RIADHUS SOOLIHIN

RIADHUS SOOLIHIN : Yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi’i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riadhus Soolihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riadhus Soolihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.

Imam Nawawi memilih 1896 hadits dari pelbagai kitab hadits termasuk Muwatta' Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, seterusnya menyusun mutiara hadits-hadits tersebut dalam 372 bab dalam kitab Riadhus Soolihin ini. Sebahagian dari bab tersebut didahulukan dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan.

Riadhus Soolihin, dimulakan dengan Bab Ikhlas sebagai peringatan kepada pembaca akan kepentingan keikhlasan dalam mempelajari kitab ini seterus beramal dengannya. Ia diakhiri dengan dengan bab Janji-janji Allah kepada orang beriman di akhirat nanti. Di antara kedua-dua bab ini, hadits-hadits berkenaan amalan yang perlu dilakukan dan larangan yang perlu dijauhi, di segi zahir maupun batin, dinyatakan. Dengan mematuhi panduan ini, seseorang layak berada di taman orang-orang yang soleh seterusnya beroleh ganjaran di akhirat kelak, sebagaimana yang terdapat di bab terakhir.

Imam Nawawi menyusun kitab ini lebih dari 700 tahun yang lalu. Sejak itu Riadhus Soolihin telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, English dan Urdu. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Indonesia sejak tahun 1964 oleh Ustaz Salim Bahreisy. Ada lagi terjemahan Melayu lain selepas itu.

Di samping itu juga ramai ulama menulis kitab syarah Riadhus Soolihin, kitab yang menjelaskan hadits-hadits dalam Riadhus Soolihin. Sekurang-kurang tiga dari kitab syarah ini telah pun diterjemahkan dalam bahasa kita iaitu Kitab Dalilul Falihin Syarah Riadhus Soolihin, yang dikarang oleh Syeikh 'Alan ash-Shiddiqi asy-Syafi'i al-Makki (d. 1057H), Syarah Riadhus Soolihin oleh Sheikh Muhammad ibn Saalih al-Uthaymeen (d. 2001M) dan Bahjatun Nadhirin Syarah Riyadhus Shalihin oleh Sheikh Salim bin Eid Al Hilali.

Link untuk download untuk Jilid 1: http://dakwah.info/download/?did=131


Link untuk download untuk Jilid 2: http://dakwah.info/download/?did=132

No comments: