Zina

Zina bererti persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan perempuan yang lain yang bukan isterinya yang halal. Kedua-duanya (lelaki dan perempuan itu) disebut “berbuat zina”. Hukum berzina adalah dosa besar dan orang yang membuatnya akan mendapat hukuman di dunia dan juga di akhirat. Orang yang melakukan zina terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Muhsan : Penzina yang syaratnya sudah baligh, berakal, merdeka serta sudah kahwin yang sah dan memasukkan hasyafahnya (kepala zakarnya) atau qadarnya pada qubul (faraj). Tidak dinamakan Muhsan mereka yang masih kanak-kanak, orang gila, hamba sahaya, orang yang pernah bersetubuh di dalam perkahwinan yang syubhat.
Hukuman bagi penzina yang Muhsan mengikut hukum hudud ialah: Wajib direjam (didera) dengan batu yang sederhana sehingga mati.

2. Ghaira Muhsan : Iaitu penzina yang masih bujang. Maka hukuman bagi golongan ini ialah disebat dengan rotan 100 kali rotan. Dalil Al-Qur'an dari surah an-Nur: 2. Kemudian dibuang ke tempat yang jauhnya musafat qashar (kira-kira 89km). Dali daripada Hadis yang bermaksud: “Bujang dengan Dara (yang berzina), hendaklah disebat 100 rotan dan dibuang dari negeri itu setahun”.

Dalil hukuman bagi orang yang berzina sebagaimana firman Allah s.w.t.: An-Nur:2,
Maksudnya: "Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman".

No comments: