HADAS : ialah kekokotoran maknawi pada diri yang menegah daripada sahnya ibadah yang disyaratkan bersuci seperti solat, tawaf, menyentuh al-Qur’an dan sebagainya. Orang berhadas tidak kelihatan kekotoran jasmaninya tetapi tidak bersih di sisi Allah sekalipun di sisi manusia kelihatan bersih. Kerana itu, orang yang berhadas wajib menyucikan dirinya mengikut cara yang ditetapkan Syarak sebelum mengadap Allah melalui ibadah-ibadah tadi.
Mengangkat hadas.
Iaitu menyucikan maknawi hadas tadi dari diri dan hati manusia.
Jenis Hadas dan cara menyucinya.
Hadas ada dua jenis, iaitu;
1. Hadas kecil
2. Hadas besar
Cara menyucikan hadas kecil ialah dengan mengambil wudhuk. Jadi untuk menghilangkan hadas samada kecil atau besar hendaklah dengan berwudhuk atau bertayammum jika tidak ditemui air atau kerana sebab-sebab tertentu.
Adapun cara menyucikan hadas besar ialah dengan mandi janabah. Jika kedua-duanya tidak dapat dilakukan kerana sakit, ketiadaan air atau sebagainya, hendaklah diganti dengan tayammum. Kesimpulannya, cara menyucikan hadas yang ditetapkan oleh Syarak ada tiga, iaitu;
1. Wudhuk; untuk menyucikan hadas kecil
2. Mandi; untuk menyucikan hadas besar
3. Tayammum; ganti wudhuk atau mandi.
Dalil kewajipan bersuci dari hadas
Kewajipan bersuci dari hadas secara umumnya dinyatakan oleh Allah di dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Wahai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan Solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah (dengan mandi wajib); dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan (debu) tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan (debu) tanah itu. Allah bukanlah mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu supaya kamu bersyukur” (QS al-Maidah; 6).
Dalam ayat di atas Allah menyebut tentang wudhuk, mandi janabah dan tayammum, yang wajib dilakukan sekiranya hendak mengejakan solat, berjunub, kencing atau berak, atau tersentuh perempuan yang sah dinikahi.
Sebab terjadinya hadas kecil : Lihat Perkara yang membatalkan wudhuk.

No comments:
Post a Comment