Saktah

SAQTAH : Menurut istilah Ilmu Tajwid saktah bermaksud: Menghentikan bacaan sekejap tanpa menukar nafas dengan kadar masa dua harakat dan menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama.

Sebahagian Ulama’ Qurra’ menjelaskan bahawa saktah adalah sejenis waqaf yang lemah lembut tanpa bertukar nafas. Tujuan bacaan saktah adalah untuk mengasingkan antara dua patah perkataan supaya tidak menimbulkan kesamaran kepada pengertian ayat-ayat tertentu.

Didalam al-Quran Rasm Uthmani terdapat tanda huruf sin kecil ( س ) terletak diatas huruf akhir pada beberapa kalimah untuk menunjukkan berlaku hukum saktah pada kalimah itu.

Saktah juga disebut sebagai Saktah Lathifah (berhenti sejenak), iaitu memutuskan suara (selama dua harakat) di akhir kata dalam satu nafas. Dan ditandai juga disebelah hujung ayat diluar bingkai dengan tanda tertentu.

Saktah Latifah terdapat dalam ayat-ayat berikut:


1. QS. Surah Al-Qiyaamah : Ayat 27. (Wa qiilaman ... raaq)




2. QS. Al-Kahfi : Ayat 1. (Lahuu 'iwajaa ... qayyiman)


3. QS. Al-Muthoffifin : Ayat 14. (Kallaa bal ... raana 'ala)


4. QS. Al-Haaqqah : Ayat 28. (Annii maaliah ... halaka anni)


5. QS. Yaa Sin : Ayat 52. (Min marqadinaa ... hadzaa)

Bacaan saktah berlaku apabila kita membaca satu ayat secara sambung tanpa waqaf, jika bacaan saktah itu berlaku pada ayat yang mempunyai tanda Waqaf Tam seperti من مرقد نا didalam surah Yasin ataupun hukum saktah itu berlaku pada Ra’su Ayat (Kepala Ayat) seperti عوجا didalam surah al-Kahfi dan juga ما ليه هلك didalam surah al-Haqqah, maka harus bagi kita berhenti dan menukar nafas pada tempat-tempat tersebut dan tidak berlaku hukum saktah pada tempat-tempat tersebut. Dan adalah menjadi satu kesalahan jika kita meninggalkan bacaan saktah tanpa alasan yang munasabah pada surah al-Qiyamah: 27 dan pada surah al-Mutaffifin: 14, kerana perbuatan tersebut menyalahi kaedah bacaan yang Mutawatir.

No comments: