AHLI ALLAH

AHLI ALLAH : Iaitu mereka yang diakui oleh Allah sebagai ahliNya dan dia akan menjaga amanah Allah dan Allah melindungi dan meredhainya. Mereka yang diakui oleh Allah s.w.t. sebagai ahlinya ialah mereka yang sentiasa membaca al-Qur'an secara istiqamah, memahami isi kandungan al-Qur'an dan beramal dengan perintah dan menjauhi larangan Allah sebagaimana yang difirmanNya dalam al-Qur'an. Untuk menjadi Ahli Allah seseorang itu mestilah terlebih dahulu menjadi Ahli Al-Qur'an.

Ahli al-Qur'an sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Majah dalam menerangkan dalam sunannya, bahawa: “Ahli al-Quran”: iaitu golongan yang menghafal al-Quran, banyak membaca al-Quran dan beramal dengannya.
Hal ini dikuatkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya;

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنْ النَّاسِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ
Ertinya: “Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda berkata: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihanNya.” (HR. Ibn Majah)

Manakala dalam pemahaman yang lain bahawa “Ahli Allah” itu ialah: Para Wali Allah dan golongan yang mendapat pilihan yang istimewa daripada Allah. (Syarah Sunan Ibn majah).

Hafiz al-Qur’an Mampu Memberi Syafaat

Memang terdapat beberapa hadith yang membicarakan persoalan orang yang hafiz Al-Quran akan diberi syafaat kepadanya dihari akhirat kelak. Menurut pensyarah Fiqh Muqarah (perbandingan) di Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad Taha Rayyan :

فمن جمع القرآن فحفظه عن ظهر قلب، ثم داوم على تلاوته، والعمل به في حياته حتى لقي ربه، فإنه ينال هذه الدرجة الرفيعة، كما يكون سببًا لرفعة درجة والديه اللذين كانا سببًا في حفظه للقرآن، فقد روى سهل بن معاذ عن أبيه ـ رضي الله عنهما ـ أن رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ قال: "من قرأ القرآن وعمل به ألبس والداه تاجًا يوم القيامة، ضوؤه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا، فما ظنكم بالذي عمل بهذا؟ رواه الحاكم وصححه ورواه أبو داود.
"maka barangsiapa yang mengumpul Al-Quran dan menghafalnya didalam hati, kemudian sentiasa membacanya, dan mengamalkan didalam penghidupannya sehingga ia bertemu dengan Allah swt, maka sesungguhnya ia akan mendapat darjat tertinggi, sebagaimana menjadikan sebab mendapatkan darjat tinggi kepada bapanya, yang menjadi sebab dia menghafal Al-Quran, telah diriwayatkan oleh Sahl bin Mu'aaz dari bapanya ra. sesungguhnya Nabi saw bersabda :

'Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya, dengan iaitu bapanya akan memakai mahkota di hari Kiamat, cahayanya lebih baik dari cahaya matahari di rumah dunia, apakah keraguan kamu dengan amalan ini?' - [Hadith riwayat Al-hakim dan Sahih; dan riwayat Abu Daud]."

Dari kenyataan Dr Ahmad Taha diatas, barangsiapa yang hafal dan mengamalkan Al-Quran didalam penghidupannya, maka Allah akan meningkatkan martabatnya dan bapanya dihari akhirat kelak. Di dalam Sahih Muslim, Nabi saw bersabda :

اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه.
"Kamu bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya apabila tiba hari kiamat ia akan memberi syafaat kepada sahabatnya"

Dan didalam hadith Nabi yang lain, baginda bersabda :

القرآن شافع مشفع وماحل مصدق، من جعله أمامه قاده إلى الجنة، ومن جعله خلفه ساقه إلى النار. أخرجه ابن أبي شيبة في المصنف، وصححه الألباني في صحيح الجامع الصغير.
"Syafaat Al-Quran adalah orang tengah dan apa yang datang dari orang yang mempercayai, dan barangsiapa yang menjadikannya didepan, maka ia akan membawa kepada syurga, dan barangsiapa yang menjadikannya dibelakang, maka ia akan membawa ke neraka" - [Hadith dikeluarkan oleh Abi Syaibah didalam Al-Musnad, dan disahihkan oleh Al-Albani didalam Al-Jaami' Al-Saghir].

Kini timbul persoalan, berapa orangkah yang boleh seorang yang hafiz Al-Quran memanjangkan syafaat Al-Quran itu? Contoh hadith yang dikatakan boleh memanjangkan syafaat Al-Quran kepada 70 orang ahli keluarga, tidaklah diketahui akan kewujudan hadith tersebut. Terdapat sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Al-Tirmudzi, Ibn Majah dan Ahmad mengenai seorang hafiz boleh memanjangkan syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya, walaubagaimanapun sanadnya daif.

Persoalan berapa jumlah, cara bagaimana syafaat itu, kesemua ini adalah perkara ghaibiyat. Ia hanya boleh dijelaskan dengan wahyu semata-mata. Dr Abdullah Al-Faqih didalam membicarakan mengenai hadith syafaat hafiz Al-Quran mengatakan bahawa :

فقد صحت الأحاديث الكثيرة في شفاعة القرآن يوم القيامة لأصحابه العاملين به ، كما صحت الأحاديث بشفاعة الصالحين ، وحافظ القرآن إن كان ممن يعمل به ويقف عند حدوده فلن يحرم ـ إن شاء الله ـ هذه الشفاعة، ولكن تخصيص عدد مخصوصٍ مشفوع له وكيفية هذه الشفاعة؟ كل ذلك يحتاج إلى نصوص ثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم، لأنه لا طريق للعلم بشيء من الغيب إلا بالوحي

"Terdapat banyak riwayat sahih mengenai syafaat Al-Quran di hari Kiamat kepada sahabat dan pengamalnya, sebagaimana sahnya hadith-hadith syafaat orang-orang soleh, dan hafiz Al-Quran jika ia mengamalkannya dan berhenti ketika hadnya, tidak sekali-kali di haramkan - dengan izin Allah - dari mendapat Syafaat ini. Akan tetapi mengkhususkan bilangan yang dikhususkan untuk mendapat syafaatnya, kesemua keinginan tersebut perlu disabitkan dari Nabi saw, kerana sesungguhnya tidak ada cara dari ilmu apa sekalipun mengenai perkara ghaib melainkan wahyu."

Kesimpulan yang boleh kita buat ialah, wujud hadith-hadith sahih yang membicarakan mengenai syafaat Al-Quran kepada para-para hafiz yang mengamalkannya. Cuma hadith-hadith sahih ini tidak membicarakan berapa jumlah yang disyafaatkan dan cara bagaimana syafaat itu berlaku, kerana ini merupakan perkara ghaib yang manusia tidak tahu melainkan yang telah diwahyukan. wallahu'alam.


Rujukan :

1. Dr Ahmad Taha Rayyan. شفاعة القرآن لأهله يوم القيامة.
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=75172

2. Dr Abdullah Al-Faqih. أنواع الشفاعة في الآخرة.
http://www.islamweb.net/web/fatwa.showSingleFatwa?FatwaId=34463

Matahari Terbit Di Barat


Diantara tanda-tanda besar Qiamat ialal terbitnya atau naiknya matahari disebelah barat, iaitu disebelah matahari turun. Hal ini merupakan suatu kepelikan alam dan menjadi tandatanya semua makhluk Allah. Bila masanya tidak siapa yang tahu. Kemunculannya hanya sekali selama alam dunia ini wujud.

Terbitnya matahari dari barat –sama dengan tanda-tanda Kiamat yang lain– adalah perkara yang telah ditetapkan oleh al-Kitab, sunnah dan ijma’.

Firman Allah, “Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelumnya atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.” (QS. Al-An’am: 158).

Jumhur ahli tafsir telah menyepakati bahawa sebahagian tanda-tanda di dalam ayat itu adalah terbit matahari dari arah barat.

Adapun dalil sunnah iaitu hadits riwayat Muslim nombor 2942 dan Abu Dawud nombor 4310 dari Abdulah bin Amru bin Ash berkata, “Saya menghafal dari Rasulullah saw sebuah hadits yang tidak pernah aku lupakan, saya mendengarnya bersabda, ‘Sesungguhnya tanda Kiamat yang pertama kali muncul adalah terbitnya matahari dari barat, keluarnya binatang bumi kepada manusia di waktu dhuha. Apa pun yang muncul terlebih dahulu maka yang lain akan segera menyusul di belakangnya.”

Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Bersegeralah beramal sebelum datangnya enam perkara: terbitnya matahari dari barat, dukhan, Dajjal, binatang bumi, teman khusus kalian dan urusan umum.” (HR. Muslim nombor 2947). Hisyam bin Amir berkata, “Teman khusus adalah kematian.” Qatadah berkata, “Urusan umum adalah Kiamat.”

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Kiamat tidak datang sehingga matahari terbit dari barat. Jika manusia melihatnya maka mereka semua beriman.”

Dalam riwayat lain, “Jika matahari telah terbit dari arah barat dan orang-orang melihatnya, maka mereka semua beriman. Pada saat itu iman seseorang tidak lagi berguna untuk dirinya selama dia belum beriman sebelumnya atau memperoleh kebaikan dalam imannya.” (HR. al-Bukhari 7/190 dan Muslim nombor 157)

Umat Islam secara keseluruhan telah ber-ijma’ bahawa terbitnya matahari dari barat adalah salah satu tanda Kiamat Kubro berdasarkan hadits-hadits yang sahih dan jelas begitu pula al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi saw.

Apabila matahari telah terbit dari barat maka iman yang terjadi pada hari itu tidaklah berguna bagi orang yang sebelumnya musyrik atau kafir, tidak pula diterima taubat yang dilakukan pada waktu itu bagi orang yang beriman tetapi sebelumnya dia melakukan kemaksiatan, kebaikan yang dilakukan sesudah itupun tidaklah berguna. Imannya yang terdahulu menjaganya dari kekekalan di dalam Neraka, jika dia masuk ke dalamnya maka kerana dosa-dosanya. Adapun pemilik iman terdahulu, tetapi tidak murni, maka imannya berguna untuk dirinya begitu pula amal-amal yang menyertainya yang dikerjakannya. Yang ditolak adalah taubatnya saat itu dari imannya yang bercampur dengan kemaksiatan, begitu pula orang yang sebelumnya tidak beriman dan beramal soleh, maka iman dan amal soleh yang tiba-tiba dilakukan pada saat itu tidaklah diterima.

Adapun orang mukmin yang telah bertaubat dari kemaksiatan dan telah mengerjakan kebaikan semampunya, maka imannya ini berguna baginya demi keselamatannya dan amal solehnya berguna baginya demi darjatnya dan kebaikan yang dia kerjakan setelah itu, di mana sebelumnya dia telah melaksanakannya, ia juga berguna baginya.

Allamah Al-Qurtubi dalam at-Tadzkirah menjelaskan alasan ditolaknya iman pada hari itu, dia berkata, “Para ulama berkata, ‘Iman tidak berguna bagi pemiliknya pada waktu matahari terbit dari barat kerana ketakutan hebat yang menyelimuti hatinya. Di mana ketakutan ini memadamkan semua syahwat jiwa dan meluruhkan seluruh kekuatan tubuh. Maka seluruh manusia –kerana mereka telah yakin Kiamat di ambang pintu– menjadi seperti orang di mana kematian telah berada di pelupuk mata. Dalam keadaan demikian dorongan-dorongan kepada kemaksiatan telah hilang dan luruh dari mereka. Maka barangsiapa bertaubat dalam kondisi ini maka taubatnya tidak diterima sebagaimana taubat orang yang maut telah berada di pelupuk matanya’.”

Hafizh Ibnu Katsir dalam An-Nihayah berkata, “Hadits-hadits yang mutawatir ini bersama ayat yang mulia merupakan dalil bahawa siapa yang baru beriman dan bertaubat pada saat matahari terbit dari barat maka ia tidak diterima darinya. Hal itu demikian –wallahu a’lam– kerana ia adalah tanda Kiamat terbesar yang menunjukkan kedekatannya, maka hari itu diperlakukan seperti hari Kiamat.

Firman Allah, “Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebahagian tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu.” (QS. Al-An’am: 158).

Firman Allah, “Maka tatkala mereka melihat adzab Kami, mereka berkata, ‘kami beriman hanya kepada Allah saja dan kami kafir kepada sembahan-sembahan yang telah kami persekutukan dengan Allah’. Maka iman mereka tiada berguna bagi mereka tatkala mereka telah melihat siksa Kami. Itulah sunnah Allah yang telah berlaku terhadap hamba-hamba-Nya. Dan di waktu itu binasalah orang-orang kafir.” (QS. Al-Mu’min: 84-85).

Firman Allah, “Mereka tidak menunggu kecuali kedatangan hari Kiamat kepada mereka dengan tiba-tiba sedang mereka tidak menyadarinya.” (QS. Az-Zukhruf: 66).

Bagaimana Proses Matahari Naik Dari Barat.

Proses terjadinya matahari terbit bukan dari arah yang biasanya berlaku adalah suatu proses alam di mana Allah memutarkan arah pusingan bumi secara berlawanan jam. Adapun matahari tetap berada pada tempatnya yang sama, tetapi putaran bumi yang berubah.

Mengikut setengah para ulama', apabila saat itu berlaku, malam terasa begitu lama, sehingga semua manusia merasa terlalu puas tidur dan mata tidak mahu pejam lagi. Keadaan ini disedari oleh orang-orang yang beriman dan mereka terus bermunajat kepada Allah serta bertaubat dengan sunguh-sungguh di atas segala dosa yang telah mereka lakukan.

Akhirnya matahari muncul disebelah barat sehingga jam 12 tegahari, kemudian akan mula turun semula kesebelah barat sebagaimana biasa. Ini bermakna untuk hari yang bermula dipagi itu menjadi sempadan bahawa taubat untuk dosa-dosa yang telah lalu ditutup pintunya. Semua dosa yang tertanggung akan dibawa sehingga ke hari kiamat.

Hal ini tidaklah pula bermaksud semua perbuatan yang akan dilakukan selepas hari berkenaan tidak dicacat oleh Oleh Allah baik atau buruknya. Perbuatan yang dilakukan selepas itu seolah-olah akan dibukukan sebagai catatan yang baru samada dosa atau pahala.

QANA'AH

QANA'AH: Iaitu merasa puashati dengan apa yang ada padanya dan tetap berusaha, enggan meminta-minta, berlaku sederhana dalam kehidupan dan berbelanja serta mencela perbuatan meminta tanpa sebab yang dharurat.

Allah Ta'ala berfirman:

Maksudnya: "Tiada sesuatupun binatang yang bergerak di bumi itu, kecuali atas tanggungan Allah jualah keadaan rezekinya." (Hud: 6)

Allah Ta'ala juga berfirman:

Maksudnya: "Berikanlah sedekah itu kepada kaum fakir yang terkepung dalam menjalankan jihad fi-sabilillah, mereka tidak dapat berjalan keliling negeri. Orang-orang yang tidak mengetahui akan mengira bahawa mereka itu adalah orang-orang yang kaya kerana bersikap ta'affuf - enggan meminta-minta. Engkau dapat mengenal mereka itu dengan tanda-tandanya yakni bahawa mereka itu tidak mahu meminta kepada para manusia secara berulang kali - yakni menyangat-nyangatkan permintaannya." (al-Baqarah: 273)

Juga Allah Ta'ala berfirman:
maksudnya: "Dan mereka - hamba-hamba Allah yang berbakti - itu apabila menafkahkan hartanya, maka mereka itu tidak melampaui batas - terlalu boros - dan tidak pula bersikap kikir, tetapi pertengahan antara keduanya itu." (al-Furqan: 67)

Allah Ta'ala berfirman pula:

Maksudnya: "Tidaklah Kami menciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya menyembah padaKu. Aku tidak hendak meminta rezeki kepada mereka dan Aku tidak hendak meminta supaya mereka memberi makanan kepadaKu." (adz-Dzariyat: 56-57)
Adapun Hadis-hadisnya, maka sebahagian besar telah dihuraikan dalam kedua bab yang ada di depan. Di antaranya yang belum terdapat di depan ialah:

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Bukannya yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanya jiwa." (Muttafaq 'alaih)

Dari Abdullah bin 'Amr radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sungguh berbahagialah orang yang masuk Agama Islam dan diberi rezeki cukup serta dikurniai sifat qana'ah oleh Allah dengan apa-apa yang direzekikan kepadanya itu." (Riwayat Imam Muslim)

Dari Hakim bin Hizam r.a.,katanya: "Saya meminta kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau memberikan sesuatu padaku, lalu saya meminta lagi pada beliau, kemudian beliau pun memberikan pula sesuatu padaku, selanjutnya beliau bersabda:

"Hai Hakim, sesungguhnya harta ini adalah sebagai benda yang kehijau-hijauan - yakni enak dirasakan dan nyaman dipandang juga manis. Maka barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kedermawanan - dari orang yang memberikannya serta memintanya itu dengan tidak memaksa, tentulah harta itu memperolehi berkah Tuhan, tetapi barangsiapa yang mengambilnya itu dengan jiwa kelobaan - atau ketamakan, maka tidak memperolehi berkah Tuhan dalam harta tadi. Ia adalah sebagai seseorang yang makan, namun tidak kenyang-kenyang. Tangan yang bahagian atas - yang memberi - adalah lebih mulia daripada yang bahagian bawah - yang diberi."

Hakim lalu berkata: "Ya Rasulullah, demi Zat yang mengutus Tuan dengan membawa kebenaran, saya tidak akan suka lagi menerima sesuatu dari seseorang pun sepeninggalan Tuan nanti, sehingga saya akan berpisah dengan dunia - yakni sampai mati."

Abu Bakar r.a. pernah mengundang Hakim kerana hendak memberikan sesuatu padanya, tetapi Hakim menolak untuk menerima sesuatu pun dari pemberian itu. Seterusnya Umar r.a. pernah pula memanggilnya untuk memberikan sesuatu pada Hakim itu, tetapi ia juga enggan menerima pemberian tadi. Abu Bakar dan Umar radhiallahu 'anhuma itu memanggil di kala keduanya menjabat sebagai khalifah secara bergantian. Umar lalu berkata:

"Hai sekalian kaum Muslimin, saya mempersaksikan kepadamu semua atas diri Hakim ini, bahawasanya saya menawarkan padanya akan haknya yang saya wajib membahagikan untuknya dari harta rampasan, tetapi ia enggan mengambil haknya itu.
Hakim memang tidak pernah menerima sesuatu pemberian dari seseorang pun setelah wafatnya Nabi s.a.w., sehingga ia meninggal dunia. (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Burdah dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Kita semua keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam melakukan sesuatu peperangan. Kita semua ada enam orang banyaknya - yakni yang menyertai Nabi s.a.w. itu, di antara kita ada seekor unta yang kita gunakan untuk ganti-berganti menaikinya. Maka berlubang-lubanglah kaki-kaki kita, juga kakiku pun berlubang-lubang pula dan jatuhlah kuku-kukuku. Oleh sebab itu kita lalu membalutkan beberapa helai kain pada kaki-kaki kita itu dan dengan demikian peperangan itu dinamakan perang Dzatu riqa' - mempunyai beberapa balutan kain, kerana kita membalutkan beberapa helai kain pada kaki-kaki kita tadi."
Abu Burdah berkata:

"Abu Musa menceriterakan Hadis ini, kemudian ia merasa tidak senang dalam menghuraikannya itu dan ia mengatakan: "Apa yang dapat saya lakukan dengan menyebut-nyebutkannya itu?" Abu Burdah melanjutkan katanya: "Seolah-olah Abu Musa itu tidak senang kalau menyebutkan sesuatu amalannya, lalu disiar-siarkannya."(Muttafaq 'alaih)

Maksudnya oleh sebab adanya bala' sampai kaki-kaki menjadi rosak dan kuku-kuku lepas itu adalah semata-mata urusan antara manusia dengan Tuhan, maka menurut anggapan Abu Musa r.a. tidak perlu diterang-terangkan, supaya tidak dianggap sebagai mempamirkan jasa atau amalan."

Dari 'Amr bin Taghlib - dengan fathahnya ta' mutsannat di atas dan sukunnya ghain mu'jamah dan kasrahnya fammun - r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. didatangi - memperolehi - harta atau rampasan, lalu beliau s.a.w. membahagikan itu. Ada beberapa orang yang beliau beri dan ada pula beberapa orang yang beliau tinggalkan - yakni tidak diberi bahagian. Kemudian sampailah suatu berita kepada beliau bahawa orang-orang yang tidak diberi itu sama mencela cara beliau membahagikan tadi. Beliau s.a.w. lalu bertahmid kepada Allah lalu memujiNya, kemudian bersabda:

"Amma ba'du." Sesungguhnya saya nescayalah memberikan bahagian kepada golongan - beberapa orang, kerana saya mengetahui keluh kesah dalam hati mereka itu serta sesambatan mereka yang amat sangat, sedang segolongan lain saya serahkan kepada Allah, kerana Allah telah memberikan kekayaan bathin dan kebaikan dalam hati mereka ini, di antara mereka ini adalah 'Amr bin Taghlib."

'Amr bin Taghlib berkata: "Demi Allah, saya - amat gembira mendengar pujian beliau s.a.w. itu pada saya, sehingga kerana gembiranya, maka saya - tidak suka andai kata kalimat Rasulullah s.a.w. yang ditujukan kepada saya itu ditukar dengan ternak-ternak merah - sebagai kiasan sebaik-baik harta bagi bangsa Arab." (Riwayat Bukhari)

Dari Hakim bin Hizam r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Tangan yang bahagian atas - yang memberi - adalah lebih mulia daripada tangan yang bahagian bawah -yang diberi. Dan dahulukanlah dalam pemberian itu kepada orang-orang yang menjadi tanggunganmu - yakni yang wajib dinafkahi. Sebaik-baik sedekah ialah yang diberikan di luar keperluan - yakni keadaan diri sendiri dan keluarga sudah dicukupi. Barangsiapa yang enggan meminta, maka Allah akan memberikan kecukupan padanya dan barangsiapa tidak memerlukan pemberian manusia, maka Allah akan memberikan kekayaan padanya." (Muttafaq 'alaih)

Ini adalah lafaznya Imam Bukhari, sedang lafaznya Imam Muslim adalah lebih ringkas lagi.

Dari Abu Abdir Rahman, iaitu Mu'awiyah bin Abu Sufyan iaitu Shakhr bin Harb radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau semua mempersangatkan dalam meminta sesuatu sebab demi Allah, tidaklah seseorang dari engkau semua itu meminta sesuatu, kemudian kerana permintaannya itu lalu dapat mengeluarkan sesuatu pemberian daripadaku untuknya, sedangkan saya tidak senang dengan cara memintanya, selanjutnya lalu diberkahi untuk orang tadi dalam apa-apa yang saya berikan." (Riwayat Muslim)

Maksudnya bahawa rezeki yang berasal dari meminta, apabila rezeki itu menjadi bertambah banyak dan kekal kerana dibuat berusaha umpamanya, maka yang diminta dengan baik yakni tidak seolah-olah memaksa adalah lebih baik dan lebih banyak berkatnya dari yang diminta dengan nada yang seolah-olah memaksa.

Dari Abu Abdir Rahman, iaitu 'Auf bin Malik al-Asyja'i r.a., katanya:

"Kita semua ada di sisi Rasulullah s.a.w. dan kita ada sembilan, lapan atau tujuh orang, kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau semua berbai'at kepada Rasulullah?" Padahal kita semua baru beberapa hari saja melakukan pembai'atan pula pada beliau itu, oleh sebab itu kita berkata: "Kita semua telah membai'at Tuan, ya Rasulullah." Kemudian beliau s.a.w. bersabda lagi: "Tidakkah engkau semua berbai'at kepada Rasulullah?" Kita lalu membeberkan tangan-tangan kita dan kita berkata: "Kita semua dulu sudah berbai'at kepada Tuan, ya Rasulullah dan sekarang kita berbai'at lagi dalam hal apakah?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Hendaklah engkau semua menyembah kepada Allah yang Maha Esa dan jangan menyekutukan sesuatu denganNya, tetapi tetaplah mengerjakan shalat lima waktu dan sampai engkau semua mendengarkan serta melakukan ketaatan," lalu beliau memperlahankan suaranya dan bersabda dengan berbisik: "Dan jangan meminta sesuatu apa pun dari orang-orang."Maka sungguh saya pernah melihat ada orang yang termasuk golongan orang-orang di atas itu, ketika cemetinya jatuh, ia tidak meminta seseorang supaya diambilkan cemetinya tadi." (Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak henti-hentinya permintaan itu menghinggapi seseorang di antara engkau semua - yakni orang yang senantiasa mempunyai tabiat suka meminta-minta itu tidak akan berhenti, sehingga ia menemui Allah Ta'ala - iaitu pada hari kiamat nanti - sedang di wajahnya itu tidak terdapat sepotong daging pun - jadi dalam keadaan sangat hina-dina." (Muttafaq 'alaih)

Dari Ibnu Umar r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, sedang di kala itu beliau berada di atas mimbar dan menyebut-nyebutkan perihal sedekah dan menahan diri dari meminta:

"Tangan yang bahagian atas adalah lebih baik daripada tangan yang bahagian bawah. Tangan yang bahagian atas itu adalah yang menafkahkan - yakni yang memberikan sedekah, sedang tangan yang bahagian bawah adalah yang meminta." (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang meminta-minta kepada orang-orang dengan maksud supaya menjadi banyak apa yang dimilikinya - jadi sudah cukup tetapi terus saja meminta-minta, maka sebenarnyalah orang itu meminta bara api. Maka dari itu baiklah ia memilih hendak mempersedikitkan atau memperbanyakkan - siksanya." (Riwayat Muslim)
Keterangan:

Hadis di atas dapat diertikan bahawa orang sebagaimana yang tersebut itu yakni yang meminta-minta lebih dari keperluannya atau untuk mencari yang sebanyak-banyaknya akan disiksa dalam neraka dan oleh Rasulullah s.a.w. dikiaskan sebagai orang-orang yang meminta bara api. Tetapi dapat pula diertikan dengan makna yang sebenarnya menurut lahiriyah sabda beliau s.a.w., iaitu bahawa bara api akan dimasukkan dalam seterika dan kepada orang sebagaimana di atas itu akan diseterikakan pada punggung dan lambungnya, seperti juga keadaan orang yang sudah berkewajiban zakat, namun enggan mengeluarkan atau menunaikan kewajiban zakatnya.

Demikianlah yang dihuraikan oleh al-Qadhi 'lyadh dalam menafsiri Hadis di atas.

Dari Samurah bin Jundub r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya permintaan adalah suatu cakaran yang seseorang itu mencakarkan sendiri ke arah mukanya, kecuali jikalau seseorang itu meminta kepada sultan - penguasa negara* - atau ia meminta untuk sesuatu keperluan yang tidak boleh tidak ia harus melakukannya."(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadits hasan sahih.

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dihinggapi oleh kemelaratan, lalu diturunkannya kepada manusia - yakni meminta tolong kepada sesama manusia agar dihilangkan kemelaratannya itu, maka tentu tidak akan tertutuplah kemelaratannya tadi. Tetapi barangsiapa menurunkannya kepada Allah -yakni mohon kepadaNya agar dihilangkan kemelaratannya, maka bersegeralah Allah akan memberinya rezeki yang kontan - cepat diberikannya - atau rezeki yang dilambatkan memberikannya."(Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadits hasan).

Meminta kepada Sultan itu pun tidak boleh sembarang minta, tetapi yang ada sangkut pautnya dengan soal-soal keagamaan, misalnya meminta zakat yang diwajibkan oleh Allah kepadanya atau seperlima bahagian dari hasil rampasan peperangan atau memang kerana untuk kepentingan ummat dan masyarakat.

Dari Tsauban r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Siapakah yang memberikan jaminan kepada saya bahawa ia tidak akan meminta apapun dari para manusia dan saya memberikan jaminan padanya untuk memperolehi syurga?" Saya berkata: "Saya."

Maka Tsauban sejak saat itu tidak pernah meminta sesuatu apa pun kepada siapa saja.
Diriwayatkan oleh Imam Dawud dengan isnad shahih.

Dari Abu Bisyr iaitu Qabishah bin al-Mukhariq r.a., katanya:

"Saya mempunyai beban sesuatu tanggungan harta - hamalah, lalu saya datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta sesuatu padanya guna melunasi tanggungan itu. Beliau s.a.w. bersabda: "Berdiamlah di sini dulu sampai ada harta sedekah - zakat - yang datang pada kita, maka dengan harta itu kita akan menyuruh guna diberikan padamu," selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:

"Hai Qabishah, sesungguhnya permintaan itu tidak boleh dilakukan kecuali untuk salah satu dari tiga macam orang ini, iaitu: Seseorang yang mempunyai beban sesuatu tanggungan harta -hamalah, maka bolehlah ia meminta sehingga memperolehi sejumlah harta yang diperlukan tadi, kemudian menahan diri - jangan meminta-minta lagi.

Juga seseorang yang mendapatkan sesuatu bencana, sehingga menyebabkan kemusnahan hartanya - lalu menjadi miskin, maka bolehlah ia meminta, sehingga dapatlah ia memperolehi sesuatu untuk menutupi keperluan hidupnya," atau sabda beliau: "Sesuatu untuk mencukupi keperluan hidupnya. Demikian pula seseorang yang dihinggapi oleh kemelaratan, sehingga ada tiga orang dari golongan orang-orang yang berakal di kalangan kaumnya mengatakan:

"Benar-benar si Fulan itu telah dihinggapi oleh kemelaratan," maka orang semacam itu bolehlah meminta sehingga dapatlah ia memperolehi sesuatu untuk menutupi keperluan hidupnya," atau sabda beliau: "Sesuatu untuk mencukupi keperluan hidupnya."




Adapun selain tiga macam orang tersebut di atas, maka permintaannya itu, hai Qabishah adalah merupakan suatu perbuatan dosa yang dimakan oleh orang yang memintanya tadi dengan memperolehi dosa." (Riwayat Muslim)

Al-hamalah dengan fathahnya ha' ialah apabila terjadi sesuatu pertempuran ataupun pertengkaran dan lain-lain antara dua golongan, kemudian ada orang yang bermaksud hendak mendamaikan antara mereka itu dengan cara memberikan harta yang menjadi tanggungannya dan mewajibkan pengeluarannya itu atas dirinya sendiri. Tanggungan harta semacam inilah yang dinamakan hamalah.

Al-jaihah ialah sesuatu bencana yang mengenai harta seseorang -sehingga ia menjadi miskin.

Al-qiwam dengan kasrahnya qaf atau dengan fathahnya ialah sesuatu yang dengannya itulah urusan seseorang dapat berdiri dengan baik, ini adalah berupa harta atau pun lain-lainnya.

As-sidad dengan kasrahnya sin ialah sesuatu yang dapat menutupi keperluan orang yang mempunyai keperluan dan dapat pula mencukupinya.

Al-faqah ialah kekafiran.

Al-hija ialah akal.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bukannya orang miskin itu orang yang berkeliling mendatangi orang banyak - keluar masuk dari rumah ke rumah - lalu ditolak ketika meminta sebiji atau dua biji kurma atau ketika meminta sesuap atau dua suap makanan, tetapi orang miskin yang sebenarnya ialah orang yang tidak mempunyai kekayaan untuk mencukupi keperluannya, tidak pula diketahui kemiskinannya, sebab andaikata diketahui tentu ia akan diberi sedekah bahkan tidak pula ia suka berdiri lalu meminta-minta sesuatu kepada orang-orang." (Muttafaq 'alaih)




Dipetik dari Riadhussolihin.