Doa Di Mina

Mina : atau Muna adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para jemaah haji. Jaraknya dari Makkah atau Muzdalifah hanya 7 atau 8 kilometer sahaja. Bermalam atau Mabit di Mina merupakan perkara WAJIB HAJI. Iaitu berada di bumi Mina sekurang-kurangnya separuh malam (hampir 6 jam) pada : iaitu pada 10 haribulan atau malam 11 haribulan,11 haribulan malam 12 haribulan, dan 12 haribulan malam 13 haribulan. (jika berNafar Thani). Manakala bagi yang berNafar Awal maka wajib bagi mereka hanya melontar sehingga hari yang ke 12 Zulhijjah sahaja.

Kota Mina merupakan tempat berdirinya tugu (jamrah), iaitu tempat pelaksanaan melontarkan batu ke tugu (jumrah) sebagai simbolik tindakan nabi Ibrahim ketika mengusir syaitan. Di sana terdapat tiga jamrah iaitu Jamrah Ula, Jamrah Wustha dan Jamrah Aqabah. Apabila seseorang jamaah haji sampai di Mina, maka disunatkan membaca doa berikut.
Ertinya:

"Ya Allah, Ini Mina! Aku memohon dengan berkat Mina ini, Engkau anugerahkan daku dengan apa yang telah Engkau anugerahkan kepada wali-wali Engkau dan hamba-hambaa Engkau yang taat kepada Engkau. Maha suci Allah yang ArasyNya terletak dilangit, Maha Suci Tuhan yang memperlihatikan kekuatanNya di bumi, Maha Suci Tuhan yang menjalankan segala lautan, maha Suci Tuhan yang melihatkan kekuasaan dan pemerintahan di api neraka, Maha Suci Tuhan yang melihatkan rahmatNya dalam syurga, Maha Suci Tuhan yang telah mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Tuhan yang tidak perlu tempat bergantung dan tidak berhajat tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepadaNya semata-mata".

No comments: