WASIAT:Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya, hutangnya atau amal ibadahnya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris. Oleh itu sebaik-baik wasiat adalah yang ditulis dan disaksikan oleh seseorang tertentu.
Surat wasiat ialah pengisytiharan sah yang mana penulisnya adalah selaku pewasiat, mencalonkan beberapa orang lain untuk menguruskan asetnya serta menguruskan pertukaran hartanya apabila pewasiat meninggal dunia. Wasiat juga boleh merupakan surat amanah yang hanya menjadi laku dan sah selepas kematian pewasiat.
DALIL TENTANG WASIAT
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.
Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:
Surat wasiat ialah pengisytiharan sah yang mana penulisnya adalah selaku pewasiat, mencalonkan beberapa orang lain untuk menguruskan asetnya serta menguruskan pertukaran hartanya apabila pewasiat meninggal dunia. Wasiat juga boleh merupakan surat amanah yang hanya menjadi laku dan sah selepas kematian pewasiat.
DALIL TENTANG WASIAT
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.
Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:
"...Tetapi sekiranya kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu..." (QS. Surah An-Nisa': 12)
Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kerana kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana. Manakala harta yang ditinggalkannya menjadi rebutan dan perkelahian pewaris yang masih hidup.
Rasulullah s.a.w. turut besabda yang maksudnya: “Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
CIRI-CIRI WASIAT ISLAM
Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:
1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.
2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.
3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.
4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.
5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.
6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.
7. Harta yang diwasiatkan adalah harta milik sendiri secara tunai dan bukan harta milik orang lain.
8. Jika yang diwasiatkan adalah dari harta perkongsian samada perniagaan atau seumpamanya, maka hendaklah dikepilkan bersama surat perakuan dari rakan kongsi yang menyatakan sah wujudnya dan benarnya sebagaimana yang ditulis dalam wasiat.
9. Wasiat yang ditulis hendaklah tidak membebankan penerima wasiat. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 12:
KEPENTINGAN WASIAT
Kepentingan berwasiat bukanlah untuk pembahagian harta semata-mata kerana asas pembahagian telah ditetapkan oleh syarak dalam surah An-Nisa’ ayat 5 hingga 12.
Berwasiat adalah untuk menjaga hak dan kepentingan demi keadilan ke atas mereka yang tidak diberikan hak.
Berwasiat juga bertujuan untuk melantik seorang pemegang amanah yang akan mentadbir harta pusaka yang ditinggalkan secara sempurna dan bijaksana. Kita semua mahu peninggalan kita di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua pihak.
Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa’ ayat 13:
Maksudnya: “(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah & RasulNya, nescaya Allah memasukkanya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar”.
Wasiat juga memberi keadilan dalam pembahagian harta kepada anak-anak yang disembunyikan statusnya kerana perkahwinan kedua atau ketiga yang tidak disenangi keluarga utama.
Wasiat mungkin hebahan terhadap harta si pewasiat yang tidak diketahui oleh ahli waris secara menyeluruh atau secara ditil satu persatu. Pewasiat semasa hidupnya menyembunyikan harta atau kepentingan berkenaan dengan sebab-sebab yang tertentu.
HUKUM BERWASIAT
Berdasarkan hadits dari Rasulullah s.a.w., hukumnya sunat;
“Barang siapa yang mati dalam keadaan berwasiat maka dia telah mati di atas jalan Allah dan Sunnah, mati dalam keadaan bertaqwa dan syahid dalam keadaan diampuni dosanya”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Walaubagaimanapun terdapat perbezaan pendapat di antara para ulamak tentang hukum berwasiat. Percanggahan pendapat ini disebabkan para ulamak mengambil kira banyak atau sedikitnya harta yang ditinggalkan. Secara umumnya berwasiat dihukumkan harus.
Ada pendapat mengatakan wasiat itu wajib dalam keadaan di mana manusia mempunyai kewajipan syarak yang dikhuatiri akan disia-siakan. Umpamanya hutang kepada Allah dan manusia, misalnya kewajipan zakat atau haji yang belum ditunaikan atau mempunyai amanah yang harus disampaikan atau mempunyai hutang yang tidak diketahui oleh orang lain yang wajib ditunaikan atau mempunyai tanggungjawab atau kontrak yang tidak dipersaksikan.
Firman Allah s.w.t.;
Maksudnya: “Diwajibkan keatas kamu, apabila seorang diantara kamu kelihatan tanda-tanda hampir mati, jika dia mennggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibubapa dan saudara maranya dengan cara yang baik. Ini adalah kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa”. (QS. Al-Baqarah : 180).
PROSES MEMBUAT WASIAT
Untuk membuat wasiat supaya keadaannya lebih terjamin dan diterima semua pihak maka sebaiknya wasiat itu dibuat melalui proses undang-undang yang terdapat di sesebuah negara.
1. Mengisi borang butiran wasiat
2. Menghantar ke pejabat peguam yang dilantik
3. Memastikan dan meluluskan draf wasiat
4. Menetap tarikh untuk wasiat ditandatangani dan membuat bayaran
5. Menandatangani wasiat dipejabat guaman yang dilantik
6. Wasiat tersebut akan dimeterai atau disilkan
7. Wasiat boleh dibawa pulang atau disimpan di dalam peti besi
8. Wasiat boleh dibuat pindaan bila perlu selagi pewasiat masih hidup
9. Wasiat akan dibaca dihadapan waris setelah kematiannya oleh pihak-pihak tertentu.
Walau bagaimanapun jika cara di atas tidak disetujui, wasiat juga boleh ditulis sendiri dengan disertakan seorang atau dua orang saksi yang jujur dan adil yang tidak akan mengkhianati amanah si penulis wasiat. Wasiat ditulis dengan butiran-butiran antaranya:
1. Tarikh dan tempat wasiat dibuat.
2. Nama penulis wasiat
3. Orang-orang yang dituju dalam wasiat
4. Perkara yang diwasiatkan
5. Tandatangan penulis wasiat
6. Tandatangan saksi.
Telah berkata Imam as-Syafi’e: “Tidaklah seseorang itu dikatakan orang yang berhati-hati dan tiada sifat keteguhan sebagai seorang muslim, melainkan bila wasiat itu tertulis dan selalu berada di sisinya bila dia mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, sebab dia tidak tahu bila ajalnya. Jika dia mati tanpa menulis wasiat di sisinya, maka wasiatnya mungkin tidak kesampaian”.
No comments:
Post a Comment