HUKUM SEBAT : Iaitu pelaksanaan hukuman terhadap pesalah-pesalah yang melakukan zina, li'an, minum arak dan sebagainya.
Cara pelaksanaan hukum sebat dalam Islam amaat berbeza daripada hukuman sebat sebagaimana yang dilakukan oleh pihak polis atau penjara terhadap pesalah-pesalah jenayah hari ini.
Cara Pelaksaan Hukuman Sebat Dalam Islam
Hukuman sebat dilakukan dengan:
- Cara yang bersopan santun, dimana si penyebat adalah dari kalangan orang-orang yang baik perangainya, tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan pesalah, juga tidak bermusuhan atau dendam dengan pesalah.
- Dimulakan sebatan dengan doa dan basmalaah, agar diberi hidayah kepada pesalah dan dijauhi dari segala hasutan syaitan tatkala melakukan sebatan.
- Menggunakan rotan (material paling mudah dan berkesan) yang sederhana besar (antara kelingking dan ibu jari) mengikut kesesuaian si pesalah. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
- Pesalah tidak didedahkan aurat mereka walaupun pada tempat yang disebat.
- Tempat yang boleh disebat antara paha dan belakang. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala,perut,dada atau bahagian sulit
- Tukang sebat akan berada disebelah kiri atau kanan pesalah.
- Hayunan sebatan yang dihayun bermula daripada mengangkat rotan sama paras dengan bahu dan lengan yang lurus.
- Hayunan menurun tanpa melentur atau mengendurkan lengan, kecuali lurus semata-mata dan pusingan hayunan hendaklah disertakan dengan lenggokan tubuh si penyebat. Ini dapat digambarkaan seolah-olah pemain golf melakukan pukulan.
- Tidak menggunakan tenaga tambahan dalam membuat hayunan.
- Kekerapan pukulan adalah sederhana. Jarak antara satu pukulan dengan satu pukulan sekadar satu bacaan tasbih. (Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilahaillallah, wallaahuakbar).
- Sebatan tidak boleh melukanan pesalah. Berhenti seketika jika pesalah kelihatan sangat sakit dan menderita. Atau jika sekiranya pesalah pengsan.
- Boleh disebat secara sekaligus atau berhenti beberapa ketika berdasarkan keadaan dan keperluan.
- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
- Bagi pesalah perempuan yang mengandung, sebatan hendaklah dilakukan selepas 2 bulan melahirkan anak.
Cara Yang Salah Dalam Pelaksanaan Hukum Sebat
Islam melarang daripada memukul pada satu-satu tempat sahaja sehingga boleh membawa kecederaan yang teruk kepada pesalah. Bahkan Islam mengharuskan sebatan dilakukan dari paha hingga belakang.
Pukulan hendaklah dalam keadaan sederhana oleh orang yang sederhana kekuatannya.
Rotan yang hendak dihayun semasa pukulan tidak boleh melepasi bahu ketika mengangkatnya. Ini adalah pukulan kerana benci dan dendam, bukan kesederhanaan yang dituntut dalam Islam.
Islam juga mengharamkan perbuatan mendedahkan aurat mana-mana pesalah yang ingin dihukum. Menelanjangi mereka yang bersalah adalah haram hukumnya. Apakah rasional dan kaitan antara pukulan sebat dengan membogelkan pesalah yang akan disebat?.
No comments:
Post a Comment