Perkara Membatalkan Solat: Jika berlaku atau terdapat salah satu daripada perkara-perkara di bawah maka solat seseorang itu akan batal atau tidak sah. Maka seseorang yang batal solatnya wajib mengganti dengan solat yang baru.
1. Berhadas kecil mahupun besar berdasarkan firman Allah s.w.t.:maksudnya “atau jika salah seorang di antaramu keluar dari tandas”. Maksudnya buang air, baik kecil mahupun besar”.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. “ Allah tidak menerima solat salah seorang di antaramu jika ia berhadas sampai ia berwudhuk”. Maka berkatalah seorang lelaki Hadharalmaut: Apa maksudnya hadas ya Abu Hurairah?”. “Kentuk atau berak” ujarnya. (HR Bukhari dan Muslim).
Hadas besar sebagaimana yang dinyatakan dalam hadits. “Kerana harus berwudhuk” dan kerana kata Ibnu Abbas r.a. : Mengenai mani, itulah yang diwajibkan mandi kerananya. Adapun mazi dan wadi, maka hendaklah kau basuh kemaluanmudan sekitarnya, kemudian berwudhuklah yakni wudhuk untuk solat”. (HR Baihaki dalam Sunan).
2. Terkena najis yang tidak boleh dimaafkan ketika di dalam solat. Tahi cicak adalah najis yang dimaafkan, dengan syarat segera membuangnya jika ternampak.
3. Berkata-kata dengan sengaja selain bacaan yang diharuskan dalam solat, walaupun hanya satu huruf yang memberi suatu pengertian. Dalam sebuah hadits diterangkan, diterima dari Zaid bin Arqam katanya:
“Kami pernah berbicara dalam solat, yang seorang mengajak teman di sampingnya berbicara, hingga turunlah ayat: “dan tegaklah kamu menyembah Allah dengan khusyuk”. Maka sejak itu kami diperintahkan diam dan dilarang berbicara”. (HR Jamaah)
4. Sengaja meninggalkan salah satu rukun atau syarat sah solat tanpa uzur, misalnya membuka auratnya, membelakangi kiblat atau sebagainya.
Nabi s.a.w. pernah bersabda kepada orang badwi yang tidak menyempurnakan solatnya.
“Kembalilah bersolat, kerana engkau belum cukup solatnya”. (HR Bukhari).
5. Tertawa atau mengeluarkan suara seakan ketawa samada sengaja atau tidak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tertawa itu membatalkan solat tetapi tidak membatalkan wudhuk”.
Jumhur ulamak mazhab Syafi’e menegaskan, jika keluar sesautu suara yang melebihi satu bunyi maka batal solat, kecuali batuk dan bersin. Batal solat jika berdehem: “eng hem”.
6. Bergerak tiga kali berturut dari anggota tubuh yang zahir dan nyata, seperti melangkah, berjalan, menghayun tangan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Dari Ibnu Mas’ud telah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “sesungguhnya dalam solat itu sudah ada pekerjaan tertentu, tidak layak ada pula pekerjaan yang lain”.(HR Bukhari dan Muslim)
Dalam mazhab syafi’e harus menggerak-gerakan hujung jari tanpa batasan bilangan, jika gatal, dan gerakan tadi merupakan gerakan yang ketiga dari keseluruhan pergerakan anggota yang nyata. Kecuali ada perhentian seketika di antara satu gerakan dengan gerakan yang berikutnya.
Tetapi jika ada sesuatu yang amat mendesak atau mengelak dari bahaya, maka bergerak tidak membatalkan solat, seperti menghalau binatang yang akan mengigit, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
“Rasulullah s.a.w. menyuruh membunuh kala jengking dan ular di waktu solat”. (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I, At-Tirmizi dan Ibnu Majah).
7. Makan dan minum samada sengaja atau tidak.
8. Mendahului imam sehingga 2 rukun, atau ditinggalkan imam melebihi 2 rukun.
9. Murtad, atau keluar dari Islam.
10. Sengaja mengikut pergerakan imam tanpa berniat mengikut imam. Iaitu seseorang yang solat sendirian di belakang Imam tetapi melakukan gerakan solatnya sebagaimana imam di hadapan, sedangkan dia tidak berniat mengikut Imam. Kecuali kerana kebetulan.
11. Gila walau sekejap, atau pengsang yang lama.
12. Batal wudhuk kerana sebab-sebab yang membatalkan wudhuk selain dari no. 1 di atas.
13. Berubah niat.
......Maaf masih dalam pembinaan ........
No comments:
Post a Comment