Solat Fardhu : Solat fardhu adalah solat yang wajib ditunaikan oleh seseorang yang mencukupi syaratnya. Solat-solat fardhu ialah :
- Solat Subuh.
- Solat Zohor.
- Solat Asar.
- Solat Maghrib.
- Solat Isya’.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : “Ada lima solat yang diwajibkan Allah atas hamba-hambaNya. Barangsiapa mengerjakannya dan tidak menyia-yia satupun di antaranya kerana memandang remeh, Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. Dan barangsiapa tidak mengerjakannya, maka tidak dijanji apa-apa dari Allah, jika Dia menghendakinya akan disiksanya dan jika dikehendakiNya pula akan diampuninya”. (Hadits Khamsah kecuali Tarmizi).
Waktu Solat Fardhu.
Ketetapan masa dimana setiap jenis solat fardhu wajib ditunaikan. Jika belum sampai waktunya atau melebihi waktunya yang ditetapkan tidak sah dilakukan solat yang telah luput waktunya atau belum tiba waktunya. Sebagai contoh, tidak sah solat zohor sebelum tiba waktunya dan begitu pula tidak sah solat zohor dalam waktu Asar kecuali qada.
Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

114. Dan dirikanlah solat (Wahai Muhammad, Engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu Yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat.


130. Oleh itu, Bersabarlah Engkau (Wahai Muhammad) akan apa Yang mereka katakan, dan Beribadatlah Dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan Beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya Engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
Ini adalah dalil-dalil tentang waktu-waktu solat yang diisyaratkan oleh al-Qur’an. Manakala batas masanya ditetapkan oleh Hadits, sebagaimana hadits yang diambil dari Bukhari:

Keesokkan harinya Jibril datang lagi pada waktu Zohor dan katanya: Bangun dan solatlah!, Maka Nabi mengerjakan solat ketika bayang-bayang sesuatu telah sama panjang dengan bendanya itu. Di waktu Asar, ia datang pula seraya berkata: Bangun dan solatlah!, beliaupun lalu solat pada waktu bayang-bayang telah menjadi dua kali panjang bendanya. Lalu ia datang lagi di waktu Magrib seperti kelmarin, tanpa perubahan. Setelah itu ia datang lagi pada waktu Isya’ ketika telah berlalu separuh malam – atau sepertiga malam – maka bagindapun melakukan solat Isya’. Kemudia ia datang lagi ketika malam telah mulai terang, katanya: Bangun dan solatlah!, nabipun mengerjakan solat fajar. Kemudian Jibril berkata: Nah, di antara kedua waktu itu terdapat waktu-waktu solat. (hadits Ahmad, Nasa’I dan Tarmizi).
Waktu-waktu yang diterangkan di dalam hadits di atas adalah waktu biasa. Setiap waktu meluas panjang sampai bertemu dengan waktu beriktnya, kecuali Subuh yang berakhir dengan terbitnya matahari. Hal ini berdasarkan hadits Abdullah bin Amr bin ‘As, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

No comments:
Post a Comment