Mazhab Wahabi

WAHABI : (bahasa Arab: Al-Wahhābīyyah‎ الوهابية) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain Mekah dan Madinah yang berasaskan ajaran Muhamad bin Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisma. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

• Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.

• Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibnu Hanbal (al-Hanbaliyyah, al-Hanaabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum fiqh, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Fahaman Wahabi dianggap sebagai penerusan fahaman Ibnu Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibnu Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793m), lahir di Kampung Ainiyyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku karangan beliau yang masyhur bertajuk 'Kitab al-Tawhid'.

Beliau adalah seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibnu Taimiah.


Amalan Kaum Wahabi

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mu'alla (Mekah), makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Perkuburan Baqi' (Madinah) pada tahun 1803-1924 kerana mematuhi hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan.

2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulid Nabi di Suq al-Lail di Mekah. Suq al Lail ialah tempat lahir Nabi. Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.

3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa menghadap kearahnya, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah (dilangit...katanya?. Dalam aqidah Wahabi meletakkan Allah di Langit)

4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap oleh pengikut Wahabi sebagai bida'ah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith, terutama menggunakan radio dan pembesar suara.

6. Melarang membaca qasidah.

7. Melarang melagu-lagukan al-Quran.

8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap oleh wahabi sebagai bida'ah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

9. Melarang mempelajari Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rubbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja. Semua ini dianggap oleh golongan wahabi sebagai bida'ah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

Pandangan Siradjudin AbbasSiradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.

2. Di dalam masalah hukum Fiqh diharuskan mengambil mana-mana Mazhab (Talfiq).

3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma' Ulama dan Qias.

4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).

5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja haji atau umrah pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.

6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al-Lail telah lama diruntuhkan. Bahkan tapak rumah Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam dijadikan Perpustakaan.

7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara, Tahlil dan sebagainya.

8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Idil Fitri dan Hari Raya Idil Adha.

9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.

10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.

11. Tidak boleh membaca kitab "Dalaa'ilul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w

12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.

13. Azan tidak boleh berlagu.

14. Membaca zikir "La illaa ha illallaah" beramai-ramai dilarang sama sekali.

15. Imam tidak membaca "Basmalah" dalam Solat.

16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.

17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi.


Fahaman Wahabi di Malaysia

Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).

Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jamaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.

Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenalpasti pendakwah antaranya Dr. Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Mungkin itulah sebabnya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak pula dilabel sebagai wahabi walaupun khabar angin menyatakan beliau seorang wahabi. Negeri Perlis yang tidak mengamalkan bacaan qunut juga dilabel sedemikian.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sekurang-kurangnya 6 kali muzakarah atau perbincangan dengan pelbagai pihak sejak 1985 hingga 1998. Pertikaian terbaru dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 30 Ogos 2007 iaitu seorang yang dikatakan pengamal wahabi juga.

Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik.

No comments: