TIPS UNTUK MASUK SYURGA

Untuk masuk ke Syurga Allah TIDAK semudah untuk masuk ke neraka. Tetapi jika mengikuti syarat-syarat tertentu, syurga itu adalah MUDAH. Kerana setiap perbuatan yang disandar kepada Allah akan dikurniakan pahala hatta membuang duri atau halangan dijalan manusia.

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "
(Hadits 40 : Hadits ke 29)


Di antara syarat-syarat laian selain dari yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Muaz di atas antaranya;

1. Lakukan perbuatan yang wajib atau fardhu, tinggalkan perbuatan yang haram dan jangan menyakiti manusia. Jangan sekali-kali menyakiti manusia, samada kita disakiti atau disingggung. 3 Sifat Ahli Syurga iaitu Assobru, Al'Afwu dan Al-Ihsan. Bersabarlah tatkala dihina (as-Sobru), Berilah kemaafan dikala dinista (Al-Afwu), balaslah dengan kebaikan walaupun disakiti (Al-Ihsan).

2. Solat berjamaah di awal waktu dengan penuh khusyuk. Dengan menganggap setiap solat yang dilakukan adalah solat terakhir dalam hidup. Selepas solat nanti mungkin kita akan mati dan mengadap Allah dengan soalan, pukulan, bakaran api neraka yang berjuta kali ganda kepanasan api didunia,patukan ular bisa sepanjang 100 kaki, sengatan kala jengking, lapar dan dahaga serta beribu-ribu kesiksaan lagi yang tidak dapat dibayang oleh otak manusia.

3. Solat sunat selepas solat fardhu sebagai menampung kekurangan dalam solat fardhu.

4. Beristighfar dan berdoa setiap masa, terutamanya selepas solat fardhu. Allah s.w.t mengibaratkan orang yang tidak berisghfar dan berdoa selepas solat sebagai orang yang sombong angkuh.

5. Banyakkan beriktikaf di masjid, Iktikaf adalah amalan yang tidak perlu bergerak tetapi mendapat pahala dengan mengikuti rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah s.w.t.

6. Menjauhi segala dosa besar, dan mengelakkan dari melakukan dosa kecil secara berterusan.

7. Segera bertaubat kepada Allah s.w.t. dengan sunguh-sungguh menyesal jika melakukan kesalahan atau dipaksa melakukan atau melakukan dosa kerana kelalaian. Sesungguhnya Allah s.w.t. Tuhan Yang Mahan Penerima Taubat.

8. Membaca al-Qur’an secara istiqamah setiap lepas solat terutama solat Maghrib dan Subuh. Membaca al-Qur'an sekurang-kurang 5 helai (10 mukasurat) sehari.

9. Hati , Akal dan lidah hendaklah dijaga sentiasa dari lintasan atau perkataan yang haram dan syubhat.

10. Mata dan lain-lain anggota hendaklah sentiasa dijaga daripada tersentuh perkara yang haram atau syubhat.

11. Sentiasa bersangka baik dengan sesama manusia. Perbuatan ini akan lebih menenangkan hati.

12. Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain, dan memohon kemaafan jika tersilap dan berdosa kepada sesama makhluk. Sesungguhnya dosa kepada sesama makhluk tidak akan terhapus melainkan diampunkan oleh makhluk itu sendiri.

13. Jauhi daripada harta yang haram mahupun syubhat, samada memakannya, menggunakannya, mendermakannya atau menyimpannya. Sesungguhnya yang haram tetap akan haram walau bagaimana cara sekalipun diolah dan diubah.

14. Jangan takbur dan berbangga diri. Begitu juga jauhi perasaan ujub.

15. Jangan riak atau berlagak.

16. Jangan berbohong apabila bercakap dan berjanji. Lebih baik berdiam diri atau mengaku jika tidak tahu atau tidak mampu menunaikannya.

17. Hutang mesti dibayar walau tidak dituntut. Cuba elak daripada berhutang.

18. Jauhi dari berhutang dengan bank atau ceti, kerana mereka mengenakan riba.

19. Tunaikanlah janji apabila berjanji sedaya yang mampu.

20. Berilah nafkah anak dan isteri secukupnya, sekadar yang termampu.

21. Sentiasa mengakhiri janji dengan ucapan ‘insya Allah’. Tetapi jangan pula sengaja mengucapkan perkataan itu apabila berjanji supaya peluang tidak terlepas kepada orang lain. Jangan mengambil kesempatan di atas keparcayaan yang diberikan.

22. Sentiasa merendahkan diri dalam perbualan dan percakapan, terutama di hadapan orang alim, guru, ibubapa dan sebagainya.

23. Bersabar apabila menerima musibah dan kecelakaan. Kerana musibah, bala mahupun kecelakaan itu adalah ujian dari Allah s.w.t. semata, untuk menguji keimanan seseorang hamba. Mungkin semakin kuat iman seseorang, semakin Allah mengujinya. Sesungguhnya pahala yang besar bagi orang-orang yang bersabar.

24. Berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis dan hari-hari tertentu yang disunatkan berpuasa sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis nabi s.a.w.

25. Sentiasa sudi menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang memerlukannya, seperti solat sunat, solat hajat, bantuan kewangan, tenaga, fikiran dan sebagainya.

26. Berfikiran terbuka dan tidak melaampaui batas-batas yang ditetapkan Islam dalam pergaulan.

27. Bergaullah dengan orang-orang mukmin dan soleh, jauhi daripada bergaul dan bersahabat dengan orang-orang yang suka melakukan maksiat, dosa kecil atau dosa besar. Kerana lama kelamaan mungkin akan terpengaruh dengan mereka. Akan tetapi diharuskan bergaul dengan mereka dengan tujuan dakwah dan anda yakin mampu mengatasi mereka.

28. Cuba menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tentanglah kemungkaran dengan tangan atau perkataan atau dengan hati jika tidak mampu. Itulah selemah-lemah iman.

29. Menjaga anak-anak dan isteri daripada melakukan perkara yang haram, maksiat dan derhaka kepada Allah. Perintahlah anak-anak anda menunaikan solat, berpuasa dan sebagainya, didiklah mereka dengan didikan agama samada engkau sendiri mampu atau tidak. Sesungguhnya Allah berfirman :

قوا انفسكم وأهليكم نارا(Ku anfusakum, wa ahliikum Naara)
Maksudnya: Jagalah diri kamu dan kaum keluargamu dari api neraka.

Jika anda tidak menjaga ahli keluarga dan mereka berbuat maksiat, maka anda adalah orang Dayus yang tidak akan mencium bau syurga selamanya.

30. Menjauhi tempat-tempat maksiat, judi, arak dan sebagainya.

31. Saling ingat mengingati kepada kebaikan antara satu dengan yang lain.

32. Jauhi riba, rasuah dan sebagainya.

33. Jangan tamak dan dengki dengan kekayaan dan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada orang lain. Berpadalah atau qana’ah dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita.

34. Sebarkan salam sesama muslim apabila berjumpa.

35. Sentiasa mencari dan menghadiri kelas-kelas pengajian ilmu Islam, tanpa memilih perwatakan guru.

36. Jauhi sifat membazir dan bermewah-mewah dalam makanan, kenderaan, rumah, perhiasan dan sebagainya. Firman Allah s.w.t.
(Innal Mubazziriina kaanuu ikhwanisyayaatiin)……..

37. Menghormati jiran tetangga, membantu mereka dan jangan menyakiti hati mereka. Tidak akan masuk syurga orang yang menyakiti jirannya…..

38. Sentiasa bercakap di atas perkara kebaikan dan mendatangkan pahala.

39. Jangan terlalu banyak tidur dan termenung atau berangan-angan kepada keserokonan duniawi.

40. Jauhi daripada perkataan mengumpat, adu domba dan khianat kepada sesama manusia.

41. Kurangkan perbuatan makruh dan banyakkan yang sunat.

42. Datang awal ke masjid untuk solat sunat tahiyyatul masjid, beriktikaf, solat sunat sebelum solat fardhu, solat fardhu yang muafiq, berdiri di saf pertama belakang imam, solat sunat selepas solat fardhu, mendengar kuliah, duduk dalam kelas pengajian, berdoa, berzikir dan membaca al-Qur’an. Lakukan dalam tempoh 1 jam.

43. Berdoa dan berazam agar dipercepatkan Allah s.w.t. untuk sampai ke Baitullahil Haram atau menunaikan haji.

44. Banyakkan mengingati mati tetapi jangan berdoa untuk cepat mati, berdoalah agar Allah memanjangkan umur. Rasulullah s.a.w. bersabda : Orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati………..

45. Keluarkan zakat dengan sesempurna yang mungkin.

46. Jauhi daripada perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah, kerana memfitnah itu haram dan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah kepada orang yang meyaksikannya juga haram.

47. Hindari pergaulan bebas lelaki dan perempuan seperti pusat hiburan, pasar malam, pawagam, pesta, konsert dan sebagainya. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan ibarat menyentuh api neraka.

48. Jaga mata daripada memandang perkara yang haram seperti memandang perempuan yang sah nikah samada secara langsung atau tidak langsung seperti Televisyen, Drama, wayang dan sebagainya. Haram menonton filem lucah. Sesungguhnya mata adalah agen maksiat yang paling besar.

49.

No comments: