Qunut Nazilah

Qunut Nazilah : Iaitu doa qunut yang dibaca di dalam solat tujuan memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. agar dilindungi daripada ancaman musuh dan kekejaman musuh.
Nazilah adalah perkataan Arab berasal daripada kata ‘nazala’ bermaksud turun atau timpa. Ia bererti ’suatu kesusahan, suasana genting, bencana yang menimpa manusia pada satu-satu masa’. Qunut nazilah yang dibacakan oleh Nabi adalah bersempena peristiwa peperangan Ahzab, peristiwa pembunuhan beramai-ramai para huffaz (penghafaz al-Quran) oleh kabilah Ri’l, Dzakwan dan ‘Ushayyah dan juga bagi memohon keselamatan beberapa sabahat baginda (spt Salamah Ibn Hisyam, ‘Iyyash bin Abi Rabi’ah dll) serta kaum muslimin yang ditindas

Rasulullah SAW pernah mengamalkan qunut nazilah selama sebulan tanpa henti. Perkara ini tidaklah bermaksud menghadkan bacaan qunut tersebut selama itu tetapi ia sunat dibaca mengikut lama masa umat Islam berkekalan dalam sesuatu bencana. Kerana Rasulullah SAW menghentikan bacaan qunut tersebut setelah tawanan perang dibebaskan atau mad’u (mereka yang didakwahkan) itu memeluk Islam dan bertaubat.

Hadith imam Bukhari meriwayatkan Nabi melakukan qunut nazilah pada setiap solat Subuh, Zohor, Maghrib dan Isya manakala imam Ahmad dan Abi Daud meriwayatkan Nabi membacanya pada solat Asar juga. Terpulanglah kepada kita. Cuma paling kurang pun, marilah membaca qunut ini sekurang-kurang dalam solat Subuh, Asar dan Maghrib bagi menandakan sokongan kita kepada rakan-rakan dan sahabat yang berjuang di bumi Palestin. Kerana ini adalah antara yang kita mampu bantu.

Lafaz qunut nazilah hendaklah mengandungi doa keselamatan umat Islam dan doa kehancuran serta kekalahan musuh-musuh (atau diangkat bencana yang menimpa). Sebaik-baiknya hendaklah ringkas dan menggunakan lafaz Rasulullah SAW sendiri. Atau dengan sedikit tambahan seperti doa di atas. Biar sedikit tetapi ikhlas dan istiqamah daripada panjang lebar yang membebankan ahli jemaah yang lain (uzur, nak cepat dan sebagainya).

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ (‘Itidal), sepertimana membaca Qunut dalam Solat Subuh. Doanya:

Ertinya : "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyahkanlah mereka.Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu ْyang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa".

Ertinya : "Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah pesongkanlah tembakan dan dan pesongkanlah lontaran mereka".


Ertinya : "Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azab kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam".

Cara Membaca Doa

Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran.
  3. Membaca doa Qunut Subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Jika Imam tidak menghafal Qunut Nazilah, bolehlah membacanya dibaca selepas selesai solat. Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut

Jika dalam solat subuh, boleh dibaca sebagai sambungan selepas doa qunut.

Hadits-Hadits berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah)

Hadis daripada Ibnu Abbas r.a:
Maksudnya: "Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata 'sami'allahu liman hamidah' dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk Kabilah Bani Salim, Kabilah Ra'lun, Zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yang di belakang mengaminkannya". (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kepada Rasul s.a.w supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w. berqunut nazilah.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk.

Dripada hadis di atas juga ditemui bahawa Doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:

Ertinya: “Bahawasanya Nabi s.a.w. tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, dan Ibnu Khuzaimah)

Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat subuh sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.“Adalah Rasulullah s.a.w. tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

Maka daripada situasi yang kita hadapi sekarang dan berpandukan kepada dalil yang telah kita lihat. Qunut Nazilah adalah lebih utama (jelas akan kesahihan dalilnya dan tanpa perselisihan ulama) berbanding melakukan solat hajat. Jadi, adalah lebih utama jika kita semua seluruh masyarakat Islam di mana jua, agar bersama-sama mengamalkan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita dan mendoakan kehancuran musuh-musuh kita, terutama ke atas Yahudi Israel yang sedang membunuh orang-orang Islam yang tak berdosa.

No comments: