DOA MASUK PASAR

Apabila kita memasuki mana-mana pasar, kedai, gedung perniagaan dan seumpamanya, maka kita disunatkan berdoa sebagaimana yang diajar oleh Nabi Sollallaahu alaihi wasallam.

Doanya adalah:

Dari Umar bin Khattab r.a. dia berkata: Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda, Barangsiapa masuk ke pasar dan mengucapkan,
Image result for Doa masuk pasar
















Maka Allah akan tulis baginya 1,000,000 kebaikan, menghapuskan 1,000,000 keburukan serta membangun untuknya sebuah rumah di Syurga.

Hadits Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim. Albani menyatakan hadits tersebut Hadits Hasan.

Dari Ibnu Umar r.ahuma, Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda,


من دخل السوق, : لا اله الا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد يحيي ويميت, وهو حي لا يموت, بيده الخير وهو على كل شيء قدير, كتب الله له الف الف حسنة, ومحا الف الف سيئة, ورفع له الف الف درجة

Sesiapa yang masuk pasar, kemudian dia membaca:

لا اله الا الله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد يحيي ويميت, وهو حي لا يموت, بيده الخير وهو على كل شيء قدير

Maka Allah akan mencatat untutnya 1,000,000 pahala, menghapuskan darinya 1,000,000 dosa dan mengangkat 1,000,000 darjat. (HR Tirmizi, Ibn Majah dan dinilai Hasan olehg Albani)

Mengapa zikir ini ganjarannya sangat besar?.

Kerana zikir ini dibaca pada saat umumnya orang lupa akan Allah, disaat kebanyakkan orang lupa akan akhirat. Maka jika ada yang membacanya, maka dia menjadi hamba yang istimewa.

Subhanallah.

Maka rugilah sesiapa yang memasuki pasar dan kedai setiap hari, menghabiskan beratus ringgit ketika membeli tetapi tidak berdoa dengan doa yang pendek ini.

No comments: