Sihir




Sihir : Ialah perkara yang menyalahi adat yang berlaku daripada seseorang, tetapi sihir dapat ditentang, dipelajari dan dikalahkan, kerana ianya tidak muafakat dengan yang sebenar.




Gambar hiasan


Gambar hiasan


Pengertian SIHIR secara bahasa, Al-Laits dalam ‎mengatakan bahawa sihir itu adalah suatu praktik ‎yang mendekatkan kepada Syaitan dengan ‎bantuannya. ‎

Al-Azhari Tazhibul Lughah jilid 4 halaman 290 ‎mengatakan bahawa sihir itu merubah sesuatu dari ‎asli ke bentuk lainnya. ‎

Syamsuddin meriwayatkan dari Aisyah dalam Lisanul ‎Arab mengatakan bahawa dinamakan sihir oleh ‎orang arab kerana melenyapkan kesihatan dan ‎menggantinya dengan penyakit. ‎

Ibnu Faris dalam Maqayis Al-Lughah mengatakan ‎bahawa sihir adalah menampilkan kebatilan dengan ‎penampilan yang haq. ‎

Dalam Kamus Al-Mu`jam al-Wasith disebutkan ‎bahawa sihir adalah sesuatu yang halus bentuknya ‎dan tak terlihat.‎


PENGERTIAN SIHIR MENGIKUT ISTILAH SYARI’AT

Fakhrudin Ar-Razi mengatakan dalam Al-Mishbah Al-‎Munir bahawa secara khusus sihir itu adalah sesuatu ‎yang tidak jelas sebabnya sehingga seseorang ‎berkhayal bukan secara hakikatnya dengan berjalan ‎dalam penipuan. ‎

Al-Maqdisi mengatakan sihir adalah azimat, jampi ‎atau lafaz yang diucapkan atau ditulis atau suatu ‎perbuatan yang berpengaruh pada orang yang ‎terkena, baik fisikalnya, hatinya atau akalnya secara ‎tidak langsung. Sihir itu boleh membunuh, membuat ‎kesakitan, mencegah seorang suami dari menggauli ‎istrinya hingga menceraikannya, mempengaruhi ‎cinta mereka atau membuat saling benci. ‎

Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma`ad mengatakan ‎bahawa sihir adalah pengaruh dari ruh yang jahat.‎

Secara umum sihir boleh dikatakan sebagai ‎kesepakatan antara penyihir (manusia) dengan ‎Syaitan yang intinya bahawa penyihir harus ‎melakukan sesautu yang diharamkan syariat atau ‎kemusyrikan kepada Allah dengan imbalan ‎berbentuk bantuan ghaib dari Syaitan serta ketaatan ‎dan memenuhi apa yang dimintanya kepada Syaitan. ‎

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran : ‎

Maksudnya: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) ‎dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan ‎oleh puak-‎puak Syaitan Dalam masa pemerintahan ‎Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak ‎mengamalkan sihir ‎Yang menyebabkan kekufuran ‎itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir ‎‎(dengan amalan ‎sihirnya); kerana merekalah Yang ‎mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang ‎diturunkan kepada dua ‎malaikat: Harut dan Marut, di ‎negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak ‎mengajar seseorang pun ‎melainkan setelah mereka ‎menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya ‎Kami ini hanyalah cubaan ‎‎(untuk menguji imanmu), ‎oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan ‎mempelajarinya). Dalam pada ‎itu ada juga orang-‎orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir ‎Yang boleh menceraikan antara ‎seorang suami ‎Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat ‎sama sekali memberi mudharat (atau ‎‎membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun ‎melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya ‎mereka ‎mempelajari perkara Yang hanya ‎membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat ‎kepada mereka. dan ‎Demi Sesungguhnya mereka ‎‎(kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa ‎sesiapa Yang memilih ilmu ‎sihir itu tidaklah lagi ‎mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi ‎Sesungguhnya amat buruknya apa ‎Yang mereka pilih ‎untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.‎” ‎‎(QS. Al-Baqarah : 102)‎

Pada pengertian Islam bahawa sihir adalah kekuatan ‎gaib yang diciptakan ALLAH untuk makhluk-Nya, ‎dimana kekuatan gaibnya berupa kekuatan pengaruh ‎roh-roh jahat (jin atau Syaitan), dan dapat ‎‎berpengaruh pada unsur alam.‎

Seperti diceritakan dalam Asbabun Nuzul surat Al ‎Falaq dan An Nas iaitu ketika ‎Nabi SAW sakit ‎baginda seolah-olah mendatangi isteri-isterinya, ‎walaupun ternyata tidak, dan terbukti setelah ‎diberitahu oleh Malaikat, bahawa Rasulullah disihir ‎pada sebuah telaga dan berupa tali yang disimpul-‎simpulkan.‎

Sebagaimana diceritakan oleh 'Aisyah ra. bahawa, ‎‎"Rasulullah SAW ‎pernah disihir sehingga beliau ‎sungguh berkhayal bahawa dirinya mendatangi ‎isteri-isterinya padahal beliau tidak ‎mendatangi ‎isteri-isteri beliau." ‎
‎(HR. Bukhari dan Muslim, Abu Daud dan Ahmad).‎

Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki ‎Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian ‎dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. ‎melarang manusia melakukannya. ‎

Oleh itu sihir dapat didefinisi sebagai, "Suatu ‎perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat ‎yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-‎persiapan yang aneh dengan cara-cara yang ‎misteri." Terdapat perbezaan yang kecil di antara ‎sihir dengan mukjizat.‎

Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) ‎dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan ‎mikjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya ‎para penyihir Fir'aun. ‎


HUKUM MEMPELAJARI DAN MENGAMAL SIHIR

Hukum bagi kedua-duanya adalah Haram dan Syirik ‎Kepada Allah.‎

Firman Allah Ta’ala :‎

Demi Allah, sesungguhnya orang-orang Yahudi itu ‎telah meyakini bahawa barang siapa yang menukar ‎dengan sihir, maka tidak akan mendapatkan ‎bahagian di akhirat. Mereka beriman kepada jibt dan ‎thaghut. ‎

Menurut ‘Umar Radhiyallahu ‘anhu: Jibt ialah sihir, ‎sedangkan thaghut ialah syaitan. ‎

Kata Jabir: Thaghut-thaghut ialah para tukang ramal ‎yang didatangi syaitan; pada setiap kabilah ada ‎seorang tukang ramal. ‎

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu ‎bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ‎bersabda:‎

Jauhilah tujuh perkara yang membawa kepada ‎kehancuran. Para sahabat bertanya: Apakah ketujuh ‎perkara itu, ya Rasulullah? Beliau menjawab: Iaitu: ‎
Syirik kepada Allah, ‎
Sihir, ‎
Membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali ‎dengan sebab yang dibenarkan agama, ‎
Memakan riba, ‎
Memakai harta anak yatim, ‎
Belot dalam peperangan (lari dari medan perang) ‎
Melontar tuduhan zina terhadap wanita yang terjaga ‎dari perbuatan dosa dan tidak tahu-menahu ‎dengannya dan beriman. ‎

Diriwayatkan hadits marfu’ dari Jundab: Hukuman ‎bagi tukang sihir ialah dipenggal lehernya dengan ‎pedang. ‎

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dari Bajalah bin ‎‎‘Abdah, ia berkata:‎

Umar bin Al-Khattab telah menetapkan perintah, ‎iaitu: Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun ‎perempuan. Kata Bajalah selanjutnya: Maka kami ‎pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga ‎tukang sihir perempuan. ‎

Dan diriwayatkan dalam hadits sahih bahawa ‎Hafshah Radhiyallahu ‘anha telah memerintahkan ‎agar seorang budak perempuan miliknya yang telah ‎menyihirnya dihukum mati, maka dilaksanakanlah ‎hukuman tersebut terhadap budak perempuan itu. ‎

Kata Imam Ahmad: Diriwayatkan dalam hadits ‎sahih, bahawa hukuman mati terhadap tukang sihir, ‎telah dilakukan oleh tiga orang sahabat Nabi ‎Shallallahu ‘alaihi wa sallam. ‎

Dalam surah Al-Baqarah Allah menunjukkan bahawa ‎sihir haram hukumnya dan pelakunya kafir; ‎disamping mengandung suatu ancaman berat bagi ‎orang yang berpaling dari Kitabullah dan ‎mengamalkan amalan yang tidak bersumber ‎darinya. ‎

Tafsiran ayat dalam surah An-Nisa’. Ayat yang kedua ‎menunjukkan bahawa ada di antara umat ini yang ‎beriman kepada sihir, sebagaimana Ahli Kitab ‎beriman kepadanya; kerana Rasulullah Shallallahu ‎‎‘alaihi wa sallam telah menegaskan bahawa akan ‎ada di antara umat ini yang mengikuti umat-umat ‎sebelumnya.‎
‎ ‎
Tukang sihir adalah kafir. Tukang sihir menjadi kafir ‎kerana dua sebab: ‎

Pertama, menggunakan syaitan; dan kedua kerana ‎mengaku tahu perkara ghaib. ‎

Tukang sihir dihukum mati tanpa diminta untuk ‎bertaubat. ‎


JENIS SIHIR

Sihir muncul dalam berbagai bentuknya, sihir itu ‎boleh muncul dengan bermacam-macam rupa, ‎antaranya: ‎

Sihir TAFRIQ
Sihir tafriq iaitu sihir yang tujuannya memisahkan ‎hubungan suami isteri atau sesama teman dan ‎masyarakat. Dengan menimbulkan rasa benci, ‎dendam, semangat untuk melukai dan membunuh. ‎

Sihir MAHABBAH
Sihir ini kebalikan dari yang pertama. Tujuannya ‎membuat seseorang menjadi jatuh cinta kepada ‎wanita atau sebaliknya. Termasuk hasrat untuk ‎melakukan hubungan kelamin.‎

Sihir KHAYAL ‎
Tujuannya membuat cara pandang yang salah dalam ‎penglihatan seseorang. Sehingga melihat sesuatu ‎yang diam seolah-olah bergerak, sesuatu yang buruk ‎menjadi cantik atau sesuatu yang kecil nampak jadi ‎besar. Melihat orang seolah-olah benda lainnya. ‎

Sihir GILA
Sihir ini membuat orang jadi bingung, lupa yang ‎sangat parah, bicara meracau, tidak boleh duduk ‎diam di suatu tempat, tiada komitmen dalam ‎mengerjakan sesuatu dan tidak peduli pada apa ‎yang terjadi di sekitarnya. ‎

Sihir KHUMUL
Cirinya orang yang terkena sihir ini suka menyendiri, ‎diam tak bicara, tidak bereaksi, pening yang amat ‎berat di kepala.‎

Sihir HAWATIF
Mangsanya akan merasakan ada orang yang ‎memanggil-manggilnya, juga dalam mimpi sering ‎ada orang yang memanggilnya, selalu merasa ‎cemas, curiga kepada siapa saja, mimpi jatuh dari ‎tempat tinggi, atau mimpi ada haiwan buas hendak ‎menerkamnya. ‎

Sihir PENYAKIT
Yang dirasakan antara lain rasa sakit yang ‎mendalam pada organ tubuh tertentu, atau tidak ‎berfungsinya bahagian tubuh tertentu, atau tidak ‎
berfungsinya sebahagian panca indera. ‎

Dan masih banyak lagi bentuk lainnya yang ‎dilakukan Syaitan dalam rangka menyusahkan ‎manusia. ‎

JENIS SIHIR DARI HADITS

Imam Ahmad meriwayatkan: Telah diceritakan ‎kepada kami oleh Muhammad bin Ja’far, dari ‘Auf, ‎dari Hayyan bin Al ‘Ala’, dari Qathan bin Qabishah, ‎dari bapaknya bahawa ia telah mendengar Nabi ‎Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:‎

‎“Iyafah, tharq dan thiyarah adalah termasuk jibt”. ‎

‎‘Auf menafsir hadits ini dengan mengatakan: Iyafah: ‎meramal nasib dengan menerbangkan burung; dan ‎tharq: meramal nasib dengan membuat garis di atas ‎tanah. Adapun jibt, tafsirannya menurut Al-Hassan: ‎Ialah suara syaitan.‎

Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma menceritakan ‎bahawa: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ‎bersabda:‎

‎“Barang siapa mempelajari sebahagian dari ilmu ‎nujum, sesungguhnya dia telah mempelajari ‎sebahagian ilmu sihir.”‎

An-Nasa’i meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah ‎Radhiyallahu ‘anhu:‎

‎“Barang siapa yang membuat suatu objek yang ‎menyerupai seseorang atau sesuatu, lalu meniup ‎padanya, maka dia telah melakukan sihir; dan ‎barang siapa yang melakukan sihir, maka dia telah ‎berbuat syirik; sedang barang siapa yang ‎bergantung harap pada sesuatu benda, maka dirinya ‎dijadikan Allah bersandar kepada benda itu.” ‎

Dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu bahawa ‎Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:‎

‎“Mahukah kamu aku beritahu apakah ‘adh-h itu? ‎Ialah perbuatan mengadu domba, iaitu banyak ‎membicarakan tentang keburukan dan menghasut di ‎antara orang ramai.” ‎

Dan Ibnu ‘Umar Radhiyallahu ‘anhuma menceritakan ‎bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ‎bersabda:‎

‎“Sesungguhnya di antara susunan kata yang indah ‎terdapat apa yang disebut sihir.” ‎

PUNCA WUJUDNYA ILMU SIHIR

Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. ‎Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada ‎zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan ‎pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa ‎a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah ‎menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk ‎mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.‎

Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan ‎kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan ‎individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-‎kadang manusia yang mengamalkannya boleh ‎menggunakannya untuk tujuan kejahatan seperti ‎mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas ‎dendam kepada seseorang individu.‎


AHLI SIHIR MENDEKATKAN DIRI KEPADA JIN

Untuk mwndekatkan diri kepad Jin atau Syaitan, ‎para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-Qur'an ‎‎(Mushaf) sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. ‎
Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur'an ‎dengan menggunakan kotoran dan najis atau ‎menulisnya dengan darah haid. ‎

Ada pula yang menulisnya di tapak kaki atau menulis ‎surah Al-Fatihah secara songsang. ‎

Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam ‎keadaan junub.‎

Menyembelih binatang untuk dipersembahkan ‎kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan ‎tidak menyebut nama Allah kemudian ‎melemparkannya ke suatu sudut yang telah ‎ditentukan oleh jin / syaitan.‎

Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ‎‎(berzina) dengan ibu atau anak perempuannya. ‎

Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang ‎mengandungi kekafiran.‎

Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan ‎membantu untuk menjadi khadam seseorang kecuali ‎dengan satu imbalan atau balasan. Semakin besar ‎kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / ‎syaitan terhadapnya. Jika ahli sihir tidak mahu ‎melaksanakan kekafiran-kekafiran yang ‎diperintahkan jin/syaitan tersebut maka ia juga tidak ‎akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya ‎mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu ‎dalam rangka maksiat kepada Allah. Jika ‎diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan ‎kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya.‎

Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani ‎kehidupan yang penuh dengan sengsara dijiwa. Dia ‎tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan senantiasa ‎merasa cemas setiap kali tidur di samping ‎memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti ‎anak-anak dan isterinya dan menimbulkan ‎pertengkaran di kalangan mereka.‎

PENYIHIR MINTA BANTUAN JIN ‎

Dalam Praktiknya dengan imbalan kekufuran dan ‎kemaksiatan. Untuk dapat bantuan ghaib dari jin, ‎para penyihir harus merelakan dirinya melakukan ‎semua yang dilarang Allah sebagai syarat adanya ‎kesepakatan antara mereka. Kesepakatan itu terjadi ‎antara penyihir dengan pimpinan qabilah jin, lalu ‎ketua jin itu memerintahkan kepada anak buahnya ‎terutama yang bodoh untuk membantu dan melayani ‎si penyihir. Bila anak buah jin ini mulai tidak patuh, ‎si penyihir akan melaporkan kepada ketua jin ‎melalui berbagai ujian dan azimat. Lalu ketua jin ini ‎akan menghukum anak buahnya. ‎

Sehingga hubungan antara jin dan penyihir itu bukan ‎hubungan yang harmonis tapi hubungan kebencian ‎dan dendam. Sehingga banyak juga jin yang ‎ditugaskan untuk melayani para penyihir berbalik ‎menyerang penyihir, keluarganya, anak-anaknya, ‎hartanya dan yang berkaitan dengan si penyihir. ‎Boleh jadi dengan rasa sakit, rungsing, mimpi buruk ‎dalam tidur, bahkan sampai membuat si penyihir ‎tidak punya anak kerana janinnya yang masih dalam ‎rahim telah dibunuh oleh jin yang membencinya. ‎

Urusan penyihir tidak mempunyai anak ini sangat ‎relevan di kalangan penyihir sehingga ramai juga ‎mereka yang meninggalkan ilmu sihir agar ‎mempunyai anak. ‎

‎ ‎
CARA AHLI SIHIR MEMANGGIL JIN

Cara Pertama : Thariqotul Iqsam
Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan. ‎

Cara Kedua : Thariqatuz Zabhi
Penyembelihan Binatang. ‎

Cara Ketiga : Thariqah Sufliyah
Melakukan Kenistaan. ‎

Cara Keempat : Thariqatun Najasah
Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an dengan Najis. ‎

Cara Kelima : Thariqatut Tankis
Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an secara Songsang. ‎

Cara Keenam : Thariqatun Tanjim
Menyembah Binatang. ‎

Cara Ketujuh : Thariqatul Kaffi
Melihat melalui Tapak Tangan. ‎

Cara Kelapan : Thariqatul Atsar
Menggunakan benda Bekas Pakai.‎


PERBUATAN SIHIR ZAMAN KINI

Di akhir zaman ini banyak sekali amalan sihir ‎dipelajari dan dipraktikkan di dalam masyarakat, ‎dengan tujuan untuk mendapat keuntungan ‎tertentu, seperti;‎

‎1- Ilmu hitam.‎
‎2. Pukau untuk tujuan merompak, merogol atau ‎merampas harta benda orang lain, ‎
‎3. Santau supaya memberi mudharat kepada ‎seseorang yang dimusuhi, ‎
‎4. Mengutus jin atau seumpamanya untuk ‎mengganggu atau menakut-nakut seseorang, ‎
‎5. Bomoh untuk memenangi sesuatu pertandingan ‎seperti perlawanan bola sepak, pelagaan bahkan ‎untuk memenangi pilihanraya.‎
‎6. Mengkhianati perniagaan pesaing.‎
‎7. Histeria sehingga mengganggu pelajar-pelajar ‎sekolah dan sebagainya.‎


BENTENG DIRI DARI SIHIR

Islam datang untuk menyelesaikan masalah tanpa ‎masalah. Nabi kita SAW telah memberikan cara – ‎cara yang mudah & murah (ga perlu syarat macam – ‎macam yang mahal & menyulitkan). Berikut ini ‎beberapa cara untuk membentengi diri dari serangan ‎sihir ;‎

‎1. Memakan 7 butir kurma. Yang paling bagus ‎adalah kurma Madinah (Ajwa), sebagaimana sabda ‎Rasulullah SAW,‎

‎“Siapa yang memakan 7 butir Kurma Ajwa pada pagi ‎hari itu dia tidak akan terkena racun dan sihir.” ‎Muttafaq Alaih

‎2. Wudhu yang sempurna. Sihir tidak akan berkesan ‎terhadap orang yang dalam keadaan wudhu’ yang ‎sempurna. Rasulullah SAW bersabda,‎

‎“Sucikanlah jasad ini, niscaya Allah SWT mensucikan ‎kalian. Sesungguhnya tidak ada seorang hamba ‎yang dalam keadaan bersuci pada malam hari ‎melainkan ada seorang malaikat pada sehelai ‎bulunya. Dia tidak membalikkan badan sesaatpun ‎pada malam hari melainkan malaikat itu berkata,’Ya ‎Allah, ampunilah dosa hamba-Mu, kerana malam ini ‎dia dalam keadaan bersuci.’” HR. Ath-Thabari, Al-‎Albani mensahihkannya dalam sahihul jami’ ‎

‎3. Solat secara berjama’ah. Rasulullah SAW ‎bersabda,‎

‎“Tidaklah ada 3 orang di sebuah kampung atau ‎pedalaman, yang di sana tidak didirikan solat (secara ‎berjama’ah), melainkan syaitan menaklukki mereka. ‎Maka hendaklah engkau mengikuti solat jama’ah, ‎kerana srigala hanya memakan domba yang sendiri.” ‎HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Dan Ahmad.‎

‎4. Solat malam hari (Qiamullail). Siapa yang hendak ‎membentengi diri dari sihir, hendaklah dia bangun ‎dari sebahagian malam dan mendirikan solat ‎tahajud. Nabi SAW memanggil nama seseorang. Lalu ‎ada yang menjawab, “Dia biasa tidur hingga pagi ‎hari dan dia tidak ikut solat jama’ah.” Maka Nabi ‎SAW bersabda,‎

‎“Syaitan kencing di telinganya.” Shahih Bukhari‎

‎5. Membaca ta’awwudz ketika masuk kamar mandi ‎atau bilik air. Setiap kali masuk kamar mandi, maka ‎Rasulullah SAW mengucapkan,‎

‎“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari syaitan ‎laki-laki dan syaitan perempuan.” Shahih Bukhari‎

‎6. Membaca doa benteng diri dari syaitan ketika ‎berjima’ (bersetubuh dengan isteri). Rasulullah SAW ‎bersabda,‎

‎“Sekiranya salah seorang di antara kalian berjima’ ‎dengan isterinya, seraya mengucapkan, ‘Dengan ‎nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan ‎dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau limpah ‎kurniakankan kepada kami’, (Muttafaq Alaih)‎

‎7. Membaca ayat Kursi. Syaitan pernah berkata pada ‎Abu hurairah r.a, “Siapa yang membaca ayat kursi ‎sebelum tidur, maka di sisinya ada penjaga dari ‎Allah dan dia tidak didekati syaitan hingga pagi hari.” ‎Lalu Nabi SAW bersabda, “Dia membenarkanmu, ‎meskipun dia sebenarnya seorang pendusta.” (HR ‎Bukhari)‎

‎8. Mengucapkan zikir berikut ini sebanyak 100 kali ‎setelah solat subuh, iaitu;‎

لا اله الا الله وحده لا شريك له, له الملك وهو على كل شيء قدير‏

‎“Tiada Ilah melainkan Allah semata-mata, yang tiada ‎sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya pujian ‎dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”‎

Beliau bersabda, “Siapa yang mengucapkannya, ‎maka syaitan berkata, ‘Dia terlindung dari godaanku ‎sepanjang hari.’” (HR. Abu Daud. Al-Albani ‎mensahihkannya dalam Al-Misykat.)‎

‎9. Mengucapkan doa keluar rumah, iaitu;‎

‎“Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, ‎tiada daya dan upaya melainkan yang datang dari ‎Allah.”‎

Siapa yang mengucapkan doa ini, maka dikatakan ‎kepadanya,”Kamu mendapat petunjuk, kamu diberi ‎kecukupan dan kamu dilindungi.”‎

‎10. Mengucapkan zikir-zikir yang memang dibaca ‎pada pagi dan petang hari, berdoa saat masuk dan ‎keluar masjid. (HR Muslim

No comments: