allah taala”.

Caranya :
Rakaat pertama: selepas doa iftitah bertakbir sebanyak 7 kali dan setiap lepas takbir bacalah doa:
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم kemudian baca fatihah.

Rakaat kedua: sebelum fatihah bertakbir 5 kali dengan diselangi bacaan lafaz takbir seperti di atas.

No comments: