DOSA TIDAK TERAMPUN

DOSA TIDAK DIAMPUN: Banyak dosa besar yang tidak diampun oleh Allah selain daripada Syirik kepada Allah s.w.t. Akan tetapi yang berhak mengampuninya ialah manusia sendiri. Dosa-dosa ini ialah dosa-dosa yang berkaitan dan bersabit dengan manusia sesama manusia. Dosa-dosa ini tidak akan diampun oleh Allah s.w.t. walaupun dengan Taubat Nasuha, Haji yang Mabrur atau puasa yang sempurna. Antara dosa-dosa tersebut ialah;

1. Mengumpat atau Membuat Gosip

2. Memfitnah

3. Memakan harta Anak Yatim

4. Mencuri

5. Berzina dengan isteri jiran atau orang lain

6. Menyakiti hati orang lain

7. Derhaka kepada kedua ibubapa

8. Membunuh jiwa orang Islam tanpa hak

9. Mengadu Domba

10. Merompak harta orang

11. Khianati amanah

12. Menuduh perempuan baik berzina

13. Menyakiti hati jiran tetangga

14. Dengki dan khianat

15. Sihir atau melakukan santau kepada orang lain

16. Menipu harta orang lain

17. Isteri yang derhaka

18. Suami yang tidak menunaikan hak isteri dan anak-anak

19. Melanggar janji

20. Mengambil hak orang lain

21. Merogol

22. Tidak membayar hutang

23. Menyebabkan kerugian nyawa, anggota atau harta orang lain


Cara Menebus Dosa

Semua dosa-dosa di atas apabila bertaubat hendaklah disertai dengan :

1. Kemaafan orang yang terlibat atau

2. Membayar balik apa yang diambil tanpa keizinan atau

3. Menebus balik setiap kesalahan dengan hukuman Qisas atau balas balik.

4. Jika sudah tidak ditemui orang yang berkenaan atau takut membahayakan nyawa jika berdepan dengan mereka, boleh ditebus kesalahan kepada seseorang dengan bersedekah di atas nama mereka yang terlibat dengan kadar yang sepadan yang ditetapkan oleh pihak Qadhi atau Hakim.

5. Berkhidmat atau menanggung bebanan keluarga orang yang berkenaan selama kadar yang sepadan dengannya, sebagaimana yang disepakati oleh keluarga mereka atau diputuskan oleh Qadhi ataau hakim.

6. Menghadiahkan pahala zikir, haji, umrah dan seumpamanya kepada orang yang berkenaan.

7. Memohon kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan, mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima taubat seseorang dengan takdirnya maka akan terlepaslah segala bebanan dosa.


“ Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertauabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Taubatnya ( An-Nisa : 17)

2 comments:

Adik Nor said...

Salam,

Sy nk bertanya perihal jiran sy yg selalu menyakiti hati kami sekeluarga. Selama 20 thn kami berjiran, terlalu byk kami memendam rasa sampai lah kami sendiri dah hilang sabar. Dia selalu menceroboh ke kawasan rumah kami, merosakkan tanaman kami dan membuang sampah di kawasan rumah kami .Yang menariknya, setiap kali lepas dia merosakkan tanaman kami, dia akan minta maaf dgn menyatakan yg perbuatan itu tidak disengajakan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Tp selepas bbp minggu, dia akan ulang balik perbuatannya. Baru2 ni dia dtg minta maaf lg tp kami dah tak mampu nk maafkan dia. Hati kami dah tawar nk maafkan dia tp dia ckp, dia dah dtg secara baik utk minta maaf tp memandangkan kami taknak maafkan dia, itu bkn lg masalah dia tp masalah kami dgn Allah sbb xnk maafkan dia. Adakah kami yg bersalah sbb tak nak maafkan dia?

Ensiklopedia Muslim said...

Walau sebanyak mana dosa yang dilakukan oleh jiran kita, Islam menuntut agar kita memaafkannya, menegurnya dengan cara yang baik, menghalangnnya jika mampu, jika tidak mampu boleh dibawa kepada hal ini kepada orang yang mampu menasihati dan menyedarkannya. Andainya kita memaafkannya dan membalas pula dengan kebaikan...itulah IHSAN namanya...dan pahalanya amat besar bagi orang yang bersifat IHSAN. Boleh juga bertindak mendiamkan diri jika mereka datang meninta maaf, seolah-olah kita tidak memaafkan mereka..tetapi maafkanlah mereka di dalam hati. Dan bersabarlah...sesunggunhnya ganjarannya terlalu besar bagi orang yang bersabar...InnalLaaha ma'as Soobiriin. Sesungguhnya ALLAH berada bersama-sama orang yang sabar.